Kembara UMRAH Ziarah

  • Home
  • Kembara UMRAH Ziarah

Kembara UMRAH Ziarah Kembara hijrah @ Taqwa bersama
Dr. Yatie.

Assalamualaikum wbt. Welcome to Kembara Umrah ziarah.. Pilihan untuk anda 🌹✅ Pakej umrah sepanjang 2023✅ Umrah Ramadan✅ ...
19/02/2023

Assalamualaikum wbt.
Welcome to Kembara Umrah ziarah..

Pilihan untuk anda 🌹
✅ Pakej umrah sepanjang 2023
✅ Umrah Ramadan
✅ Badal haji

📍Kami Berpengalaman hampir 10 tahun menyantuni jemaah umrah dan haji..
📍Pihak Kami Sangat Menitiberatkan Serviced dan Khidmat Untuk Jemaah Sehingga Menjadi Pilihan Jemaah Warga Emas dan Keluarga Yang Uzur.
📍Kami Juga Menerima Amanah Dari Syarikat Korporat Untuk Membawa Staff Mereka setiap Tahun.

🌹Pakej Istimewa 2023 Khusus Untuk Anda.
Meskipun Dalam Keadaan Kos Pesawat, Hotel dan Pengurusan Umrah Yang Meroket Ke Bulan, Kami Masih Mengekalkan Harga Yang Sama.
🌹Penginapan Masih Dalam Dataran Masjid Serta Berdekatan Masjid Untuk Keselesaan Jemaah Beribadat diBawah Pakej Darusalam.
🌹Berikutan Kenaikan Kos Umrah, Kami Juga Buat Pertama Kali Membuka Pakej Ma'Wa Untuk Memberi Peluang Jemaah Datang Ke Tanah Suci Beribadat Tanpa Kos Yang Membebankan Serta Selesa.

🏢 Hotel Madinah :
Gulnar Taiba - -Makan Fullboard
- Hotel yang Selesa dan Sangat Sesuai Buat Warga Emas Beribadat.
- Bangunan Betul- Betul Di Seberang Perkuburan Baqi'.
- Gate 365 di Laluan Pintu Untuk Jemaah Masuk Raudhah. -Kedudukan Hotel Adalah Sangat Strategik Untuk Jemaah Menziarahi Rasullullah Setiap Hari Kerana Pintu Ziarah Ke Maqam Rasulullah Bagi Jemaah Lelaki dan Wanita Adalah di Sini

🏢 Hotel Makkah : Mekah Tower **(Pakej Darusalam)
-Makan Fullboard
- Bangunan di Dataran Masjidil Haram
- Kedudukan Hotel Dalam Dataran Masjidil Haram Memudahkan Jemaah dan Warga Emas Untuk Berulang Alik Ke Masjid Untuk Beribadat

Hotel Saraya Ajyad**
(Pakej Ma'wa)
-Makan Fullboard
Kedudukan Hotel Berjarak 250-280m Sekitar 5-10min Berjalan Kaki Ke Masjidil Haram, Tidaklah Jauh Untuk Jemaah Berulang Alik Ke Masjid.

Pakej Terrmasuk :
1) Visa (Termasuk Insurance COVID 19).
2) Hotel Madinah (5 malam).
3) Hotel Makkah (5 malam).
4) Hidangan Makan 3 kali Sehari di Mekah dan Madinah.
5) Tiket Penerbangan Kelas Ekonomi. (Kelas Business dengan bayaran tambahan)
6) Keretapi Laju Makkah-Madinah sehala-(Pakej DaruSalam)
7) 2X JUMAAT.(Bergantung Penerbangan)
8) Ziarah Makkah dan Madinah.
9) Mutawif Yang Berpengetahuan Dalam Sirah Nabi dan Sahabat.
10) Menguruskan Jemaah Dialisis.
11) Kursus dan Bimbingan Umrah Dalam Kump**an Kecil.
12). Cenderahati (3 jenis bag, buku panduan.
13) Menyediakan Perkhidmatan Tolak Kerusi Beroda ke Masjid dan Umrah, Aqiqah, Dam Haji & Umrah Serta Badal Umrah dan Badal Haji.**
14) Porter Bagasi di Airport** dan Hotel. Jemaah Tidak Perlu Bersusah Mengangkat Bagasi.
15) Insuran Cashless- Dimana Jemaah Boleh Mendapatkan Rawatan Di Hospital Swasta Tanpa Bayaran
16) Ziarah Tambahan di Thoif, Badar dan Al Ula Sebagai Pilihan Dengan Bayaran
17).Pemantauan dan Bimbingan Tarikh Haid Bagi Jemaah Wanita

** Tertakluk kepada perubahan tanpa syarat.

JOM SERTAI KAMI TEMPAT ADALAH TERHAD KERANA TRIP KAMI TIDAK RAMAI. SANGAT SESUAI UNTUK JEMAAH BARU, WARGA EMAS DAN JEMAAH KURANG UPAYA.

Hubungi kami untuk pendaftaran
Pn. Hjh Ina
www.wasap.my/60139846009/Umrah2023

Hijir Ismail tempat mustajab berdoaHijir Ismail : Atau dikenali juga dengan nama Hateem adalah satu binaan tembok separ...
15/02/2023

Hijir Ismail tempat mustajab berdoa

Hijir Ismail : Atau dikenali juga dengan nama Hateem adalah satu binaan tembok separuh bulatan setinggi 1.5 meter yang terletak berdampingan dengan Ka'bah di sebelah utara. Hijir Ismail itu pada mulanya hanya berupa pagar batu yang sederhana saja. Kemudian para Khalifah, Sultan dan Raja-raja yang berkuasa mengganti pagar batu itu dengan batu marmar. Hijir Ismail ini dahulu merupakan tempat tinggal Nabi Ismail, disitulah Nabi Ismail tinggal semasa hidupnya dan Seterusnya ia menjadi kandang kambing kepunyaan Nabi Ismail, kemudian menjadi kubur beliau dan juga ibunya. Pada waktu itu, kawasan ini tidak menjadi sebahagian daripada binaan Kaabah lagi.

namun begitu, selepas pembinaan Kaabah oleh bangsa Arab Quraisy ukurannya telah dikecilkan, sebahagian daripada Hijir Ismail telah dimasukkan sebagai kawasan Kaabah. Justeru, bagi mereka yang tiada kesempatan untuk masuk ke dalam Kaabah, memadailah bagi dirinya berada di Hijir Ismail untuk beribadat kemudian menjadi kubur beliau dan juga ibunya.

Berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang berbunyi : 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan solat di dalamnya. Rasulullah s.a.w. membawa Siti 'Aisyah ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Solatlah kamu di sini jika kamu ingin solat di dalam Kaabah, karena ini termasuk sebahagian dari Kaabah.

Solat di Hijir Ismail adalah sunat hukumnya, dalam ertikata tidak wajib dan tidak ada kaitan dengan rangkaian kegiatan ibadah Haji atau Umrah.

Bagi mereka yang bertawaf, tidak sah tawafnya melalui kawasan bahagian dalam hijir Ismail kerana ia sebahagian daripada Kaabah.

Apabila berada di Hijir Ismail sunat dibaca doa berikut:


Maksudnya :"Ya Allah, Engkaulah Pemeliharaku, tiada Tuhan selain Engkau, yang menjadikan daku. Aku ini hamba-Mu, memenuhi janji dan ikatan pada-Mu sedapat mungkin, aku berlindung pada-Mu dari kejahatan yang telah kuperbuat, aku kembali kepada-Mu membawa nikmat-Mu dan membawa dosa- dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain dari Engkau. Ya Allah, aku mohon pada-Mu, kebaikan yang diminta juga oleh hamba-hamba- Mu yang saleh kepada-Mu aku berlindung pada- Mu dari kejahatan yang hamba-hamba-Mu yang saleh berlindung p**a daripadanya....

Semoga Allah memberi kita peluang menjadi tetamu Nya di tanah suci suatu hari nanti.. Aamin..

Untuk pendaftaran umrah, badal haji, Umrah Ramadan boleh terus hubungi kami di link👇
📲 www.wasap.my/60139846009/umrah+2023

Sejarah Kewujudan Air Zam ZamKewujudan Air Zam Zam sinonim dengan sejarah Hajar dan puteranya Nabi Ismail a.s yang ditin...
12/02/2023

Sejarah Kewujudan Air Zam Zam

Kewujudan Air Zam Zam sinonim dengan sejarah Hajar dan puteranya Nabi Ismail a.s yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s di sebuah lembah yang gersang lagi tiada berpenghuni atas perintah Allah swt. Baginda telah meninggalkan isteri dan puteranya Ismail a.s yang masih menyusu itu di kawasan tersebut dengan hanya berbekalkan sebuah bekas daripada kulit yang mengandungi beberapa biji buah tamar dan seuncang air.

Apabila bekalan telah habis, diikuti keringnya susu Hajar, puteranya Ismail a.s mulai menangis kerana kepanasan dan dahaga. Sedih melihat situasi itu, Hajar telah memberanikan diri dengan pergi mendaki sebuah bukit yang berhampiran iaitu Bukit Safa dengan harapan dapat bertemu dengan manusia yang dapat menolongnya. Setelah mendapati tiada apa-apa, beliau turun lalu berjalan hingga tiba di sebuah bukit iaitu Bukit Marwah. Hajar mendaki bukit tersebut dengan harapan yang sama namun tetap hampa. Begitulah berlarutan perbuatan tersebut sehingga mencecah tujuh (7) kali ulang alik.

Satu ketika pada saat semakin kritikal, semasa Hajar tiba di Bukit Marwah pada kali terakhirnya. Hajar mendengar satu suara yang apabila diamati dengan penuh teliti datangnya dari arah di mana puteranya Ismail a.s ditinggalkan. Alangkah terkejutnya Hajar apabila mendapati ada air yang sedang terpancar berhampiran Ismail a.s. Hajar dengan segera membuat kepungan sambil berkata "tazammami" (tazammu) agar air yang terpancar itu tidak melimpah keluar. Sempena dengan peristiwa itu ia dinamakan Telaga Zamzam. Setelah itu, Hajar mengisi bekas airnya yang kosong itu dengan air tersebut.

Dengan wujudnya Telaga Zamzam, diikuti dengan pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim a.s dan puteranya Nabi Ismail a.s yang mana jarak antara keduanya hanyalah kira-kira 18 meter sahaja. Bumi Makkah yang dahulunya sebuah kawasan yang gersang serta tiada berpenghuni telah mula didiami manusia, sehingga hari ini Makkah menjadi tumpuan penganut agama Islam untuk menunaikan ibadah Haji, Umrah dan ekonominya berkembang pesat.

Sumber : Buku Ibadat Haji, Umrah ziarah

12/02/2023

Sejarah Kewujudan Air Zam Zam

Kewujudan Air Zam Zam sinonim dengan sejarah Hajar dan puteranya Nabi Ismail a.s yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim a.s di sebuah lembah yang gersang lagi tiada berpenghuni atas perintah Allah swt. Baginda telah meninggalkan isteri dan puteranya Ismail a.s yang masih menyusu itu di kawasan tersebut dengan hanya berbekalkan sebuah bekas daripada kulit yang mengandungi beberapa biji buah tamar dan seuncang air.

Apabila bekalan telah habis, diikuti keringnya susu Hajar, puteranya Ismail a.s mulai menangis kerana kepanasan dan dahaga. Sedih melihat situasi itu, Hajar telah memberanikan diri dengan pergi mendaki sebuah bukit yang berhampiran iaitu Bukit Safa dengan harapan dapat bertemu dengan manusia yang dapat menolongnya. Setelah mendapati tiada apa-apa, beliau turun lalu berjalan hingga tiba di sebuah bukit iaitu Bukit Marwah. Hajar mendaki bukit tersebut dengan harapan yang sama namun tetap hampa. Begitulah berlarutan perbuatan tersebut sehingga mencecah tujuh (7) kali ulang alik.

Satu ketika pada saat semakin kritikal, semasa Hajar tiba di Bukit Marwah pada kali terakhirnya. Hajar mendengar satu suara yang apabila diamati dengan penuh teliti datangnya dari arah di mana puteranya Ismail a.s ditinggalkan. Alangkah terkejutnya Hajar apabila mendapati ada air yang sedang terpancar berhampiran Ismail a.s. Hajar dengan segera membuat kepungan sambil berkata "tazammami" (tazammu) agar air yang terpancar itu tidak melimpah keluar. Sempena dengan peristiwa itu ia dinamakan Telaga Zamzam. Setelah itu, Hajar mengisi bekas airnya yang kosong itu dengan air tersebut.

Dengan wujudnya Telaga Zamzam, diikuti dengan pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim a.s dan puteranya Nabi Ismail a.s yang mana jarak antara keduanya hanyalah kira-kira 18 meter sahaja. Bumi Makkah yang dahulunya sebuah kawasan yang gersang serta tiada berpenghuni telah mula didiami manusia, sehingga hari ini Makkah menjadi tumpuan penganut agama Islam untuk menunaikan ibadah Haji, Umrah dan ekonominya berkembang pesat.

Sumber : Buku Ibadat Haji, Umrah dan ziarah

Masjidil HaramMasjidil Haram: ( المسجد الحرام ), disebut juga dengan Masjid al-Haram, adalah masjid paling suci umat Isl...
09/02/2023

Masjidil Haram

Masjidil Haram: ( المسجد الحرام ), disebut juga dengan Masjid al-Haram, adalah masjid paling suci umat Islam. Masjid ini terletak di tengah-tengah Kota Makkah Al Mukharamah. Masjidil Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Kiblat umat Islam apabila mengerjakan solat dan amalan ibadah yang lain.

Haram shariff telah dibangunkan oleh malaikat sebelum kejadian manusia oleh Allah S.W.T. dan Allah mentasbihkan satu tempat sembahyang untuk membayangi ‘al-Baitul Makmur’ di ‘Arasy, tempat para malaikat melakukan tawaf dan mengerjakan solat mereka. Dalam Islam diyakini bahawa Kaabah berada betul-betul di bawah "Arasy" atau Singgahsana Allah.

Kaabah pertama sekali dibina oleh Nabi Adam dengan bantuan para malaikat. Kaabah sudah beberapa kali rosak ditimpa bencana alam seperti banjir dan pelbagai punca lain. Nabi Ibrahim dengan bantuan anaknya, Nabi Ismail telah memperbaiki Kaabah, setelah diperintah oleh Allah S.W.T. untuk memperbaiki Kaabah dan membina masjid di sekitar Kaabah.

Imam Abul Hassan al-Mawardi meriwayatkan bahawa di zaman Rasulullah s.a.w. sehinggalah ketika Saidina Abu Bakar r.a. diangkat menjadi Khalifah, Masjidil Haram ini tidak mempunyai dinding. Perluasan Masjidil-Haram bermula pada tahun 638 Masihi oleh Saidina Umar ibn Khattab. Beliau telah membeli rumah-rumah di sekeliling Ka'abah dan diruntuhkan kesemuanya bagi tujuan perluasan. Perluasan Masjid diteruskan lagi oleh Saidina Utsman bin ‘Affan pada kira-kira tahun 647 Masihi.

Pada tahun 696 Masihi, cucu Saidina Abu Bakar As Siddiq bernama Abdullah ibn Zubair telah memperluaskan kawasan masjid ini dengan membeli gedung-gedung yang terdapat di sebelah timur dan selatan Masjid. Sementara di bahagian utara dan barat p**a telah diperluaskan oleh Zaid bin Abdullah al-Harisi dibawah perintah Abu Ja'afar al-Mansur, Khalifah Bani Abas kedua.

Orang-orang seperti Abdul Malik ibn Marwan,Umar, Al-Walid, Ziad bin Abdullah, Musa al-Mahdi, adalah antara mereka yang awal menghiasi masjid ini. Kalimah-kalimah al-Quran disulami dengan corak-corak Islam, batu-batu mamarnya telah diukir dengan indah dan tiang-tiangnya disalutkan emas.

Pada tahun 986 Masihi, Harun Ar-Rashid telah memasukkan gedung Dar An-Nadwah di sebelah utara ke dalam masjid dan membina pintu Babul Ibrahim di sebelah barat. Pintu besar Babus Salam telah diperbaiki pada tahun 1243 Masihi oleh Ali bin Umar dari Yaman.

Amir Zainal Abidin al-Utsmani (1379 Masihi) telah mengutuskan Sudun Pasha mencantikkan pintu masjid dengan hiasan yang indah, memperbaiki atap dan pancuran air di Ka'abah. Pada tahun 1399 Masihi, suatu kebakaran besar telah berlaku pada Masjidil-Haram. Banyak bahagian telah musnah begitu juga dengan hasil kesenian yang indah-indah yang sukar dicari ganti. Amir Besar Az-Zahiri telah memperbaikinya pada tahun berikutnya dan selesai pada tahun 1401 Masihi.

Sultan Salim II (1572-1577 Masihi) telah memperbaharui dan memperkemaskan lagi Masjidil-Haram ini dengan memasukkan kubah dan relung-relung yang indah di dalamnya. Atas arahan Sinan Pasha dari Mesir, kerja-kerja pembinaan telah di usahakan oleh Ahmad Bey dan seorang jurutera bernama Muallim Muhammadal-Misri. Bila Sultan Salim meninggal dunia, anaknya Sultan Murad telah meneruskan pekerjaan bapanya sehingga selesai.

Reka bentuknya kekal dari zaman Umawi (kerajaan umaiyah), Abbasiah hingga dilakukan perluasan kerajaan Arab Saudi. Mereka melihat Masjidil Haram bakal menampung pertambahan jumlah jemaah yang kian meningkat setiap tahun. Program perluasan kota itu bermula oleh Raja Abdul Aziz pada 1955. Ia menyaksikan keluasan bertambah dalam masa 20 tahun daripada 19,000 meter persegi kepada 160,000 meter persegi, hampir lapan kali ganda keluasan asalnya. Penambahan itu dibuat tanpa menjejaskan keaslian binaan asal dari zaman Turki.

Ruangan tawaf juga dibesarkan tiga kali ganda dari keluasan asal. Daun pintu Kaabah juga diganti baru, dilapisi emas tulen. Raja Fahd menambah kawasan sa’i dengan laluan bertutup berhawa dingin. Begitu juga laluan bertingkat dan jambatan bagi mengurangkan kesesakan ketika musim haji demi keselesaan umat Islam.

Selepas 13 tahun projek pembesaran Al-Haram siap, Raja Fahd melancarkan satu lagi projek pembesaran masjid ini. Pada 2 Safar 1409, projek ketiga perluasan Masjidil Haram oleh Kerajaan Saudi dirasmikan. Kos pembinaan bernilai 6.8 bilion Riyal Saudi dan melibatkan pertambahan masjid dan kompleks yang menempatkan kedai di barat Masjidil Haram iaitu di hadapan Babul Umrah dan Babul Malik.

Kini, di bawah pentadbiran Raja Abdullah Abdul Aziz As-Saud, Baginda merancang untuk membesarkan lagi Masjid Al-Haram.

Projek terbaru yang di laksanakan Baginda ialah membesarkan lorong Mas'a (tempat bersa’i) daripada 2 lorong kepada 4 lorong.

Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 2006, dengan mengambil sedikit dari bahagian dataran sembahyang di Bab As-Salam. Kerja-kerja pembinaan itu telah siap pada tahun 2008 masehi.

Walau bagaimanapun, keperluan dan pertambahan umat Islam seluruh dunia meningkat berpuluh-puluh kali ganda setiap tahun. Oleh itu projek pembesaran Masjidil Haram dirancang kembali dan kini sedang dibina dengan rancaknya. Pembesaran kali ini agak mengkagumkan, kerana ia melibatkan berpuluh-puluh ekar tanah di bahagian utara masjidil Haram. Projek ini dijangka akan disiapkan pada tahun 2011. Dengan peluasan ini mungkin masjidil haram akan dapat menampung peningktan jemaah haji sehingga tahun 2025. Lihat gambaran di bawah.

Kehebatan dan keajaiban Masjidil Haram tidak dapat dirungkaikan oleh mana-mana ahli sains dan pihak NASA hingga kini, di mana gambaran masjidil haram tidak dapat diambil dari angkasa samada oleh kapal angkasa NASA atau satelit. Masjidil Haram akan menjadi bersinar dan tidak jelas. Lihat bukti di bawah.

Menara
Masjidil-Haram mempunyai beberapa menara yang indah. Antaranya adalah Babul Umrah yang didirikan oleh Khalifah al-Mansur dari Bani Abbas pada tahun 706 Masihi. Menara ini kemudiannya diperbaiki pada tahun 1172 Masihi dan sekali lagi pada tahun 1464 Masihi oleh Sultan Jukmuk sebelum ia musnah pada tahun 1552 Masihi. Sultan Sulaiman kemudiannya menggantikan dengan yang baru di atas tapak yang sama dengan mengekalkan nama asalnya.

Seterusnya pada tahun 789 Masihi, Khalifah al-Mahdi dari keturunan Abbasiyah, membangunkan menara Babus Salam dan kemudiannya beberapa menara lagi seperti menara Babul Ali dan menara Babul Hazurah atau Babul Wida'.

Pada tahun 1392 Masihi Babul Hazurah telah runtuh dan diperbaiki oleh Al-Asraf Sya'ban dari Mesir. Pada tahun 905 Masihi, Khalifah Al-Mu'tadhid dari Bani Abbas membangunkan menara Babuz Ziadah dan di perbaiki oleh Asraf Baresbai pada tahun 1447 M. Kait Bait p**a membangunkan menara Kait Bait kira-kira tahun 1501 Masihi. Kemudiannya Menara As-Sulaimaniah juga telah dibangunkan.

Selepas kerja-kerja pembesaran di lakukan oleh Penjaga Dua Masjid Suci Pertama, Raja Fahd Abdul Aziz As-Saud, Masjidil Haram mempunyai sembilan menara.

Kesemua menara ini akan kelihatan bercahaya pada waktu malam kerana di terangi lampu-lampu dan membuatkan Masjidil Haram kelihatan sangat cantik.

Menara paling baru yang di didirikan ialah di Babul Malik Fahd (Pintu Raja Fahd) yang berhadapan hotel Darut Tauhid, salah satu hotel 5 bintang di Mekah. Kawasan masuk Babul Malik Fahd juga kini lengkap berhawa dingin.

Masjidil Haram masih mengekalkan satu menara tunggal di Babus Safa. Semua menara lain didirikan secara "berpasangan", kecuali menara tunggal di Babus Safa.

Azan yang di kumandangkan 5 kali sehari dari menara-menara ini antara yang mendominasi ruang udara Kota Mekah setiap kali masuk waktu sembahyang.

Kepentingan Masjidil Haram

Kiblat atau Kaabah
Masjidil Haram dijadikan Allah sebagai kiblat. Firman-Nya: "sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka" (2:144).

Arahan supaya memalingkan muka ke arah Masjidil Haram telah disebut dua kali di situ. Ia disebut lagi sebanyak tiga kali di dalam al-Qur'an. Satu daripadanya di dalam ayat berikut, yang turut menyatakan ia adalah yang benar daripada Tuhan. Firman-Nya,

"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat." (2:149)

"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya," (2:150).

Dalam Masjidil Haram terdapat beberapa tempat yang menjadi keajaiban dan sejarah yang amat hebat.

Makam Ibrahim
Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana pendapat orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya. Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.

Hajarul Aswad
Hajarul Aswad terletak di penjuru keempat Kaabah. Umat Islam percaya Hajarul Aswad telah diturunkan daripada syurga dan telah bertukar menjadi hitam oleh kerana kejahatan manusia. Menurut sejarahnya, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama - kelamaan menjadi hitam sebab dosa oleh orang-orang musyrik.

Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi

Hijir Ismail
Hijir Ismail berpagar batu berlingkar 1.5 meter terletaknya berdampingan dengan Kaabah. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu beliau membangunkan Kaabah. Hijir Ismail pada mulanya merupakan pagar batu sederhana sahaja. Kemudian Khalifah, Sultan dan Raja berkuasa memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu mamar.

Berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w., sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah s.a.w. memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah".

Orang yang telah mengerjakan tawaf, disunatkan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat di Hijir Ismail selepas beroda dan mengerjakan solat sunat di Makam Ibrahim.

Telaga Zam Zam
Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.

Kawasan telaga Zam-zam kini telah ditutup oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Dan kini air zam-zam dipam dan disalurkan melalui paip sahaja.

Assalamualaikum wbt. Welcome to Kembara Umrah ziarah.. Untuk pendaftaran ☎️Hubungi Pn. Hjh Ina www.wasap.my/60139846009/...
08/02/2023

Assalamualaikum wbt.
Welcome to Kembara Umrah ziarah..

Untuk pendaftaran ☎️
Hubungi Pn. Hjh Ina
www.wasap.my/60139846009/Umrah2023

📍Kami Berpengalaman hampir 10 tahun menyantuni jemaah umrah dan haji..
📍Pihak Kami Sangat Menitiberatkan Serviced dan Khidmat Untuk Jemaah Sehingga Menjadi Pilihan Jemaah Warga Emas dan Keluarga Yang Uzur.
📍Kami Juga Menerima Amanah Dari Syarikat Korporat Untuk Membawa Staff Mereka setiap Tahun.

🌹Pakej Istimewa 2023 Khusus Untuk Anda.
Meskipun Dalam Keadaan Kos Pesawat, Hotel dan Pengurusan Umrah Yang Meroket Ke Bulan, Kami Masih Mengekalkan Harga Yang Sama.
🌹Penginapan Masih Dalam Dataran Masjid Serta Berdekatan Masjid Untuk Keselesaan Jemaah Beribadat diBawah Pakej Darusalam.
🌹Berikutan Kenaikan Kos Umrah, Kami Juga Buat Pertama Kali Membuka Pakej Ma'Wa Untuk Memberi Peluang Jemaah Datang Ke Tanah Suci Beribadat Tanpa Kos Yang Membebankan Serta Selesa.

🏢 Hotel Madinah :
Gulnar Taiba - -Makan Fullboard
- Hotel yang Selesa dan Sangat Sesuai Buat Warga Emas Beribadat.
- Bangunan Betul- Betul Di Seberang Perkuburan Baqi'.
- Gate 365 di Laluan Pintu Untuk Jemaah Masuk Raudhah. -Kedudukan Hotel Adalah Sangat Strategik Untuk Jemaah Menziarahi Rasullullah Setiap Hari Kerana Pintu Ziarah Ke Maqam Rasulullah Bagi Jemaah Lelaki dan Wanita Adalah di Sini

🏢 Hotel Makkah : Mekah Tower **(Pakej Darusalam)
-Makan Fullboard
- Bangunan di Dataran Masjidil Haram
- Kedudukan Hotel Dalam Dataran Masjidil Haram Memudahkan Jemaah dan Warga Emas Untuk Berulang Alik Ke Masjid Untuk Beribadat

Hotel Saraya Ajyad**
(Pakej Ma'wa)
-Makan Fullboard
Kedudukan Hotel Berjarak 250-280m Sekitar 5-10min Berjalan Kaki Ke Masjidil Haram, Tidaklah Jauh Untuk Jemaah Berulang Alik Ke Masjid.

Pakej Terrmasuk :
1) Visa (Termasuk Insurance COVID 19).
2) Hotel Madinah (5 malam).
3) Hotel Makkah (5 malam).
4) Hidangan Makan 3 kali Sehari di Mekah dan Madinah.
5) Tiket Penerbangan Kelas Ekonomi. (Kelas Business dengan bayaran tambahan)
6) Keretapi Laju Makkah-Madinah sehala-(Pakej DaruSalam)
7) 2X JUMAAT.(Bergantung Penerbangan)
8) Ziarah Makkah dan Madinah.
9) Mutawif Yang Berpengetahuan Dalam Sirah Nabi dan Sahabat.
10) Menguruskan Jemaah Dialisis.
11) Kursus dan Bimbingan Umrah Dalam Kump**an Kecil.
12). Cenderahati (3 jenis bag, buku panduan.
13) Menyediakan Perkhidmatan Tolak Kerusi Beroda ke Masjid dan Umrah, Aqiqah, Dam Haji & Umrah Serta Badal Umrah dan Badal Haji.**
14) Porter Bagasi di Airport** dan Hotel. Jemaah Tidak Perlu Bersusah Mengangkat Bagasi.
15) Insuran Cashless- Dimana Jemaah Boleh Mendapatkan Rawatan Di Hospital Swasta Tanpa Bayaran
16) Ziarah Tambahan di Thoif, Badar dan Al Ula Sebagai Pilihan Dengan Bayaran
17).Pemantauan dan Bimbingan Tarikh Haid Bagi Jemaah Wanita

** Tertakluk kepada perubahan tanpa syarat.

JOM SERTAI KAMI TEMPAT ADALAH TERHAD KERANA TRIP KAMI TIDAK RAMAI. SANGAT SESUAI UNTUK JEMAAH BARU, WARGA EMAS DAN JEMAAH KURANG UPAYA.

Hubungi kami untuk pendaftaran
Pn. Hjh Ina
www.wasap.my/60139846009/Umrah2023

Mengikut sejarah, Masjid Nabawi atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Men...
07/02/2023

Mengikut sejarah, Masjid Nabawi atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Mengikut sejarah Masjid Nabawi, di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.
Mengikut sejarah juga, masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri. Bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba. Rasullah saw membangunkan masjidnya atas asas taqwa. Masjid ini terletak kira-kira 597m dari aras laut.Kedudukannya di tengah-tengah bandar Madinah menjadikannya seperti bulan purnama dan permata yang bersinar. Sesuai dengan peranannya sebagai sumber cahaya dan keindahan Islam.Tanah tapak masjid ini berasal daripada tempat mengering tamar kepunyaan dua orang anak yatim (Suhail dan Sahl). Rasulullah saw kemudiannya membeli tanah tersebut. Kawasan ini dipenuhi dengan pokok-pokok tamar dan juga runtuhan-runtuhan lama. Ia kemudiannya dibersihkan dan diratakan untuk didirikan masjid. Kisah tanah ini terpilih untuk dijadikan tapak masjid sungguh unik sekali. Setelah Rasulullah saw keluar dari Quba’ menuju ke kota Madinah, orang ramai berebut-rebut mengheret tali unta Rasulullah saw. Ia adalah untuk membawa baginda sebagai tetamu ke rumah masing-masing. Namun demikian Rasulullah saw menyerahkan kepada unta baginda untuk membuat pilihan. Unta itu terus berjalan sambil berpaling ke kanan dan ke kiri seolah-olah mencari sesuatu. Sehinggalah ia berhenti di tempat mimbar yang ada pada hari ini. Selepas ia berhenti, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud ” Insyaallah, di sinilah tempatnya”.
Sejarah Struktur Masjid Nabawi
Sejarah Masjid Nabawi dibina buat pertama kalinya pada tahun pertama hijrah (622M) iaitu pada hari kedua setibanya Rasulullah saw di kota Madinah.Keluasan asalnya kira-kira 850.5m persegi dan 2.9m tinggi. Atapnya diperbuat daripada pelepah-pelepah pokok tamar, disimen dengan tanah liat. Rasulullah saw sendiri turut sama dalam pembinaan ini dengan memikul dan membawa batu-batu. Pada ketika zaman Rasulullah saw dan Khulafa’ Rasyidin,Masjid Nabawi tidak memiliki menara. Orang yang pertama sekali membangunkan menara Masjid Nabawi ialah Umar ibn Abdul Aziz pada tahun 93 H, iaitu dikeempat sudut Masjid.

Ukuran keluasan Masjid Nabawi selepas pembesaran terakhir ialah tingkat bawah seluas 98,500 m persegi,boleh menampung seramai 167,000 m persegi dan tingkat atas seluas 67,000m persegi, boleh menampung seramai 90,000 jemaah.Jumlah keseluruhannya ialah 165,500m persegi dan boleh menampung lebih kurang 257,000 orang jemaah. Masjid Nabawi sekarang mempunyai 27 buah kubah bergerak, 543 buah kamera bagi mengawal keadaan di luar dan dalam masjid,4 buah eskalator dan 18 buah tangga biasa.

Sejarah Menara masjid
Ketika zaman Rasulullah SAW dan Khalifah Ar-Rasyidin, sejarah Masjid Nabawi tidaklah memiliki sebarang bentuk menara. Orang yang pertama sekali membina menara Masjid Nabawi ialah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 93 Hijrah, iaitu dengan mendirikan empat menara masjid yang berketinggian lebih kurang 27.5 meter pada empat sudut. Kemudian diikuti Qaitbay dengan membangunkan menara kelima di Babur Rahmah. Kelima-lima menara Masjid Nabawi ini terus dipertahankan sehinggalah tiga buah menaranya diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek Perluasan Saudi Pertama. Kemudiannya tiga menara yang diruntuhkan telah diganti dengan dua buah menara baru setinggi 72 meter. Lalu pada Projek Perluasan Saudi Kedua ditambah lagi dengan 6 buah menara Masjid yang setiap satunya berketinggian 104 meter, tinggi hilal 6 meter dan beratnya mencecah 4.5 tan. Sehingga kini Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid. Perlu juga diketahui bahawa tinggi menara Masjid utama ialah 44.53 meter, sedangkan menara di Pintu Salam (Babus Salam) adalah setinggi 38.85 meter.
https://daurahharamain.com/

Address

Kg. Felda Sendayan

71950

Telephone

+60139846009

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kembara UMRAH Ziarah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kembara UMRAH Ziarah:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share