Sewa Motor lagi baik

Sewa Motor lagi baik Kami menyediakan motor untuk disewa khas untuk penduduk Shah Alam ..
(3)

Tips untuk wanita yang ingin sewa motorSelalu patuhi lampu isyarat. Gunakan helmet yang sesuai.Pakai kasut yang selesa, ...
02/11/2022

Tips untuk wanita yang ingin sewa motor

Selalu patuhi lampu isyarat.
Gunakan helmet yang sesuai.
Pakai kasut yang selesa, hindari kasut tumit tinggi.
Menggunakan pakaian yang selesa dan tidak terlalu longgar, pastikan pakaian tidak terjuntai hingga ke roda.
Hindari menggunakan perhiasan berlebih.
Elakkan memakai handbag, lebih sesuai pakai bagpack.
Elakkan berada di tempat sepi terutama malam hari.

Semoga bermanfaat.

Bawa motosikal ni memang best. Lebih mudah dan pantas kalau nak ke mana-mana pun. Bila traffic jam p**ak, tak payah nak ...
31/10/2022

Bawa motosikal ni memang best. Lebih mudah dan pantas kalau nak ke mana-mana pun. Bila traffic jam p**ak, tak payah nak stres sebab boleh main selit-selit je. Berangin p**ak tu. Hehe..

Tapi dalam seronok-seronok tu, sebenarnya penunggang motosikal ni terdedah dengan bermacam-macam bahaya atas jalanraya. Nak bawa motor ni perlukan skill dan kemahiran jugak. Papepun baca bismillah dan doa naik kenderaan sebelum memulakan perjalanan.

Harian / RM50.00
Mingguan / RM 200.00

Deposit / RM 200.00

Mungkin tips ni kedengaran klise dan dah selalu dengar, tapi yang dah selalu dengar ni jugalah orang selalu lupa. Apabil...
29/10/2022

Mungkin tips ni kedengaran klise dan dah selalu dengar, tapi yang dah selalu dengar ni jugalah orang selalu lupa. Apabila menunggang motorsikal semasa hujan, tips-tips keselamatan asas (yang sepatutnya dilakukan setiap masa, walaupun tak hujan) perlulah diamalkan juga:

• Jaga jarak yang selamat dengan kenderaan lain.
• Pastikan tak menunggang di bahagian titik buta kenderaan lain.
• Jangan lupa untuk memasang lampu, tapi jangan p**a memasang lampu tinggi.
• Lebih selamat kalua mengikut laluan motor yang disediakan.
• Tunggang motorsikal dengan kelajuan sederhana dan jangan lupa gunakan signal jika mahu menukar lorong.
• Kalau hujan terlalu lebat, jangan paksa untuk teruskan perjalanan. Berhenti di tempat selamat yang boleh berteduh.

Apabila kita pandai menjaga diri di atas jalan raya, kemalangan pun dapat dielakkan, tak kiralah sama ada hujan sedang turun ataupun tidak. Selain daripada motorsikal, nak memandu kereta semasa hujan pun perlu berjaga-jaga.

1. Please provide a copy of your IC, driver's licence, and matrix card (if student).However, please bring original docum...
28/10/2022

1. Please provide a copy of your IC, driver's licence, and matrix card (if student).
However, please bring original documents for our verification; otherwise, the motorcycle will not be rented.

2. Rm 200 as a deposit, refundable if the motorcycle is in good condition. We will return the deposit after we have reviewed the summons and the condition of the motorcycle. We will refund the deposit once the customer has settled the summons.

3. The customer pays for the gasoline. The motorcycle must be returned with a full tank, just as it was when the customer rented it.

4. Any accident or damage is the responsibility of the customer.

5. Customers must inspect the condition of the motorcycle before renting it; otherwise, the owner will not be held liable for any unnoticed damages.

1. Sila berikan salinan IC, lesen memandu dan kad matriks anda (jika pelajar).Walau bagaimanapun, sila bawa dokumen asal...
27/10/2022

1. Sila berikan salinan IC, lesen memandu dan kad matriks anda (jika pelajar).
Walau bagaimanapun, sila bawa dokumen asal untuk pengesahan kami; jika tidak, motosikal itu tidak akan disewa.
2. Rm 200 sebagai deposit, akan dikembalikan sekiranya motosikal dalam keadaan baik. Kami akan memulangkan deposit selepas kami menyemak saman dan keadaan motosikal tersebut. Kami akan memulangkan deposit setelah pelanggan menyelesaikan saman.
3. Motosikal mesti dip**angkan dengan tangki penuh, sama seperti ketika pelanggan menyewanya.
4. Sebarang kemalangan atau kerosakan adalah tanggungjawab pelanggan.
5. Pelanggan hendaklah memeriksa keadaan motosikal sebelum menyewanya; jika tidak, pemilik tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang tidak disedari.
😎

1. Sila berikan salinan IC, lesen memandu dan kad matriks anda (jika pelajar).Walau bagaimanapun, sila bawa dokumen asal...
27/10/2022

1. Sila berikan salinan IC, lesen memandu dan kad matriks anda (jika pelajar).
Walau bagaimanapun, sila bawa dokumen asal untuk pengesahan kami; jika tidak, motosikal itu tidak akan disewa.

2. Rm 200 sebagai deposit, akan dikembalikan sekiranya motosikal dalam keadaan baik. Kami akan memulangkan deposit selepas kami menyemak saman dan keadaan motosikal tersebut. Kami akan memulangkan deposit setelah pelanggan menyelesaikan saman.

3. Motosikal mesti dip**angkan dengan tangki penuh, sama seperti ketika pelanggan menyewanya.

4. Sebarang kemalangan atau kerosakan adalah tanggungjawab pelanggan.

5. Pelanggan hendaklah memeriksa keadaan motosikal sebelum menyewanya; jika tidak, pemilik tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan yang tidak disedari.

😎

1.    Please provide copy of ic, driving license & matrix card (if student).However, bring along original document for o...
27/10/2022

1. Please provide copy of ic, driving license & matrix card (if student).
However, bring along original document for our verification or otherwise motorcycle will not be rent out.
2. Rm 200 as deposit, returnable if motorcycle in good condition. Deposit will return after 3 days once we checked summons and condition of motorcycle. We will transfer back the deposit once customer settled the summons.
3. The petrol fees at customer own expenses. Motorcycle must be returned with full tank as before customer renting it.
4. Accident or damage is under customer's responsibility.
5. Customer need to check the condition of motorcycle before renting motorcycle, otherwise owner will not bear responsible for any unnoticed damages.

Salam penghujung ramadhan .. Selamat hari raya guys !! Muah ciked 😘😜
05/07/2016

Salam penghujung ramadhan .. Selamat hari raya guys !! Muah ciked 😘😜

15/03/2016

Bagi yang mencari tips dan cara untuk jimatkan minyak motor, disini admin ingin berkongsi beberapa idea yang mungkin boleh membantu dalam mencari jawapan kepada persoalan tersebut.

Sejak diploma hinggalah akhir ijazah, motosikal sememanganya menjadi kenderaan utama admin untuk bergerak ke kuliah mahupun relax-relax di shopping complex. Berikut adalah beberapa tips dan cara nak jimat minyak motor yang admin pernah lakukan:

1. Isi minyak di awal pagi atau malam
Tips ini pasti boleh digunakan juga untuk mana-mana kenderaan kerana di awal pagi serta malam, cecair menjadi lebih mampat serta kurangnya wap yang keluar semasa mengisi minyak. Elakkan mengisi minyak pada waktu panas tengah hari serta petang kerana pada masa itu, wap yang terhasil adalah banyak. Jadi, isilah petrol pada waktu malam atau awal pagi kerananana kuantiti petrol yang keluar mungkin lebih banyak di waktu pagi.

2. Kurangkan berat motosikal anda
Ada beberapa cara untuk anda kurangkan berat motosikal anda antaranya:

tukar bakul besi kepada bakul plastik atau mana-mana yang lebih ringan. Tak guna bakul pun lagi bagus
tukar rim batang/besi yang standard kepada sport rim atau mana-mana yang lebih ringan
tukar seat standard kepada seat aftermarket yang lebih ringan
3. Gunakan tayar tubeless
Penggunaan tayar tubeless lebih menjimatkan kerana ianya jarang pancit, tahan lebih lama serta lebih ringan kerana menggunakan satu tayar sahaja. Jika pancit, masa untuk menampal tayar tubeless juga lebih singkat berbanding tayar jenis bertiub. Tambahan p**a anda perlu membelu tiub dalam yang baru jika tayar bertiub anda pancit.

Pengalaman admin menggunakan tayar jenis tiub amatlah menghampakan kerana ianya pasti pancit setiap sebulan dua. Selepas menggunakan tayar tubeless, amat jarang berlaku pancit. Jika berlaku pun mungkin sekali dalam setahun dua.

4. Motosikal jimat minyak
Buat survey untuk mengetahui motosikal mana yang paling menjimatkan serta mempunyai tangki minyak yang besar. Kurangkan memilih motosikal yang hanya cantik dari segi rupa tapi kuat makan minyak.

5. Jangan ‘lenjan’ motor anda
Jika anda mat rempit abadi, ketahuilah bahawa duit anda akan cepat mengalir setiap kali anda kerap ‘memulas minyak’ motor anda secara mendadak. Jika ingin berjimat, p**as minyak anda secara perlahan dan beriringan dengan tahap bunyi enjin anda. Bukan memulas minyak secara membabi buta.

6. Kurangkan muatan di atas motor
Jika anda agak berisi, bolehlah kurangkan isi yang terdapat pada tubuh anda. Dan jika membawa muatan dalam beg galas, pastikan barang dalam beg tersebut sekadar yang diperlukan sahaja. Muatan yang berlebihan pasti akan memakan minyak motor anda secara berlebihan.

7. Rancang perjalanan
Untuk dapatkan perjalanan atau shortcut yang pendek, rajin-rajinlah bukan Google Maps atau yang sewaktu dengannya untuk mencari jalan yang paling dekat untuk ke destinasi anda.

8. Elak laluan berbukit dan lampu isyarat
Laluan berbukit akan mengerahkan enjin motor anda untuk menggunakan lebih petrol. Manakala lampu isyarat p**a akan menyebabkan perjalanan anda terhenti dan menggunakan lebih petrol semasa motosikal mula bergerak dari kelajuan rendah ke kelajuan yang tinggi.

9. Menunggang secara berhemah
Menunggang secara berhemah pasti dapat mengurangkan penggunaan petrol motosikal anda. Bayangkan anda membrek kemudian memulas minyak secara mendadak, mencilok serta memkuak lentang, pastinya penggunaan minyak akan mengalir umpama empangan pecah. Adalah lebih baik menunggang secara santai dan berhemah. Fikir-fikirkan.

10. Isi angin secukupnya
Tayar yang diisi angin secukupnya akan terasa lebih ringan. Ini akan lebih menjimatkan penggunaan petrol.

04/03/2016

TIPS SERVIS MOTORSIKAL KAPCHAI & SKUTER

-----------------------------------------------------------------
Tip Servis Motorsikal Kapcai & Scooter
-----------------------------------------------------------------

Ni cara jaga Paling basic.. Jagalah minyak hitam, plug, oil filter, spoket rantai, tayar dan sebagainya mahal murah ikut la. nak sedap beli yang elok memang mahal.sume moto kene jage dengan elok kalu nak pakai lame..bende asas tayar wajib di servis bile sampai waktunye. Kat bawah ni saya sertakan beberapa panduan..

1) Servis Minyak Hitam

Sebenarnya penjagaan Motorsikal Motorsikal 4 lejang, 2 lejang dan Scooter.. penyelenggaraannya mudah.. cuma tukar minyak hitamnya aje... Minyak pelincir bagi kebanyakan motorsikal pastikan ditukar puratanya setiap 5,000 - 6,000 kilometer seperti dicadangkan pengeluar.Sekiranya anda jarang menggunakan motosikal dan ia belum mencapai 5,000 km dalam masa enam bulan, tukarlah minyak pelincir bagi mengelakkan minyak hitam tu tak likat (cair).

a) Kalau Honda 135LC, 125z, RXZ, EX-5 dan Honda Wave tukar minyak pelincir kebanyakkan nya purata setiap 5,000 km hingga 6,000 km.

b)Kalau guna motor scooter penukaran minyak hitam mengikut Jarak yang dicadangkan pengeluar ialah 4,000-5,000 km.



2) Penjagaan Minyak 4T

Bagi penguna Motorsikal 4 lejang, 2 lejang mahupun scooter sekali pun...Penjagaan minyak 4T itu penting tetapi jenis-jenis minyak pelincir terp**ang atas individu berdasarkan bajet yang ada sebagai contoh Shell VSX, AGIP, Castrol GOLD POWER 1, MOTUL ..

Pemilihan minyak hitam bergantung kepada perjalanan. biasanya perbezaan 4t ni akan terasa bile kita buat penukaran gear, ride long distance (enjin panas), time enjin sejuk (start pagi), kelancaran bila ride dalam speed maintain samada laju @ slow (smoothing) dan pada pick up/top enjin korang..

-Sintetik contoh sae 10w-40, 5w-40
-Mineral base contoh 20w-50 dan 20w-40..

Minyak hitam syorkan : shell VSX (kalau just main dalam bandar) shell sx (long distance)..(pasai VSX cepat kering kalau nak long distance ) elak guna minyak yg cair macam VSX atau sebagainye jika nak buat long journey...



3) Servis Oil Filter

Bagi Motorsikal yang ada oil filter contohnya Yamaha 135 LC .. Oil Filter ikut manual 1200km atau setahun..dan ada orang buat 2-3 kali lepas tukar minyak enjin 4t tukar oil filter sekali. senang ajer nak tukar oil filter ni.. ada 3 nut saiz 8 oil filter bawah sebelah kanan enjin(cover clutch) ...



4) Penjagaan Minyak 2T

Bagi Motorsikal 2 lejang sahaja contohnya RXZ, 125z... Kalau boleh, guna 2T berkualiti tinggi biar senang bakar, dan throttle rasa ringan.kena jaga minyak 2t jangan sampai habis bagi memastikan ketahanan terhadap kepanasan enjin... perlu dipastikan bahawa saluran 2T tidak tersekat.. Cuba tengok asap kalau keluar banyak mungkin 2t terlebih dan cuba elakkan memasukkan minyak 2T dlm tangki petrol kerana ini akan menyebabkan lebihan 2T semasa pembakaran nanti.



5) Servis Spark Plug

Bagi penguna Motorsikal 4 lejang, 2 lejang dan scooter.. p**a perlu ditukar setiap 10,000 km atau kalau mula miss fire meletup-letop motorsikal tu hidup mati .. Periksa warna plug? dari situ kita leh tahu setting carb dah ok ke tidak..check spark plug dia..... hitam legam atau bersih? kalu hitam teruk, maksudnya pembakaran tidak sempurna..lagi satu tolong periksa coil api atau coil magnet kadang start macam nak giler payah nak hidup....

Kalau tak kuat api memang ler payah nak hidup motor tu sebabnya api tak kluar kat plug... Spark Plug kalau boleh cuba yang performance punye NGK 'G' POWER, NGK'R', DENSO biasanya yang mahal sikit dari standard biasa punya yang murah tu, pasti sedikit berbeza dari segi performancenye.. Spark plug selalu orang guna NGK"R"... kalau nak power irridium spark plug ..



6) Servis Carburator

Bagi penguna Motorsikal.. setiap 10,000km disyorkan mencuci karburetor untuk membuang air terkumpul akibat wap petrol dan membuang habuk. Servis carburator Motor kalau kuat makan minyak ( tengok lah gaya ko bawak motor macam mana) silalah servis balik carburator motor korang tue.. mane tau tersumbat ..



7) Servis Air Filter

Bagi Motorsikal jenis Scooter dan kebiasaannya Yamaha 135LC.. perkara penting adalah penjagaan air filter ( penapis Udara) Lakukan Servis mencakupi pemeriksaan dan cucian elemen penapis udara ..

Air filter Standard punya klu kotor tembak dengan angin compressor je klu ada compressor klu takde pi kedai motor klu dh kenal taukenya pinjam j*p air gun compressor tu tembak je sampai bersih,klu dh kotor sangat beli je baru ajerr senang....



8) Servis Fuel Filter

Pastu alang-alang Servis karburator tukar skali Fuel filter baru... fuel filter yang diguna sudah terlampau lama kekadang tersumbat atau flow dia tak berapa lancar.. Tukar Fuel Filter setiap 10,000 km...



9) Servis Radiator Coolant

Bagi penguna Motorsikal yang ada radiator coolant contohnya Yamaha 135LC .. Cara penjagaan 'coolant' motor disyor kan korang pakai yang warne merah dan gunakan air mineral, gasket ko akan rosak kalau pakai warne hijau. selalunya 6-7 bulan tukar air coolant baru . coolant cari yang long life kalau pure pati coolant tu kene tambah air nisbah 50:50.

Pastikan juga sistem radiator tak tersumbat , tak ada kebocoran dan kipas radiator harus pastikan berfungsi, untuk pastikan samada berfungsi atau tidak,hidupkan enjin 5minit,kemudian p**as sedikit throtle keadaan statik dalam suatu tempoh masa.kemudian leh dgr sendiri bunyi kipas tu dan haba pon terasa keluar ikut lubang cover set



10) Penjagaan Bateri Motorsikal

Bagi penguna Motorsikal.. Berikan perhatian pada bateri motorsikal dan pastikan air bateri berada ditahap mencukupi seperti ditandakan pada bateri dan tukar setiap dua tahun untuk memaksimakan penggunaannya. perlu diingat air bateri selalunya cepat kering tanpa kita sedari..



11) Penggunaan CDi Racing

Bagi motorsikal yang ada pasang CDi...Jika ada tukar CDi Racing seperti BRT, Rextor atau sebagainya,pastikan ada buat setting semula angin dan minyak . Jika tidak, lapisan carbon akan terhasil pada bahagian spark plug korang..Ini akan memberi efek terhadap performance mahupun enjin motor korang.

12) Penjagaan Sporket dan rantai

Bagi penguna Motorsikal yang menggunakan Sporket dan rantai.. Kalau ikutkan Spocket dan rantai boleh tahan dalam 15,000km lebih kurang bergantung kepada cara kita memandu ....

Pastikan ketegangan rantai motor sesuai..Pastikan ianya tidak longgar atau terlalu ketat...Ketatkan rantai motor yang longgar..orang perlu tukar set rantai bile rantai dah rosak..rantai rosak tulah penyebab sporket tajam..

Pastikan sporket dan rantai selalu bubuh minyak agar melicinkan pergerakkan.. bagi yang pasang cover rantai bertutup penuh eloklah lumurkan dengan gris..



13) Penjagaan Belting

Bagi penguna Motorsikal scooter tukar belting dalam lingkungan mencapai 1700km...lebih kurang dalam 2-3 bulan sekali .. Tanda belting macam nak putus, bunyi cam tikus dekat crankcase.

cuba check belting dengan melipat tali belting tengok kalau ada crack walaupun sikit, bagus tukar terus sebelum putus. Roller weight mesti di cuci dan di greasing sekurang-kurangnya sebulan sekali



14) Servis Minyak Gearbox

Bagi penguna Motorsikal scooter tukar 1st kalau boleh time 500km pertame sebab time ni la banyak geseran antara gigi-gigi gear. selepas itu terp**ang, tapi bagi aku setiap 2 kali tukar minyak engine, tukar sekali minyak gearbox atau setiap 5000km tapi max 10000km. ni pendapat aku ye,



15) Penjagaan brake motorsikal

Bagi penguna Motorsikal.. Lakukan juga pemeriksaan menyeluruh terhadap jentera anda seperti tahap kehausan pelapik brek dan brake shoe. Periksa brake pad depan dan belakang, kalau dah haus tukar kepada yang baru bukan 2nd hand.

Periksa cengkaman brake samaada mencengkam atau tidak.. periksa kandungan minyak brake..kalau kurang tambah kan ajerr... kalau dah lama tak tukar minyak pun dah bertukar warna elok lah tukar minyak baru ajerr... Kalau brake ade problem brake tak berapa mencengkam... caliper perlu diservis. mungkin perlu buat bleeding. tukar minyak brake motor sekali ..



16) Servis Clucth Plate dan Clucth Tangan

a) Bagi penguna Motorsikal... kalau motor korang tak ade pickup minyak makan banyak kenalah p**as minyak lebih sikit dan enjin mengaum tu tandanya cluth plate dah haus.. kalau nak naik bukit tu yang jadi masalah macam berat nak naik..mungkin Clucth plate dah nak habis atau autoclutch problem... Gantilah Clucth plate..

b) Bagi penguna Motorsikal yang menggunakan Clutch Tangan..Periksa kabel Clutch, Kalau dah mula menunjukkan tanda haus, tukar kepada yang baru .Pastikan Kabel-kabel lain dalam keadaan sempurna.



17) Tekanan Angin Tayar

Bagi penguna Motorsikal... Periksa juga tekanan angin tayar tersebut. Tekanan yang sesuai bagi tayar kapcai ialah 200kPa (belakang) dan 175kPa (depan).Jangan pam kurang.jangan pam lebih. kalau angin kurang tayar jadi lembik motorsikal jadi tak seimbangan dan makan permukaan sisi tepi tayar , terlebih plak kang cornering masuk longkang kang sebab keras sangat tayar.



18) Penggunaan Tayar

Bagi penguna Motorsikal...Gunakan saiz tayar yang sesuai untuk motosikal anda. Saiz tayar standard adalah disarankan bagi perjalan jauh. Kalau guna saiz tayar besar sedap layan corner.. Jangan guna tayar sotong... brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa.. Kalau guna saiz tayar kecik kan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita..

Periksa tayar motorsikal anda. Jika ianya sudah terlalu haus, baik ditukar. Tolong jangan gunakan tayar yang sudah haus , botak nampak benang dalam, bengkak atau benjol dan tayar yang retak dan terkopek .... Tak selamat digunakan boleh pecah tayar tu.. sifat tayar itu sudah tidak sesuai untuk kegunaan di jalan raya.. Ini menyebabkan motorsikal mudah terbabas di selekoh yang licin..



19) Tayar tiub dan tubeless

Kalau nak balik kampung atau nak rider perjalanan jauh.. Jika anda menggunakan tayar tiub, adalah lebih baik anda menukar tiub terlebih dahulu dan membawa bersama tiub ganti, spanar, pembuka tayar dan pam angin sepanjang perjalanan. kalau bocor teruk tukar tiub baru ajer lagi senang. cuma kena ada lah spare tiub motor...

Tapi kalau bocor kecil pada tiub tersebut korang boleh tampal kat tempat tempat bocor tersebut..Senang sikit kalau tayar pancit. Bagi saya tayar tubeless adalah terbaik untuk perjalanan jauh. Tayar jenis ini juga boleh digelek walaupun tanpa angin dalam jarak yang sederhana.. just pakai tayar tiubless agak senang sikit kerjanya..

Kalau tayar pancit tahap flat maximum, tapi boleh redah jugak bawak motor slow-slow ke kedai tayar berdekatan untuk tukar



20) Penggunaan Rim Lidi atau Sport rim

Kalau ikut Rim lidi atau sport rim biasa berukuran 17 inci ...pengubahsuaian saiz rim dibenarkan dengan syarat mengikut had spec yang ditetapkan.. Kalau ada rasa motorsikal korang ada bergegar tak kalau bawak slow dan hilang bila bawak laju sikit...

Gegaran roda ini boleh diatasi dengan melakukan penimbangan tayar (balancing) bagi memastikan masalah sebenar, sama ada ia dari tayar atau kerana rim tayar bengkok atau pun fork.

Kalau penggunaan Rim Lidi ni tiub tayar kerap bocor.. klu ade lidi yg longgar akan bergesel..sikit-sikit lama-lama bocor tiubnyer..
kalau ade yang longgar lidi rim tu baik lah pergi buat string lidi tu...



21) Penggunaan Ekzos

Kalau Motorsikal korang kurang power dan ada tanda-tanda ekzos tersumbat.. pergi kedai yang buat welding kereta, suruh potong dan bersihkan bahagian dalam ekzos tersebut.. Atau kalau korang jenis rajin boleh lerrr cuci ekzos tu... buang keladak yang menyumbat ekzos tu...



22) Penjagaan lampu, signal dan lampu brake

Periksa semua peralatan elektrik seperti lampu depan, belakang dan signal supaya ianya berfungsi dengan baik.mentol klu terbakar tu tukar selalu sebab akan effect mentol yang lain klu dibiarkan lame.. Lampu brake mesti hidup jangan p**ak tak hidup... Lampu signal kena menyala sempurna (takut-takut mahu ke kanan tapi lampu menyala ke kiri p**ak)



PESANAN KAMI...

Apa-apa pun servis dan tukarlah bahagian yang rosak sebelum ia merebak dan menyebabkan kerosakan lebih teruk serta menjejaskan prestasi motosikal. Kalau berat ajerr dan tak ade pick up ada masalah lah tu motorsikal korang yerrr....

10/02/2016

Berita kurang baik bila sebuah motor yang kami sediakan hilang di tangan kami sendiri .. ! Mungkin perancangan Dia lebih baik .. Kepada pencuri sila cari kami di padang perhitungan esok .. Asslammualaikum ..

Salam MAAL HIJRAH .. Semuga hijrah tahun ini membawa kita semua ke arah yang lebih baik dan sentiasa istiqamah ..
13/10/2015

Salam MAAL HIJRAH .. Semuga hijrah tahun ini membawa kita semua ke arah yang lebih baik dan sentiasa istiqamah ..


08/10/2015

Update

Untuk masa kini .. Motor semua fully booked until December 2015 .. Tq kepada customers yang beurusan dengan kami .. Maaf atas kekurangan dan halalkan rezeki kami ..

04/08/2015

1. Please provide copy of ic, driving license & matrix card (if student).
However, bring along original document for our verification or otherwise motorcycle will not be rent out.
2. Rm 100 as deposit, returnable if motorcycle in good condition. Deposit will return after 3 days once we checked summons and condition of motorcycle. We will transfer back the deposit once customer settled the summons.
3. The petrol fees at customer own expenses. Motorcycle must be returned with full tank as before customer renting it.
4. Accident or damage is under customer's responsibility.
5. Customer need to check the condition of motorcycle before renting motorcycle, otherwise owner will not bear responsible for any unnoticed damages.

01/08/2015

Terima kasih kepada yang like, bertanya dan yang dh booking motor untuk disewa .. Koleksi motor akan ditambah sekiranya terus mendapat sambutan !



31/07/2015
30/07/2015

Perkhidmanat sewa motor

Tak perlu susah2 bawak motor dari kampung . Kami menyediakan motor untuk disewa khas untuk student ..

Seminggu/ RM 70
Sebulan/ RM 200

Sebarang pertanyaan boleh PM

Address

Section 7
Shah Alam
40000

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Telephone

+601170705224

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sewa Motor lagi baik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category


Other Tour Agencies in Shah Alam

Show All