29/08/2022
Bila sampai di bumi Mekah dan Madinah, satu sahaja yang saya nak cari.
Saya nak cari keajaiban.
Kerana, tanah ini adalah tanah suci. Ada rumah Allah. Ada rumah Rasulullah Saw.
Sedang menunggu solat isyak, tiba-tiba ada seorang pakistan tegur saya.
"Malaysia mana?"
Eh? Boleh cakap melayu. Steady ni. Mudah nak sembang. Saya kenalkan diri.
Dia kata namanya Mohi. Asal Pakistan. Pernah duduk Malaysia lima tahun kemudian balik sebelum PKP dan sangkut tak boleh masuk Malaysia dah.
Saya tanya dia macamana boleh sampai Madinah.
Matanya berkaca. Menahan sebak.
Rupanya,
Dia datang sini sebab permintaan isterinya. Isteri dan anaknya kena sakit teruk. Bermacam cara dah buat tapi masih begitu juga.
Jadi, isterinya kata pergilah ke Mekah. Bercakaplah dengan Allah di depan kaabah. Ziarahlah Rasulullah. Bercakap dan merayulah dengan berkat Nabi, moga sakit mereka di sembuhkan.
"Isteri saya bagi duit semua. Simpan duit semua habis. Untuk saya datang. Cukuplah sampai juga. Tidur mana-mana. Makan apa saja"
Di tepi dia ada satu beg kecil. Ada plastik nak isi baju kotor. Dalam poket ada roti kosong keras. Masa sambil duduk-duduk tu, dia siap koyakkan roti bagi dua, satu untuk saya dan satu untuk dia.
Saya kunyah, menitis airmata.
Kosong, tiada rasa tapi itulah teman yang mengenyangkan perut. Kemudian sambung ibadah.
Saya tawar duit untuk bantu, dia tolak.
Dia kata apa?
"Saya cerita bukan bagi abang kasihan. Bukan. Saya nak minta abang doakan isteri dan anak saya boleh? Saya takut kalau dia nanti Allah ambil. Saya sayang dia. Saya sayang anak saya"
Saya gosok badan dia. InsyaAllah.
Kami pun solat isyak bersama. Sembang lagi sampailah saya minta izin nak ke hotel.
Dia terus letakkan lengan, dan rehat.
Sebab katanya, nanti dia nak bangun tahajud p**a. Nak berdoa sampai subuh.
Bila melihat mohi,saya merasakan Itulah kehebatan Tuhan yang maha agung.
Dia menawarkan cintanya diatas seribu kepahitan.
Itu kerana Dia mahu pastikan bahawa cinta hamba tetaplah padaNya walau diuji dengan segala macam bentuk ujian.
Dia menciptakan kesusahan itu sebagai satu cara untuk kita tetap merasa hamba. Dengan itu kita akan selalu merasa bertuhan. Tuhan seolah berkata, "jika benar kamu cintakan aku,maka bersiap sedialah untuk susah".
Kalau memang kamu hamba yang setia,buktikanlah dengan kesanggupan kamu untuk bertarung dengan derita.
Maha besarnya Allah.
Itulah cara agar cinta itu dapat dipastikan benar bahawa ia bukan palsu. Hinggakan berhabis harta benda, demi mempercayai keajaiban yang ada pada rahmat dan berkat.
Sēlamata baraju'aga mōhī. Al'hā kahi
Kredit : Abu Hurairah Roslan