D'Celery Homestay Putrajaya

D'Celery Homestay Putrajaya We offer an affordable Homestay here at the heart of Putrajaya

30/12/2024

Untuk makluman, Homestay kami akan berehat seketika sehingga April 2025 atas tempahan jangka panjang.

Tiada sebarang tempahan akan diterima sepanjang tempoh berkenaan ya.
Sekali lagi terima kasih buat semua yang menyokong kami selama ini, moga Tahun Baru ini kalian sentiasa dalam LindunganNya, doakan juga untuk kita murah rezeki hendaknya.. Aminn..

Jumpa semula Mei 2025 nanti. 😍

Utk Minggu ni : 18-24 Nov masih ada kekosongan. Minggu Konvo, so jangan tangguh2 nak booking, takut last minit mmg takde...
18/11/2024

Utk Minggu ni : 18-24 Nov masih ada kekosongan. Minggu Konvo, so jangan tangguh2 nak booking, takut last minit mmg takde tempat nak stay (dalam Putrajayalah) :)

Sekiranya berminat : https://dceleryhomestay.wasap.my/ untuk sebarang pertanyaan lanjut.

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

October's Update : Yang bertanda bulat tu je kekosongan yang ada 😁
25/10/2024

October's Update : Yang bertanda bulat tu je kekosongan yang ada 😁

Alhamdulillah selesai sudah urusan dengan tetamu yang datang all the way dari Hatyai, Thailand. En. Fauzi ada program di...
21/10/2024

Alhamdulillah selesai sudah urusan dengan tetamu yang datang all the way dari Hatyai, Thailand. En. Fauzi ada program di Hotel Everly, so mmg sesuai sangat stay di homestay kami.
Alhamdulillah juga dipermudahkan urusan kami untuk meneruskan kembali bisnes ini.
Jgn malu2 untuk whatsapp jika ada keperluan untuk menetap disini.
https://dceleryhomestay.wasap.my/

26/09/2024

Update terbaru :
Kemaskini prosedur kemas**an tetamu ke kawasan perumahan ini, jadi mohon pada tetamu yang ingin membuat tempahan, supaya dapat mengesahkan tempahan sedikit awal bagi proses memasukkan makluman ke dalam apps, untuk memudahkan urusan ketika tiba.

Update untuk Homestay kami : Insya allah dalam masa kurang 2 minggu lagi kami akan menyambung semula perkhidmatan ini. B...
26/09/2024

Update untuk Homestay kami : Insya allah dalam masa kurang 2 minggu lagi kami akan menyambung semula perkhidmatan ini. Bolehlah berhubung terus sekiranya ada memerlukan penginapan bagi bulan Oktober dan seterusnya. :)

Alhamdulillah mencabar juga proses perpindahan kali ni, tapi hampir selesai juga lah. Cuma rindu dah lama tak buka homestay ni.

Untuk makluman, cuti panjang seterusnya adalah pada bulan Nov (Cuti gantian sekolah, Cuti Public Holiday untuk Deepavali = 5 hari).

Cuti sekolah akan datang pada Disember, tapi cuma seminggu.

Ada yang akan terlibat untuk konvo IPG nanti?

Sekiranya berminat : https://dceleryhomestay.wasap.my/ untuk sebarang pertanyaan lanjut.

14/06/2024

Update untuk Homestay kami : Insya allah dalam 2 bulan @ kurang kami akan beroperasi semula. Maaf ramai guest terpaksa kami tolak sebab kami masih belum boleh buka lagi homestay kami tu. Cadang2 nak upgrade sket2 untuk keselesaan guest, so tengok lah mcm mana nanti ya. Doakan urusan kami dipermudahkan. Terima kasih. Salam Aidil Adha.

09/01/2024

Untuk makluman, Homestay kami akan 'berehat' sebentar dalam 3-4 bulan (harap2 lebih cepatlah). Jadi tempahan diterima sehingga pertengahan Febuari 2024 sahaja.
Doakan urusan kami dipermudahkan dan dapat beroperasi kembali secepat mungkin. Insya allah..

Terima kasih puan Ros dan team LKIM Sabah kerana sudi stay di homestay kami selama 3 malam. Alhamdulillah permulaan yang...
08/01/2024

Terima kasih puan Ros dan team LKIM Sabah kerana sudi stay di homestay kami selama 3 malam. Alhamdulillah permulaan yang baik untuk 2024. 🤲🤲

*Post Penghargaan*Puan Y antara customer yang paling banyak repeat stay di homestay kami. Ada juga request beliau x dapa...
02/01/2024

*Post Penghargaan*
Puan Y antara customer yang paling banyak repeat stay di homestay kami. Ada juga request beliau x dapat kami penuhi, tapi tetap Puan Y akan tanya jika ada kekosongan. Mmg rezeki beliau hujung2 tahun kena p**ak tarikhnya. Haa.. Repeat customer ada keistimewaannya tau. Dapat apa?
Kena la jadi favourite repeat customer dulu 😁😁
Kami sangat hargai sokongan puan dan keluarga pada homestay kami. Moga dipanjangkan umur puan, murah rezeki dan jemput menginap lagi.
Selamat Tahun Baru 2024 🎉🎉

Alhamdulillah untuk rezeki pada tahun 2023. Menginjak tahun ke-2 usia homestay kami, kami berharap sokongan berterusan d...
02/01/2024

Alhamdulillah untuk rezeki pada tahun 2023.
Menginjak tahun ke-2 usia homestay kami, kami berharap sokongan berterusan dari tuan/puan sekalian.
Ini tetamu terakhir kami tahun lalu, dan jadi tetamu pertama yang check-out pada 1 Jan 2024 😁.
Still, pada kami, tetamu yang hadir tu semua rezeki, dan syukur kami kepadaMu jua.

Customer terakhir untuk minggu ni baru je check out dan s**a betul komen yang Abg D dapat ni. Terima kasih buat semua se...
29/10/2023

Customer terakhir untuk minggu ni baru je check out dan s**a betul komen yang Abg D dapat ni. Terima kasih buat semua sebab minggu ni 1st time Back to back dari 21hb - 29hb Oktober melibatkan 4 guest berlainan.
Terima kasih Cikgu Hazwani, Cikgu Siti dari Mersing, Cikgu Tini dari Bachok, Kelantan dan Puan Siti dari Penang 😁😁.
November p**a jom?

Untuk makluman, tarikh-tarikh berkenaan telah penuh ya. Setakat ini  hari ni (18hb Oct) ke 21hb masih available. 29 - 31...
18/10/2023

Untuk makluman, tarikh-tarikh berkenaan telah penuh ya.
Setakat ini hari ni (18hb Oct) ke 21hb masih available. 29 - 31 Oktober juga masih ada.

Tetamu dari Seberang selesai c/out. Moga bertemu lagi ya Buk insya allah..
10/09/2023

Tetamu dari Seberang selesai c/out. Moga bertemu lagi ya Buk insya allah..

Event-event yang bakal berlangsung di Putrajaya pada bulan ini. *pic kredit to Perbadanan Putrajaya
06/09/2023

Event-event yang bakal berlangsung di Putrajaya pada bulan ini.
*pic kredit to Perbadanan Putrajaya

Alhamdulillah tak sangka setahun lamanya kami sudah beroperasi. Macam2 juga dugaan dan halangan untuk tiba ke tahap ni, ...
26/08/2023

Alhamdulillah tak sangka setahun lamanya kami sudah beroperasi. Macam2 juga dugaan dan halangan untuk tiba ke tahap ni, tapi tanpa sokongan anda semua, siapalah kami..

Terima kasih atas segala sokongan dari anda semua, terutamanya yang pernah menjadi tetamu kami. Doakan kami terus berjaya untuk tahun seterusnya ya?

04/07/2023

Update :

Start dari 12 Julai 2023 (jangkaan sehingga pertengahan Ogos 2023), homestay kami tidak akan menerima sebarang booking buat tempoh berkenaan.
Kami open semula booking untuk tempoh selepas tu ya?

Terima kasih atas sokongan padu semua tetamu yang pernah dan bakal menginap di homestay kami. Insya allah kami akan naik taraf kemudahan secara berperingkat.
Kami dah ada 1 wheelchair untuk keperluan tetamu kami, so maklumkan awal sekiranya perlu ya?

Address

D'Celery Homestay Putrajaya, Jalan Saderi P16K, Presint 16
Putrajaya
62050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Celery Homestay Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share