27/09/2019
🌷Kepentingan Ibadah Umrah🌷
Mengikut mazhab Syafie, hukum mengerjakan ibadah umrah adalah wajib ke atas orang Islam. Ia hendaklah dikerjakan sekali seumur hidup. Ini berdasarkan firman Allah SWT: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah,” - Surah al-Baqarah:196.
Suruhan mengerjakan haji itu disekalikan dengan suruhan mengerjakan umrah, iaitu diperintahkan mengerjakan haji dan umrah sehingga sempurna. Dengan itu, suruhan mengerjakan umrah itu samalah hukumnya dengan menunaikan haji, iaitu wajib bagi setiap orang Islam.
Manakala dalam hadis p**a ada menyatakan, “Daripada Zaid bin Thabit r.a. katanya: Rasulullah SAW bersabda: “Mengerjakan haji dan umrah itu dua fardu cuma sekali sahaja dan bolehlah dikerjakan mana satu dahulu (sama ada haji ataupun umrah).”
Ibadah Umrah ini boleh dilakukan sepanjang tahun (kecuali masa seseorang itu berada dalam ihram haji sehinggalah dia selesai melaksanakan fardhu haji tersebut). Walau bagaimanapun, seseorang Muslim tidaklah berdosa jika menangguhkan kewajipan umrah (setelah cukup syarat kemampuan). Apa yang penting, dia dapat melakukannya sebelum dia meninggal dunia.Namun begitu, adalah afdal menyegerakan kewajiban melaksanakan ibadah umrah ini untuk melepaskan tanggungan kewajiban ini ke atas diri seseorang Muslim. Wallahualam.