Molek Gandah Homestay

Molek Gandah Homestay Homestay
~2 bilik tidur, 1 ruang tamu, dapur dan tandas.
~5 minit dari Plaza Tol Lanchang.
~1 jam 30 minit dari Pusat Bandar Kuala Lumpur.

10/03/2023

POKOK KESIDANG ELOK DITANAM SEBELAH BILIK TIDUR!

Pokok kesidang elok ditanam bersebelahan bilik tidur untuk mendapatkan aromanya.

Ini kerana pokok kesidang boleh hasilkan bahan aroma semulajadi yang baik untuk kesihatan

Bahan aroma terhasil dari kesidang dikenali sebagai 2-acetylpyroline dan linalool.

Bahan ini membantu kurangkan stress.

Ia juga kurangkan risiko kanser hati

Aroma terapi adalah antara kaedah terbaik untuk rawat penyakit

Ini kerana bahan berkhasiat akan masuk dalam darah dlm masa beberapa saat sahaja.

Bahan aroma mempunyai saiz molekul yang paling kecil dan boleh masuk ke dalam darah melalui paru-paru.

Walaubagaimanapun elakkan menggunakan produk aromaterapi yang menggunakan bahan kimia kerana mungkin boleh membahayakan kesihatan

Mohon agar tidak iklankan produk minyak pati anda di sini.

Dr Suri Roowi Ph.D KMN
Principal Scientist

Foto: Mom Che Puteh's Garden

Hari Harimau Sedunia diraikan setiap 29 Julai merupakan sambutan tahunan untuk meningkatkan kesedaran tentang usaha pemu...
30/07/2022

Hari Harimau Sedunia diraikan setiap 29 Julai merupakan sambutan tahunan untuk meningkatkan kesedaran tentang usaha pemuliharaan harimau. Kali pertama ia diadakan di Saint Petersburg Tigger Summit pada tahun 2010.

Tengku Hassanal, Harimau Malaya, pemuliharaan, eko

14/06/2020
06/12/2019

JANGAN BIARKAN HARIMAU MALAYA PERGI!

Oleh Hairul Faizi

“Harimau Malaya
Kami Selalu Ada
Walau Di Mana Berada
Kami Disini
Terus Menjadi
Ekor Harimau Sejatí.’’

Alangkah bagusnya jika kita mempraktikkan setiap bait-bait kata tersebut menjadi kenyataan. Kita mengatakan bahawa “kami selalu ada” untuk melindungi Harimau Malaya ini daripada terus diancam kepupusan. Kita menunjukkan bahawa kita merupakan “ekor Harimau sejati” sehingga kita tidak akan membiarkan spesis Harimau ini daripada terus merana diburu oleh manusia yang tidak bertamadun.

Ini kerana jika putusnya ekor Harimau tersebut maka ia bermakna kita gagal dalam melaksanakan misi kita untuk menjadi pelindung haiwan ini. Hanya petah bicara tapi kudrat tidak berjasa!

Harimau Malaya amat signifikan kepada negara kita Malaysia. Harimau Malaya telah dan masih menjadi sebahagian daripada Jata Negara. Lambang Malaysia atau lebih dikenali sebagai Jata Negara memberikan gambaran awal kepada masyarakat dunia akan nilai dan ciri-ciri yang terdapat dalam negara kita. Sebagai contoh, Bunga Raya yang terdapat pada Jata Negara memberikan maksud bahawa bunga ini merupakan bunga kebangsaan Malaysia.

Beralih p**a kepada dua ekor harimau yang berada disisi Jata Negara, ia seolah olah menjadi pengawal buat negara kita. Tujuan haiwan tersebut berada di situ untuk memberitahu bahawa haiwan ini merupakan haiwan rasmi buat negara Malaysia.

Selain itu, Harimau Malaya juga menjadi simbol keberanian rakyat selari dengan sifat pemangsa haiwan tersebut. Jika haiwan ini pupus daripada dunia ini maka ia seperti sudah tidak relevan untuk berada pada Jata Negara seterusnya membuatkan rakyat Malaysia seakan akan kehilangan identiti diri.

Tidak ketinggalan, pasukan kebangsaan negara turut menjadikan harimau sebagai ikon buat pasukan. Sebagai contoh, pasukan bola sepak negara dipanggil sebagai Harimau Malaya dan pasukan hoki kebangsaan p**a dikenali sebagai The Speedy Tiger.

Perkara ini dilakukan supaya setiap pemain yang mewakili negara akan bermain bersungguh-sungguh dan mempunyai semangat keberanian yang tinggi seperti yang ada pada harimau. Selain itu, harimau menunjukkan bahawa pemain negara tidak akan mudah menyerah kalah dan akan bangkit melawan.

Persoalannya, apakah yang akan terjadi jika Harimau yang menjadi ikon pasukan negara ini pupus? Adakah haiwan ikonik ini akan ditukarkan dan pasukan negara bakal digelar dengan nama lain? Nampaknya bakal hilang lah taring dan belang daripada pasukan kebangsaan negara.

Bersempena dengan Hari Harimau Sedunia pada 29 Julai pada setiap tahun, penulis menyeru semua pihak untuk menyokong setiap usaha yang dilakukan untuk memulihara habitat haiwan ini di negara kita. Statistik yang dikeluarkan baru baru ini menunjukkan bahawa Harimau Malaya berada dalam tahap yang sangat kritikal.

Hanya lebih kurang 200 ekor harimau yang berjaya direkodkan berada dalam habitat liar. Dikatakan bahawa jika tiada tindakan diambil dalam masa yang terdekat, Malaysia bakal kehilangan haiwan ikonik ini dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.

Pihak kerajaan pada hari ini telah merangka beberapa langkah untuk memulihara habitat ini daripada terus lenyap. Antaranya ialah program konservasi Harimau Malaya.

Program ini dilihat bertujuan untuk menyediakan habitat dan tempat tinggal buat haiwan tersebut untuk terus membiak selaras dengan maksud konservasi iaitu pemeliharaan dan penjagaan. Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan (NTCC) di Temerloh, Pahang sedang dibangunkan dan bakal beroperasi dengan matlamat untuk menyelamatkan haiwan ini.

Selain itu, pihak kerajaan turut melaksanakan program penguatkuasaan Harimau Malaya. Di dalam program ini, beberapa kawasan tumpuan (hotspot) telah dikenal pasti dan pihak berkaitan akan melakukan rondaan secara kerap dan efektif. Program ini turut diperkuatkan lagi melalui Tiger Protection and Patrolling Programme (TP3) yang melibatkan kerjasama strategik antara Jabatan PERHILITAN,

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Setakat Julai 2019, sebanyak 21 kes jenayah berjaya dipatahkan serta 429 jerat liar telah berjaya dimusnahkan. Diharapkan kerjasama ini bakal membuahkan hasil yang membertangsangkan.

Akhir sekali, program yang agak tipikal iaitu program kesedaran awam. Program ini kadang kala dilihat sebagai membazir kerana pihak berkaitan perlu mengeluarkan belanja yang besar bagi menyediakan bahan-bahan rangsangan.

Tetapi percayalah, ilmu berkaitan perkara ini perlu disebarkan kepada umum agar mereka tahu betapa kritikalnya masalah ini kepada ekosistem negara. Program ini melibatkan pelbagai kump**an sasaran seperti pelajar, kakitangan kerajaan serta orang awam. Diharapakan info yang diberikan kepada masyarakat dapat memberikan kesedaran dan membanteras pemburuan haram terhadap haiwan ini.

Kesimp**annya, isu ini merupakan isu nasional yang perlu diketahui oleh setiap lapisan masyarakat. Setiap warganegara perlu memainkan peranan mereka yang tersendiri dalam memulihara habitat Harimau Malaya. Jangan pernah berkompromi dengan pihak yang tidak bermoral yang memburu hidupan liar tersebut. Laporkan kepada pihak berkuasa!

Untuk info lebih lanjut berkaitan Harimau Malaya boleh membacanya di https://www.thepatriots.asia/10-fakta-menarik-mengenai-harimau-malaya/

*Molek Gandah Homestay*~Homestay yang murah, selesa serta lengkap seperti berada di kediaman sendiri dengan suasana kamp...
15/11/2019

*Molek Gandah Homestay*

~Homestay yang murah, selesa serta lengkap seperti berada di kediaman sendiri dengan suasana kampung, jauh dari kesibukan dan kebisingan kota.

~Terletak di Kampung Bolok Hulu, Lanchang, Pahang. 5 minit dari Plaza Tol Lanchang. Hanya 1 jam 30 minit dari Pusat Bandar Kuala Lumpur.

~Mempunyai 2 bilik tidur dengan salah satunya mempunyai pendingin hawa, 1 ruang tamu, dapur dan tandas.

~Terdapat tempat letak kereta yang luas, mempunyai beranda yang sesuai untuk aktiviti santai dan barbeku

Tempat menarik berhampiran homestay :
✓Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (6KM)
✓Deerland Park (5KM)
✓Titik Tengah Semenanjung Malaysia Kampung Woh (12KM)

Untuk pertanyaan atau tempahan, sila hubungi atau whatsapp:
~Kama - 010-929 3410
~Faizah - 017-351 2618





Address

Lot 575 Jalan Kg Bolok, Kampung Bolok Hulu
Serian
28500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Molek Gandah Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share


Other Vacation Home Rental in Serian

Show All