Iltizam Haramain

Iltizam Haramain Menyediakan perkhidmatan:
a) Pakej Umrah. b) Pakej Pelancongan. c) Pengurusan ibadah akikah, korban, dam, nazar dan sedekah di Mekah dan negara-negara Islam.

d) Pengimport dan pembekal Kurma Ajwa Aliyah, Mabroom, Anbar, Safawi dan Sukkari.

Kematian Ali Banat16 February 1982 - 29 may 2018Pernah dengar kisah seorang jutawan muda dari Australia yang bernama Ali...
21/06/2022

Kematian Ali Banat
16 February 1982 - 29 may 2018

Pernah dengar kisah seorang jutawan muda dari Australia yang bernama Ali Banat?

Beliau telah dilahirkan pada 16 February 1982. Beliau beragama Islam. Beliau p**ang je rahmatullah pada usia 36 tahun.

Ali Banat seorang jutawan hinggakan selipar jamban dia pun berjenama LV hokey! Kaya tak kaya dia ada Porche spider. Hidup beliau penuh dengan lagha dan pembaziran (read : orang muda yang kaya sampai tak tau nak buat apa dengan duit)

Sehingga satu hari beliau disahkan mempunyai kanser dan doktor menganggarkan beliau hanya punya masa 7 bulan untuk hidup.

Apa yang Menariknya beliau tidak lama bersedihan. Beliau bangkit dengan menukar kesakitan sebagai satu nikmat dari Allah. Beliau telah berhusnudzon dan redha dengan ujian dari Allah.

Dari saat itu Ali Banat telah melepaskan semua kemewahan yang dia miliki dan memberikan kepada orang lain. "apabila kau sakit segala harta dah tak berguna lagi" ujar Ali.

Kenapa dia menganggap kanser itu hadiah dari Allah? Kerana dengan sakit itu dia mula mencari Allah. Dia mula mendekati Allah. Dari sorang yang tidak kenal tuhan, akhirnya beliau menjadi hambaNya yang taat.

Pada video terakhir Ali Banat, beliau menyatakan syukurnya kerana Sekurangnya dia tahu bila pengakhirannya. Setidaknya dia tidak berakhir ditempat yang jelik. Nauzubillah.

Sakit itu juga membawa dia berkelana hingga ke Afrika. Dan dia mula menubuhkan sebuah projek yang diberi nama "Muslim Around The World". Projek ini dibuat bagi membaiki prasarana, membina masjid-masjid dan sekolah di Afrika. Beliau percaya sedekah akan menyelamatkan jiwa-jiwa yang mati.

Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beliau meninggalkan pesan :

1. "hanya sedekah dan amal soleh yang akan membantu kita di sana"

2. "jangan takut bersendirian kerana disaat kau bersendirian akan Allah hadirkan sahabat dari pelbagai arah yang tak disangka"

Pada hari pengkebumian arwah, MasyaAllah ramai orang yang tidak dikenali mengiringi jenazah beliau.

Moga Allah menempatkan beliau di syurga. Semoga kisah Ali Banat menjadi inspirasi untuk kita berjuang tanpa henti demi meraih syurga Allah.

*********
Pengajaran dari hidup Ali Banat

1. Allah tidak melihat bagaimana kamu bermula tapi Allah mengira bagaimana kamu berakhir
2. Redha dan husnudzon terhadap setiap ujian Allah.
3. Sedekah adalah saham akhirat
4. Ajal itu tak kenal tua atau muda.

Siaran semula. Tulisan asal oleh: Ryn Rasidi

Live harini dari Mekah utk TvAlhijrah dan selepas tu terus Tv1 p**a minta live juga. Dari jam 3 pagi waktu saudi kena ta...
20/06/2022

Live harini dari Mekah utk TvAlhijrah dan selepas tu terus Tv1 p**a minta live juga.
Dari jam 3 pagi waktu saudi kena tahan mata dan tenaga utk live tu tenaganya super padu. Alhamdulillah selesai dengan baik.
Sy betul2 promosikan Korban Nigeria rm 380 kerana di sini ramai mereka yg susah, tahun lepas sy hantar hampir 100 ekor lembu mereka punyalah seronok الحمدلله, jadi tahun ni mereka berharap dengan lebih banyak dapat dihantar supaya dapat di agihkan ke lebih banyak kawasan di sana, ni antara kawasan yg akan kita bahagikan di sana nanti :
1. Ojo Local government
2. Iba New town
3. Agbara
4. Iledu
5. Okokomaiko
6. Ajangbadi
7. Ijesha
8. Itire
9. Baruwa
10. Ejigbo
11. Okota
12. Isolo
13. Egbe
14. Ikorodu
15. Tanke
16. Adeta
17. Iyana poly
18. Okuta oro village
19. Aireke village
20. Dei-Dei village
21. Mararaba
22. Gwagwalada
23. Abeokuta
24. Ibadan
25. Saki
26. Ojoku
27. Alaya
28. Osogbo
29. Akure
30. Oko-oba
Bagi yg sedang merancang utk laksanakan ibadah Korban boleh lihat dan daftar disini : https://iltizamharamain.com/order/form/tempahan
Moga Allah permudahkan segala urusan kita insyaAllah. Daftar segera sebelum slot korban ditutup nanti.

Labbaikallah..Musim haji bakal bermula.. Persiapan sedang giat dijalankan. Semalam, kiswah (kelambu) kaabah mula di angk...
20/06/2022

Labbaikallah..

Musim haji bakal bermula.. Persiapan sedang giat dijalankan. Semalam, kiswah (kelambu) kaabah mula di angkat 3 meter keatas. 🥰

Gambar : Reasah Alharamain


PENGALAMAN IMAN - DUIT TAK BOLEH SELESAI MASALAHSalam, Hari tu, masa tengah lepak dengan isteri tercinta, sambil minum k...
17/06/2022

PENGALAMAN IMAN - DUIT TAK BOLEH SELESAI MASALAH

Salam,

Hari tu, masa tengah lepak dengan isteri tercinta, sambil minum kopi, topik berkisar tentang anak-anak, sukses, pencen dan masa tua. Topik beralih kepada, perspektif saya yang banyak berbeza daripada dulu. Apa yang terjadi? "What change?" Dia tanya, di mana hilangnya dorongan atau 'drive' terhadap karier, harta dan wang ringgit? Walau pun dia sukakan perubahan saya, dia rasa macam 'she lost a husband' yang dia kenal dulu.

Saya termenung. Saya fikir balik, kenapa saya tidak fokuskan tenaga saya terhadap karier dan harta. Mungkin 'pengalaman'? 'Here is my story...'

Beberapa tahun yang lalu, saya ada keluar 10 hari di PPRT (Program Perumahan Rakyat Termiskin). Pagi tu, saya buat ziarah di Tingkat 3, low rise apartment. Tak ada lift. Sampai satu rumah tu, saya ketuk, bagi salam, sorang pak cik tua, atas kerusi roda, bukak pintu. Kaki dah kena potong. Dua-dua belah. Kencing manis. Rasanya, dah lewat 60 tahun lebih umurnya.

Dalam dok sembang. Dia menangis. Hari tu, hari jumaat. Dia kata dah 2 tahun lebih tak pergi sembahyang jumaat. Pasal kaki dah tak ada, duduk tingkat 3, tak ada lif p**ak tu. Dia pun dulu orang masjid. Solat 5 waktu, berjemaah.

Lepas tu, dia tunjuk di sebalik pintu, saya ternampak kaki terlunjur di atas katil. Isteri kena strok. 'Bed ridden'. Suami dan isteri sakit.
Saya terkejut. Jadi, saya tanya "Jadi, siapa jaga pak cik dan mak cik?"

"Anak perempuan saya yang sulung, berhenti kerja dan duduk jaga kami". Suami dia datang hari-hari jengok. Maknanya, anak dia terpaksa hidup berasingan dengan suami untuk jaga mak bapak yang sakit.

Ini kisah orang miskin.

Seminggu sebelum tu, salah seorang ahli jemaah saya buat usaha ziarah di sekitar tempat saya. Dia kata, dia jumpak seorang Dato' ni. Saya tak kenal. Dato' ni di dalam bidang hartanah. Jemaah saya kata, dia punya harta saja, bernilai RM400 juta. Allahualam.

Isu yang sama. Isteri kena strok. Dia pun dah uzur. Dia ada 4 orang anak. Ada lelaki dan ada perempuan. Semua ahli korporat. Berjaya di dalam bidang masing-masing. Dia mintak salah seorang anak dia berhenti kerja, jaga dia dan isteri sakit.

Akhirnya, anak-anak mesyuarat, nak kongsi duit, nak gajikan jururawat dan jaga diaorang.

Dia kata, kalau nak gajikan jururawat, saya pun boleh buat. Dia nak anak-anak dia jaga dia. Bukan suruh buang kerja kotor pun. 'Just be there'. Dia kata, dia siap boleh gajikan anak dia RM100k sebulan untuk 'compensate' anak dia. Sorang pun tak ambik tawaran tu.

Ini kisah orang kaya.

Saya berada di usia di mana kawan-kawan bercerita tentang ibu bapak mereka berada di usia yang memerlukan pertolongan anak-anak. Bukan duit, tapi kederat. Pergi tandas kena mintak pertolongan. Nyanyuk dan sebagainya.

Di sini saya nak kongsi pengalaman, yang orang miskin, anak boleh berhenti kerja dan jaga mak bapak dia. Anak orang kaya tak sanggup korbankan karier dia untuk mak bapak dia.

Malam tu, adalah malam yang tak akan saya lupa sampai bila-bila. Solat tahajud yang pertama saya menangis, semahu-mahunya. "I feel trapped".

Segala harta yang kita kejar, kononnya simpanan dan sekuriti kita, waktu kita tua, sebenarnya, ilusi.

Jadi, saya kata kat isteri saya, pengalaman iman ini antara salah satu sebab kenapa saya punya 'ambition' beralih arah. Kenapa nak kejar ilusi? Sekuriti yang kita cari tu, tak ada kat situ. Duit tak boleh selesai masalah. Kita serah kat Allah je lah. 'We have no control over it'.

Kerja, tetap kena kerja. Cuma, jangan fikir duit boleh selesai masalah.

Jadi, kita jaga urusan kita dengan Allah. Kita jaga urusan dengan Allah, Allah jaga urusan kita.

Insyaallah.

Dipetik dari Facebook : Zaki Mohd Zakaria

Gambar: Adnan Hassan

CUACA SEDIKIT PANAS DI MEKAH.Hari ini suhu dicatat 48° celcius.Memang sedikit panas 🥵.Agak letih jika jemaah berulang al...
15/06/2022

CUACA SEDIKIT PANAS DI MEKAH.

Hari ini suhu dicatat 48° celcius.

Memang sedikit panas 🥵.

Agak letih jika jemaah berulang alik kerap sangat dari hotel ke Masjidil Haram.

Setiap hari petugas TH wajibkan jemaah minum air sebanyak 3 liter sehari berikutan cuaca yang indah dan terang benderang.

Ramai yang bertanya, bagaimana nak minum air sebanyak itu setiap hari di tanah suci?

Mudah saja tips nya.

Cawan plastik air zamzam putih ini isipadunya 150ml.

Jemaah perlu minum 2 cawan air zamzam sebelum solat dan selepas solat fardhu setiap waktu.

5 waktu x 150ml x 4 cawan, setel lah minum 3liter air untuk kekal hidrasi ditanah suci.

InsyaAllah, boleh jaga kesihatan sepanjang kerja-kerja haji/umrah wajib dan sunat dengan minum air zamzam, air barokah dan terbaik didunia.

Kredit kepada : Syed Muhammad

Tahukah anda siapakah tukang bina pintu Kaabah ?Jawapan ialah tukang dari Thailand iaitu tukang kayu :1.Tuan Hj.Isa Kasu...
13/06/2022

Tahukah anda siapakah tukang bina pintu Kaabah ?

Jawapan ialah tukang dari Thailand iaitu tukang kayu :

1.Tuan Hj.Isa Kasulong
2.Tuan Hj.Husen Lae'im
3. Tuan Hj. Sulaiman Sanwang

Tukang emas :
1. Tuan Hj. Ali Munsab
2. Tuan Hj. Husaini Ariphong
3. Tuan Hj. Qasim chanaachai.

Yang masih hidup ialah hj.Sulaiman Sanwang.Kos membina ialah 180 juta riyal saudi masa sudah hampir 45 tahun dahulu namun ini adalah satu kebanggaan orang islam di Thailand berketurunan melayu

Kredit : Salam Dari Patani

10/06/2022

10 Ramadan terakhir. Rindu Haramain

08/06/2022

A beautiful religion

PENGERTIAN IBADAH DAN SEJARAH SAIESaie ialah perbuatan berlari-lari anak bagi orang yang mengerjakan umrah atau haji dar...
07/06/2022

PENGERTIAN IBADAH DAN SEJARAH SAIE

Saie ialah perbuatan berlari-lari anak bagi orang yang mengerjakan umrah atau haji dari bukit Safa ke Marwah sebanyak 7 kali.

Saie bermula dengan mengambil Ibrah perbuatan Siti Hajar yang berlari sebanyak 7 kali ulang alik dari Safa ke Marwah dan Marwah ke Safa semula.

Siti Hajar berlari mencari air untuk anaknya Ismail dan dirinya sendiri yang dalam kehausan.

Mengapa sampai tujuh kali? Mengapa seorang ibu yang ditinggalkan dengan bayi kecilnya itu seolah-olah ‘didera’ oleh Allah?

Sedangkan cinta Allah kepada hambaNya melebihi cinta Siti Hajar kepada anaknya Ismail? Mengapa bahasa cinta Allah itu begitu perit dan sakit sekali?

Allah sedang mendidik Siti Hajar agar hatinya kosong daripada sebarang pengharapan kepada makhluk. Pada larian pertama, kedua, ketiga sampailah ketujuh , Siti Hajar masih punya harapan.

Matanya merenung jauh saujana mata memandang, kalau kalau ada kafilah dagang yang singgah atau para musafir yang lalu. Dengan itu dapatlah dia memohon bantuan.

Namun, harapannya hancur berkecai. Bukan sahaja bantuan yang diharapkannya tidak tiba, malah dirinya sendiri sudah kehabisan tenaga.

Aku dan sesiapa sahaja yang pernah melakukan saie pasti dapat merasakan keletihan itu. Sedangkan kita yang berlari dalam ruang yang telah berhawa dingin, lantai yang sejuk dan ada bekalan air zaman zam jika kehausan itu pun terasa kelelahannya.

Apabila ujian sudah sampai ke kemuncaknya, maka ketika itulah bantuan Allah semakin dekat. Ketika segala daya dan usaha sudah dirasakan tidak ada, maka ketika itulah kemudahan sudah hampir tiba.

Allah menguji untuk mendidik hati kita. Hati kita yang keras dan degil hanya tunduk apabila ia dihancurkan oleh pukulan ujian. Tidak ada jalan yang lain.

Antara kejahatan hati ialah tidak mahu bergantung kepada Allah. Hati terlalu bersandar pada kekuatan diri atau masih berharap kepada dunia dan manusia. Hati terlalu berharap dan cinta kepada sesuatu selain Allah.

Selagi diri masih kuat, selagi yang menjadi sandaran masih kukuh, selagi yang dicintai masih memuja...maka hati itu akan terus alpa.

Hati yang begitu ada kalanya dimiliki oleh orang yang bersolat, berpuasa, berzakat dan bersedekah. Ibadah-ibadah lahiriah masih tidak mampu menembusi hati.

Sifat mazmumah yakni bergantung kepada selain Allah masih tidak dapat dilenturkan oleh ibadah-ibadah. Namun, sekiranya Allah sayang, maka dikurniakannya ujian untuk menyelamatkan pemilik hati itu.

Justeru, ujian itu dinamakan sebagai ‘mehnah’ – didikan terus daripada Allah. Ini yang dimaksudkan oleh Ibnu Ataillah, “ada pembukaan pada hatimu yang tidak akan tercapai melalui ibadah seperti solat dan sedekah tetapi oleh datangnya ujian dan musibah.”

Apabila perit ujian sudah begitu menghimpit, barulah diri yang derhaka dan berdosa itu kembali kepada TuhanNya.

Itulah yang dapat aku simpulkan pada kuliah pagi oleh seorang mutawwif Jumaat ini di dewan makan hotel Haneeen Firdaus tempat aku menginap selama mengerjakan umrah di Makkah ini.

Masih terngiang-ngiang katanya, “ bantuan Allah kepada Siti Hajar tiba saat putus segala pengharapannya kepada manusia.”

Ya, saat anaknya menangis kelaparan dan kehausan, sedangkan dirinya sendiri masih dalam keletihan bermusafir dari Palestin ke Makkah, ditambah p**a pedih kesedihan ditinggalkan oleh suaminya masih berbekas... maka dialah wanita yang paling teruji di dunia pada waktu itu.

Namun, cinta kepada anak, naluri kasih seorang ibu memaksa dirinya berusaha. Dia pun berlari...

Dari bukit Safa ke Marwah, dipandangnya ke seluruh dimensi, akan adakah kafilah yang lalu, buat dia mohon simpati?

Tidak ada. Lalu terdengar tangisan bayinya Ismail, dia berkejar semula ke Marwah. Di jenguknya seluruh ceruk dan pelusuk, masih tebal harapannya pada makhluk. Kecewa. Tidak ada siapa pun di sana...

Dia beralih semula ke Safa, mana tahu ada sesiapa yang boleh diharap di sana. Dia berlari lagi.. tetapi tenaganya semakin kurang, kakinya semakin lemah, walaupun hatinya masih gagah.

Seketika di Safa, tidak ada apa yang boleh diharap lalu dia berlari semula ke Marwah. Begitulah berulang alik selama tujuh kali. Tujuh kali yang hampa. Tujuh kali yang nestapa.

Akhirnya, dia letih untuk terus berharap. Kakinya membengkak, hatinya terhenyak. Tiada harapan lagi. Suami, manusia dan lain lainnya sudah tidak lagi jadi sandaran.

Pada ketika itu hatinya tertumpu sepenuhnya hanya kepada dan untuk Allah. Hanya Allah.

“Apa yang terjadi pada diri Siti Hajar pada saat yang sangat kritikal itu? , “ tanya Sang Mutawwif. Dalam diam aku menjawab, “hatinya sedang diproses. Di keluarkan semua makhluk, di masukkan ke dalamnya hanya Khalik.
“Kosong hatinya daripada selain Allah.

Serentak dengan itu terhamburlah segala kesedihan dan ketakutannya. Hatinya menjadi seperti hati semua wali Allah, yakni tidak ada rasa takut dan dukacita tentang hal-hal dunia...”

Penjelasan itu meresap ke dalam hati ku. Sungguh pada ketika itu hilanglah segala resah dan desah hati Siti Hajar akibat persaingan dengan madunya yang lebih jelita Siti Sarah. Hilanglah kesedihan jiwanya akibat perpisahan dengan suaminya Nabi Ibrahim AS.

Benarlah, bila Allah ada di hati kita akan memiliki segala galanya. Tetapi bila Allah tiada di hati kita akan hilang segala galanya.

Begitulah perjalanan hati ini menuju Allah. Yang menghalangnya ialah hati kita sendiri. Hati yang masih tebal dengan cinta dunia dan manusia.

Hati yang begitu hanya layak menjadi hamba yang hina kepada hawa nafsu. Hati yang sentiasa terpedaya dengan hasutan syaitan. Hati yang menggenggam cinta dunia dan manusia.

Itulah hati yang menjadi milikku sekarang. Di dalamnya bersarang sifat mazmumah. Tahu cinta Allah itu cinta yang utama, tetapi terus tega melayan kehendak nafsu yang hina. Mujahadah selalu kalah. Terus leka menangguhkan ibadah. Sering ada alasan untuk berhelah. Nanti, tunggu, esok masih ada...dan diri terus menerus menumpuk dosa. Tahu mati boleh datang tiba tiba, tetapi sikap dan perlakuan menunjukkan seolah olah diri tidak akan mati selamanya!

Namun, Allah sayang, dan masih tidak berpaling. DiberiNya ujian untuk kita kembali. Mana kecintaan kita? Mana kesayangan kita? Maka dari arah itulah datang ujian ujiannya. Tidak sekali tetapi berkali kali. Allah akan berterusan menguji kerana Allah tidak jemu menyayangi.

Makkah adalah medan ujian sebuah keluarga. Haji mahupun umrah berlatarkan ujian yang menimpa sebuah keluarga.

Ujian yang menimpa Nabi Ibrahim, seorang suami dan bapa. Ujian yang menimpa Siti Hajat, seorang isteri dan ibu. Dan ujian yang menimpa Nabi Ismail seorang anak.

Daripada ujian-ujian itulah datangnya rukun- rukun dalam ibadah haji dan umrah. Tawaf, Saie, melontar jamrah dan Qurban semuanya bermula dengan perintah Allah kepada mereka bertiga.

Kredit: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi


Pedestrian walk QubaSuasana di waktu malamPerkongsian Abu Soleh Al Arshady
06/06/2022

Pedestrian walk Quba
Suasana di waktu malam

Perkongsian Abu Soleh Al Arshady

Selamat berangkat kepada lebih 14,000 bakal jemaah2 daripada Malaysia yang terpilih utk menunaikan haji.Bagi kita yag ma...
06/06/2022

Selamat berangkat kepada lebih 14,000 bakal jemaah2 daripada Malaysia yang terpilih utk menunaikan haji.

Bagi kita yag masih belum berpeluang untuk mejejakkan kaki ke Bumi suci Makkah dan Madinah, tentunya ramai diantara kita yang berniat untuk sampai dan beribadah di sana. Kat sini min nak share beberapa TIPS AMALAN NAK DAPAT JADI TETAMU ALLAH.

Petua seorang sahabat min, dia berkata selalu lah bertalbiah "Labbaika Allahumma labbaik, labbaika la syarikalaka labbaik, innal hamda, wan ni'mata, laka wal mulk, la syarika lak.” Dia ikut petua kawan dia tu selalulah dia bertalbiah dan alhamdulillah, tak sampai setahun dia jadi tetamu Allah.

Seorang lagi sahabat bagi petua, katanya kalau nak sgt pergi haji, pergi je kursus haji walaupun waktu giliran tu jauh lagi.. Allah akan tenguk usaha dan semangat kita, insyaaAllah cepat sikit Allah jemput.. Aamiin.
Tak salah kita ikut petua2 ni sebagai salah satu usaha kita selain berdoa. Allah tidak menjemput orang yang mampu tetapi memampukan sesiapa yang mahu dan rindu.

Mulakan dengan Niat, Berdoa, Berusaha dan Tawakkal. 🥰
06/06/2022

Mulakan dengan Niat, Berdoa, Berusaha dan Tawakkal. 🥰





Taif. Sebenarnya dah lama teringin nak pergi ziarah Taif selepas membaca berulang2 kali kisah dakwah Rasulullah saw ke T...
01/06/2022

Taif.

Sebenarnya dah lama teringin nak pergi ziarah Taif selepas membaca berulang2 kali kisah dakwah Rasulullah saw ke Taif.
Macam mana keadaan Rasulullah saw selepas dakwah beliau tidak diterima oleh penduduk Taif.
Bukan sekadar tak terima bahkan menghalau dan membaling batu kepada Rasulullah saw.
Dimana Rasulullah saw dibaling batu.
Dimana Rasulullah saw berehat.
Dimana Rasulullah saw berjumpa dengan Addas
Apa doa Rasulullah saw selepas malaikat yang menjaga gunung menawarkan untuk menghempapkan orang Taif.
Umrah pertama tak dapat pergi ke Taif.
Masa buat ibadah haji pun tak dapat.
Alhamdulillah selepas buat umrah kali kedua baru tertunai hajat untuk melawat Taif.
Sekarang ni ada kemudahan untuk bermalam di Taif sebelum masuk Mekah.
Semoga Allah permudahkan hajat kita semua
Aamiin!

Kredit : Rosli Md Isa

p/s; Nasi mandi dan qunafa pun sedap kat Taif😊

31/05/2022
Hudaibiyah. Di sini merupakan salah satu tempat bersejarah penting buat umat islam kerana tempat inilah terjadi Perjanji...
30/05/2022

Hudaibiyah. Di sini merupakan salah satu tempat bersejarah penting buat umat islam kerana tempat inilah terjadi Perjanjian Hudaibiyah antara Muslimin dan Musyrikin Quraisy untuk gencatan senjata selama 10 tahun.
Atas kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW perjanjian Hudaibiyah ini memberi kesan kepada perkembangan dakwah Islam keseluruh semenanjung Tanah Arab, Rom, Parsi, Damsyik dan lain-lain.
Rasullah mengajar ummatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir. Corak politik Rasulullah yang lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran yang sangat strategik.
Semoga sama sama kita semua umat Islam dapat mempelajari daripada kesah sejarah Perjanjian Hudaibiyah ini. Insha Allah.

PERJALANAN KE MEKAH - UMRAH 1
Alhamdulillah, jemaah dari Madinah menuju ke Mekah dalam ihram dengan menaiki kereta api laju yang baru dirasmikan di Arab Saudi. Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat umrah yang mabrur.

🔗 Tunaikan umrah pakej istimewa bersama Iltizam Haramain! Harga Umrah Musim Baru 1444h, lengkap hotel dekat kini hanya bermula serendah RM7490*
*𝑡𝑒𝑟𝑡𝑎𝑘𝑙𝑢𝑘 𝑡𝑒𝑟𝑚𝑎 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑦𝑎𝑟𝑎𝑡
📞 Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di 019-229 7247 www.wasap.my/60192297247/UmrahIltizam
✨ Dapatkan pakej pelancongan terkini bersama Iltizam Haramain!

Umrah Disember 2021 – Suatu Perjalanan Yang PanjangTamatlah sudah ziarah Madinah buat kali ini. Bumi ini ditinggalkan de...
30/05/2022

Umrah Disember 2021 – Suatu Perjalanan Yang Panjang

Tamatlah sudah ziarah Madinah buat kali ini. Bumi ini ditinggalkan dengan rasa syahdu dengan harapan dapat kembali lagi hingga pengakhirannya di sini. Memandangkan agar sukar untuk berhenti lama di hadapan maqam Nabi SAW buat kali terakhir dek arahan askar yang menjaga di situ, maka peluang digunakan sebaiknya dengan tempahan yang telah dibuat iaitu memasuki laluan maqam sebanyak tiga kali. Biarpun jalannya agak jauh untuk memasuki semula, namun rasa cinta telah memendekkan jaraknya. Setiap kali melewati maqam, sekerap itulah salam diberikan dan disampaikan daripada mereka yang mengirim. Moga pertemuan ini jadi saksi akan kecintaan terhadap Rasululllah SAW.

Selesai mengucapkan salam selamat tinggal, kami mula bergerak menuju Mekah menggunakan Haramain High Speed Railway. Bukanlah bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan ini, tetapi lebih kepada berkongsi pengalaman mengenai pilihan pengangkutan dari Madinah ke Mekah. Perjalanan biasa menggunakan bas biasanya mengambil masa selama 6-8 jam bergantung kepada kekerapan berhenti dan kesesakan lalulintas. Memang agak memenatkan terutamanya bagi jemaah yang sudah berumur. Oleh itu, pilihan menaiki keretapi ini boleh memendekkan tempoh perjalanan iaitu dua setengah jam sahaja.

Tempahan hanya boleh dibuat secara dalam talian, Di stesen, tiada kaunter yang dibuka untuk menjual tiket memandangkan tiket hanya diberikan secara “paperless” iaitu melalui handphone. Penumpang p**a tidak perlu mencetak tiket tersebut. Hanya perlu mengimbas kod QR yang ada pada tiket tersebut ke mesin pengimbas yang disediakan untuk masuk ke platform nanti.
Dari Masjid Nabawi ke stesen keretapi HHS ini cuma sejauh 10km sahaja. Tambang teksi biasanya sekitar SR50. Lebih murah jika menggunakan perkhidmatan Uber. Tidak sampai setengah jam, kami pun tiba di stesen yang agak eksklusif, mewah dan luas, sesuai dengan imejnya sebagai penyedia perkhidmatan keretapi laju. Setibanya sahaja di sana jam 7:20 malam, azan isya’ berkumandang di masjid bersebelahan stesen. Memandangkan kami telahpun jama’ Maghrib dan Isya’, maka masa yang ada diisi dengan mentelaah kembali kitab rujukan untuk ibadah umrah sementara menunggu waktu bertolak pada jam 9:30 malam.
Hampir jam 9 malam, pakaian ihram mula ditukar. Selesai solat sunat ihram di surau yang disediakan, kami kemudian diminta untuk memasuki ruang platform menggunakan kod QR di telefon bimbit. Di hadapan sana, selepas memeriksa bagasi yang dibawa melalui mesin pengimbas, kami pun memasuki ruang platform. Kelihatan keretapi laju Train 211 yang perlu dinaiki telahpun ada di sana.
Kami terus mencari Koc 13 dan nombor tempat duduk 390 seperti yang tercatat dalam tiket. Staf yang ada sangat membantu untuk kami mengesahkan tempat duduk. Alhamdulillah, begitu selesa biarpun ianya Kelas Ekonomi.

Tepat jam 9:30 malam keretapi mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan Madinah. Doa menaiki kenderaan dibacakan di skrin yang terpapar route perjalanan dan kelajuan keretapi. Tidak sampai 5 minit perjalanan, pengumuman telah dibuat agar semua penumpang yang ingin menunaikan umrah untuk berniat di miqat. Selesai berniat, talbiah pun diucapkan sepanjang perjalanan sebagai menyahut panggilan Allah SWT. Pantang-larang ihram telah mula harus dijaga.
Di kesempatan itu juga diambil untuk meninjau keseluruhan gerabak. Kelajuan keretapi telah mencapai 300km/jam. Secara kasar, dianggarkan hanya 30% penumpang sahaja daripada kapasiti sebenar yang menaiki keretapi ini. Perjalanan di waktu malam tidak memungkinkan untuk melihat pemandangan luar. Hanya gelap gelita dengan sekali-sekala melihat cahaya bandar yang dilalui. Ruang dalam gerabak dimalapkan bagi membolehkan penumpang berehat dengan sebaiknya. Terdapat sebuah gerabak yang mempunyai kafetaria untuk penumpang membeli minuman dan makanan ringan. Koc Business Class terletak selepas kafetaria ini. Bezanya, kerusi lebih besar dan selesa (2+1 seater).
Sepanjang perjalanan dari Madinah ke Mekah, keretapi hanya berhenti sebentar di dua stesen besar iaitu King Abdullah Economic City (KEAC) dan Airport Jeddah. Kami akhirnya tiba di Mekah pada jam 11:45 malam. Stesen telah mula sunyi ketika kami tiba memandangkan inilah keretapi terakhir untuk hari ini. Agak tercari-cari juga arah ke stesen bas ataupun teksi. Namun dengan nasihat daripada seorang wanita dari Malaysia bersama anaknya yang juga dalam keretapi yang sama, kami memuat turun apps Uber dan membuat tempahan. Memang betul, tambangnya jauh lebih murah berbanding teksi biasa lebih-lebih lagi di tengah malam. Kami hanya membayar SR23 sahaja untuk ke hotel yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Perjalanan dari stesen sejauh 8km mengambil masa 30 minit untuk kami tiba di penginapan.
Secara keseluruhannya, dengan bayaran tiket keretapi SR276, memang agak berbaloi untuk tiba di Mekah dalam masa yang singkat. Badan pun tidaklah terlalu letih untuk mengerjakan umrah sebentar lagi…

Perkongsian : Azrin Rahim

Ahlan Ahlan
29/05/2022

Ahlan Ahlan

29/05/2022
29/05/2022

Address

28a, Jalan Keluli An7/An, Kawasan Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7
Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Iltizam Haramain posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category


Other Travel Companies in Shah Alam

Show All