AliyAqif Cottage

  • Home
  • AliyAqif Cottage

AliyAqif Cottage English design tiny house in Bangi for 6 pax + Glamping for 2 pax with private pool, bbq & sand area
(3)

Istimewa cuti sekolah Sept iniUntuk staycation 3H2M pada tarikh 20-22 Sept, h4rg4 asal:R Malaysia 800 + 850 - d1sk4un pa...
26/08/2024

Istimewa cuti sekolah Sept ini

Untuk staycation 3H2M pada tarikh 20-22 Sept, h4rg4 asal:

R Malaysia 800 + 850 - d1sk4un pakej 3H2M iaitu 100 (total asal: R Malaysia 1550)

Kepada h4rg4 istimewa: R Malaysia 1350 (ada d1sk4un tambahan 200)

Jemput tuan-puan bercuti di sini. Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Pokok bunga yang sedang bahagia membesar di bahagian kanan tu pandai buat magic rupanya. Asalnya daun berwarna cerah den...
25/08/2024

Pokok bunga yang sedang bahagia membesar di bahagian kanan tu pandai buat magic rupanya.

Asalnya daun berwarna cerah dengan tona warna seakan hijau kelabu. Tapi makin lama tona kelabu tu hilang p**a.

Sungguhpun begitu tetap cantik juga dengan tona warna terkini. Hijau yang cantik dengan layer gelap dan cerah pada daun-daun kecil, menambah aura English garden pada halaman ini.

Terima kasih pokok comel..kehadiranmu menyerikan cottage ini. Tak kisah warna apapun daunmu. Kot la next tukar warna pink p**a hahaha

Kepada yang mencari tempat staycation yang cantik dengan halaman yang penuh dengan pelbagai pokok bunga, jemput bercuti di sini

September masih ada kekosongan. Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











S**anya gambar-gambar ni. Hijau di sekeliling. Masha Allah..cantik berseri halaman cottage dengan kehadiran guest 😍Terim...
25/08/2024

S**anya gambar-gambar ni. Hijau di sekeliling. Masha Allah..cantik berseri halaman cottage dengan kehadiran guest 😍

Terima kasih puan berkongsi gambar-gambar ini. Buat kenangan perjalanan kecil cottage comel ini ❤🌹

Terima kasih puan sekeluarga bercuti di sini pada 17-18 Ogos yang lalu. Guest yang sangat baik. Keadaan check out tak ubah seperti keadaan ketika check in masha Allah. Alhamdulillah syukur dapat guest yang baik-baik. Semoga Allah membalas kebaikan puan sekeluarga di dunia dan akhirat 🤲❤

Jemput tuan-puan yang lain untuk bercuti di sini. Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Love sangat gambar ni 😍😍😍Entrance dan halaman depan ini memang antara tempat kes**aan guest untuk berOOTD. Gambar halama...
21/08/2024

Love sangat gambar ni 😍😍😍

Entrance dan halaman depan ini memang antara tempat kes**aan guest untuk berOOTD.

Gambar halaman depan ni akan jadi lebih berseri bila ada guest. Macam gambar ni. Love it! Terima kasih puan share ❤

Cuma kebetulan waktu ini bunga kertas merah kat belakang tu dah mula kurang bunga.

Berita baiknya, sekarang pokok tu tengah get ready nak berbunga meriah. "Baby" bunga dah mula meriah keluar. Rezeki guest yang akan check in tak lama lagi. Tak sabar nak tengok hasilnya 😍

Jemput bercuti di sini 😊

Bulan September tarikh yg sudah di book ialah: 6-8 Sept, 14-17 Sept. Yang lain masih kosong.

Jom lock tarikh tuan-puan. Boleh contact no ini ya: 019-791 9718











2 tahun lepas. Masha Allah waktu ini adalah fasa paling penat sepanjang projek AliyAqif Cottage ni berjalan. Tengok gamb...
20/08/2024

2 tahun lepas. Masha Allah waktu ini adalah fasa paling penat sepanjang projek AliyAqif Cottage ni berjalan.

Tengok gambar ni teringat balik penatnya tu. Alhamdulillah sekarang Allah ganti dengan senyuman melihat bunga-bunga yang cantik dan semakin membesar ❤

Apapun cabaran yang kita sdg lalui sekarang, tiba masanya yang susah menjadi mudah.

Yang s**ar hanya akan dilakar sebagai kenangan dalam hidup kita..yang akan diganti Allah dengan makna kehidupan yang mekar di hati, untuk buat kita faham hidup ini banyak nikmat untuk disyukuri ❤

Simpan sini untuk kenangan 💗

Alhamdulillah hari ni kita dah mula tanam pokok-pokok bunga di backyard. First of all nak ucapkan terima kasih byk2 to our small family's dearest friend for helping out 💕

Tanam pokok bunga ni...nampak simple, tapi banyak proses terlibat (utk kami yang newbie ni..mencabar tau hahahha)

Korek tanah dengan sepenuh tenaga (sebab tanah ni keras, liat..bukan tanah gambut), remove tanah yang dikorek tu (utk buat lubang), buat medium campuran, masukkan anak pokok, tutup semula lubang dengan tanah campuran.

Fuh. Berpeluh mengalahkan jogging hahaha.

Itulah dia kan...tak biasa gardening tapi sibuk naw nak gardening haha. Takpe, usaha tangga kejayaan.

Yang susah, tidak sepatutnya menjadi excuse untuk kita give up. Susah itu bermaksud perlu belajar untuk lebih cekal, perlu lebih kreatif untuk cari penyelesaian, perlu lebih sabar dan rajin dalam berusaha, perlu lebih doa dan memohon pertolonganNya, serta kekal yakin dengan kasih sayangNya.

Tiada yang mudah dalam dunia ni. Melainkan semuanya ruang untuk belajar menjadi hamba dan khalifahNya.

Eh penat-penat pun sempat membebel mama ni 😂

Oklah baru nak dinner ni. Ya Allah nikmatnya makan bila penat-penat ni kan. Nasi goreng kampung pedas.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah utk semua rezeki dan kasih sayang Mu 💗

Update kekosongan bulan Sept: Weekend 6-8 Sept sudah di book. Begitu juga 15-16 Sept. 14-15 Sept ada yg confirm (payment...
20/08/2024

Update kekosongan bulan Sept: Weekend 6-8 Sept sudah di book. Begitu juga 15-16 Sept. 14-15 Sept ada yg confirm (payment pending)

Yang lain masih kosong. Jemput bercuti di sini 😊

Gambar kiriman guest yang bercuti di sini buat kali kedua pada bulan lepas. Terima kasih puan share ❤

Tersenyum saya tengok gambar ni. Rupanya ramai anak-anak yang s**a "lepak" di sand pit ni malam-malam, sama macam anak soleh saya 😄

Kalau nak tahu, anak lelaki saya pernah mengaji kat situ waktu malam. Duduk atas kerusi comel tu, tangan menadah Al Quran. Terkejut sekejap mak dia 😅

Apapun bunga yang tergantung di atas tu memang menawan hati. Meriah dia masha Allah cantik ciptaan Allah 😍

Jemput tuan-puan bercuti di sini. Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Saya tak ingat bila, tapi saya pernah menulis di page ini berkenaan minat dan passion anak.Anak solehah saya yang pada u...
20/08/2024

Saya tak ingat bila, tapi saya pernah menulis di page ini berkenaan minat dan passion anak.

Anak solehah saya yang pada usianya 12 tahun, menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang senibina dan hiasan dalaman.

Hingga, dengan izin dan rahmat Allah..membawa kepada berdirinya sebuah unit homestay yang comel yang kami beri nama AliyAqif Cottage ini.

Bila saya tengok cottage comel ini, hati saya syukur dan sebak

Di sebaliknya, adalah seorang anak kecil yang untuk beberapa bulan siang dan malam berbincang dgn ibunya berkenaan design cottage ini.

Dari seorang anak yang tidak tahu apa tentang senibina, perlahan-lahan semakin pandai memberi pendapat..hinggakan akhirnya dia lah yang banyak buat keputusan. Warna apa nak pakai, material apa..corak, kedudukan, perabut..semuanya. Hatta pemilihan alas kaki pun dia sangat cerewet.

Saya syukur, bukan kerana anak saya belajar banyak perkara di sepanjang perjalanan projek ini..tetapi kerana maha kasihnya Allah pada kami yang hakikatnya kerdil nak hadap semua cabaran sepanjang projek ini berjalan.

Tapi kerana ada Dia maka semuanya dipermudahkan, alhamdulillah 🤲

Terima kasih ya Allah

Bukan hanya kerana membantuku, tapi yang lebih bermakna kerana membuat anak kecilku faham bahawa dia boleh mencapai impiannya, dengan berusaha gigih dan percaya pada Tuhannya

Biar apapun impian itu

Biar apapun ujian yang turut sama dilalui pada tika dan saat itu

Tahun ini, anak solehah saya buat pertama kalinya menyatakan kepada saya yang dia meminati bidang kejuruteraan p**a.

Haha dah bertukar p**a ya.

Takpelah nak, apa-apa pun mama sentiasa sokong sepenuhnya.

Dengan minat baru itu, dia dan kawan-kawan sekolahnya memasuki satu pertandingan innovasi peringkat international.

Sebulan lamanya mereka bertungkus lumus untuk menjayakan projek.

Setiap hujung minggu berkumpul, sampai kawan dia kata yang mereka berjumpa setiap hari (waktu bersekolah dan juga hujung minggu) 😅

Alhamdulillah..Allah permudahkan semuanya. Setiap kesusahan dan cabaran sama-sama dilalui dengan cekal.

Cikgu juga sangat membantu. Sangat supportive. Selalu bertanya perkembangan projek mereka. Terima kasih cikgu ❤

Terima kasih duhai anak.

Kerana memahami bahawa kau juga layak bermimpi dan berjuang untuk mencapai impianmu

Terima kasih kerana meyakini bahawa semua orang berhak berjaya dan bahagia..termasuk dirimu

Kau meyakininya melalui usaha kuatmu mendaki ke puncak itu

Bukan puncak itu yang kita kejar. Tapi rasa bahagia menyedari yang Allah tidak pernah membiarkan kita di bawah.

Jika kita jatuh, Dia sentiasa ada untuk kita bangkit semula

Jika kita lelah, Dia ada cara untuk buat kita tertawa agar kita tidak mengalah lalu terus melangkah

Teruskan langkahmu anakku

Saya kongsikan cerita kecil ini, semoga ada kebaikan padanya.

Teruskan kita sebagai parents..menyokong impian anak-anak kita..selagi mana ianya tidak bercanggah dengan agama

Sokongan kita adalah kekuatan mereka

Kuat itu hanya asbab sebagai manusia. Pada akhirnya, Allah lah yang menjaga, dan mempermudahkan semuanya

Tengah sesi apa ni 😍 Kusyuk masing2 😆Haha comel sangat gambar ni. Rasanya waktu ni atok kesayangan ramai sedang beri uca...
19/08/2024

Tengah sesi apa ni 😍 Kusyuk masing2 😆

Haha comel sangat gambar ni. Rasanya waktu ni atok kesayangan ramai sedang beri ucapan

Kenangan keluarga saya berkumpul di sini pd bulan Mei yang lalu sempena ulang tahun kelahiran abah saya ❤

Kalau tuan-puan sedang cari tempat nak bawa anak-anak bercuti ketika cuti sekolah bulan 9 nanti..jemput staycation di sini 😊

Sambil anak-anak berseronok, kita nikmati keindahan halaman yang Allah pinjamkan ni. Pergola ni memang antara kes**aan saya 🥰

Jemput tuan-puan bercuti di sini. Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Saya ingin memohon maaf kepada tuan-puan yang call atau whatsapp jika saya tidak angkat call dan lambat reply pada waktu...
19/08/2024

Saya ingin memohon maaf kepada tuan-puan yang call atau whatsapp jika saya tidak angkat call dan lambat reply pada waktu bekerja 🙏

Saya akan respond secepat yang saya boleh di luar waktu bekerja. Maaf sangat-sangat atas kelewatan 🙏

Terima kasih kerana memahami..saya menghargainya 🌹

Gambar ini dikongsikan oleh salah seorang guest yang bercuti di sini pada bulan Julai yang lalu. Mereka sekeluarga bercuti lagi di sini buat kali ketiga 😊

Sebenarnya banyak kali puan tersebut bertanya kekosongan..tapi kebanyakan tarikh yang beliau tanya sudah di book pada waktu beliau bertanya.

Alhamdulillah akhirnya pada bulan 7 baru-baru ini beliau sekeluarga diizin Allah bercuti lagi di sini

Cantik gambar ni. Berseni 😍

Bila berseni ni, bunga gugur pun jadi cantik kan..love it ❤

Jemput tuan-puan bercuti di sini. Dah semakin ramai yang bertanya untuk September ini. Sebab ada cuti sekolah kan.

Setakat ini masih kosong kecuali utk 15-16 Sept sudah di book.

Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Tahun 2021 sewaktu saya mula-mula berminat nak buat tiny house, rumah comel inilah yang menjadi inspirasi saya.Comel san...
18/08/2024

Tahun 2021 sewaktu saya mula-mula berminat nak buat tiny house, rumah comel inilah yang menjadi inspirasi saya.

Comel sangat kan

Rasa tenang. Cukup dan membahagiakan.

Waktu itu tak terlintas pun nak buat AliyAqif Cottage sebagai sebuah homestay.

Bila tengok gambar rumah ni, saya rasa ya Allah..bestnya kalau dapat duduk tiny house macam ni. Comel, cukup untuk keluarga saya yang kecil.

Dikelilingi pokok dan taman bunga. Hijau di mana-mana. Bersulam warna warni bunga.

Saya terbayang, bangun pagi hirup udara nyaman. Minum kopi sambil tengok halaman.

Kemudian on laptop dan cari idea menulis. Setiap hari perlahan-lahan menulis, bertemankan kicauan burung yang entah menyorok di mana..hanya dengar suara comelnya sahaja.

Sesekali ternampak kupu-kupu terbang berhampiran lalu hinggap ke kuntuman bunga.

Entah apalah agaknya buku yang nak dihasilkan. Saya pun tak pasti (ada idea cuma masa nak menulis yang susah nak cari 😅)

Tapi membayangkannya sahaja membuat saya merasa teruja.

Living big in tiny house. Sounds intriguing to me

Sederhana, tapi cukup.

Minimalist.

Ada masa lepas bekerja, sembang dengan anak-anak. Part ni paling saya enjoy. Kami ni kalau menyembang memang macam-macam topik boleh keluar.

Bestnya kan. Hidup yang tenang. Luang masa dengan keluarga.

Tiba masanya, buku pun siap. Ramai yang baca dan dapat manfaat. Wah, kalau berangan memang best betul hahahaha

Alhamdulillah..Allah pinjamkan saya sebuah tiny house comel dengan garden yang sihat dan cantik dengan bunga-bunga yang menjadi kebahagiaan sesiapa yang melihatnya.

Maha baiknya Allah..walaupun saya tak pandai gardening, Allah makbulkan juga impian saya nak ada halaman penuh dengan pokok dan bunga..alhamdulillah 🤲

Cuma part menulis buku tu belum terlaksana.

Takpelah kan..mana tau dengan izin Allah, satu masa nanti Allah makbulkan aamiin

Jika tuan-puan juga ada impian yang belum tercapai, jangan pernah putus asa ok. Satu masa nanti, jika diizin Allah, angan-angan boleh jadi kenyataan.

Allah saja yang tahu bila dan bagaimana.

Jadi ayuh kita teruskan usaha dan yakin dengan Dia 😊

"Alhamdulillah.. terima kasih atas perkhidmatan penginapan yg sgt selesa, kelengkapan yg lengkap dan bersih..tmpt paling...
18/08/2024

"Alhamdulillah.. terima kasih atas perkhidmatan penginapan yg sgt selesa, kelengkapan yg lengkap dan bersih..tmpt paling terbaik pernh kami inap setakat hari ini.. InsyaaAllaah jika ada rezeki boleh inap lg di sini.. terima kasih skali lg.."

Terima kasih banyak tuan atas feedback 🙏

Kenangan dari guest yang bercuti di sini pada 9-11 Ogos baru-baru ini. Masha Allah syukur dapat guest yang sangat baik..semuanya elok dan check out bersih serta kemas.

Saya juga amat senang berkomunikasi dengan guest yang baik budi pekertinya.

Alhamdulillah terima kasih semua guest AliyAqif Cottage selama ini..semoga segala kebaikan tuan-puan sekeluarga dalam menyantuni kami dan juga homestay ini dibalas Allah dengan kebaikan dan rahmat dariNya di dunia dan akhirat 🤲

Kadang-kadang bila datang rasa penat menguruskan homestay ini, Allah ganti dengan rasa bahagia dalam hati bila dapat tahu yang orang lain rasa gembira kerananya.

Berkongsi rasa bahagia dapat menikmati apa yang ada di sini..sepertimana saya juga s**a luang masa di teratak comel ini setelah penat bekerja.

Ia terasa indah..walaupun sesama kita tidak saling mengenali..hanya dengan asbab sebuah rumah comel ini serta apa yang ada bersamanya ❤

Jemput tuan-puan bercuti di sini. Bulan Sept masih banyak kekosongan. Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Yang menyambut kedatangan guest petang tadi. Comel je luruh berjemaah seminit sebelum guest sampai 😄September masih bany...
17/08/2024

Yang menyambut kedatangan guest petang tadi. Comel je luruh berjemaah seminit sebelum guest sampai 😄

September masih banyak kekosongan. Jemput tuan-puan bercuti di sini.

Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Antara bunga berwarna ungu yang ada di sini. Selamat malam 😊
15/08/2024

Antara bunga berwarna ungu yang ada di sini. Selamat malam 😊

Baru-baru ini ketika menyertai satu program pertandingan di salah sebuah universiti di selatan tanah air, saya terjumpa ...
13/08/2024

Baru-baru ini ketika menyertai satu program pertandingan di salah sebuah universiti di selatan tanah air, saya terjumpa seorang kawan yang sama-sama bersekolah menengah dulu.

Rasanya pertama kali jumpa sejak tamat persekolahan. Jadi banyaklah yang kami borakkan.

Antaranya tentang homestay. Sebab kami berdua sama-sama pengusaha homestay.

Kawan saya tanya, halaman banyak pokok tak penat ke nak kemas?

"Ya Allah..penattt!!"..jawab saya sambil buat memek muka ala-ala seorang makcik yang kepenatan hahaha. Biasalah bila borak sesama kawan kaum hawa ni emosi auto terlebih 😅

Sebenarnya memang penat. Bayangkanlah daun dan bunga tu...baru je sapu, bila datang angin terus gugur balik secara berjemaah hahaha

Bawa-bawa bersabar

Tapi..

Walaupun di satu sudut hati ni terasa penatnya nak uruskan halaman ni, tapi di satu sudut yang lainnya ada saja idea nak tambah koleksi pokok hahaha sabo je la kan.

Cuma tak boleh nak buat lagi idea tu.

Ia memerlukan saya duduk sepenuhnya di sini. Ia idea melibatkan pokok-pokok bunga yang cantik berwarna warni tapi sejenis manja..memerlukan kasih sayang saya setiap hari

Ya Allah..dah terbayang-bayang kecantikan cottage ni bila idea tersebut dapat direalisasikan dengan izin Allah 😍

Jadi walaupun saya penat nak uruskan halaman cottage ini, di sudut yang lainnya saya teruja menunggu masa yang dibayang-bayangkan itu tiba.

Saya berkira-kira..mungkin jika diizin Allah masanya tidak berapa jauh ke hadapan.

Jadi sementara itu sabar dulu banyak-banyak hehe.

Tunggu ya. Insha Allah jika diizin Allah..bila masanya tiba saya akan tunjukkan kemenjadiannya 😍

Terima kasih kepada semua guest yang bercuti di sini dan menjaga pokok-pokok yang ada dengan baik. Ia untuk dinikmati dengan mata dan hati

Semoga staycation tuan-puan di sini lebih berseri dengan adanya keindahan ciptaan Allah ini ❤

Jemput tuan-puan bercuti di sini. Bulan Sept masih banyak kekosongan. Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Siapa s**a buat Sudoku? Teringat masa mengandungkan anak yang sulung..saya s**a sangat buat sudoku ni. Semalam semasa di...
11/08/2024

Siapa s**a buat Sudoku? Teringat masa mengandungkan anak yang sulung..saya s**a sangat buat sudoku ni.

Semalam semasa di kedai buku, nampak buku ni terus belikan untuk anak-anak sempena markah peperiksaan pertengahan tahun. Makanya sejak semalam mengadap ni je 😆

Seronok juga santai-santai di sini sambil buat sudoku ni. Siap buat air 😍

Jemput tuan-puan bercuti di sini. Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Comel je adik ni tengok abang/kakaknya mandi kolam. Selesema kata ibunya, jadi tak dapat join main air. Takpe adik..nant...
11/08/2024

Comel je adik ni tengok abang/kakaknya mandi kolam. Selesema kata ibunya, jadi tak dapat join main air.

Takpe adik..nanti datang lagi ok 😊

Ini kali ketiga keluarga ini bercuti di sini, alhamdulillah ❤

Untuk info, rumah ini dilengkapi mesh grill di kedua-dua sliding door di tingkat bawah untuk tujuan keselamatan tanpa menutup permandangan luar.

Maknanya, walaupun mesh grill dipasang untuk tujuan keselamatan..tapi view luar masih nampak jelas seperti dalam gambar ini.

Saya mengambil keputusan memasang grill jenis ini walaupun kos lebih tinggi..supaya guest masih dapat menikmati permandangan luar dari ruang tamu.

Saya sendiri menyukainya begitu. Anak soleh s**a bermain di halaman belakang. Jadi saya masih boleh nampak apa dia tengah buat sambil saya buat kerja di ruang tamu.

Hati pun rasa bahagia nampak garden cantik di halaman 😍

Jemput tuan-puan bercuti di sini. Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Assalamualaikum dan selamat pagi. Cantik sangat gambar ni..dikongsikan oleh guest yang bercuti di sini pada bulan Julai ...
09/08/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi. Cantik sangat gambar ni..dikongsikan oleh guest yang bercuti di sini pada bulan Julai yang lalu.

Percutian mereka kali kedua di sini 🥰

Kali ni nak share info tentang swimming pool.

Kolam di sini ada 2. Iaitu kolam untuk kanak-kanak (kedalaman 1.5 kaki) dan kolam untuk dewasa (kedalaman 4 kaki)

Pelampung disediakan, biasanya 3 buah 😊

Semoga anak-anak gembira mandi manda sepanjang bercuti di sini.

Cantik sangat langit tu kan..masha Allah subhanallah 😍

Jemput tuan-puan bercuti di sini. Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Anak soleh saya kat belakang tu malam-malam pun kalau boleh nak main pasir 😅 Malam tadi dia buat sistem penapisan air pa...
09/08/2024

Anak soleh saya kat belakang tu malam-malam pun kalau boleh nak main pasir 😅

Malam tadi dia buat sistem penapisan air pakai pasir dan juga arang. Perlahan-lahan menitis air yang ditapis. Cukup secawan dia hulur kat mama dia..suruh minum, bersih katanya hahaha

Masha Allah banyak ideanya.

Baru-baru ini dia dan rakan sekelasnya menyertai program international innovation & invention competition anjuran UTHM. Alhamdulillah dapat silver medal untuk rekaan mereka bagi kategori sekolah rendah 🤲❤

Orang kata, bermain pasir ni elok untuk kreativiti dan motorskill anak-anak.

Saya juga mempercayainya.

Ketika anak soleh request nak ada sand pit di AliyAqif Cottage, saya terus setuju. Saya s**a tengok dia leka bermain pasir dengan pelbagai binaan yang kreatif dan jalan cerita yang menarik.

Memang sedikit comot tapi tak mengapa. Itulah dunia anak-anak yang sedang membesar.

Semoga anak-anak yang bercuti di sini juga seronok bermain pasir bersama mainan yang disediakan.

Enjoy your childhood kiddos. You deserve it 😊

Jemput tuan-puan bercuti di sini. Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Di malam hari bertambah seri halaman bila lampu dipasang. Ada p**a bunga comel tu..cantik kan? 😍Selain mandi kolam, anta...
07/08/2024

Di malam hari bertambah seri halaman bila lampu dipasang. Ada p**a bunga comel tu..cantik kan? 😍

Selain mandi kolam, antara aktiviti menarik bersama keluarga tentunya berbbq.

Berita baiknya, arang dan fire starter serta basic tools untuk bbq kami sediakan 😊 (melainkan jika guest kata tak mahu berbbq)

Jemput bercuti di sini 🥰

Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Cousins staycation. Cantik sangat kan 😍😍Love the vibes. Cousin goals. Ceria seiring sekata. Berseri halaman dibuatnya  😍...
04/08/2024

Cousins staycation. Cantik sangat kan 😍😍

Love the vibes. Cousin goals. Ceria seiring sekata. Berseri halaman dibuatnya 😍😍

Terima kasih semua..bercuti di AliyAqif Cottage dan check out dengan sangat baik, berkemas..alhamdulillah ❤🌹

Thanks for sharing these lovely pics 🥰

Kepada yang lain, jemput bercuti di sini. Weekends bulan 8 dah penuh. Jom book untuk bulan 9 dan cuti sekolah yang akan datang tak lama lagi 😊

Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Subhanallah cantik sangat langit ❤❤ Birumu menawan kalbu 😍Update kekosongan: weekend bulan Ogos dah penuh. Jemput book u...
03/08/2024

Subhanallah cantik sangat langit ❤❤ Birumu menawan kalbu 😍

Update kekosongan: weekend bulan Ogos dah penuh. Jemput book untuk bulan September 🥰

Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Cantik sangat gambar ni. Kiriman guest kami baru-baru ini ❤❤❤AliyAqif Cottage ni...
03/08/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Cantik sangat gambar ni. Kiriman guest kami baru-baru ini ❤❤❤

AliyAqif Cottage ni sebenarnya tiny house. Comel saja saiznya. Total dalam 600 sqft sahaja. Untuk memuatkan dalam 10 orang pax termasuk kanak-kanak insha Allah boleh. Jika nak lebih selesa, 8 orang.

Jika tuan-puan nak merasa duduk dalam tiny house, cantik di dalam dan di luar dengan halaman yang banyak pokok bunga..jemput bercuti di sini 😊

Ada juga private pool, tempat bbq dan glamping dome 😍

Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718

Have a lovely Saturday 🥰











Update kekosongan: untuk bulan Ogos, weekend yang masih available hanya tinggal weekend terakhir iaitu ketika cuti hari ...
29/07/2024

Update kekosongan: untuk bulan Ogos, weekend yang masih available hanya tinggal weekend terakhir iaitu ketika cuti hari Merdeka. Jemput bercuti di sini. Tempah segera untuk lock tarikh tuan/puan 😊

Saya nak kongsikan salah satu gambar kenangan yang dititipkan oleh guest baru-baru ini. Cantik sangatttt 😍

Vibes ceria dari semua guest benar-benar menyerikan keindahan hiasan dalaman yang ada di ruang tamu ini 🥰

Terima kasih kepada semua guest yang baik hati. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik, dapur dan halaman berkemas ❤🌹

Jemput tuan-puan bercuti di sini. Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Selamat malam 🌠
28/07/2024

Selamat malam 🌠











Update kekosongan untuk bulan Ogos ini. Weekend yang masih kosong ialah: weekend 16-18 Ogos dan weekend hari Merdeka. Je...
28/07/2024

Update kekosongan untuk bulan Ogos ini. Weekend yang masih kosong ialah: weekend 16-18 Ogos dan weekend hari Merdeka. Jemput bercuti di sini 🥰

Gambar ialah bilik di tingkat atas pada waktu malam. Ada katil queen dan sofabed saiz queen. Cadar dan selimut untuk sofabed ada disediakan di dalam laci katil.

Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Antara bunga di halaman belakang AliyAqif Cottage yang hidup sihat, mudah dijaga dan rajin berbunga. Warna yang menceria...
27/07/2024

Antara bunga di halaman belakang AliyAqif Cottage yang hidup sihat, mudah dijaga dan rajin berbunga. Warna yang menceria ❤

Tengok bunga, hati rasa bahagia..alhamdulillah 🥰

Bila waktu kena trim, rasa sayang.
Bila bunga malu-malu nak keluar, rasa rindu. Menunggu-nunggu.

Eh dah macam bercinta dengan pokok bunga hahaha. Patutlah ada istilah "hati berbunga" 😁

Jemput tuan-puan bercuti di sini. Nikmati kecantikan bunga di halaman. Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam Jumaat. Semoga Allah merahmati kita semua 🤲Masha Allah alhamdulillah sejak malam...
25/07/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam Jumaat. Semoga Allah merahmati kita semua 🤲

Masha Allah alhamdulillah sejak malam tadi banyak pertanyaan masuk, bertanya tentang homestay ini.

Asbab guest kami yang baik hati berkongsi review keseluruhan rumah dan halaman..alhamdulillah..terima kasih banyak puan Wani Ziwani berkongsi review di page Ziwani Home Deco ❤🌹

Jika saya lambat reply whatsapp tuan/puan, saya minta maaf sangat-sangat ya. Insha Allah saya reply ketika waktu rehat/selepas berkerja. Maaf sekali lagi dan terima kasih kerana memahami ❤🌹

Jemput tuan-puan bercuti di sini. Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Panas lit lit (gambar diambil pada pukul 3 petang)..tapi kawasan pool redup alhamdulillah. Rezeki guest dapat bermain ai...
25/07/2024

Panas lit lit (gambar diambil pada pukul 3 petang)..tapi kawasan pool redup alhamdulillah. Rezeki guest dapat bermain air walaupun ketika cuaca masih panas.

Terutamanya anak-anak..memang kebiasaannya tak puas nak main air ketika bercuti.

Sebenarnya tak terfikir pasal ni masa design layout homestay dan kedudukan pool. Itulah namanya rezeki kan..rupanya kedudukan pool di situ memang sesuai. Alhamdulillah ❤

Oh ya, untuk weekend terdekat ini...weekend yang masih kosong paling awal ialah weekend 10 August.

Jemput tuan-puan bercuti di sini. Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Assalamualaikum & good morning. Tengok gambar cantik ceria ni, hilang Monday blues 😁 Gambar kenangan dari guest baru-bar...
21/07/2024

Assalamualaikum & good morning. Tengok gambar cantik ceria ni, hilang Monday blues 😁

Gambar kenangan dari guest baru-baru ini. S**a sangat tengok semua happy dan ceria. Love the positive vibes 😍

Ok jom..bekerja cari rezeki dengan bersemangat 💪

No Monday blues ok 😁
Jemput tuan-puan bercuti di sini. Untuk info lanjut/booking : 019-791 9718











Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AliyAqif Cottage posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AliyAqif Cottage:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share