25/08/2021
๐ Bagaimana Scandinavia menjadi negara-negara paling "happy"?
Bila keluar result negara mana paling happy berulang-ulang kali sama ada Norway, Finland, Denmark, Sweden atau jiran mereka akan top the ranking.
Sebab apa ya?
1) Mereka tidak bekerja terlalu lama
Minggu kerja "sepenuh masa" di Denmark biasanya 37 jam sepanjang lima hari.
2) Cuti berbagu selama lima minggu adalah jaminan
Di Denmark, pekerja sepenuh masa dijamin cuti selama lima minggu, tanpa mengira kedudukan atau bidang pekerjaan mereka. Cuti ibu bapa (parental leave) juga disokong dengan baik sehingga berminggu-minggu.
3) Cuti stres adalah satu perkara biasa
Pekerja dibenarkan mengambil "cuti strea" ketika keadaan sangat buruk di tempat kerja sehingga mempengaruhi kesihatan mental mereka.
4) Sistem kesejahteraan / Sokongan Sosial yang sangat baik
Penjagaan kanak-kanak, pendidikan awam termasuk kolej dan penjagaan kesihatan. Semua itu dah termasuk dalam cukai. Walaupun cukai boleh menjadi sangat tinggi tetapi p**angan pelaburan adalah lebih baik. Ketidaksamaan pendapatan juga rendah di rantau ini.
5) Pemerintahan Berkualiti
Rakyat diberikan hak dan akses kepada perkara berkaitan kuasa termasuk faktor-faktor seperti kemampuan untuk mengambil bahagian dalam memilih pemerintah, kebebasan bersuara, kebebasan dalam pertubuhan, dan kestabilan politik.
6) Indeks Jenayah Rendah
Hasil dari kadar jenayah yang rendah ini masyarakat sentiasa merasa aman, selamat, dan lebih bahagia.
7) Landskap dan alam semula jadi yang indah Keadaan hutan yang masih asli, tasik yang jernih, dan sumber alam yang terpelihara. Banyak aktiviti dapat dihabiskan bersama keluarga bersama alam semulajadi tanpa kos yang tinggi.