OneNation Travel & Tours

OneNation Travel & Tours "Selamat Datang Ke 1 Nation Travel & Tours Sdn Bhd. Syarikat Kami Menyediakan Pakej Umrah, Haji dan Percutian yang sangat berpatutan."
(7)

𝐓𝐀𝐙𝐊𝐈𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 : 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈𝐀𝐘𝐀 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐈𝐍Dalam kehidupan seharian, kita sering melihat ketidakadilan atau kezaliman...
04/10/2024

𝐓𝐀𝐙𝐊𝐈𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓 : 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈𝐀𝐘𝐀 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐈𝐍
Dalam kehidupan seharian, kita sering melihat ketidakadilan atau kezaliman yang berlaku di sekeliling kita. Ada yang tertindas, teraniaya, dan hak-hak mereka diambil tanpa belas kasihan.
Namun, Surah Ibrahim ayat 42 mengingatkan kita bahawa setiap perbuatan zalim tidak akan terlepas dari pandangan Allah. Allah tidak pernah lalai daripada apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim, walaupun pembalasan-Nya mungkin tidak segera.
Surat Ibrahim Ayat 42:
وَلَا تَحْسَبَنَّ ٱللَّهَ غَٰفِلًا عَمَّا يَعْمَلُ ٱلظَّٰلِمُونَ ۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ ٱلْأَبْصَٰرُ
Ertinya:
“Dan janganlah sekali-kali kamu mengira, bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim; Sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).”
Penerangan dari ayat ini menekankan beberapa perkara utama:
1. 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗹𝗮𝗶 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗸𝗲𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂: Dalam kehidupan dunia ini, mungkin kita akan melihat banyak kezaliman atau ketidakadilan yang berlaku, dan orang yang zalim seakan-akan tidak dihukum atau tidak mendapat balasan. Namun, ayat ini menegaskan bahawa Allah tidak lalai atau lupa terhadap perbuatan orang yang zalim.
2. 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻: Allah menangguhkan balasan terhadap orang yang zalim, bukan kerana Dia tidak melihat atau tidak peduli, tetapi kerana Dia menetapkan satu waktu yang sesuai untuk mereka di Hari Kiamat. Pada hari itu, tiada seorang pun yang akan terlepas dari pengadilan-Nya, dan setiap perbuatan zalim akan dibalas dengan adil.
3. 𝗞𝗲𝘇𝗮𝗹𝗶𝗺𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻: Ini memberi peringatan tegas kepada orang yang melakukan kezaliman agar tidak merasa selamat atau bebas daripada pembalasan. Kesabaran Allah mempunyai batas, dan pada waktu yang telah ditetapkan, balasan akan tiba. Ini juga menguatkan kepercayaan bahawa setiap keadilan akan ditegakkan, walaupun di dunia ini kelihatannya lambat berlaku.
4. 𝗠𝗮𝘁𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝗸 𝗸𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗶 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗶𝗮𝗺𝗮𝘁: Gambaran ini memberi simbolik ketakutan dan penyesalan yang amat dahsyat bagi orang yang zalim apabila mereka menyaksikan sendiri balasan terhadap perbuatan mereka di akhirat kelak. Pada waktu itu, mereka tidak akan mampu melarikan diri dari hukuman.
Kesimp**annya, ayat ini mengingatkan kita agar menjauhi perbuatan zalim dan menganiayai orang lain, kerana setiap kezaliman akan dibalas dengan setimpal oleh Allah.
Orang yang dizalimi p**a diberi harapan bahawa Allah sentiasa menyaksikan, dan keadilan akan ditegakkan sama ada di dunia atau di akhirat.
゚viral

𝐒𝐘𝐔𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐇𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐘𝐀𝐈𝐈𝐍𝐈 𝟏𝟎 𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐊𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐇𝐀𝐓𝐘𝐀𝐈Nak bercuti ke Hatyai? Best kan! Tap...
03/10/2024

𝐒𝐘𝐔𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐅𝐎𝐎𝐃 𝐇𝐔𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐘𝐀𝐈
𝐈𝐍𝐈 𝟏𝟎 𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐊𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐇𝐀𝐓𝐘𝐀𝐈
Nak bercuti ke Hatyai? Best kan! Tapi sebelum pergi, ada beberapa tips yang korang patut tahu.
Bercuti ke Hatyai memang best tambah-tambah kalau korang minat food hunting. Plan tarikh siap-siap untuk tahu 2025 dan senarai tempat yang nak pergi, pastikan nanti bagasi dan duit pun dah ready ya. hehe...
Hubungi kami sekarang untuk dapatkan bantuan atau info lanjut tentang tips ke Hatyai dengan lebih mudah dan murah.
Tekan link di bawah untuk mendapat khidmat yang terbaik!
📞 https://wa.link/ombyua
📞 https://wa.link/ombyua
📞 https://wa.link/ombyua
゚viral

𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐁𝐔𝐆𝐆𝐘 𝐂𝐀𝐑 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐅 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐈𝐄 (𝐃𝐈𝐆𝐀𝐋𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀)Pengurusan Masjidilha...
02/10/2024

𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐁𝐔𝐆𝐆𝐘 𝐂𝐀𝐑 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐃𝐈𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐅 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐈𝐄
(𝐃𝐈𝐆𝐀𝐋𝐀𝐊𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐔𝐏𝐀𝐘𝐀)
Pengurusan Masjidilharam memperkenalkan penggunaan “Buggy Car” bagi mereka yang mahu menunaikan TAWAF & SAIE menggunakan kenderaan tersebut. Tiada lagi motor skuter.
Lokasi bagi mereka yang mahu buat tawaf menaiki “Buggy Car” terletak di atas sekali.
TAWAF
💵Harga setakat harini ialah SR 50/seorang.
⏰ Masa: 4pm - 4am
🧍Jumlah penumpang - 6-10 orang
⏱Masa pusingan : 2-3 minit
SAIE
💵Harga setakat harini ialah SR 50/seorang.
⏰ Masa: 4pm - 4am
🧍Jumlah penumpang - 6-10 orang
JUMLAH :
💵Harga Buggy Car untuk Tawaf & Saie
=SR 100/seorang
📍 Lokasi Buggy Car
1. Ajyad Escalator
2. King Abdulaziz Gate Escalators
3. Gate Al Umrah Escalators
Fleksibiliti dan kemudahan bagi yang kurang kemampuan untuk berjalan dan berdiri lama.
Lebih selesa, ada pemandu sendiri.
InsyaAllah ibadah lebih tenang dan fokus.

🔥𝟏𝟎 𝐑𝐀𝐇𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐈 𝐓𝐈𝐊𝐄𝐓 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐌𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆!🔥Tahukah anda bahawa ada cara mudah dan murah untuk dapat...
02/10/2024

🔥𝟏𝟎 𝐑𝐀𝐇𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐋𝐈 𝐓𝐈𝐊𝐄𝐓 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐌𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆!🔥
Tahukah anda bahawa ada cara mudah dan murah untuk dapatkan tiket penerbangan dengan harga lebih jimat?
Dengan sedikit perancangan dan strategi yang betul, anda boleh menikmati percutian impian tanpa perlu membayar harga tiket yang mahal. 💰✈️
Jangan tunggu lagi, rebut peluang untuk terbang dengan bajet rendah!
Hubungi kami sekarang untuk dapatkan bantuan atau info lanjut tentang cara beli tiket flight murah.
Tekan link di bawah untuk mendapat khidmat yang terbaik!
📞 wa.link/3x2412
📞 wa.link/3x2412
📞 wa.link/3x2412

゚viral

𝐈𝐍𝐈 𝐁𝐄𝐓𝐔𝐋-𝐁𝐄𝐓𝐔𝐋 𝐓𝐑𝐈𝐏 𝐏𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐑𝐀𝐑𝐄 !!!Bayangkan pemandangan gunung yang menakjubkan di Fairy Meadows, keindahan tasik biru...
01/10/2024

𝐈𝐍𝐈 𝐁𝐄𝐓𝐔𝐋-𝐁𝐄𝐓𝐔𝐋 𝐓𝐑𝐈𝐏 𝐏𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐑𝐀𝐑𝐄 !!!
Bayangkan pemandangan gunung yang menakjubkan di Fairy Meadows, keindahan tasik biru turquoise Attabad Lake, dan pengalaman melalui Hussaini Suspension Bridge yang penuh cabaran. Ini hanyalah sebahagian daripada destinasi menarik yang menanti anda dalam trip ke Pakistan bersama 1 Nation Travel & Tours. 🌄
Kami akan membawa anda menikmati pengalaman di Rakaposhi Viewpoint, menyaksikan keunikan Passu Cones, dan mengembara melalui Babusar Pass yang mengagumkan. Fuh, tempat-tempat ni memang rare gais.. 🏔

Jangan lupa, anda juga akan berpeluang menyaksikan upacara patriotik di Wagah Border dan melawat keajaiban seni bina seperti Baltit Fort dan Sheesh Mahal yang penuh sejarah. 🕌
Selain itu, kita akan meneroka keindahan alam semula jadi di Saif-Ul-Malook Lake, berjalan-jalan di Walled City of Lahore, dan menikmati suasana sejuk di Ayubia National Park serta Murree. Kesemua ini dalam satu pakej pada harga yang paling berpatutan dan berbaloi! 🌿
Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati keindahan Pakistan dengan harga yang betul-betul JIMAT, BERBALOI & PENGALAMAN INDAH SEUMUR HIDUP. Tempat adalah terhad, jadi hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut dan tempahan.

Semestinya perkhidmatan terbaik bersama 1 Nation Travel ! ✈️
Hubungi talian di bawah untuk maklumat berkenaan pakej⤵️
📞 wa.link/3x2412 (Puan Haida)
📞 wa.link/3x2412 (Puan Haida)
📞 wa.link/3x2412 (Puan Haida)
゚viral

𝟑 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃𝐈𝐋 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐌Di sekitar Masjidilharam, terdapat beberapa masjid yang kaya dengan sejarah tetapi ramai ...
30/09/2024

𝟑 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃𝐈𝐋 𝐇𝐀𝐑𝐀𝐌
Di sekitar Masjidilharam, terdapat beberapa masjid yang kaya dengan sejarah tetapi ramai yang tidak tahu. Jom kita melihat 3 Masjid tersebut di sekitar Masjidil haram.
Jangan lepaskan peluang untuk menziarahi masjid-masjid bersejarah ini ketika anda berada di Makkah. Moga setiap langkah kita dan niat ziarah kita mengingatkan kita kepada sirah perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebarkan Islam ! 🕋
゚viral

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐃𝐔𝐀Terima kasih atas segala jasa dan komitmen Puan Hasnina dan Puan Asyiqin sepanjang b...
30/09/2024

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐉𝐔 𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐃𝐔𝐀
Terima kasih atas segala jasa dan komitmen Puan Hasnina dan Puan Asyiqin sepanjang bersama 1 Nation Travel & Tours.
Kehadiran anda berdua telah membawa banyak kenangan manis dan pengalaman berharga buat seluruh keluarga besar kami. Tidak mudah untuk melepaskan, tetapi kami bangga melihat anda melangkah ke bidang yang lebih jauh.
Majlis perpisahan pada Jumaat lalu dipenuhi dengan senyuman, tawa, dan juga air mata. Ia menjadi bukti betapa eratnya hubungan kita selama ini. Segala kenangan dan ilmu yang dikongsi akan terus menjadi inspirasi buat kami yang tinggal.
Kami doakan Puan Hasnina dan Puan Asyiqin terus maju jaya dan cemerlang dalam setiap langkah masa depan. Semoga jalan yang dipilih dipermudahkan dan sentiasa diberkati. Terima kasih atas segalanya! 😍🤲
゚viral

𝟓 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐊𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐈𝐍𝐀𝐇Masjid merupakan sebuah institusi terpenting dalam Islam. Perkataan ma...
28/09/2024

𝟓 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐊𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐈𝐍𝐀𝐇

Masjid merupakan sebuah institusi terpenting dalam Islam. Perkataan masjid adalah berasal daripada bahasa Arab yang membawa maksud nama tempat bersujud✨
Dari sudut syarak p**a, terdapat dua makna. Pertamanya, masjid membawa maksud mana-mana tempat permukaan bumi. Hal ini bertepatan dengan sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari, sabda baginda Nabi SAW yang bermaksud:
“Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid (tempat bersujud).”
Keduanya, masjid juga dari sudut istilah membawa maksud tempat yang disediakan bagi mengerjakan sembahyang untuk selama-lamanya🕌
Oleh kerana ia merupakan sebuah tempat yang sangat penting, maka bagi manusia yang mengimarahkan dan memakmurkan masjid diberikan kemuliaan dan kedudukan yang hebat di sisi Islam. MasyaAllah✨
Di Madinah, terdapat banyak masjid yang telah didirikan. Oleh itu apa kata anda jangan lepaskan peluang untuk cuba solat di seberapa banyak masjid di sekitar Madinah Al Munawwarah☺️
゚viral

Masya Allah. Syukur Alhamdulillah, ini adalah antara FEEDBACK JEMAAH 1 NATION TRAVEL & TOURS!Sesungguhnya yang baik itu ...
27/09/2024

Masya Allah. Syukur Alhamdulillah, ini adalah antara FEEDBACK JEMAAH 1 NATION TRAVEL & TOURS!
Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah swt dan yang buruk dari diri kami. Dengan penuh komited, kami sebagai pihak pengurusan telah memberi 200% komitmen kepada jemaah dari awal sehingga akhir.

Bagi yang mencari pakej umrah, kami sangat mengalukan pendaftaran yang masih dibuka✨

Alhamdulillah kelebihan kami adalah mempuanyai group yang tidak padat dengan jemaah agar dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada para jemaah 1 Nation yang sedia ada. Kami juga turut dibantu dengan mutawwif yang berpengalaman dan group leader yg sentiasa fokus & ringan tulang. Yang lebih menariknya, umrah pada 15 September 2024 yang lalu adalah bersama Duta 1 Nation iaitu Ustaz Ejam Medicine✨🤲🏻

Terima kasih telah memilih kami✨

𝙋𝙀𝙉𝘿𝘼𝙁𝙏𝘼𝙍𝘼𝙉 𝙐𝙈𝙍𝘼𝙃 𝙈𝙐𝙎𝙄𝙈 𝙎𝙀𝙅𝙐𝙆 𝙆𝙄𝙉𝙄 𝘿𝙄𝘽𝙐𝙆𝘼 !
✈️19 - 30 November 2024
✈️17 - 26 Disember 2024
Nak booking Umrah, boleh hubungi tim 1 Nation .
📞 https://wa.link/gu70l9 / 016-2330043

゚viral

𝐔𝐒𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐅𝐔𝐑 𝐍𝐈𝐊𝐌𝐀𝐓❌Salah satu sebab manusia tidak mensyukuri apa yang telah dikurniakan Allah kepadanya ada...
27/09/2024

𝐔𝐒𝐀𝐇 𝐉𝐀𝐃𝐈 𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐅𝐔𝐑 𝐍𝐈𝐊𝐌𝐀𝐓❌

Salah satu sebab manusia tidak mensyukuri apa yang telah dikurniakan Allah kepadanya adalah disebabkan mereka sering membandingkan diri dengan orang yang lebih kaya dan lebih banyak harta benda dunia. Selalu melihat dirinya tidak sesenang orang lain dari segi harta benda, pangkat, rupa paras dan seumpamanya.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :
انظروا إلى من هو أسفل منكم ولا تنظروا إلى من هو فوقكم ، فهو أجدر أن لا تزدروا نعمة الله عليكم
artinya : “Pandanglah orang yang lebih kurang darimu harta bendanya dan janganlah kamu memandang orang yang lebih senang darimu. Maka yang demikian itu akan membuat kamu tidak memandang sedikit pada nikmat yang Allah telah beri ke atas dirimu.” (Hadith Bukhari & Muslim)
Siapa yang tidak bersyukur dengan segala nikmat yang Allah telah berikan maka dia tergolong orang yang kufur dengan nikmat Allah. Maka siapa yang tergolong dalam golongan yang kufur nikmat Allah pasti akan mendapat azab yang pedih di hari kiamat nanti.

Firman Allah Taala :
وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Artinya : “… dan jika kamu semua kufur akan nikmat maka sesungguhnya azab-Ku nanti tersangatlah pedih” (Ibrahim : 7)
Semoga Allah jadikan kita dalam golongan orang yang bersyukur dan pelihara diri kita dan kaum keluarga dari termasuk golongan yang tidak mensyukuri nikmat Allah. Aaamiin YRA🤲

Salam Jumaat !

゚viral

26/09/2024

𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐎𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐖𝐀𝐊𝐓𝐔 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝟏 𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐉𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐌𝐑𝐀𝐇
Alhamdulillah selesai umrah bagi para jemaah 1 Nation Travel di Duyufurrahman pada 15 September 2024 🕋
Bagi yang dah pernah menjejakkan kaki ke sana, pasti sangat rindu untuk ke sana lagi. Bagi yang belum pergi, pasti berhajat dapat kesana. Alhamdulillah seronok melihat wajah-wajah ceria yang dipamerkan oleh tetamu Allah SWT ini. Seronok melihat anak-anak dapat membawa ibu bapa mereka mengerjakan umrah dan berkumpul bersama-sama di tanah suci. Diharapkan agar menjadi kenangan terindah dalam hidup mereka InsyaAllah. Terima kasih kerana memilih 1 𝑵𝑨𝑻𝑰𝑶𝑵 𝑻𝑹𝑨𝑽𝑬𝑳 & 𝑻𝑶𝑼𝑹𝑺 sebagai pemudah cara anda ke sana✨
Semoga kita semua dapat diberikan peluang untuk dijemput kesana. Amin Ya Rabb 🤲🏻 Sedikit perkongsian/video dari kami tim 1 Nation sepanjang perjalanan umrah para jemaah pada 15 September 2024 bersama duta Ustaz Ejam Medicine✨

゚viral

26/09/2024

𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐓𝐈𝐁𝐀 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐂𝐈 🤲🏻✨
ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH✨Maha Suci Allah Yang Maha Memudahkan, Syukur alhamdulillah, jemaah umrah telah selamat tiba di Malaysia jam 5.20 pagi tadi setelah berada di tanah suci selama 12 hari 10 malam. Jemaah disambut oleh beberapa orang tim yang sudah tiba sejak awal pagi di Lapangan Terbang KLIA untuk membantu menguruskan kep**angan kesemua jemaah.
Syukur semua dalam keadaan sihat dan ceria saat bertemu semula dengan keluarga di KLIA 💛 Insya Allah, semoga berpeluang untuk berjumpa lagi pada Umrah seterusnya 👋🏻
Diharapkan agar para jemaah mendapat umrah yang mabrur dan semua amalan serta amal ibadah yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT 🤲🏻
゚viral

25/09/2024

𝟏𝟎 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐏𝐔𝐋𝐔𝐇: 𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐑𝐀𝐁 𝐃𝐈 𝐀𝐋-𝐑𝐎𝐌𝐀𝐍𝐒𝐈𝐀𝐇 & 𝐓𝐀𝐔𝐒𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐄𝐉𝐀𝐌 (𝐌𝐄𝐃𝐈𝐂𝐈𝐍𝐄)

Alhamdulillah, telah tiba hari kesepuluh bagi para jemaah. Kesemua jemaah 1 Nation Travel telah dibawa untuk makan malam di Al-Romansiah. Jemaah telah dihidangkan nasi arab yang paling famous dan sedap di Madinah Al Munawwarah. Mereka gembira dengan hidangan tersebut kerana bagi mereka rasanya tidak sama seperti hidangan nasi arab di Malaysia.
Sementara menunggu hidangan nasi arab disediakan, Ustaz Ejam telah mengadakan sesi tausiah. Pelbagai ilmu yang bermanfaat telah dikongsi oleh beliau.
Kali ini, jemaah 1 Nation bukan sahaja dapat menikmati hidangan nasi arab yang lazat, malah mereka juga berkesempatan untuk belajar bersama-sama dan berkongsi ilmu pengetahuan berkenaan sejarah Islam, bacaan Al-Fatihah dan perkongsian kisah Nabi.
Semoga perkongsian tersebut boleh dijadikan ikhtibar dalam diri kita semua Insya Allah.
゚viral

𝟏𝟎 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐏𝐔𝐋𝐔𝐇: 𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐑𝐀𝐁 𝐃𝐈 𝐀𝐋-𝐑𝐎𝐌𝐀𝐍𝐒𝐈𝐀𝐇 & 𝐓𝐀𝐔𝐒𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐄𝐉𝐀𝐌 (𝐌𝐄𝐃𝐈𝐂𝐈𝐍𝐄)Alhamdulillah, telah tiba hari kesepulu...
25/09/2024

𝟏𝟎 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐏𝐔𝐋𝐔𝐇: 𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐑𝐀𝐁 𝐃𝐈 𝐀𝐋-𝐑𝐎𝐌𝐀𝐍𝐒𝐈𝐀𝐇 & 𝐓𝐀𝐔𝐒𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐄𝐉𝐀𝐌 (𝐌𝐄𝐃𝐈𝐂𝐈𝐍𝐄)

Alhamdulillah, telah tiba hari kesepuluh bagi para jemaah. Kesemua jemaah 1 Nation Travel telah dibawa untuk makan malam di Al-Romansiah. Jemaah telah dihidangkan nasi arab yang paling famous dan sedap di Madinah Al Munawwarah. Mereka gembira dengan hidangan tersebut kerana bagi mereka rasanya tidak sama seperti hidangan nasi arab di Malaysia.
Sementara menunggu hidangan nasi arab disediakan, Ustaz Ejam telah mengadakan sesi tausiah. Pelbagai ilmu yang bermanfaat telah dikongsi oleh beliau.
Kali ini, jemaah 1 Nation bukan sahaja dapat menikmati hidangan nasi arab yang lazat, malah mereka juga berkesempatan untuk belajar bersama-sama dan berkongsi ilmu pengetahuan berkenaan sejarah Islam, bacaan Al-Fatihah dan perkongsian kisah Nabi.
Semoga perkongsian tersebut boleh dijadikan ikhtibar dalam diri kita semua Insya Allah.
゚viral

24/09/2024

SubahanAllah, suasana dikala laungan azan subuh berkumandang di Madinah✨

゚viral

𝟎𝟗 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍: 𝐏𝐀𝐑𝐀 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐃𝐈𝐍𝐀𝐇✨Alhamdulillah jemaah 1 Nation diberi kesempatan untuk menziarahi di ...
24/09/2024

𝟎𝟗 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍: 𝐏𝐀𝐑𝐀 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐃𝐈𝐍𝐀𝐇✨
Alhamdulillah jemaah 1 Nation diberi kesempatan untuk menziarahi di lebih 10 tempat ziarah sekitar Madinah Al Munawwarah.
Aktiviti ziarah di tempat-tempat bersejarah sambil mendengar sedikit perkongsian kisah-kisah bersejarah daripada Mutawwif (Ustaz Safwan) serta Duta 1 Nation (Ustaz Ejam Medicine) dimulakan dengan ke masjid-masjid seperti berikut:
- Masjid Suqya
- ⁠Masjid Abu Zar
- ⁠Masjid Mustaroh
- ⁠Masjid Ajimmatun Syaikhan
- ⁠Masjid Fasah
Perjalanan para jemaah dimulakan lagi dengan ke tempat bersejarah lain iaitu di:
- ⁠Gua Maharis
- ⁠Bani Syu’aib
- ⁠Ambariah
- ⁠Masjid Musobbih
- ⁠Ladang Salman Al-Farisi
- ⁠Telaga Salman Al-Farisi
- ⁠Telaha Ghars
- ⁠Gua Sejadah (Jabal Sila’)
- ⁠Bir Hajim
Sedikit info tentang Bir Hajim adalah telaga di mana tempat Nabi berehat, minum serta berwuduk. Dari tempat Bir Hajim, arah kiri adalah ke Mekah & arah kanan ke Masjid Quba. Bir Hajim adalah laluan Nabi keluar & masuk. Sesampainya beliau ke telaga & meneruskan perjalanan beliau ke Masjid Quba, Bir Hajim adalah salah satu lokasi yang disinggah oleh Nabi saw.
Ziarah ini bukan sahaja memberikan peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah, Nabi Muhammad SAW dan sejarah Islam malah dapat memperdalam pengetahuan dan pengalaman yang boleh dijadikan ikhtibar dalam diri kita semua Inshaallah
゚viral

24/09/2024

𝐒𝐈𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐘𝐔𝐇𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐔𝐇𝐔𝐃✨

Peperangan Uhud berlaku pada hari Sabtu 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ke-3 Hijrah (26 Mac 625M) antara tentera Islam dengan tentera kafir quraisy. Perang Uhud adalah peperangan orang quraisy membalas dendam atas kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud .
Peristiwa ini memberikan pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya pentingnya taat kepada Allah dan Rasulullah, mengikuti arahan ketua yang dilantik. Bersama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat para syuhada ini🤲

゚viral

23/09/2024

𝟎𝟖 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍 - 𝐒𝐇𝐎𝐑𝐓𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐃𝐈𝐍𝐀𝐇
Jemaah memulakan ziarah ke tempat bersejarah seperti Masjid Quba, masjid pertama dalam Islam, di mana mereka melaksanakan solat sunat. Mereka juga melawat Bi'r Aris, telaga bersejarah di mana cincin Nabi SAW jatuh kepada Saidina Abu Bakar RA.
Di Jabal Uhud, jemaah menghayati kisah Perang Uhud, mengenang pengorbanan para sahabat, terutama di Bukit Pemanah dan Masjid Syuhada Uhud. Ini memberikan inspirasi dan semangat untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan seharian. Mereka juga singgah di Pasar Kurma untuk membeli buah tangan yang penuh berkah.
Ziarah berakhir di Masjid Khandak, tempat bersejarah yang mengingatkan tentang penggalian parit sebagai pertahanan umat Islam dari serangan Quraisy. Setiap lokasi memberi kenangan berharga, memperkuatkan iman dan kecintaan kepada Rasulullah SAW serta perjuangan para sahabat, memberikan ibrah dan kekuatan kepada jemaah.
゚viral

𝟎𝟖 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍 - 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐃𝐈𝐍𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐈 𝐒𝐈𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇Azan Subuh berkumandang merdu di Masjid Na...
23/09/2024

𝟎𝟖 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐏𝐀𝐍 - 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐈 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐃𝐈𝐍𝐀𝐇, 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐈 𝐒𝐈𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇
Azan Subuh berkumandang merdu di Masjid Nabawi, penanda bermula hari yang baru di bumi Madinah. Dalam suasana hening itu, setiap jiwa pastinya merasai ketenangan berada di bumi Madinah Al-Munawwarah dan bersyukur atas peluang berada di tempat suci ini. Alhamdulillah, ya Allah.
Setelah solat, jemaah memulakan hari kelapan dengan aktiviti ziarah luar Madinah, menjelajahi sejarah penyebaran Islam dan menambah kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Kunjungan bermula ke Masjid Quba', masjid pertama yang dibina dalam Islam. Jemaah mengambil peluang melaksanakan solat sunat Tahiyatul Masjid dan Dhuha.
Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Bi'r Khatim atau telaga cincin yang mana jatuhnya cincin pemberian Nabi SAW kepada Saidina Abu Bakar RA. Juga di namakan Bi'r Aris. Telaga ini terletak berhampiran Masjid Quba'.
Di Jabal Uhud, mutawwif berkongsi kisah Perang Uhud untuk dihidupkan kembali, mengingatkan kita tentang pengorbanan dan ketabahan para sahabat. Bukit Pemanah, tempat yang bersejarah, menjadi lokasi ziarah bagi mengenang syuhadah Uhud yang telah berkorban demi agama. Masjid Syuhada Uhud didirikan di kawasan perang Uhud sebagai kawasan perhentian di sekitar Jabal Uhud.
Selepas menghayati sejarah penuh pengorbanan ini, jemaah meluangkan masa untuk bersantai dan berbelanja di Pasar Kurma, membeli buah tangan yang penuh berkah untuk dibawa p**ang.
Sebelum p**ang, jemaah dibawa berkunjung ke Masjid Khandaq, dan juga benteng Khandaq yang menjadi salah satu peninggalan sejarah Rasulullah SAW di kota Madinah. Dalam bahasa arab khandaq berarti parit. Pada zaman itu terjadi penggalian parit untuk membuat benteng pertahanan guna menghadang serangan dari kaum kafir Quraisy yang akan menyerang Madinah. Peristiwa ini terjadi di bulan Syawal 5 Hijriyah.
Setiap langkah dan pengalaman di Madinah dan sekitarnya memperkuatkan ikatan iman dan mengajak kita merenungkan kembali betapa susah dan payahnya penyebaran Islam oleh Rasulullah SAW dan para sahabat hingga sampai kepada kita hari ini. MasyaAllah, setiap detik menjadi kenangan berharga yang sukar dilupakan.
゚viral

𝟎𝟕 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐉𝐔𝐇 -  𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐈𝐒 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐈𝐍𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐌𝐔𝐍𝐀𝐖𝐖𝐀𝐑𝐀𝐇Setelah sampai di Madinah, jemaah terus ke makam Nabi SAW sebe...
22/09/2024

𝟎𝟕 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐉𝐔𝐇 - 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐈𝐒 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐈𝐍𝐀𝐇 𝐀𝐋 𝐌𝐔𝐍𝐀𝐖𝐖𝐀𝐑𝐀𝐇
Setelah sampai di Madinah, jemaah terus ke makam Nabi SAW sebelum subuh. Dengan penuh rasa rindu, jemaah menyampaikan selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kemudian, jemaah bersolat subuh berjemaah di Masjid Nabawi. Rasa tenang dan perasaan syukur sangat sebab dapat menjejakkan kaki di bumi Madinah.
Awal pagi, jemaah dibawa menziarahi ke sekitar Masjid Nabawi dibimbing oleh Ustaz Safwan selaku mutawwif. Tekun dan fokus wajah-wajah jemaah mendengar perkongsian sirah mengenai setiap tempat bersejarah yang dikunjungi. Ustaz Ejam juga turut mengisi dengan perkongsian ilmiah mengenai sirah kepada jemaah.
Antara tempat bersejarah yang dikunjungi ialah Masjid Al-Ghamamah. Masjid ini berhampiran Masjid Nabawi. Ia dibina pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan menjadi salah satu tempat yang penting bagi umat Islam.
Masjid ini dikenali kerana ia adalah tempat di mana Nabi Muhammad SAW melakukan solat untuk mendoakan hujan ketika Madinah mengalami kemarau. Nama "Al-Ghamamah" bermaksud "awan," yang merujuk kepada peristiwa berkat ketika hujan turun selepas doa Nabi SAW.
Alhamdulillah, jemaah juga berpeluang masuk ke Raudah dengan tasrih visa umrah. Raudah ialah tempat yang dikenali sebagai "taman syurga," di mana doa-doa lebih mudah dimakbulkan. Tentunya jemaah berebut-rebut untuk menempah slot bagi masuk ke Raudah memohon dan memanjatkan doa kepada Allah SWT.
Sebelum balik ke hotel, jemaah ambil peluang membeli buah tangan sebagai hadiah untuk sanak saudara sebagai kenang-kenangan dari tanah suci.
Perjalanan ini diuruskan dengan baik oleh 1 Nation Travel & Tours, memastikan semua berjalan lancar dan selesa. Setiap saat menjadi kenangan yang tak akan dilupakan. MasyaAllah, Tabarakallah!
゚viral

𝟎𝟔 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐄𝐍𝐀𝐌 - 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐃𝐈𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐈𝐅Alhamdulillah, jemaah umrah 1 Nation Travel & Tours ...
21/09/2024

𝟎𝟔 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐄𝐍𝐀𝐌 - 𝐉𝐄𝐌𝐀𝐀𝐇 𝐌𝐔𝐋𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐃𝐈𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐇 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐈𝐅
Alhamdulillah, jemaah umrah 1 Nation Travel & Tours telah tiba di Kota Madinah Al-Munawwarah.
Sepanjang bergerak dari Mekah, jemaah sempat singgah ke Taif untuk melihat keindahan di Taif dan pada masa yang sama mengambil ibrah mengenangkan perjalanan Nabi SAW menyebarkan dakwah ke Taif yang penuh dengan cabaran dan ujian.
Pada hari ini, Taif dijadikan tempat pelancongan dengan iklim sejuk dan ladang buah-buahan segar seperti epal, mangga, anggur, pic dan banyak lagi. Ia juga merupakan pusat penanaman bunga ros, menghasilkan minyak pati ros yang wangi yang terkenal.
Jemaah juga sempat merasai Nasi Arab di Kota Taif bersama-sama. Selepas itu, tidak sah sekiranya ke Taif tetapi tidak singgah ke Masjid Abdullah bin Abbas dan makamnya. Jemaah juga sempat bergambar di hadapan gerbang dan melangkah masuk ke dalam masjid. Syukur.
Seterusnya, perjalanan diteruskan dengan menaiki keretapi (Haramain Train) menuju ke Madinah. Semua jemaah nampaknya teruja dan berwajah ceria kerana pertama kali menaiki keretapi laju dari Mekah ke Madinah. Alhamdulillah.
Ziarah kali ini bukan sekadar perjalanan, tetapi sebuah peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW, sambil mendalami sejarah Islam. Kami berharap setiap pengalaman ini dapat memberikan pelajaran berharga dalam hidup kita. Insha Allah.
゚viral

20/09/2024

𝐐𝐀𝐒𝐈𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 𝐄𝐉𝐀𝐌 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐂𝐈𝐍𝐄
Alhamdulillah, nyanyian qasidah khas yang dibawakan oleh Ustaz Ejam Medicine sewaktu menziarahi tempat-tempat bersejarah di tanah suci Mekah.
Semoga setiap langkah para jemaah 1 Nation akan lebih bermakna & mendapat reda dariNya.
゚viral

Address

No. 78-1, Jalan S2 B19
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

01110831695

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OneNation Travel & Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category


Other Travel Agencies in Seremban

Show All