21/06/2019
BAGAIMANA MEMILIH PAKEJ UMRAH YANG TERBAIK?
Andaikan jika kewangan bukanlah faktor utama dalam menentukan pakej umrah yang sesuai, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh bakal jemaah umrah agar ibadah umrahnya boleh dihayati dengan sempurna.
✅ Carilah penerbangan terus dari KLIA ke Jeddah atau Madinah tanpa perlu transit di lapangan terbang lain terlebih dahulu. Ini akan menjimatkan waktu perjalanan.
✅ Carilah pakej yang menaiki bas hanya sekali sahaja samada dari Mekah ke Madinah atau Madinah ke Mekah. Ini akan menjimatkan tenaga setelah hampir 10 jam di dalam penerbangan.
✅ Carilah pakej yang menaiki keretapi laju dari Mekah ke Madinah atau sebaliknya. Ini akan menjimatkan masa perjalanan sehingga 3 jam. Tenaga p**a tidak akan dibazirkan tanpa keperluan kerana jarak perjalanan yang jauh.
✅ Carilah hotel yang paling dekat dengan masjid. Ini akan memudahkan urusan berulang alik dari hotel penginapan ke masjid setiap kali masuk waktu solat.
✅ Carilah pakej yang menyediakan jadual makan yang lengkap (pagi, tengahari dan malam). Ini akan memudahkan para jemaah umrah terutamanya yang tidak gemar untuk membeli makanan di kedai-kedai makan.
✅ Carilah pakej yang memasukkan sekali program ziarah di kebanyakan tempat samada di dalam bandar Mekah atau Madinah dan juga tempat-tempat lain yang menarik seperti Taif dan sebagainya.
✅ Carilah pakej yang ditawarkan oleh agensi umrah yang berdaftar dan mempunyai lesen yang diiktiraf. Ini dapat mengelakkan bakal jemaah umrah daripada ditipu. Sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini, bakal jemaah umrah boleh mengambil tindakan terhadap agensi umrah tersebut.
Kesemua perkara di atas mestilah menjadi keutamaan.
Jika ada kekangan kewangan dan sebagainya, pilihlah pakej umrah yang bersesuaian dengan kemampuan masing-masing.
Ingin mengikuti Umrah Bersama Kami???
Hubungi kami segera untuk tempahan..
Safwan 01110793025