23/06/2023
Perbandingan antara Honda WR-V dan Perodua Ativa.
Tak lama lagi Honda WR-V bakal datang ke negara kita bagi menyaingi Perodua Ativa.
Agak-agak boleh ke tidak WR-V menyaingi pop**ariti Ativa dari sudut power dan jimat minyak?
Mari kita bandingkan WR-V dan Ativa. Spesifikasi Ativa aku ambil dari Honda Thailand.
Perodua Ativa menggunakan enjin 1.0L 3-silinder Turbo PFI:
Kuasa maksimum: 98 ps @ 6000 rpm.
Tork maksimum: 140 Nm @ 2400 - 4000 rpm.
Honda WR-V p**a menggunakan enjin 1.5L 4-silinder PFI:
Kuasa maksimum 121 ps @ 6600 rpm.
Tork maksimum: 145 Nm @ 4300 rpm.
Dari sudut kuasa, WR-V mendahului sebanyak 23 ps. Jauh beza nampaknya.
1 point untuk WR-V, 0 untuk Ativa.
Berat Ativa antara 1090 - 1114 kg.
Berat WR-V p**a antara 1112-1143 kg.
Jadinya ps/tan untuk:
Ativa adalah 88 ps/tan.
WR-V p**a adalah 109 ps / tan.
Beza 21 ps di situ. Secara teorinya jika ps/tan lebih besar, pecutan akan lebih cepat.
Jadinya dalam bab pecutan, WR-V menang.
2 point untuk WR-V, 0 untuk Ativa.
Aku ada tengok masa 0-100 kmsj WR-V dengan menggunakan alat GPS oleh media kereta di Thailand bernama Headlightmag,
0-100 kmsj yang diorang buat untuk WR-V agak hebat juga. Hanya ambil masa 10.93 saat. Aku ada sertakan gambar dalam ruang komen di bawah.
Yang menarik perhatian aku, 0-100 kmsj WR-V lebih cepat dari Toyota Corolla Cross 1.8L, Corolla Cross ambil masa 11.22 saat.
Kira hebatlah juga sebab enjin Corolla Cross lebih besar dan lebih power.
Jika banding dengan HR-V 1.8L tahun 2014 p**a, WR-V hanya kalah sedikit sahaja dalam 0.31 saat sahaja (HR-V 1.8L 2014 10.62 saat).
Kira hebat jugalah WR-V dari sudut pecutan. Itu menggunakan GPS, kalau kira ikut meter sahaja sudah tentu nampak lagi cepat.
Tapi aku perasan satu benda dalam ujian oleh Headlightmag iru, kelajuan maksimum WR-V hanya 168 kmsj. Nampak macam kena had, sama macam Honda BR-V facelift 2020, meter lekat kat 168 kmsj sahaja walaupun pedal ditekan sekuat hati. Had elektronik.
Kelajuan maksimum Ativa korang mesti laju kan, lagi laju dari 168 kmsj.
Ada yang dapat 180 kmsj, ada yang kata 185 kmsj, malah ada yang kata boleh pergi sampai 200 kmsj. Walaupun ada yang nampak tak lojik, memang Ativa boleh pergi lebih dari kelajuan maksimum WR-V yang hanya 168 kmsj.
Jadinya, kelajuan maksimum menang kat Ativa, maka WR-V 2 point, Ativa 1.
Kelajuan maksimum itu memang satu aspek penting bagi kaki cruising laju.
Kemudiannya, bab penjimatan minyak. Ikut spesifikasi penggunaan petrol per 100 km:
Perodua Ativa: 5.3 liter / 100 km.
Honda WR-V: 5.9 liter / 100 km.
Menang kat Ativa. Jadinya WR-V 2 point, Ativa 2.
Seri jadinya.
Oleh itu, rumusan aku, kedua-duanya sama hebat sebenarnya.
Jika mahukan pecutan yang kuat, beli WR-V, jika mahu topspeed lebih tinggi, beli Ativa.
—--------------------------------------------------------
Perodua Ativa:
Enjin: (1KR-VE Turbo) 1.0L (998 cc) 3-silinder Turbo.
Kuasa maksimum: 98 ps / 72 kW @ 6000 rpm.
Tork maksimum: 140 Nm @ 2400 - 4000 rpm.(48 ps @ 2400 rpm, 80 ps @ 4000 rpm).
Transmisi: CVT.
Berat: 1020 - 1035 kg.
—----------------------------------------------------
Honda WR-V (Thailand).
Enjin: 1.5L (1496 cc) 4-silinder DOHC 16-injap PFI.
Gerak x lejang: 73 x 89.5 mm.
Nisbah mampatan: 10.6:1.
Kuasa maksimum: 119 hp / 121 ps / 89 kW @ 6600 rpm.
Tork maksimum: 145 Nm @ 4300 rpm.
Transmisi: CVT.
Pacuan: Hadapan.
Berat: 1112 - 1143 kg.
0-100 kmsj: 11.93 oleh Headlightmag menggunakan alat GPS.
Kelajuan maksimum: 168 kmsj (Headlightmag).