Jom Umrah

Jom Umrah Jom Umrah adalah khidmat mengerjakan umrah yang jujur dan harga patut. Now Everybody Can Umrah.

31/07/2023

Jom Umrah diy bersama saya.
Utk yg berhajat tapi bajet kecil.
1. Okt18-29, rm5900 tiket rm3022 asiaX.
2. Nov8-19 rm5900, tiket rm2809 asiaX
3. Dec 17-28 rm6875, tiket rm3850 salamair
4. Jan17-28 rm6415 tiket rm3130 asiax
5. Rmdan10akhir 29mac-9apr rm6500 tiket 3500 Saudi.

Hotel Mekah 1.4km, ada bus. Madinah 600m. 12hari, bilik ber4/5. Harga utk Tiket, hotel, transpot, visa, takaful. Jeddah ke Madinah naik train. Bilik ber4/5. Ziarah, perlu kos tambahan. Ada 7+org, kita ke Baitullah. Utk ramadhan, hotel 5km tapi pergi pun utk iktikaf.

Jom Umrah diy. Utk berhajat tapi bajet kecil.Hotel Madinah  1.4km, ada bus. Madinah 600m.  12hari, bilik ber4/5.  Harga ...
26/07/2023

Jom Umrah diy.
Utk berhajat tapi bajet kecil.
Hotel Madinah 1.4km, ada bus. Madinah 600m. 12hari, bilik ber4/5. Harga utk Tiket, hotel, transpot, visa, takaful. Jeddah ke Madinah naik train. Bilik ber4/5. Flight dlm 20jam. Ada 7+org, kita ke Baitullah.

Okt18-29, rm6110, selagi tiket bwh rm3200.
Dec 17-28 rm7110, selagi tiket bwh rm4000.
Tiket dibook bila ada 7-9org membayar.

16/07/2023

Ada yg nak ikut umrah diy?
Tarikh 23ogos-5sept. Ikut kami.
Tiket+ hotel+ transpot, rm5000.
Makan sendiri.
Hotel 1.2km 15min jln kaki. Ada bus free.
Mekah ke Madinah ke Jedah, naik bas atau van jika jumlah cukup.
Segera sebb nak kejar tiket murah.

*PAKEJ UMRAH AIR ASIA 7MALAM MAKKAH* ๐Ÿ—“TARIKH: *2023**07 & 21 AUG*  *04 & 18 SEPT**02, 16 & 30 OCT* *13 & 27 NOV**11 & 18...
20/06/2023

*PAKEJ UMRAH AIR ASIA 7MALAM MAKKAH*

๐Ÿ—“TARIKH: *2023*
*07 & 21 AUG* *04 & 18 SEPT*
*02, 16 & 30 OCT* *13 & 27 NOV*
*11 & 18 DEC*

*2024* *08 & 22 JAN* *05 & 19 FEB*

๐Ÿ’ต HARGA: *BILIK BERLIMA RM6,840*
๐Ÿ›ซ FLIGHT: *AIR ASIA X TURUN JEDDAH BALIK JEDDAH*
๐Ÿฉ HOTEL MEKAH: *SAFWA @ CLOCK TOWER @ SETARAF 5๐ŸŒŸ*
๐Ÿฉ HOTEL MADINAH: *HOLIDAY VILLA 200M @ SETARAF*
๐Ÿ SAJIAN MAKANAN: *FULLBOARD 3X SEHARI ASIAN MEAL*
โณ TEMPOH: *12H 10M* *(7 MALAM MEKAH)*
๐Ÿ†“PERCUMA : *HAND LUGGAGE & SLING BAG*

*~CUTI SEKOLAH +RM1000*
*~PAKEJ 2 MUTAWWIF +RM200*

24/05/2023

*๐—จ๐— ๐—ฅ๐—”๐—› ๐—›๐—ข๐—ง๐—˜๐—Ÿ ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—ฆ๐—๐—œ๐——*

Tarikh:
*2023*
*07 & 21 August*
*04 & 18 Sept*
*02, 16 & 30 Okt*
*13 & 27 Nov*
*11 & 15 Dec*
*2024*
*08 & 22 Jan*
*05 & 19 Feb*

Harga : *Bilik Berlima RM7,290*
Tempoh : *12 hari 10 malam* *( 7 Hari di Makkah)*
Hotel Makkah :*Safwah / Clock Tower* *(50 Meter)*
Hotel Madinah :*Holiday Villa*
*Makan 3 kali sehari.*
*Bimbingan Mutawwif Berpengalaman*
*Percuma : *Hand Luggage & Sling Bag, Insurans Kemalangan*

Jom Umrah adalah khidmat mengerjakan umrah yang jujur dan harga patut. Now Everybody Can Umrah.

*SEMUA ORANG MAMPU BUAT UMRAH**TARIKH:  2023**06 & 13 AUG*, *03 & 17 SEP*, *01 & 15 OCT* *07 & 21 NOV*, *05 & 19 DEC**20...
04/04/2023

*SEMUA ORANG MAMPU BUAT UMRAH*
*TARIKH: 2023*
*06 & 13 AUG*, *03 & 17 SEP*, *01 & 15 OCT*
*07 & 21 NOV*, *05 & 19 DEC*

*2024*
*02,16 & 30 JAN*
*06 & 13 FEB*

HARGA: *BILIK BEREMPAT RM 6,390*
FLIGHT: *AIR ASIA TURUN JEDDAH BALIK JEDDAH*
HOTEL MEKAH: *MARSA AL JARIAH (350M)*
HOTEL MADINAH: *HOLIDAY VILLA (200M)*
SAJIAN MAKANAN: *FULLBOARD 3X SEHARI ASIAN MEAL*
TEMPOH: *12H 10M (6 HARI MAKKAH)*
*ALL IN*

*UMRAH MURAH SAFWA*HARGA: *BILIK BEREMPAT  RM 7,070*FLIGHT: *AIR ASIA TURUN JEDDAH BALIK JEDDAH*HOTEL MEKAH: *SAFWA /CLO...
14/03/2023

*UMRAH MURAH SAFWA*
HARGA: *BILIK BEREMPAT RM 7,070*
FLIGHT: *AIR ASIA TURUN JEDDAH BALIK JEDDAH*
HOTEL MEKAH: *SAFWA /CLOCK TWR (50M)*
HOTEL MADINAH: *RAMADA QIBLA @ SETARAF (100M)*
SAJIAN MAKANAN: *FULLBOARD 3X SEHARI ASIAN MEAL*
TEMPOH: *12H 10M (6 & 7 HARI MAKKAH)*
*ALL IN*

TARIKH: 2023*
*05,10,16,21,26 & 31 AUG 2023*
*06,11,16,21, & 27 SEPT 2023*
*02,07,12,18,23, & 28 OCT 2023*
*02,08,13,23 & 29 NOV 2023*
*04,09,14,20,25 & 30 DEC 2023*
2024
*04,10,15,20,25 & 30 JAN 2024*
*05,10,15,21 & 26 FEB 2024*

Jom Umrah Ramadhan atau musim hadapan. Moga Allah mudahkan impian tuanpuan. Amin. Info umrah ramadhan dibawah.
02/02/2023

Jom Umrah Ramadhan atau musim hadapan. Moga Allah mudahkan impian tuanpuan. Amin. Info umrah ramadhan dibawah.

Jom Umrah bersama Titim Travel.Utk pakej lain, sila rujuk dikomen.
17/01/2023

Jom Umrah bersama Titim Travel.
Utk pakej lain, sila rujuk dikomen.

Jom Umrah Ramadhan bersama kami Titim Travel.
12/01/2023

Jom Umrah Ramadhan bersama kami Titim Travel.

Jom gi Umrah. RM5990.*PAKEJ UMRAH SYAWAL 2023*๐Ÿ—“ TARIKH: *24 APR 2023*๐Ÿ’ต HARGA: *BILIK BEREMPAT RM 5990*๐Ÿ›ซ FLIGHT: *MALAYSI...
27/12/2022

Jom gi Umrah. RM5990.

*PAKEJ UMRAH SYAWAL 2023*
๐Ÿ—“ TARIKH: *24 APR 2023*
๐Ÿ’ต HARGA: *BILIK BEREMPAT RM 5990*
๐Ÿ›ซ FLIGHT: *MALAYSIA AIRLINES TURUN MEDINAH BALIK JEDDAH*
๐Ÿฉ HOTEL MEKAH: *MARSAH (350M)*
๐Ÿฉ HOTEL MADINAH: *ROYAL AL MADINA (150M)*
๐Ÿ SAJIAN MAKANAN: *FULLBOARD HOTEL*
โณ TEMPOH: *13H 11M (5 MALAM MEKAH)*

UMRAH SYAWAL CLOCK TOWER!!RM 6690, FREE TAIF Butiran pakej seperti berikut TARIKH: *06 & 13 MAY 2023*HARGA: RM 6,690 (12...
29/11/2022

UMRAH SYAWAL CLOCK TOWER!!
RM 6690, FREE TAIF

Butiran pakej seperti berikut

TARIKH: *06 & 13 MAY 2023*
HARGA: RM 6,690 (12HARI), RM 7,190 (16HARI)
FLIGHT: *AIR ASIA TURUN JEDDAH BALIK JEDDAH*
HOTEL MEKAH: *SWISS MAQAM (50M)*
HOTEL MADINAH: *ROYAL AL MADINAH(150M)*
SAJIAN MAKANAN: *FULLBOARD HOTEL*
TEMPOH: *12H 10M*

*FREE TAIF*

Umrah Ramadhan. Jemput berumrah semasa kesyahduan menunaikan ramadhan.
19/09/2022

Umrah Ramadhan. Jemput berumrah semasa kesyahduan menunaikan ramadhan.

31/08/2022

Anda pernah bercita2 membuat jualan dan mendapat komisen hingga 10ribu atau lebih lagi? Mari berusaha bersama kami sebagai property agent. Kami akan pandu dengan membuka ruang kursus beberapa kali sebulan.

Jom Umrah akhir Ramadhan atau Syawal 2023 disana. Moga Allah mudahkan
29/08/2022

Jom Umrah akhir Ramadhan atau Syawal 2023 disana. Moga Allah mudahkan

Jom winter di Turki bersama keluarga dan rakan anda sahaja. Harga tidak masuk flight klia turki dan makan disana.
08/08/2022

Jom winter di Turki bersama keluarga dan rakan anda sahaja. Harga tidak masuk flight klia turki dan makan disana.

Jom Umrah. Book awal utk masa yg bersesuaian.
29/07/2022

Jom Umrah. Book awal utk masa yg bersesuaian.

Jom Umrah. Book awal untuk mengambil peluang harga yg menarik.
21/06/2022

Jom Umrah. Book awal untuk mengambil peluang harga yg menarik.

Jadual kursus
20/06/2022

Jadual kursus

11/04/2022

Org pencen boleh baca 3-5juzuk sehari dlm ramadhan. Jam 7, 10, 12, 2, 5 jom try.

Jemput Umrah bersama kami Titim Travel.
03/04/2022

Jemput Umrah bersama kami Titim Travel.

20/03/2022
.*Lawatan Madinah*Masjid Quba,qiblatain,masjid tujuh, jabal uhud*Lawatan Makkah*Jabal Nur, jabal Rahmah, padang arafah, ...
20/03/2022

.*Lawatan Madinah*
Masjid Quba,qiblatain,masjid tujuh, jabal uhud
*Lawatan Makkah*
Jabal Nur, jabal Rahmah, padang arafah, mina. mudzalifah, Muaissem, Masjid Jaaranah.

Jom Umrah..terdapat juga 3pakej lain.
17/03/2022

Jom Umrah..terdapat juga 3pakej lain.

Jom umrah.
14/03/2022

Jom umrah.

09/02/2022

Alhamdulillah, Sebulan tertunda Umrah, akhirnya dapat jugak jemaah ke sana.

Penerbangan : 08 Feb 2022 Malaysia Airlines
Jemaah : 37 Paxs
Mutawwif : HJ. Mustakim & Hjh Kasmaliza

Sop umrah n kuarantin dirumah.
08/02/2022

Sop umrah n kuarantin dirumah.

PAKEJ RAMADHAN13Hari11Malam. 6Apr, 27Apr, 26Apr, 12Mei, 15MeiDi jemput booking.PAKEJ UMRAH RAMADHAN 2022๐Ÿ—“ TARIKH: *6 APR...
08/02/2022

PAKEJ RAMADHAN
13Hari11Malam.
6Apr, 27Apr, 26Apr, 12Mei, 15Mei
Di jemput booking.

PAKEJ UMRAH RAMADHAN 2022
๐Ÿ—“ TARIKH: *6 APR 2022*
๐Ÿ’ต HARGA: *BILIK BERLIMA RM7 790*
๐Ÿ›ซ FLIGHT: *MALAYSIA AIRLINES TURUN MEDINAH BALIK JEDDAH*
๐Ÿฉ HOTEL MEKAH: *SAFWA (50M)*
๐Ÿฉ HOTEL MADINAH: *ODST HOTEL (150M)*
๐Ÿ SAJIAN MAKANAN: *FULLBOARD HOTEL*
โณ TEMPOH: *13H 11M (7 MALAM MEKAH)*

PAKEJ UMRAH RAMADHAN 2022
๐Ÿ—“ TARIKH: *27 APR 2022*
๐Ÿ’ต HARGA: *BILIK BERLIMA RM6 490*
๐Ÿ›ซ FLIGHT: *MALAYSIA AIRLINES TURUN MEDINAH BALIK JEDDAH*
๐Ÿฉ HOTEL MEKAH: *SAFWA (50M)*
๐Ÿฉ HOTEL MADINAH: *ODST HOTEL (150M)*
๐Ÿ SAJIAN MAKANAN: *FULLBOARD HOTEL )*
โณ TEMPOH: *13H 11M (5 MALAM MEKAH)*

PAKEJ UMRAH AKHIR RAMADHAN 2022
๐Ÿ—“ TARIKH: *26 APR 2022*
๐Ÿ’ต HARGA: *BILIK BERLIMA RM7 590*
๐Ÿ›ซ FLIGHT: *MALAYSIA AIRLINES TURUN MEDINAH BALIK JEDDAH*
๐Ÿฉ HOTEL MEKAH: *SAFWA (50M)*
๐Ÿฉ HOTEL MADINAH: *ODST HOTEL (150M)*
๐Ÿ SAJIAN MAKANAN: *FULLBOARD HOTEL )*
โณ TEMPOH: *13H 11M (6 MALAM MEKAH)*

PAKEJ UMRAH SYAWAL 2022
๐Ÿ—“ TARIKH: *12 MEI 2022*
๐Ÿ’ต HARGA: *BILIK BERLIMA RM6 060*
๐Ÿ›ซ FLIGHT: *MALAYSIA AIRLINES TURUN MEDINAH BALIK JEDDAH*
๐Ÿฉ HOTEL MEKAH: *SAFWA (50M)*
๐Ÿฉ HOTEL MADINAH: *ODST HOTEL (150M)*
๐Ÿ SAJIAN MAKANAN: *FULLBOARD HOTEL*
โณ TEMPOH: *13H 11M (5 MALAM MEKAH)*

PAKEJ UMRAH SYAWAL 2022
๐Ÿ—“ TARIKH: *15 MEI 2022*
๐Ÿ’ต HARGA: *BILIK BERLIMA RM6 060*
๐Ÿ›ซ FLIGHT: *MALAYSIA AIRLINES TURUN MEDINAH BALIK JEDDAH*
๐Ÿฉ HOTEL MEKAH: *SAFWA (50M)*
๐Ÿฉ HOTEL MADINAH: *ODST HOTEL (150M)*
๐Ÿ SAJIAN MAKANAN: *FULLBOARD HOTEL*
โณ TEMPOH: *13H 11M (5 MALAM MEKAH)*

Sop pcr dan vaksin umrah
08/02/2022

Sop pcr dan vaksin umrah

Jom Umrah dibulan syawal ini atau umrah dihujung tahun. Harga yg rendah dgn fullboard tanpa bayaran tambahan
07/02/2022

Jom Umrah dibulan syawal ini atau umrah dihujung tahun. Harga yg rendah dgn fullboard tanpa bayaran tambahan

Umrah Bilik Berdua.Fullboard. Makanan kita.
14/01/2022

Umrah Bilik Berdua.
Fullboard. Makanan kita.

11/01/2022

Galata bridge Istanbul.
Trip kami dec20-28, 2021
Credit Amelia.

11/01/2022

Hot air ballon. Dari clip grup kami dec20-28.
Credit Amelia

Jom ke musim panas dan bunga Turki.May hingga Okt 2022.
06/01/2022

Jom ke musim panas dan bunga Turki.
May hingga Okt 2022.

Scam belanja makan diturki.Kena baca sape nak gi turki.https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5247365671957418&id=1...
29/12/2021

Scam belanja makan diturki.
Kena baca sape nak gi turki.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5247365671957418&id=100000521121291

Memandangkan sempadan negara sudah dibuka dan ramai sudah mula bercuti ke Turki kembali jadi saya tertarik untuk kongsikan semula pengalaman masam manis saya kena scam di Istanbul.

Kalau lemah jantung jangan baca. Layan....

Modus Operandi Scam Paling Terkenal dan Terkena di Istanbul

Setiap hari, scam atau penipuan berlaku di mana-mana dan dalam pelbagai bentuk modus operandinya.

Tak kira siapa anda, anda juga berpotensi untuk terjatuh ke dalam lubang kecelakaan yang dicipta oleh manusia durjana-durjana ini.
Saya juga turut tidak terlepas dari diuji dengan kecelakaan ini.

Ini adalah kali kedua saya menziarahi Istanbul, Turki. Atas tuntutan ukhwah dan kerja di sini, kali ini saya menetap selama 6 hari di Istanbul.

Studio yang saya sewa hanya 2 minit / 200 meter sahaja dari pintu masuk Blue Mosque/ Masjid Sultan Ahmet.

Jika anda Hussein Bolt mungkin anda hanya perlukan sekitar 20-30 saat sahaja untuk ke Masjid.

Nak di jadikan kisah pada malam terakhir (sepatutnya) saya di sini.

25 December 2017.

Krismas!

Pada malam itu saya perlu menghadiri satu meeting di Haseki dan meeting saya habis agak lewat. Dalam pukul 11.30 baru saya sampai ke stesen tramway SultanAhmet.
Seharian saya kepenatan. Non stop aktiviti.

Tibanya saya di SultanAhmet, saya terpana seketika dengan permandangan Blue Mosque pada malam hari. Dimana tiada lagi orang ramai membanjiri kawasan ini.

Saya yang keletihan bersetuju dengan diri untuk duduk seketika dan melayan panorama indah ini. Cukup untuk merenggangkan segala urat sahaja dan meneruskan perjalanan sekitar 2-3 minit berjalan untuk p**ang ke studio saya.

Tiba-tiba saat saya sedang berehat dan mengambil satu dua gambar, ada dua orang โ€œforeignersโ€ lalu berdekatan.

Ok, dari sini cuba anda perhatikan, modus operandinya adalah sangat biasa berlaku di Istanbul.

Tapi sebijak-bijak saya, manusia tidaklah sentiasa bijak.

1. Mereka offer untuk ambilkan gambar. Kerana saya seorang dan mereka berdua.
2. Lepas itu mereka ajak bersembang. Mereka perkenalkan diri. Seorang dari Dubai dan seorang lagi kawannya, local.
3. Mereka Muslim dan juga tourist.
4. Dari sini tourist talk sahaja yang berlaku antara kami.
5. 5 minit, saya nak balik studio.
6. Tapi mereka ajak minum dulu kerana mereka pun dalam perjalanan ke tempat minum. Dekat sahaja kata mereka.

Saya telah katakan tidak kepada mereka hampir 10 kali. Malangnya laluan saya ke studio โ€œkononnyaโ€ sehaluan dengan mereka untuk ke kedai minum juga.

Sepanjang saya berjalan saya menolak pelawaan mereka. Sehinggalah saya tinggal 50 meter sahaja dari studio saya, saya kata 15 minit sahaja saya boleh minum dan mereka cakap ok cantik! Tempat minum dekat sahaja dengan sini. Kita jalan kaki.

Seminit jalan kaki, mereka kata ayuhlah kita naik teksi untuk menjimatkan lagi masa kita yang suntuk ini. Jalan 5-10 minit, teksi lagi cepat.

Maka terbawalah saya pergi entah kemana. Memang tidak jauh. Perjalanan teksi hanya dalam 5 minit sahaja.

Tapi mereka akan mengambil perhatian anda sehabis mungkin di dalam teksi dengan bersembang dengan anda agar anda tidak berapa aware dengan sekeliling dan tidak berapa cam anda ke mana.

Nak dipendekkan cerita, selepas bersembang dan minum di Cafe yang kononnya mereka juga pertama kali datang dan atas cadangan pihak hotel, tibalah masa untuk membayar bill.

Oh ya, sepanjang minum dan sembang, merekalah yang tolong orderkan semuanya. So, saya pun s**a la sebab rasa macam Prince of Dubai sedang payung teruk. Kahkah

Bila tiba masa nak bayar bill, si Prince of Dubai kata kita akan bayar bill 50-50. Kawannya yang seorang lagi tak perlu bayar la kot kerana beliau yang bawa kita yang tourist ke tempat yang best ini. Bagus punya sahabat.

Dan macam biasalah, waktu inilah mereka kapak. Bil yang kami kena 9600 Turkish Lira. Jadi saya punya bahagian adalah 4800. Watafish!

Masa ini barulah saya tersedar saya kena scam.

Celaka Prince of Dubai kedekut. Dah ajak minum, minta bayar 50-50 p**a. Kalau saya Prince of Dubai, kedai tu saya beli. Lepas saya habis minum, saya wakafkan terus kedai. Kahhh

Tapi mereka silap. Kenapa?

Sebab saya ni bukan Prince of Malaysia. Saya mana ada duit. Hahahaha

Beliau suruh bawa keluar semua kad bank yang saya ada dan minta cuba untuk gunanya.

Syukur kerana saya tidak bawa kad saya pada malam itu. Yang ada pada saya 3 kad tapi semuanya kad lama dan saya jarang guna. Jadi saya pun taktau ada berapa duit dalam tu. Yang pasti tak banyak la. Kalau banyak mesti saya tahu. Haha

Mangsa-mangsa lain kebiasaannya tidak dapat mengelak situasi sebegini kerana kebanyakkannya menggunakan credit card.

Mereka pun dengan gigih mencuba semua kad saya. Gagal dan gagal.

Semakin beranglah Prince of Dubai ni. Pokai la dia kena bayar semua. Hahaha

Saya cuba berdiplomasi dan berbincang sehabis mungkin dengan beliau. Saya tidak mahu mencipta apa-apa adegan gila di dalam tempat tertutup yang saya pun tak tahu di mana.

Maka saya pun di heret ke atm. Saya nak bawa sweater dan bag saya, mereka larang dan minta saya tinggalkan di kedai. Ok.

Kami pun pergi ke atm.

Aku dah kata aku student tak ada duit. Memang ke atm, semua kad tak berfungsi juga la. Cucuk keluar angin boleh la. Kentut pun keluar banyak lagi anginnya. Kihkih

Maka bertambah berang lagilah beliau. Saya di es**rt oleh beliau dan juga salah seorang bonzer tempat itu.

Bila semua kad gagal, akhirnya beliau katakan nak bawa saya jumpa isteri saya dan minta duit dari beliau.

Woi fuk*mark! Jangan babitkan isteri aku. Dengan isteri saya tengah sarat mengandung lagi, ini betul-betul trigger kewarasan saya.

Ketika melangkah balik ke teksi dari mesin atm, jarak antara saya dan mereka berdua 2 meter, dalam split second saya tekad.

Tekad buat apa?

Apa lagi. Lariiiiiiiiiii. Run for my life and my wifeโ€™s life.

Gila sebenarnya. Korang janganlah tiru aksi ini. Kalau kena tangkap, nescaya akibatnya lagi teruk berbanding kehilangan duit 4800 turkish lira itu.

Tapi apa saya boleh buat, saya lari sepantas Hussein Bolt, dalam 2 minit saya lari tanpa toleh belakang zigzag masuk ke sana sini lorong.

Saya cuba toleh belakang dan mereka sudah tiada tapi saya teruskan berlari dalam beberapa jauh lagi. Sehingga kudrat hilang, saya masuk ke celah pintu kedai2 yang sedikit tersorok.

Mengambil balik segala nafas yang lupa ditarik sepanjang pecutan tadi.

Kemudian saya buka phone saya dan cuba locate diri saya. Namun saya pun taktahu saya di mana. Tapi saya dapat gambaran kasar kawasannya di mana. Jauh juga dari studio saya.

Nak jadi cerita battery tinggal 1% p**ak. Saya pun terus screenshot google map tu dan beberapa saat lepas tu terus phone saya mati.

Waktu ini menggigilnya hanya Allah yang tahu.
Menggigil ketakutan, kepenatan dan kesejukan.

Saya lari tengah malam di musim sejuk hanya pakai tshirt. Nasib darah pendekar saya boleh dipanaskan bila perlu. Cewah.

Jadi saya tunggu dalam seminit dua sambil mengintai ke jalan besar, adakah ada gerangan yang sedang tercari-cari sesuatu.
Saya ambil keputusan untuk ambil teksi sahaja. Sangat bahaya untuk berjalan.

Nampak sahaja teksi saya lompat keluar ke jalan besar dan terus tahan.

Dalam keadaan masih mengah, pemandu teksi pun kebingungan.

"Problem?"

Saya menggeleng. Saya kata saya jogging tengah malam. Hihi

Untuk saya p**ang semula ke studio saya pun saya melalui jalan yang agak tricky agar tidak terserempak dengan mereka. Kerena mereka tau studio saya di area mana.

Dan barulah saya ingat kepada sweater dan bag saya yang masih tertinggal di kedai. Saya cuba ingat apa yang ada di dalam bag, malangnya passport saya juga ada bersama dengan bag dan sweater saya itu. Cis!

Keesokan harinya saya menghantar isteri saya ke Airport untuk p**ang ke Cairo. Keselamatan beliau adalah segala-galanya buat saya. Biarkan saya seorang di sini, selesaikan masalah ini.

6-8 petang 26 December.

Saya berjalan kaki seorang diri sejauh hampir 15km pergi dan balik. Melalui celah2 lorong. Cuba mengingati balik setiap tragedy yang berlaku semalam.

Namun selepas 2 jam, saya gagal kesan semula di mana kedai tersebut. Hampir putus asa.

Bukan apa, kalau saya tahu kedai di mana lagi mudah.

Saya terus ke balai polis tourism berwarna oren di depan Hagia Sophia.

Rupanya, pada malam yang sama ramai lagi yang kena kes sama macam saya.

Mereka habis dalam 5000-10000 lira seorang. Ada dari German, Pakistan, Bosnia, Swiss dll.

Bila saya kata passport saya hilang, mereka ingatkan kes lain dari mereka ini, rupanya sama sahaja.

Cuma saya tak bayar apa-apa, tapi passport tertinggal di sana.
Jadi saya pun berbincang baik dengan polis-polis ini.
Bincang punya bincang,

Pukul 11 malam kita ada misi.

#
#
#
#
#
#
#
Intermission (Ala filem hindustan)
#
#
#
#
#
#
#

Pada pukul 11 malam, selepas saya dan polis cuba sama-sama untuk locate kawasan kedai tersebut, kami pun bertolak ke kedai itu.

Saya sangat berharap, kedai ini adalah kedai yang sama dengan semalam.

Saya hanya boleh gambarkan keadaan kedai dan kawasannya berdasarkan map dan last location saya malam itu sahaja.

Adakah di Aksaray atau Taksim?

Saya yakin Aksaray cuma kedai yang mana satu?

Kebetulan dua orang mangsa yang ada sekali di pondok polis ketika itu, turut sama menceritakan keadaan kedai yang sama macam yang saya pergi.

Jika betul pun kami pergi ke kedai yang sama, adakah barang-barang saya masih lagi ada di sana?

Saya hanya boleh berserah kepada Dia.

Pergilah saya ke kedai tersebut dengan dua orang abang polis muda yang hensem dan sado.

Alhamdulillah! Yang pertama selesai.

Kedai yang betul!

โ€œJust follow me.โ€
Kami pun masuk ke kedai tersebut.

Ketika ingin masuk itu, seorang staff seperti supervisor kedai itu sudah kelihatan gelisah. Beliau ikut kami dari luar kedai dan persoalkan siapa saya yang dibawa oleh abang-abang polis ini.

Aku nak raid ni woi!

Beliau ikut sehingga sampai ke tingkat atas.

Masuk sahaja ke dalam kedai, abang polis A terus suruh segala music ditutup. Tutup segala lampu warna warni, nyalakan semua lampu putih. Maka terang berderanglah kedai tersebut.

Ketika itu ada juga beberapa meja yang kelihatan diduduki oleh customer lain.

Hadir lagi seorang yang kelihatan lebih berusia dari supervisor tadi. Mungkin manager kot. Abang polis sado A pun terus henyak kaw-kaw.

Semua staff kedai dipanggil dan berdiri beratur depan saya.

โ€œTell me, anyone you recognize.โ€

Saya apa lagi, petik terus seorang brader waiter ni. Seingat saya beliaulah yang menguruskan kad-kad debit saya semalam.

Dia hanya menggeleng-geleng konon innocent. Acah pelik kenapa dia kena panggil.

Beberapa minit awal, semua tidak mahu mengaku.

Kami datang hanya ingin mengambil semula bag dan sweater saya. Sehinggalah kami ingin memeriksa CCTV.

Tiba-tiba saya terdetik untuk cuba mengintai di belakang sofa yang saya duduk semalam.

Ada sweater saya!

Selang seketika, tiba-tiba ada seorang pekerja dari dapur belakang menghulurkan satu beg kepada abang polis sado A.

Dan, itu adalah beg saya!

Alhamdulillah Allahuakbar!

Abang polis minta saya periksa beg saya. Dia suruh buka dan periksa semua barang. Ada yang hilang tak. Passport ada ke tidak.

Seluruh ummat manusia dan jin yang berada di situ hanya perhatikan gelagat saya di tengah-tengah kedai.

Dan sekali lagi Alhamdulillah, satu pun barang saya tidak terusik.
Yang paling penting passport saya ada!

โ€œTamam, tamamโ€

Tergelak polis dengar saya cakap tamam. Dah jadi orang Turki p**a katanya. Haha

Tanpa cakap banyak, kami terus chow.

Apalah agaknya yang mereka fikir?
Adakah mereka masih ingat saya dari semalam?

Saya takut sebenarnya nak datang balik kerana saya tak bayar satu sen pun malam sebelumnya. Secara teorinya saya berhutang dengan kedai itu.

Bila abang polis tanya saya adakah saya bayar apa-apa kepada kedai itu, saya kata tidak dan mereka kata itu sangat bagus!

Memang akhirnya, Prince of Dubai tersebut โ€œterpaksaโ€ belanja 100% bill malam itu. Terima kasih bos! Kihkih

Dan selesailah misi gerak-gerak khas saya bersama dengan abang-abang polis turki pada tengah malam musim sejuk di tengah-tengah kota Istanbul.

Mereka pun tanya, saya nak balik ke mana. Dan mereka terus hantar saya p**ang ke Pazartekke, rumah sahabat saya.

Alhamdulillah selesai dan dipermudahkan
Tidak perlulah saya ke Ankara untuk buat passport sementara dan p**ang ke Malaysia untuk buat passport baru. Dan baru boleh p**ang semula ke Cairo.

Pengalaman yang cukup berharga buat saya.

Banyak sungguh perkara yang Dia ingin tunjukkan kepada saya.
Kehancuran ummat manusia.

Jadi bagaimana anda nak elak dari kena scam macam ni jika anda ingin ke Istanbul nanti?

โ€œMake your own plan and follow the plan.โ€

Hanya itu.

Jangan buat plan lain. Nak balik rumah? Balik terus.
Nak pergi minum di A, jangan p**a pergi B.
Lagi-lagi jika itu adalah plan orang lain.

Mohonlah pertolongan dan perlindungan dari Dia yang Berkuasa.

Mengenai sindiket scam ini, amat payah untuk dirungkai.
Ini adalah sindiket terancang. Yang terdiri bukan sahaja dari orang tempatan.
Sindiket ini termasuk dari mereka foreigners, kepala bana sungguh datang Istanbul memang nak kerja scam.
Dari teksi driver, kedai, dan semuanya adalah disusun.

Berdasarkan apa yang saya sembang dengan mangsa-mangsa lain, skrip yang digunapakai adalah sama.

Jika duit anda telah diambil, memang kebiasaannya tidak dapatlah semula duitnya.

Kenapa kedai itu masih ada dan tidak ditutup?
Carilah jawapan sendiri. Sama sahaja di mana-mana negara pun. Nampak tak?

Cuma berhati-hatilah agar tidak menjadi mangsa.

Saya katakan kepada abang polis, saya akan datang lagi ฤฐstanbul berkali-kali.Dia kata next time jangan kena scam lagi. Kahhhh

Cuma saya pelik, mungkin bagus polis Tu sebab tolong saya tp saya musykil bila dia tolong bersyarat. Dia ckp kalau dia tolong, saya jangan buat formal report kat balai polis besar. Kenapa ye?

Ada sesiapa yang berminat nak kongsi pengalaman yang sebegini?

Kebiasaannya kita yang kena scam ni malu nak cerita kat orang.
Jadi orang lain yang tidak tahu pada masa akan datang turut sama terjatuh kedalam lubang yang sama.

Saya kongsikan ini, dan berharap agar tidak ada lagi rakyat kita dan juga sesiapa pun yang terkena benda yang sama.

Segala puji hanya kepada Allah.

(Boleh layan caption gambar-gambar di bawah)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5247365671957418&id=100000521121291

29/12/2021

PAKEJ UMRAH RAMADHAN 2022
๐Ÿ—“ TARIKH: *6 APR 2022*
๐Ÿ’ต HARGA: *BILIK BERLIMA RM7 790*
๐Ÿ›ซ FLIGHT: *MALAYSIA AIRLINES TURUN MEDINAH BALIK JEDDAH*
๐Ÿฉ HOTEL MEKAH: *SAFWA (50M)*
๐Ÿฉ HOTEL MADINAH: *ODST HOTEL (150M)*
๐Ÿ SAJIAN MAKANAN: *FULLBOARD HOTEL*
โณ TEMPOH: *13H 11M (7 MALAM MEKAH)*

PAKEJ UMRAH RAMADHAN 2022
๐Ÿ—“ TARIKH: *27 APR 2022*
๐Ÿ’ต HARGA: *BILIK BERLIMA RM6 490*
๐Ÿ›ซ FLIGHT: *MALAYSIA AIRLINES TURUN MEDINAH BALIK JEDDAH*
๐Ÿฉ HOTEL MEKAH: *SAFWA (50M)*
๐Ÿฉ HOTEL MADINAH: *ODST HOTEL (150M)*
๐Ÿ SAJIAN MAKANAN: *FULLBOARD HOTEL*
โณ TEMPOH: *13H 11M (5 MALAM MEKAH)*

PAKEJ UMRAH AKHIR RAMADHAN 2022
๐Ÿ—“ TARIKH: *26 APR 2022*
๐Ÿ’ต HARGA: *BILIK BERLIMA RM7 590*
๐Ÿ›ซ FLIGHT: *MALAYSIA AIRLINES TURUN MEDINAH BALIK JEDDAH*
๐Ÿฉ HOTEL MEKAH: *SAFWA (50M)*
๐Ÿฉ HOTEL MADINAH: *ODST HOTEL (150M)*
๐Ÿ SAJIAN MAKANAN: *FULLBOARD HOTEL*
โณ TEMPOH: *13H 11M (6 MALAM MEKAH)*

PAKEJ UMRAH SYAWAL 2022
๐Ÿ—“ TARIKH: *12 MEI 2022*
๐Ÿ’ต HARGA: *BILIK BERLIMA RM6 060*
๐Ÿ›ซ FLIGHT: *MALAYSIA AIRLINES TURUN MEDINAH BALIK JEDDAH*
๐Ÿฉ HOTEL MEKAH: *SAFWA (50M)*
๐Ÿฉ HOTEL MADINAH: *ODST HOTEL (150M)*
๐Ÿ SAJIAN MAKANAN: *FULLBOARD HOTEL*
โณ TEMPOH: *13H 11M (5 MALAM MEKAH)*

PAKEJ UMRAH SYAWAL 2022
๐Ÿ—“ TARIKH: *15 MEI 2022*
๐Ÿ’ต HARGA: *BILIK BERLIMA RM6 060*
๐Ÿ›ซ FLIGHT: *MALAYSIA AIRLINES TURUN MEDINAH BALIK JEDDAH*
๐Ÿฉ HOTEL MEKAH: *SAFWA (50M)*
๐Ÿฉ HOTEL MADINAH: *ODST HOTEL (150M)*
๐Ÿ SAJIAN MAKANAN: *FULLBOARD HOTEL*
โณ TEMPOH: *13H 11M (5 MALAM MEKAH)*

29/12/2021

Turki Winter. Putih yg Indah.
Trip dec20-28 2021

Jom Umrah. Terbang 4kali seminggu. Grup 6org shj.
29/12/2021

Jom Umrah. Terbang 4kali seminggu. Grup 6org shj.

Jom keTurki.. winter tour
29/12/2021

Jom keTurki.. winter tour

Address

Seri Kembangan
43300

Telephone

+60133696712

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Umrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category