DEMI MENJAGA IMEJ SEMPORNA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN TERKEMUKA DI MATA DUNIA...
Walaupun ini bukan isu baru tapi kau sebagai warga Semporna pun kadang kadang terganggu dengan situasi begini..apatah lagi kau berkerja di sektor pelancongan..rasa malu pun ada bila kau bawa pelancong luar terpaksa 'dihidangkan' dengan situasi begini. Mahu elak pun mereka ada dimana mana..
Ikutkan hati amarah memang mahu berkasar dan bg penampar 1 per 1 je dgn budak2 terbiar ni..sebab apa ?
1. BIADAP..ada antara mereka yang biadap dengan pelancong, menganggu pelancong..minta duit & paksa itu ini. Situasi begini serba sebanyak pasti mencalarkan imej Semporna.
2. Kanak kanak perempuan makin keterlaluan..lagi biadap daripada kanak kanak lelaki...kerap berlaku depan mata mereka akan menyentuh anggota badan secara tiba2 dengan pelancong yang lalu lalang menyebabkan pelancong tidak selesa dan ada juga dikalangan mereka yang akan marah.
3. Hisap/Hidu gam terang terangan. Adakah perilaku ini normal dilakukan secara umum ? sekali pun dibuat sorok sorok ianya tetap perilaku yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang kanak kanak.Kau tegur hari ini pun..esok akan buat lagi.
4. Lepak/bermain/bergaduh di tempat tumpuan pelancong..contoh 7eleven, restoran,hotel ataupun sekitar jeti...ini adalah tempat dimana pelancong sentiasa ada & kanak kanak ini bermain & bergaduh secara agresif, tidak peduli orang awam yg ada di sekelilingnya menyebabkan orang sekeliling akan rasa terganggu.
5. Dan banyak lagi..
Kita mahu berkasar dengan mereka pun belom tentu insaf..hari ini serik..esok buat lagi , tambahan pula apa hak kita mahu berkasar dengan mereka ? negara kan ada undang2..nanti tidak pasal2 kita pula yang di viralkan sebab menzalimi mereka.
Jadi min seru lah untuk pihak2 yang ada kuasa untuk memantau situasi ini memandangkan min pun tiada hak kuasa istimewa dan tiada daya untuk menyelesaikan masalah ini selain daripada mengadu.
Mungkin #MAJLISDAERAHSEMPORNA ? #PEJABATDAERAHSEMPORNA ? #PD