Persatuan AncKed Sungai Batu Official

Persatuan AncKed Sungai Batu Official Page ni adalah page baru (official page) bagi Persatuan AncKed Sungai Batu. Jemput follow ya untuk update terbaru.

Kami menawarkan 17 pakej arkeopelancongan yang menarik untuk anda. Jom singgah di Kompleks Arkeologi Sungai Batu, Kedah.

20/12/2024

𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚π₯𝐒 π–πšπ«π’π¬πšπ§ π’πžπ§π’ 𝐁𝐒𝐧𝐚: π€π­πšπ© π’π’π§π π¨π«πš 𝐝𝐒 𝐌𝐚π₯𝐚𝐲𝐬𝐒𝐚

Tahukah anda, atap Singora merupakan salah satu elemen seni bina tradisional yang kaya dengan sejarah? Berasal dari Songkhla (dahulu dikenali sebagai Singora. Atap ini mula diperkenalkan ke Tanah Melayu melalui hubungan perdagangan dan budaya.

Dengan ciri-ciri unik seperti bentuk beralun, tahan lasak terhadap cuaca tropika, dan estetika klasik yang menawan, atap Singora sering digunakan pada bangunan bersejarah seperti masjid, istana, dan rumah tradisional Melayu. Di Kedah, keindahan atap Singora dapat dilihat pada bangunan ikonik seperti Masjid Zahir dan beberapa rumah lama.

Atap Singora bukan sahaja simbol warisan budaya, tetapi juga bukti pengaruh hubungan serantau dalam seni bina kita.

Jom bersama-sama kita hargai dan pelihara seni bina tradisional ini!

Tahukah anda, π‘²π’‚π’•π’‚π’Œ 𝑹𝒂𝒏𝒂 π’Žπ’π’π’‹π’†π’“π’‚π’Š ialah spesies katak yang hanya terdapat di kawasan Gunung Jerai, Kedah. Nama saintifik...
15/12/2024

Tahukah anda, π‘²π’‚π’•π’‚π’Œ 𝑹𝒂𝒏𝒂 π’Žπ’π’π’‹π’†π’“π’‚π’Š ialah spesies katak yang hanya terdapat di kawasan Gunung Jerai, Kedah. Nama saintifiknya membawa maksud penghormatan kepada lokasi habitatnya, yang merupakan kawasan unik dan endemik di Malaysia. Spesies ini tergolong dalam keluarga Ranidae, iaitu keluarga katak yang biasanya dijumpai di kawasan tropika dan subtropika.

Katak ini sangat istimewa kerana habitatnya yang terhad, menjadikannya spesies yang penting untuk kajian biodiversiti. Seperti kebanyakan spesies endemik, ia mungkin terancam akibat perubahan habitat dan aktiviti manusia.

Antara fun fact lain yang menarik tentang Rana monjerai:

1. Endemik Gunung Jerai
Katak ini hanya boleh ditemui di kawasan Gunung Jerai, Kedah sahaja, menjadikannya spesies yang sangat jarang ditemui dan unik kepada Malaysia. Ini menjadikannya β€œkhazanah biodiversiti” Kedah.

2. Habitat Spesifik
Ia biasanya hidup di kawasan hutan montane, terutama berhampiran sungai kecil atau aliran air yang jernih. Habitat ini penting untuk pembiakannya kerana telur-telurnya diletakkan di air bersih.

3. Adaptasi Suhu
Disebabkan hidup di kawasan pergunungan, Rana monjerai boleh bertahan dalam suhu yang lebih sejuk berbanding katak lain di kawasan rendah.

4. Penemuan Baru
Spesies ini hanya dikenali pada dekad kebelakangan ini, menunjukkan betapa banyak lagi biodiversiti Malaysia yang belum diterokai sepenuhnya.

5. Penting untuk Ekosistem
Katak seperti Rana monjerai adalah bioindikator, iaitu organisma yang menunjukkan tahap kesihatan ekosistem. Kehadirannya menunjukkan bahawa kawasan Gunung Jerai mempunyai air dan habitat yang masih bersih dan sihat.

6. Nama Inspirasi
Nama Rana monjerai diambil daripada Gunung Jerai (juga dikenali sebagai β€œMonjerai” dalam sejarah dan tradisi lama), memberi penghormatan kepada warisan alam semula jadi Kedah.

7. Kemungkinan Terancam
Disebabkan habitatnya yang sangat spesifik dan terhad, katak ini mudah terjejas oleh pembangunan, perubahan iklim, atau pencemaran, menjadikannya spesies yang perlu dilindungi.

Menarik bukan? Untuk kenali dengan lebih dekat spesies katak unik ini, jika berpeluang ke negeri Kedah, ambil pakej hiking ke Gunung Jerai !

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-2 Persatuan AncKed Sungai Batu bagi tahun 2024 telah berjaya diadakan pada hari ini, 14 ...
14/12/2024

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-2 Persatuan AncKed Sungai Batu bagi tahun 2024 telah berjaya diadakan pada hari ini, 14 Disember 2024 bertempat di The Jerai Hotel, Sungai Petani.

Mesyuarat ini menjadi platform penting untuk membincangkan pencapaian persatuan sepanjang tahun 2024, cabaran yang dihadapi, dan perancangan strategik untuk tahun akan datang.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang hadir dan memberikan pandangan, idea, serta komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam usaha memartabatkan warisan bersejarah Sungai Batu. Dengan semangat kerjasama dan kesungguhan, kita yakin dapat terus mempromosikan keunikan kawasan ini sebagai destinasi arkeo-pelancongan yang berprestij.

Bersama-sama, kita bangunkan Sungai Batu untuk generasi kini dan masa depan. Terima kasih atas sokongan anda semua!

Dengan moto memasyarakatkan dapatan arkeologi, maka Persatuan AncKed Sungai Batu pada tahun 2024 telah berupaya menerbit...
14/12/2024

Dengan moto memasyarakatkan dapatan arkeologi, maka Persatuan AncKed Sungai Batu pada tahun 2024 telah berupaya menerbitkan enam manuskrip ilmiah di dalam jurnal antarabangsa yang diindex sebagai jurnal scopus (Q1-Q3). Perkara ini membolehkan maklumat berkaitan data primer tapak dan keistimewaannya sebagai lokasi pelancongan warisan disebarluaskan sehingga ke peringkat dunia.

alhamdulillah..sesi lawatan 10/12/204 iaitu pakej 8 melibatkan sesi lawatan berpandu di Kompleks Percandian Pengakalan B...
11/12/2024

alhamdulillah..sesi lawatan 10/12/204 iaitu pakej 8 melibatkan sesi lawatan berpandu di Kompleks Percandian Pengakalan Bujang, Kompleks Percandian Bukit Batu Pahat, Pegmatit Jerai, Muzium Arkeologi Lembah Bujang..

Kemudian, destinasi terakhir adalah ke Kompleks Arkeologi Sungai Batu pula..Lawatan berpandu ini bermula sekitar pukul 12 tengah hari..Tamat sekitar pukul 5 petang..

Terima kasih diucapkan kepada En Muqri dan rakan-rakan dari KL..Moga lawatan berpandu ini sedikit sebanyak dapat memberi pengalaman baru dan mendedahkan berkaitan pensejarahan Kedah Tua..

alhamdulillah...pada pagi ini, Persatuan AncKed Sungai Batu menerima kunjungan dari pelajar & guru dari Sekolah Kebangsa...
09/12/2024

alhamdulillah...pada pagi ini, Persatuan AncKed Sungai Batu menerima kunjungan dari pelajar & guru dari Sekolah Kebangsaan Air Merah, Kulim..Kunjungan seramai 154 orang...Sangat meriah..

Untuk program kali ini, pelajar & guru menyertai Pakej 5..Pakej 5 meliputi :
- Lawatan berpandu di Kompleks Arkeologi Sungai Batu, demonstrasi peleburan besi, hands-on activity (ekskavasi & eksperimen pembuatan bata kuno)
-Lawatan berpandu (pegmatit Jerai, Kompleks Percandian Bukit Batu Pahat, Muzium Arkeologi Lembah Bujang)

Jutaan terima kasih juga buat guru-guru yang banyak memudahkan perjalanan sepanjang program berlangsung..Pelajar-pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut jenis topi yang berlainan iaitu kuning, hijau, merah & biru..Ini sangat membantu fasi sebab senang nak detect group yang mana..hehe..

Terima kasih diucapkan atas sokongan yang tak terhingga..

Semoga ilmu yang dicurahkan & dikongsi dapat dimanfaatkan sebaiknya..Selamat maju jaya buat para pelajar...

Jom dapatkan pakej bersama dengan pihak kami..

Hubungi :

wa.me/+601123454748 (Cik Saerah)

wa.me/+60135132568 (Encik Hanafi)

Tapak 23, Pengkalan BujangTapak 23 telah diekskavasi dan didedahkan sejak 1986 oleh UKM bersama Jabatan Muzium dan Antik...
07/12/2024

Tapak 23, Pengkalan Bujang

Tapak 23 telah diekskavasi dan didedahkan sejak 1986 oleh UKM bersama Jabatan Muzium dan Antikuiti yang berdasarkan laporan penemuan awal oleh Wales. Kajian lanjutan kemudiannya telah dilakukan oleh Herqouale’h dan akhirnya dilengkapkan pendedahan sebenarnya oleh Zulkifli. Namun hanya Herqouale’h yang ada menghasilkan lukisan rupa bentuk seni bina tapak 23 yang didapati tidak lengkap (Rajah 1) kerana pada ketika itu belum lengkap diekskavasi sepenuhnya di mana antaranya belum lagi mendedahkan candi apit yang terdapat di selatan monumen utama. Interpretasi fungsi juga didapati ada perbezaan di mana Zulkifli menyatakan ianya sebuah masjid awal manakala yang lain mengatakan ianya kuil Hindu.

Hasil pemetaan terkini (Rajah 2) telah berjaya mendedahkan rupa bentuk sebenar monumen tapak 23. Arah pintu masuk adalah tepat daripada timur laut ke barat daya. Ini jelas menunjukkan ianya bukan seni bina masjid yang sepatutnya terarah kepada kiblat, iaitu tidak tepat ke barat tetapi menghampiri arah barat laut.

Seni bina tapak 23 didapati bermula dengan satu ruang berlantai untuk masuk ke bangunan, menuju satu ruang berlantai yang lain yang berdinding keliling yang menjadi seperti sebagai ruang utama monumen. Terdapat di dalam ruang utama ini iaitu di bahagian paling kehadapan satu struktur senibina pedestal padu bersaiz sekitar 1.5x1.8 m2 yang lebih tinggi lantainya seolah-olah tempat untuk meletakkan sesuatu. Ruang masuk ini adalah ciri seni bina Mandapa manakala ruang utama adalah Vimana yang di dalamnya terdapat tempat untuk diletakkan patung penyembahan atau arca. Maka, jelas monumen 23 ialah sebuah bangunan keagamaan yang menonjolkan seni bina Vimana-Mandapa. Seni bina sebegini menolak cadangan ianya sebuah masjid.

Bahagian ruang Mandapa didapati mempunyai seni bina pedastal yang mungkin tempat letak makara di awal masuk ruang di kedua-dua bahagian tepi. Monumen 23 juga mempunyai ruang koridor di kedua-dua sisi utara-selatan, ada empat buah pintu di setiap sisi, ada bahagian berdinding dan sebuah dan candi apit. Maka, monumen 23 jelas adalah sebuah Vimana-Mandapa bersama sebuah candi apit untuk agama Hindu.

Walaupun secara khususnya seni bina 23 adalah tersendiri iaitu tidak sama dengan mana-mana monumen candi di Lembah Bujang dan bahagian lain dunia, namun jelas mempunyai seni bina Vimana-Mandapa, Monumen paling hampir sama dengan tapak 23 ialah tapak 11/3 Lembah Bujang, iaitu daripada aspek vimana-mandapa tetapi berbeza arah pintu masuk dan mempunyai satu candi apit. Maka, Candi 23 juga mungkin kuil anutan siva sama seperti tapak 11/3 yang dibina pada kurun ke-12 Masihi.

Lawatan berpandu bersama dengan pelawat dari Johor..Jauh datang dari selatan ke utara ya..Alhamdulillah..Terima kasih di...
07/12/2024

Lawatan berpandu bersama dengan pelawat dari Johor..Jauh datang dari selatan ke utara ya..

Alhamdulillah..Terima kasih diucapkan daripada pihak kami kepada Encik Azzed...Untuk makluman, penerangan lawatan bersama dengan Dr Mohd Hasfarisham..Salah seorang arkeologis yang berpengalaman dalam bidang ini hampir 15 tahun..

Jom dapatkan pakej bersama dengan pihak kami..

Selain adanya lawatan berpandu, kami juga menawarkan hands-on buat anda yang berminat untuk menjalankan ekskavasi & hands-on eksperimen pembuatan bata kuno..

Hubungi :

wa.me/+601123454748 (Cik Saerah)

wa.me/+60135132568 (Encik Hanafi)

alhamdulillah..terima kasih diucapkan kepada pelajar dari Universiti Utara Malaysia, UUM Sintok atas kunjungan ke Komple...
07/12/2024

alhamdulillah..terima kasih diucapkan kepada pelajar dari Universiti Utara Malaysia, UUM Sintok atas kunjungan ke Kompleks Arkeologi Sungai Batu pada harini..

lawatan pada hari ini bersama dengan Encik Azhar yang merupakan salah seorang local guide yang berpengalaman dalm bidang arkeologi sejak tahun 2009..

Terima kasih diucapkan atas sokongan yang tidak terhingga daripada Persatuan AncKed Sungai Batu..

Jom dapatkan pakej bersama dengan pihak kami..

Selain adanya lawatan berpandu, kami juga menawarkan hands-on buat anda yang berminat untuk menjalankan ekskavasi & hands-on eksperimen pembuatan bata kuno..

Hubungi :

wa.me/+601123454748 (Cik Saerah)

wa.me/+60135132568 (Encik Hanafi)

Proses guna kawasan di KompleksArkeologi Sungai Batu dibuktikan menerusi aplikasi kaedah persampelan untuk pentarikhan (...
05/12/2024

Proses guna kawasan di KompleksArkeologi Sungai Batu dibuktikan menerusi aplikasi kaedah persampelan untuk pentarikhan (radiokarbon dan OSL), penggerudian dalam dan pemetaan geofizik. Analisis terhadap data berkenaan membuktikan proses urbanisasi di kompleks ini telah bermula sekurang-kurangnya sejak kurun keenam Sebelum Masihi berdasarkan kepada aplikasi prinsip Lynch. Data pentarikhan kurun kelapan Sebelum Masihi juga memperlihatkan High Probability Density Range Method (HPD) yang tinggi yang menyebabkan hasil pentarikhan yang diperolehi adalah menyakinkan. Maka bagi mengukuhkan data pentarikhan berkenaan, sepatutnya penyelidikan arkeologi di kompleks ini harus diteruskan..

Teknologi binaan Kedah Tua di Kompleks Arkeologi Sungai Batu telah memperlihatkan masyarakatnya memiliki kemahiran yang ...
04/12/2024

Teknologi binaan Kedah Tua di Kompleks Arkeologi Sungai Batu telah memperlihatkan masyarakatnya memiliki kemahiran yang tinggi. Khasnya dalam soal penghasilan atap genting, ianya dihasilkan menggunakan bahan tanah liat di sekitaran Sungai Batu itu sendiri, dibakar di dalam relau berdasarkan kehadiran mineral suhu tinggi sejak 582 Sebelum Masihi. Bukti ini jelas menunjukkan kemajuan teknologi yang ada di Kedah Tua khasnya dalam soal pembinaan monumen yang memicu perkembangannya sebagai sebuah kerajaan berorientasikan industri besi.

Keistimewaan bumi Jerai yang membolehkan kerajaan Kedah Tua mengasaskan ketamadunannya telah menggambarkan ianya sebagai...
02/12/2024

Keistimewaan bumi Jerai yang membolehkan kerajaan Kedah Tua mengasaskan ketamadunannya telah menggambarkan ianya sebagai sebuah kawasan yang berdaya huni. Perkara ini ditambah dengan kepelbagaian anugerah geologi dan biologi yang sangat istimewa membolehkan ianya dihargai dalam bentuk produk pelancongan warisan. Bukti tersebut dapat diketahui menerusi kajian akademik yang dijalankan...Hayatilah keindahan landskap bumi yang dianugerahkan dan jadilah sebagai antara warga yang prihatin untuk memeliharanya.

Kajian saintifik ke atas sampel bata pada tapak monumen di Kompleks Arkeologi Sungai Batu yang mengukuhkan interpretasi ...
02/12/2024

Kajian saintifik ke atas sampel bata pada tapak monumen di Kompleks Arkeologi Sungai Batu yang mengukuhkan interpretasi berkaitan kearifan lokal komuniti Kedah Tua dalam soal memilih bahan asas tempatan (tanah liat) di sekitar kompleks ini dalam proses penghasilan bata.

Kajian pemetaan geofizik yang berupaya merekodkan bukti kebudayaan masa lampau yang telah tertanam di dasar bumi. Pemeta...
01/12/2024

Kajian pemetaan geofizik yang berupaya merekodkan bukti kebudayaan masa lampau yang telah tertanam di dasar bumi. Pemetaan geofizik berkenaan juga membolehkan potensi sesebuah tapak dalam kajian arkeologi direkodkan secara sainstifik.

Alhamdulillah, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Mudir Tuan Guru Hj Zulkiflie dan jemaah kuliah...
30/11/2024

Alhamdulillah, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Mudir Tuan Guru Hj Zulkiflie dan jemaah kuliah Dhuha Maahad Tahfiz As-Syatirie, Sg Dedap, Kedah atas kunjungan ke Kompleks Arkeologi Sungai Batu pada hari ini.

Kehadiran ibu-ayah sangat bermakna bagi kami dalam usaha untuk memperkenalkan sejarah dan warisan Tamadun Kedah Tua. Semoga lawatan ini memberi manfaat dan meningkatkan penghargaan kita terhadap sejarah Islam dan peradaban agung tanah air.

Kami mendoakan agar Tuan Guru, jemaah, dan seluruh pelajar Maahad Tahfiz As-Syatirie sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Jazakumullahu khairan!

https://www.facebook.com/share/Fc8T7zhvDSZUE1aj/?mibextid=LQQJ4d

Analisis sainstifik struktur relau di Jeniang telah mengukuhkan kearifan lokal masyarakat Kedah Tua dalam soal teknologi...
30/11/2024

Analisis sainstifik struktur relau di Jeniang telah mengukuhkan kearifan lokal masyarakat Kedah Tua dalam soal teknologi pembinaan relau peleburan besi.

Aplikasi geofizik dalam penentuan potensi tapak di Kompleks Arkeologi Sungai Batu
29/11/2024

Aplikasi geofizik dalam penentuan potensi tapak di Kompleks Arkeologi Sungai Batu

Address

Sungai Batu Archaeological Site
Semeling
08100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan AncKed Sungai Batu Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share