Kembara Keretapi Transiberia

Kembara Keretapi Transiberia Page yang menyajikan informasi dan tips penting tentang kembara dengan keretapi Transiberia
(20)

Last Call untuk Geng Pencen dan Warga Emas yang nak penuhi impian melalui pengalaman Epik Kembara Dengan keretapi Transi...
26/03/2024

Last Call untuk Geng Pencen dan Warga Emas yang nak penuhi impian melalui pengalaman Epik Kembara Dengan keretapi Transiberia tahun 2024 ini.

Cuma ada baki 6 slot sahaja.
Kalau dah full, kena tunggu edisi tahun 2025 p**a.

Jangan terlepas merasai pengalaman merentas 2 negara besar Mongolia dan Rusia dengan keretapi.

Di pertengahan perjalanan, akan singgah bermalam di beberapa destinasi unik seperti
- Tasik Baikal di pekan Listvyanka
- Taman Negara Terelj Gorkhi di Ulaanbataar
- monumen titik pertemuan antara benua Asia dan Eropah di Yekaterinburg
- lokasi penting kedatangan islam di bumi Rusia di kota Bolgar
- melihat sendiri keunikan dan kecantikan jaringan keretapi bawah tanah di Moscow

Jangan terlepas !
Hanya berbaki 6 slot sahaja untuk edisi 2024 ini

Detail lanjut tentang itinerari perjalanan, boleh klik link di bawah :

https://pojistori.com/prospect/form/itinerari-kembara-keretapi-transiberia-2024

Trip Transiberia ni sesuai tak untuk geng pencen dan warga emas?( UPDATE TERKINI !!Baki slot untuk edisi 2024 cuma tingg...
26/03/2024

Trip Transiberia ni sesuai tak untuk geng pencen dan warga emas?

( UPDATE TERKINI !!
Baki slot untuk edisi 2024 cuma tinggal 6 slot sahaja
Tarikh yang available 4-19 Julai 2024.)

Jawapan ringkas

Ya !

Ya, jika anda masih masih sihat fizikal dan mental. Masih ada kekuatan kaki untuk melangkah tanpa bergantung pada tongkat atau berkerusi roda.

Kembara Transiberia ini juga diatur khas buat mereka yang ingin merasai pengalaman mengembara dengan keretapi Transiberia tetapi bukanlah gaya backpackers yang memerlukan kudrat yang banyak.

Susunan dan perjalanan direka khas bagi memenuhi kemampuan mereka yang inginkan gaya santai, tidak tergesa-gesa dan penuh ketenangan.

Penginapan p**a adalah hotel yang tidak berkongsi toilet dengan orang lain.

Untuk kunjungan ke lokasi menarik di sepanjang persinggahan p**a, disediakan kenderaan yang selesa dan moden agar para peserta dapat mengikuti aturcara dengan hati yang gembira.

Selain sekadar merakam gambar cantik di lokasi persinggahan, peserta juga akan disediakan seorang local guide warga tempatan yang akan membantu menerangkan dengan lebih jelas tentang kisah sejarah serta maklumat lokasi persinggahan.

Sekurang-kurangnya, selain gambar cantik buat tatapan , ada juga ilmu dan pengetahuan yang dapat dibawa bersama.
Tetapi, ada jugak Tidaknya

Jawapan boleh juga menjadi tidak jika anda membayangkan ia adalah perjalanan mewah.

Keretapi Transiberia bukan keretapi pelancong seperti Eastern Oriental. Ia adalah keretapi lokal warga Rusia yang membawa mereka jauh ke kawasan pendalaman yang tidak mampu dicapai oleh kenderaan awam yang lain.

Pengembaraan Transiberia adalah perjalanan tentang pengalaman meneroka negara penuh misteri bernama Rusia dengan satu perjalanan epik di laluan keretapi terpanjang di dunia.

Pendaftaran untuk edisi 2024 bakal dibuka.
Cuma ada 5 slot sahaja disediakan sepanjang tahun 2024 nanti dan setiap slot terhad kepada 12-14 orang sahaja.

Daftar nama anda secara PERCUMA di laman web di bawah.

Hanya sahkan penyertaan apabila anda benar-benar telah bersedia.
Maklumat lanjut untuk pendaftaran boleh didapati di sini :

https://pojistori.com/prospect/form/itinerari-kembara-keretapi-transiberia-2024

Trip Transiberia ni sesuai tak untuk geng pencen dan warga emas?Jawapan ringkas Ya !Ya, jika anda masih masih sihat fizi...
16/09/2023

Trip Transiberia ni sesuai tak untuk geng pencen dan warga emas?

Jawapan ringkas
Ya !

Ya, jika anda masih masih sihat fizikal dan mental. Masih ada kekuatan kaki untuk melangkah tanpa bergantung pada tongkat atau berkerusi roda.

Kembara Transiberia ini juga diatur khas buat mereka yang ingin merasai pengalaman mengembara dengan keretapi Transiberia tetapi bukanlah gaya backpackers yang memerlukan kudrat yang banyak.

Susunan dan perjalanan direka khas bagi memenuhi kemampuan mereka yang inginkan gaya santai, tidak tergesa-gesa dan penuh ketenangan.

Penginapan p**a adalah hotel yang tidak berkongsi toilet dengan orang lain.

Untuk kunjungan ke lokasi menarik di sepanjang persinggahan p**a, disediakan kenderaan yang selesa dan moden agar para peserta dapat mengikuti aturcara dengan hati yang gembira.

Selain sekadar merakam gambar cantik di lokasi persinggahan, peserta juga akan disediakan seorang local guide warga tempatan yang akan membantu menerangkan dengan lebih jelas tentang kisah sejarah serta maklumat lokasi persinggahan.

Sekurang-kurangnya, selain gambar cantik buat tatapan , ada juga ilmu dan pengetahuan yang dapat dibawa bersama.

Tetapi, ada jugak Tidaknya

Jawapan boleh juga menjadi tidak jika anda membayangkan ia adalah perjalanan mewah.

Keretapi Transiberia bukan keretapi pelancong seperti Eastern Oriental. Ia adalah keretapi lokal warga Rusia yang membawa mereka jauh ke kawasan pendalaman yang tidak mampu dicapai oleh kenderaan awam yang lain.

Pengembaraan Transiberia adalah perjalanan tentang pengalaman meneroka negara penuh misteri bernama Rusia dengan satu perjalanan epik di laluan keretapi terpanjang di dunia.

Pendaftaran untuk edisi 2024 bakal dibuka.
Cuma ada 5 slot sahaja disediakan sepanjang tahun 2024 nanti dan setiap slot terhad kepada 12-14 orang sahaja.

Daftar nama anda secara PERCUMA di laman web di bawah.

Hanya sahkan penyertaan apabila anda benar-benar telah bersedia.

Maklumat lanjut untuk pendaftaran boleh didapati di sini :

https://pojistori.com/prospect/form/itinerari-kembara-keretapi-transiberia-2024

Bila kau duduk satu kabin dengan bekas juara Masterchef edisi Kampung Pisang, macam ni la suasana masakannya.Sehari ada ...
14/09/2023

Bila kau duduk satu kabin dengan bekas juara Masterchef edisi Kampung Pisang, macam ni la suasana masakannya.

Sehari ada 6 kali makan dengan menu dan bahan masakan siap sedia, lengkap.

Tak payah kalut nak pi cari kat kedai runcit Pak Mael.

Kalau dinner semalam menu utama Ikan Omul salai dengan masak lemak cili api, sarapan pagi ini Nasi Lemak Transiberia telor goyang lengkap dengan sambal ikan bilis dan rendang daging !

Masa menyuap nasi p**a, toleh ke jendela keretapi dihidangkan p**ak dengan pemandangan daun-daunan yang sudah bertukar warna dari hijau ke kuning dan kemerahan.

Betul-betul hoop liawwww la !!!

Cabaran sebenar.Masa untuk semua peserta merasai the real experience dalam pengembaraan The Transiberan Journey.Mereka b...
13/09/2023

Cabaran sebenar.

Masa untuk semua peserta merasai the real experience dalam pengembaraan The Transiberan Journey.

Mereka bakal menempuh kehidupan hampir 3 hari dan 2 malam di atas keretapi nombor 69.

Macam biasa, walaupun ini adalah kali ke 5 saya menaiki keretapi ini dalam tahun 2023 sahaja, drama tetap wujud.

Drama kali ini, 2 peserta nombor passport mereka tak sama dengan tiket sebab baru renew passport.

Tapi itu masalah kecil, masalah lebih besar ialah mereka tetap baca nama terbalik walaupun telah diberitahu berulang kali.

Welcome to Russia gais !!!

Irkutsk Railway Station
13 September 2023
3.49 pm

Pendaftaran Private trip  khas  The Transiberian Journey edisi 2024 untuk geng Pencen  bakal dibuka tidak lama lagi.( ke...
10/09/2023

Pendaftaran Private trip khas The Transiberian Journey edisi 2024 untuk geng Pencen bakal dibuka tidak lama lagi.

( keutamaan buat mereka berusia 50 tahun dan ke atas)

Trip yang direka khas buat peminat keretapi yang :
♥️ dah lama memasang impian merasai pengalaman menaiki keretapi Transiberia di laluan keretapi terpanjang di dunia

♥️ ingin melihat sendiri budaya dan kehidupan masyarakat 2 negara penuh sejarah silam Rusia dan Mongolia

♥️ ingin menikmati pemandangan indah sepanjang pengembaraan dari jendela keretapi bersama pasangan sambil mengimbau nostalgia silam

♥️ sudah bingung untuk membuat rencana kembara sendiri kerana prosedur ketat kembara ke negara Rusia sekarang

♥️ merakam dengan lensa kamera sendiri keindahan alam semula jadi Taman Negara Mongolia dan Tasik Baikal di Rusia.

♥️ nak travel gaya santai-santai, tanpa tergesa-gesa baru check in hotel esok pagi dah kena check out

Alhamdulillah, sepanjang tahun 2022/ 2023, kami telah berjaya merealisasi impian lebih 75 orang peserta dengan 6 trip berasingan.

Walaupun negara Rusia sedang mengalami sekatan dunia luar, anda tak perlu bimbang.

Tak perlu pening kepala nak fikir soal visa
Tak perlu risau tiket keretapi sold out.

Kami akan selesaikan semua persiapan anda. Sampai masa, kita jumpa di lapangan terbang sahaja.

Biar kami uruskan dari A sampai Z.

♥️ Tiket kapal terbang pergi dan balik

♥️ 5 tiket keretapi di 5 laluan yang berbeza dengan kabin yang selesa dan dilengkapi dengan kemudahan bilik mandi serta selamat

♥️ perkhidmatan Visa Rusia yang dijamin lulus.

♥️ semua penginapan di hotel yang selesa, bersih dan berdekatan dengan semua tempat menarik

♥️ kunjungan ke restoran yang benar-benar diyakini halal

♥️ ( BONUS ISTIMEWA) kunjungan ke 5 buah masjid tercantik di negara Rusia.

Paling penting !

Kita akan travel dalam kump**an kecil seramai 12-15 orang sahaja setiap kump**an

Tak perlu buang masa beratur ke toilet
Suasana lebih privasi dan kurang karenah.

Untuk tahun 2024, cuma 5 trip sahaja ditawarkan dan setiap trip bilangan peserta terhad kepada 12-15 orang sahaja.

Terlepas tahun 2024, bermakna anda perlu menunggu tahun 2025 p**a.

Jadi jangan ketinggalan !

Waktu terbaik untuk kembara dengan keretapi Transiberia adalah di waktu badan masih sihat dan kaki sedang kuat.

Daftar percuma di waitinglist kami kerana hanya yang daftar sahaja akan diberi keutamaan apabila pendaftaran dibuka nanti

Maklumat lanjut untuk pendaftaran boleh didapati di sini :

https://pojistori.com/prospect/form/itinerari-kembara-keretapi-transiberia-2024

4.01 petang hari ketigaKeretapi nombor 69 sekali lagi berhenti agak lama iaitu sekitar 53 minit.Kali ini keretapi berhen...
06/09/2023

4.01 petang hari ketiga

Keretapi nombor 69 sekali lagi berhenti agak lama iaitu sekitar 53 minit.

Kali ini keretapi berhenti di stesen Tyumen.

Ini juga adalah perhentian lama kali terakhir buat semua peserta kembara Transiberia kerana selepas ini semua hentian adalah sekitar 2 hingga 5 minit sahaja sebelum tiba di stesen Yekaterinburg pada jam 10.27 malam.

Stesen ini juga semua peserta kembara boleh keluar bersiar-siar hingga ke luar stesen.

Dan di bahagian penjuru stesen ini juga, terdapat 1 kedai yang menjual kebab serta ayam goreng halal.

Cuma pastikan anda tidak terlewat kerana keretapi tidak berhenti di platform 1 di stesen ini.

Anda perlu menaiki jejantas untuk kembali ke keretapi anda.




8.08 pagi hari ketigaTren nombor 69 akan stop di salah satu stesen yang agak cantik dan unik senibinanya iaitu stesen Om...
06/09/2023

8.08 pagi hari ketiga

Tren nombor 69 akan stop di salah satu stesen yang agak cantik dan unik senibinanya iaitu stesen Omsk.

Walaupun ia sekadar singgah selama 17 minit, keretapi biasanya akan singgah di platform nombor 1 iaitu platform paling hampir dengan stesen.

Jadi boleh mengambil gambar lebih dekat berlatarbelakangkan senibina stesen.

Cuma ada pengecualian pada kembara bulan Mei 2023 di mana keretapi mengalami sedikit kelewatan dan berhenti agak lama di stesen ini.

Jadi, boleh lah bersiar -siar sehingga luar kawasan stesen




4.32 pagi hari ketigaMasih lagi dalam perjalanan dengan tren nombor 69. Kali ini tren akan singgah di stesen bernama Bar...
06/09/2023

4.32 pagi hari ketiga

Masih lagi dalam perjalanan dengan tren nombor 69. Kali ini tren akan singgah di stesen bernama Barabinsk

Persinggahan di sini mengambil masa sekitar 30 minit.

Cuma disebabkan ia tiba pada awal pagi, tidak kelihatan ramai penumpang yang memenuhi platform seperti stesen sebelumnya.

Hanya kelihatan penumpang yang ingin naik dan turun sahaja.

Di sini juga dapat kelihatan beberapa petugas keretapi sedang memenuhkan air ke dalam tangki air gerabak keretapi menggunakan lori tangki.

Di sini juga dapat dilihat beberapa kiosk yang menjual makanan ringan.

Cuma harga di sini sedikit mahal, mungkin kerana ia beroperasi 24 jam.




11.23 malam, hari keduaTren nombor 69 akan berhenti di salah satu stesen besar di sepanjang laluan ini iaitu di stesen N...
06/09/2023

11.23 malam, hari kedua

Tren nombor 69 akan berhenti di salah satu stesen besar di sepanjang laluan ini iaitu di stesen Novosibirsk.

Tren akan berhenti selama 60 minit.

Bagi peserta kembara Transiberia yang masih belum melelapkan mata, boleh ambik kesempatan untuk bersiar-siar sehingga ke luar stesen.

Di hadapan stesen, terdapat 1 kedai makanan halal yang menyajikan menu makanan halal seperti roti daging, ayam dan juga kebab.

Boleh juga dijadikan bekalan untuk sarapan esok pagi.




4.46 petang hari keduaTren nombor 69 akan sekali lagi berhenti agak lama, kali ini di stesen bernama Mariinsk.Tren akan ...
06/09/2023

4.46 petang hari kedua

Tren nombor 69 akan sekali lagi berhenti agak lama, kali ini di stesen bernama Mariinsk.

Tren akan berhenti sekitar 34 minit.

Di sini juga dapat dilihat petugas keretapi mengemaskini tong-tong sampah di dalam tren dan dikumpulkan sebelum diturunkan di sini.

Ini adalah sebahagian rutin petugas dalam tren bagi memastikan kebersihan tren sentiasa terjaga.




1.34 petang, hari kedua Tren nombor 69 akan berhenti p**a di stesen Achinsk selama 30 minit.Dan untuk stesen ini , hanya...
06/09/2023

1.34 petang, hari kedua

Tren nombor 69 akan berhenti p**a di stesen Achinsk selama 30 minit.

Dan untuk stesen ini , hanya berlegar di kawasan platform sahaja kerana stesen ini tidak begitu besar.

Di kawasan platform ini juga, ada beberapa kiosk untuk membeli makanan ringan seperti air, roti dan aiskrim




KrasnoyarksKeretapi nombor 69 akan singgah di stesen ini sekitar jam 9.31 pagi pada hari kedua.Biasanya setiap ahli kemb...
06/09/2023

Krasnoyarks

Keretapi nombor 69 akan singgah di stesen ini sekitar jam 9.31 pagi pada hari kedua.

Biasanya setiap ahli kembara The Transiberian Journey tidak melepaskan peluang untuk turun dan bersiar-siar sehingga ke kawasan luar stesen.

Ini kerana di stesen ini keretapi akan berhenti agak lama iaitu sekitar 56 minit.

Cuma perlu diambil perhantian, sebelum keluar kena pastikan anda keretapi berada di platform nombor berapa.

Kemudian, pastikan juga pintu masuk dan pintu keluar ke stesen kerana laluan masuk dan keluar adalah berbeza

Di dalam stesen ini juga, setiap ahli kembara boleh dapatkan cenderamata bandar Krasnoyarsk seperti keychain dan magnet.

8.05 malam hari pertama dalam perjalanan 56 jam ke Yekaterinburg dalam tren nombor 69.Keretapi akan berhenti di stesen b...
06/09/2023

8.05 malam hari pertama dalam perjalanan 56 jam ke Yekaterinburg dalam tren nombor 69.

Keretapi akan berhenti di stesen bernama Zima.

walaupun dah pukul 8 malam, tapi jika pengembaraan pada bulan Julai atau Ogos, suasana masih lagi cerah.

keretapi akan berhenti sekitar 20 minit di sini

Tak bosan ke duduk lama-lama dalam tren?Apabila saya beritahu para peserta kembara Transiberia yang kita akan melalui ke...
05/09/2023

Tak bosan ke duduk lama-lama dalam tren?

Apabila saya beritahu para peserta kembara Transiberia yang kita akan melalui kehidupan selama 58 jam di atas keretapi, ramai yang dah mula panik.

Apa nak buat lama-lama atas tren nanti?
Makanan p**a macam mana?

Ok, saya cuba redakan rasa panik anda ye.

Sepanjang 58 jam tu, keretapi akan berhenti di 48 buah stesen di antara stesen kita naik dan stesen kita bakal turun.

Dari 48 buah stesen tu p**a, kita boleh turun ambil angin lebih kurang 11 buah stesen.

Dari 11 buah stesen yang kita boleh turun dari keretapi p**a, ada 3 atau 4 stesen kita boleh bersiar-siar sehingga ke luar kawasan stesen.

Amacam ? Best tak?

Ok saya terangkan lagi.

Apabila keretapi berhenti lebih dari 15 minit, kita boleh turun, tapi setakat platform je la.

Di platform ni, ada penumpang yang ambil kesempatan untuk hisap rokok sebab dalam tren tak dibenarkan hisap rokok.

Yang tak hisap rokok, boleh la ambil gambar kenang-kenangan berlatarbelakangkan bangunan stesen keretapi sebab stesen keretapi di Rusia ni cantik-cantik.

Dan kalau keretapi berhenti lebih 30 atau 40 minit, kita boleh ambil kesempatan ini untuk keluar dari stesen.

Kebanyakan stesen besar ada restoran halal di luar bangunan stesen.

Cuma kena hati-hati untuk tahu jalan p**ang ke gerabak kita.

Sebab, keretapi Rusia ni warna semua sama dan jika stesen besar, terdapat lebih 10 platform.

Jadi pastikan anda ambil gambar platform di mana keretapi yang kita naiki stop, then baru keluar.

Ada soalan, takde orang cek tiket ke waktu nak ke keretapi nanti?

Uniknya keretapi di Rusia, mereka yang bukan penumpang boleh hantar penumpang sehingga ke pintu keretapi.

Malah, jika penumpang ada beg yang berat, ahli keluarga yang bukan pemegang tiket juga boleh hantar sehingga ke atas gerabak keretapi

Sama seperti sistem KTMB satu ketika dulu.

Cuma setiap kali nak masuk stesen, kita kena lalui mesin imbasan atas tujuan keselamatan.

Perkara lain yang bakal menghilangkan rasa bosan ialah apabila waktu makan.

Setiap kabin akan meyediakan juadah makan untuk diberi rasa pada peserta yang lain.

Dalam siri pengembaraan Transiberia ini, macam macam masakan saya dah rasa.

Ada yang masak nasi lemak, nasi arab, bihun goreng dan macam- macam lagi.

Bab pemandangan p**a usah cerita.

Pelbagai pemandangam menarik seperti tasik, ladang gandum yang saujana mata memandang, kejernihan air sungai serta haiwan seperti kambing dan lembu di kawasan perkampungan.

Hanya dengan keretapi kita akan dapat saksikan semua pemandangan tadi.

Dan tanpa sedar, sekitar jam 10 malam pada hari ketiga dalam tren, keretapi bakal tiba di stesen Yekaterinburg menandakan kejayaan semua peserta mengharungi 58 jam yang begitu indah.




Kisah tren nombor 69.Tren nombor 69 akan berlepas ke kota Yekaterinburg pada jam 4 01 petang.Tapi ia akan tiba di kota I...
05/09/2023

Kisah tren nombor 69.

Tren nombor 69 akan berlepas ke kota Yekaterinburg pada jam 4 01 petang.

Tapi ia akan tiba di kota Irkutsk sekitar jam 3.16 petang.

Jadi pengembara akan mempunya lebih kurang 45 minit untuk urusan pemeriksaan tiket sebelum dibenarkan naik ke atas keretapi.

Dan proses pemeriksaan tiket ini antara yang paling stress.

Pertama disebabkan first name dan last name kita, nama dalam paparan tab pemeriksa tiket akan jadi terbalik.

Jadi, ini sedikit sebanyak akan melewatkan urusan untuk masuk ke kabin.

Kedua, pemeriksa tiket memang begitu strict. Tiada ruang langsung untuk kesilapan.

3 perkara yang akan diperiksa dengan teliti iaitu nama penuh, nombor passport dan tarikh lahir.

Ketiga-tiga maklumat ini mesti wajib sama seperti dalam passport.
Silap sikit je, contoh binti jadi bt, kena bayar denda 200 ruble. ( lebih kurang rm12)

Masa ni nak minta kawtim pun payah sebab masalah bahasa, serupa cakap ayam dengan itik.

Jadi, pastikan cek berulangkali 3 maklumat berikut tak berlaku kesilapan.

Keretapi ni juga ada dilengkapkan dengan kemudahan gerabak cafe.

Jadi petang-petang waktu sunset elok juga lepak cafe, sambil tengok view sunset, sambil sembang2 kisah lama.

Cuma, untuk ke gerabak cafe, biasanya anda perlu tempoh gerabak kelas tiga.

Kelas tiga dalam bahasa rusia dipanggil platzkart.

Ia adalah gerabak open space, tidak seperti gerabak kelas dua yang ada pintu kabin.

Dalam gerabak kelas 3, terdapat 54 katil secara keseluruhan. Jadi agak padat, tetapi harga murah.

Privasi memang takde dan kena sentiasa berjaga-jaga dengan barangan peribadi.

Tapi ada satu yang best tentang tren nombor 69 .

Di setiap gerabak, akan ada 2 toilet dan salah satu toilet dilengkapkan dengan kemudahan shower, walaupun pada gerabak kelas 3.

Jadi, walaupun berhari-hari duduk dalam tren, badan takde la melekit. Boleh mandi dengan tenang .

Kalau tak nak orang ganggu, mandi awal pagi, time orang tengah tidur.

Jangan risau sebab kemudahan air panas turut disediakan.

Tandas p**a bukan jenis cangkung macam KTMB, tapi jenis duduk yang guna kuasa hidraulik macam atas kapal terbang.

Insya allah, kebersihan tandas tak perlu risau.

Sentiasa tip top sebab memang ada jadual pembersihan pada setiap jam.

Amacam? Lega tak bila dah tak sedikit sebanyak info tentang tren 69 ni?

Next posting, saya akan kongsikan bagaimana nak harungi kehidupan dalam train tanpa rasa jemu ni.




Perjalanan Irkutsk ke Yekaterinburg !Akhirnya tiba detik untuk merasai perjalanan di laluan Transiberia yang sebenar.Per...
05/09/2023

Perjalanan Irkutsk ke Yekaterinburg !

Akhirnya tiba detik untuk merasai perjalanan di laluan Transiberia yang sebenar.

Perjalanan akan bermula di kota Irkutsk dan akan berakhir di kota keempat terbesar di Rusia iaitu Yekaterinburg

Dari Irkutsk, cuma terdapat 3 keretapi sahaja yang akan singgah di stesen ini sebelum melalui kota Ekaterinburg.

Iaitu train nombor 1 dari Vladivistok, train nombor 69 dari Chita dan tren nombor 81 dari Ulan Ude.

Persamaan ketiga-tiga train ini ialah semua akan ke destinasi akhir di kota Moscow.

Jadi, antara ketiganya, saya lebih selesa memilih tren nombor 69 kerana jadual perjalanannya lebih fleksibel iaitu akan bertolak pada sebelah petang.

Manakala tren nombor 1 akan bertolak jam 4 pagi, dan tren nombor 81 akan bertolak sebelah malam.

Perjalanan dari Irkutsk ke Ekaterinburg akan mengambil masa sekitar 56 jam.

Ini bermakna, setiap pengembara akan menginap dalam keretapi selama 2 malam.

Bagaimana p**a keadaan keretapi nombor 69 ini?

Selesa tak?

Kita sambung di episod seterusnya




Welcome to IrkutskAlhamdulillah, tren 305 selamat tiba di kota Irkutsk sekitar jam 3.30 petang.Tapi, mungkin ramai yang ...
05/09/2023

Welcome to Irkutsk

Alhamdulillah, tren 305 selamat tiba di kota Irkutsk sekitar jam 3.30 petang.

Tapi, mungkin ramai yang masih belum tahu, Irkutsk ni apa?

Irkutsk adalah salah satu bandar di negara Rusia, tetapi merupakan yang terbesar di wilayah Siberia.

Siberia p**a bukanlah bandar atau negeri di dalam Rusia tetapi ia merupakan wilayah dari aspek geografi, sama seperti Balkan.

Cuma wilayah Balkan mengandungi banyak negara, manakala wilayah Siberia hanya di dalam negara Rusia sahaja.

Cuma wilayah Siberia ini agak besar dan ia merangkumi lebih 70% dari negara Rusia dan bersempadanan dengan negara Kazakhstan di bahagian utara.

Kota Irkutsk terletak kira-kira 5200 km dari kota Moscow dan ia merupakan kota perdagangan penting satu ketika dahulu.

Kota yang diasaskan pada tahun 1661 ini mempunyai kisah sejarah yang panjang.

Terletak di bahagian timur Rusia, kota ini didirikan di tebing Sungai Angara.

Namun, pada masa kini, Irkutsk menjadi destinasi wajib buat setiap pengembara keretapi Transiberia?

Kenapa?

Sebab ia menjadi pintu gerbang untuk ke salah satu keindahan alam terbaik milik Rusia iaitu Tasik Baikal, tasik air tawar terdalam di dunia.

Dari kota Irkutsk, jarak untuk ke perkampungan kecil yang betul-betul menghadap Tasik Baikal bernama Listvyanka cuma sekitar 65 km dengan pemanduan sekitar 1 jam sahaja.

Selain itu antara tarikan utama di kota Irkutsk ini ialah deretan senibina kayu rumah-rumah penduduk yang terletak bersebelahan dengan apartment baru.

Paling unik dapat dilihat adalah tingkap pada rumah kayu yang didirikan

Dan kerana keunikan senibina serta sejarah panjang kota ini, ia mendapat gelaran Paris of Siberia.

Pengembaraan team kembara The Transiberian Journey akan menginap selama 2 malam di kota ini




3 jam 30 minit menikmati keindahan Tasik Baikal.Salah satu sebab kenapa saya memulakan perjalanan keretapi Transiberia i...
05/09/2023

3 jam 30 minit menikmati keindahan Tasik Baikal.

Salah satu sebab kenapa saya memulakan perjalanan keretapi Transiberia ini dari Ulaanbataar ialah kerana keretapi akan melalui Tasik Baikal pada sebelah siang.

Kalau sebelum ini saya memulakan pengembaraan Transiberia dari Vladivostok, keretapi akan melalui Tasik Baikal bermula jam 10 malam, jadi gelap gelita di luar jendela keretapi, tiada apa yang dapat dilihat.

Antara perkara best menaiki tren 305 dari Ulaanbataar ke Irkutsk ini ialah kita akan dapat lihat keindahan Tasik Baikal seawal jam 9.45 pagi dan pemandangan tasik ini perlahan - lahan hilang dari pandangan mata sekitar jam 1.15 tengah hari.

Keretapi ini akan melalui laluan betul-betul di tepi tasik dan sekiranya anda melalui pada bulan Mei, masih kelihatan ketulan - ketulan ais di permukaan tasik.

Dan sekiranya cuaca cantik seperti bulan Julai, anda akan kelihatan beberapa penduduk tempatan bermandi manda di pinggir tasik.

Di kawasan ini juga, keretapi seakan mendaki ke laluan tanah tinggi dan akan memasuki 2 buah terowong.

Sebaik keluar dari terowong, paras ketinggian tasik yang pada awalnya lebih kurang sama dengan landasan sudah jauh berubah.
Landasan keretapi sudah berada di ketinggian yang jauh lebih tinggi.

Di antara tempoh masa ini juga, keretapi akan berhenti seketika dalam tempoh sekitar 4 minit di satu stesen cantik bernama Sludyanka.

Stesen ini agak unik kerana batu struktur bangunannya diperbuat dari batu marmar dan platform juga diperbuat dari bata tanah liat.

Setelah terbuai dengan keindahan Tasik Baikal dan stesen keretapi Sludyanka, akhirnya sekitar jam 3.18 petang tren 305 selamat tiba di hentian akhir iaitu Stesen Irkutsk.

Berakhir sudah perjalanan tren 305 pada hari ini dan ia akan kembali ke Ulaanbataar keesokkan harinya tetapi menggunakan nombor 306.

Tamat sudah episod tren 305.




Ulan Ude.Sekitar jam 6.20 pagi, train akan stop di stesen Ulan Ude.Ini cuma satu-satunya stesen yang tren akan berhenti ...
05/09/2023

Ulan Ude.

Sekitar jam 6.20 pagi, train akan stop di stesen Ulan Ude.

Ini cuma satu-satunya stesen yang tren akan berhenti lama di sepanjang perjalanan ke Irkutsk di dalam negara Rusia.

Sedikit maklumat tentang kota Ulan Ude ini

Ulan-Ude adalah ibu kota dan bandar paling ramai penduduk di Buryatia yang mempunyai penduduk 404, 426 orang pada tahun 2010.

Ulan-Ude adalah bandar ketiga terbesar oleh penduduk di Timur Jauh Rusia.

Ulan-Ude terletak di pangkalan gunung Ulan-Burgasy dan Khamar-Daban tepat di dekat pertemuan Sungai Selenga dan sungai Uda (cawangannya).

Ia adalah 62 km ke bahagian tenggara Tasik Balkan dan 3, 500 km ke timur Moscow.

Stesen ini adalah stesen pertukaran bagi mereka yang datang dari negara Mongolia dan menuju ke Vladivostok.

Di stesen ini juga biasanya berlaku pertukaran lokomotif

Di sini juga kebanyakan penumpang masih tidur. Jadi kawasan di sekitar platform agak lengang.




Rentas sempadan Mongolia - Russia dengan keretapi.Sepanjang laluan keretapi 305 dari Ulaanbataar ke Irkutsk, secara kese...
05/09/2023

Rentas sempadan Mongolia - Russia dengan keretapi.

Sepanjang laluan keretapi 305 dari Ulaanbataar ke Irkutsk, secara keseluruhan keretapi akan stop di 6 buah stesen iaitu Zuunkharaa, Darkhan dan Sukhbataar di sebelah Mongolia manakala Naushki, Ulan Ude danSlyudyanka di sebelah Rusia.

Dari 6 ini, stesen Sukhbataar dan Naushki adalah stesen di bahagian sempadan di mana proses stamp in dan out passport akan berlangsung.

Semua urusan imigresen berlangsung di atas keretapi dan anda tidak perlu turun.

Cuma beberapa perkara perlu diambil kira.

Keretapi dijangka tiba di stesen Sukhbataar jam 9.50 malam. Jadi seawal jam 9.30 malam, pintu tandas akan dikunci dan jika nak buang air, perlu lakukan sebelum tempoh tersebut.

Proses imigresen di bahagian Mongolia akan berlangsung sehingga jam 11.30 malam iaitu sekitar 1 jam 30 minit.

Proses bermula dengan pegawai imigresen akan masuk dan menuju ke setiap kabin untuk kutip passport.

Kemudian, akan muncul pegawai kastam bertanyakan apa-apa barang yang kita bawa dan berapa nilai wang yang turut bersama dengan kita.

Jika anda membawa lebih dari USD10,000, anda perlu isytiharkan pada pihak kastam.

Lebih kurang 1 jam, proses ini akan berakhir dan passport akan dip**angkan semula pada anda.

Keretapi akan bergerak sekitar 30-40 minit memasuki negara Rusia dan sekitar jam 12.15 malam, keretapi akan tiba di stesen Naushki untuk pemeriksaan imigresen di negara Rusia.

Situasi ini lebih stress dan lama.

Seperti di sempadan Mongolia, proses dimulakan dengan pegawai imigresen akan naik dan bergerak dari kabin ke kabin untuk mengutip passport serta salinan kad imigresen yang telah siap diisi.

Kad ini akan diberi oleh attentand keretapi yang bertugas sebaik anda menaiki keretapi di stesen Ulaanbataar.

Selepas passport dikutip, staf keselamatan Rusia p**a akan naik dan menggeledah seluruh kabin untuk memastikan tiada barangan terlarang dibawa masuk.

Dan terakhir sekali, pihak kastam p**a akan naik dan ada ketika anda dikehendaki membuka bagasi pakaian . Bersama beliau ialah seekor anjing pengesan untuk memastikan tiada barangan terlarang.

Untuk makluman umur, tiada restrictions produk tenusu daging atau buah buahan untuk dibawa masuk ke negara Rusia, tidak seperti negara Australia serta beberapa negara Eropah.

Proses imigresen di bahagian Rusia mengambil masa lebih lama berbanding di bahagian Mongolia, iaitu antara 1 - 2 jam.

Dan semua proses ini dijangka selesai sekitar jam 2.15 pagi.

Selepas waktu itu, baru pintu tandas akan dibuka semula dan keretapi akan meneruskan perjalanan di dalam wilayah Rusia.

Dan, pastikan anda solat subuh dahulu sebelum tidur sebab kalau dah tertidur, memang akan terlajak dan terlepas waktu subuh.

Welcome to Russia.
Next stop adalah Ulan Ude.




Perjalanan dari Ulaanbataar ke Irkutsk.Dari Ulaanbaatar menuju Irkutsk menaiki keretapi dengan nombor pendaftaran 305.Tr...
05/09/2023

Perjalanan dari Ulaanbataar ke Irkutsk.

Dari Ulaanbaatar menuju Irkutsk menaiki keretapi dengan nombor pendaftaran 305.

Tren 305 ini beroperasi cuma 3 kali seminggu iaitu setiap Sabtu, Ahad dan Selasa sahaja.

Ketiga-tiga train ini akan berlepas dari stesen di Ulaanbataar jam 3.22 petang dan dijangka sampai di stesen Irkutsk pada jam 3.18 petang keesokkan harinya.

( timezone Ulaanbataar dan Irkutsk adalah sama)

Untuk hari Sabtu dan Selasa, ia menggunakan keretapi milik Russian Railway, manakala hari Ahad menggunakan keretapi milik Mongolia Railway.

Tidak seperti paparan pada google photo, keretapi Mongolia Railway yang saya naiki pada tahun 2023 adalah brand new, berwarna biru , bukan seperti gerabak lama berwarna hijau gelap.

Tren ini dilengkapi dengan staf warga Mongolia dengan pakaian warna biru juga.

Cuma apa yang masih sama ialah tong air panas masih menggunakan arang untuk memanaskan air.

Terdapat juga gerabak kafeteria yang terletak betul-betul di belakang lokomotif.

Cuma kemudahan kafeteria ini cuma setakat sempadan Mongolia sahaja kerana apabila keretapi melintas memasuki sempadan Rusia, lokomotif milik Russia Railway akan mengambil alih kerana laluan keretapi di Rusia menggunakan elektrik, manakala keretapi di Mongolia masih dikuasakan oleh tenaga diesel.

Jadi, pastikan anda ke kafeteria sebelum jam 9 malam.

Lagi satu, pastikan anda ada duit Mongolia kerana kredit kad tak diterima .

Makanan halal takde, just minum teh dan kopi sambil menikmati suasana matahari terbenam.

Tren ini juga dilengkapkan dengan kemudahan 2 bilik tandas di hujung setiap gerabak.

Tandas sentiasa bersih kerana ada jadual pembersihan pada setiap jam.

Walaubagaimanapun, tiada kemudahan bilik mandi dalam tren ini.

Dari segi gerabak, biasanya terdapat 10 gerabak yang terdiri dari kelas 1 dan kelas 2 sahaja.

Semua gerabak adalah tempat tidur, tiada gerabat seating disediakan.

Train ini juga cuma berhenti sebanyak 4 stesen sahaja, iaitu 3 stesen di sebelah Mongolia dan 2 stesen di sebelah Rusia sebelum menamatkan perjalanan di Stesen Irkutsk.

Next posting, kita akan lihat p**a bagaimana dengan proses rentas sempadan Mongolia- Rusia dengan keretapi




Address

Seri Kembangan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kembara Keretapi Transiberia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share


Other Seri Kembangan travel agencies

Show All