Al Waqar Travel Tour

Al Waqar Travel Tour Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Al Waqar Travel Tour, Travel Company, No 6 Tingkat 1 Jalan TP 7/6 Taman Perindustrian UEP, Shah Alam.

Bakal berangkat jemaah 6 Nov 2023. Trip bersama Ejam Medicine.LiveAgihan visa, tag beg, dan taklimat. Semoga dipermudahk...
08/11/2023

Bakal berangkat jemaah 6 Nov 2023.
Trip bersama Ejam Medicine.
Live
Agihan visa, tag beg, dan taklimat.
Semoga dipermudahkan segala urusan para jemaah. Amin ๐Ÿคฒ๐Ÿป semoga selamat pergi dan p**ang.



M I N APart 2Di Mina terdapat tugu jamrah, iaitu tempat pelaksanaan ibadat melontarkan batu ke arah tugu jamrah sebagai ...
08/11/2023

M I N A
Part 2
Di Mina terdapat tugu jamrah, iaitu tempat pelaksanaan ibadat melontarkan batu ke arah tugu jamrah sebagai simbolisasi tindakan Nabi Ibrahim a.s. ketika mengusir syaitan yang cuba menganggu baginda menjalankan ibadah qurban iaitu menyembelih putera kesayangannya sendiri iaitu Nabi Ismail a.s.
Di sini terdapat tiga tugu yang digunakan untuk ibadat melontar iaitu Jamratul Aqabah, Jamratul Ula, dan Jamratul Wustha. Di tempat ini jemaah Haji diwajibkan untuk bermalam ketika musim haji berlangsung dalam bulan Zulhijjah.


M I N APart 1Mina merupakan sebuah lembah padang pasir yang  sekitar 5 kilometer dari kota Makkah, Arab Saudi. Mina pali...
08/11/2023

M I N A
Part 1
Mina merupakan sebuah lembah padang pasir yang sekitar 5 kilometer dari kota Makkah, Arab Saudi. Mina paling dikenali sebagai tempat pelaksanaan ibadat melontar jamrah dalam ibadah haji. Selain itu, di Mina juga terdapat tanda-tanda yang menjadi tempat penginapan bagi ratusan ribu jemaah Haji.

Ziarah di Madinah terbahagi kepada dua iaitu ziarah dalam dan ziarah luar. Ziarah dalam adalah menziarahi Masjid Nabawi,...
08/11/2023

Ziarah di Madinah terbahagi kepada dua iaitu ziarah dalam dan ziarah luar.
Ziarah dalam adalah menziarahi Masjid Nabawi, makam Nabi Muhammad S.A.W,
makam sahabat iaitu Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab.
Sampaikan salam kepada Rasulullah dan sahabat ketika menziarahi makam dan ketika di Raudah,
banyakkan berdoa di taman syurga itu. Untuk mengenali Raudah, pastikan anda sudah memijak
permaidani berwarna hijau muda. Sejurus berada di situ, berdoa dan jika keadaan tidak sesak,
eloklah bersolat sunat dua rakaat.
Raudah adalah tempat di antara mimbar dengan makam Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah pernah
bersabda yang bermaksud: โ€œDi antara rumahku dan mimbarku ialah raudah (taman) dari
taman-taman syurga dan mimbarku di atas telaga (kautsar) ku.
"Untuk jemaah wanita, laluan masuk ke Raudah adalah dari pintu 25.
Tempoh masa untuk ke Raudah bagi jemaah wanita terbahagi kepada tiga sesi dari jam
7 pagi hingga 11 pagi, 1 tengah hari hingga 3 petang dan 9 malam hingga 11 malam
Jika suatu ketika dahulu, kunjungan ke Raudah tidak diiringi muzawirah atau mutawifah tetapi
sekarang sebahagian besar pengendali umrah menyediakan khidmat itu, sekali gus memudahkan
jemaah untuk memasuki Raudah yang acapkali sesak.Bersabarlah jika mahu ke Raudah kerana
jemaah dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia sering menjadi kump**an jemaah terakhir
untuk masuk ke dalam Raudah. Tidak rugi bersabar dan menjadi kump**an jemaah terakhir
memasuki Raudah kerana laluannya lebih mudah dan lapang, sekali gus memudahkan jemaah
untuk bersolat dengan tenang.Namun, sebahagian besar hilang sabar terutama jika ke Raudah
pada sebelah malam kerana badan terasa letih dan mata mula mengantuk tambahan p**a perubahan
masa di antara Arab Saudi yang lewat lima jam dari Malaysia.
Dalam hal ini, saya berpesan kepada jemaah, sebaik-baiknya, berkunjunglah ke Raudah selepas
sarapan kerana badan lebih segar dan mata tidak mengantuk ketika itu. Saya dan sekump**an
jemaah haji pernah memperoleh ruang yang selesa untuk bersolat dan berdoa di Raudah pada
sebelah pagi kerana membiarkan sahaja sebahagian besar jemaah berebut-rebut memasuki
Raudah pada musim haji 2015. Tidak sia-sia penantian kami sebab boleh bersolat sunat lebih
daripada dua rakaat tanpa gangguan dan asakan daripada jemaah lain. Alhamdulillah.
Kunjungan ke Raudah di kalangan jemaah lelaki tidak terbatas. Mereka bebas berkunjung ke
taman syurga itu pada bila-bila masa.

08/11/2023

TRUST ALLAH.. when things don't work out the way you wanted, Allah has something better plan for you
Jumaah mubarakah โค


08/11/2023
๐“œ๐“ช๐“ท๐“ช ๐“๐“ช๐“ด ๐“’๐“ช๐“ป๐“ฒ ๐“ก๐“ธ๐“ฝ๐“ฒ ๐“’๐“ช๐“ท๐“ช๐“ฒ ๐“ด๐“ช๐“ฝ ๐“œ๐“ฎ๐“ด๐“ด๐“ช๐“ฑ?  ๐˜ผ๐™™๐™– ๐™ ๐™–๐™ฉ ๐™Ž๐™–๐™›๐™ฌ๐™– ๐™๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง, ๐™๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™–๐™ฉ 2. ๐™๐™ค๐™ฉ๐™ž ๐˜พ๐™–๐™ฃ๐™–๐™ž 2 ๐™†๐™š๐™ฅ๐™ž๐™ฃ๐™œ (๐˜ฟ๐™๐™–๐™ก + ๐™Ž๐™–๐™ข๐™—๐™–๐™ก) 10 ๐™Ž๐˜ผ๐™/94.52 ๐™...
08/11/2023

๐“œ๐“ช๐“ท๐“ช ๐“๐“ช๐“ด ๐“’๐“ช๐“ป๐“ฒ ๐“ก๐“ธ๐“ฝ๐“ฒ ๐“’๐“ช๐“ท๐“ช๐“ฒ ๐“ด๐“ช๐“ฝ ๐“œ๐“ฎ๐“ด๐“ด๐“ช๐“ฑ?
๐˜ผ๐™™๐™– ๐™ ๐™–๐™ฉ ๐™Ž๐™–๐™›๐™ฌ๐™– ๐™๐™ค๐™ฌ๐™š๐™ง, ๐™๐™ž๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™–๐™ฉ 2. ๐™๐™ค๐™ฉ๐™ž ๐˜พ๐™–๐™ฃ๐™–๐™ž 2 ๐™†๐™š๐™ฅ๐™ž๐™ฃ๐™œ (๐˜ฟ๐™๐™–๐™ก + ๐™Ž๐™–๐™ข๐™—๐™–๐™ก) 10 ๐™Ž๐˜ผ๐™/94.52 ๐™๐™ƒ๐˜ฝ/12.41 ๐™ˆ๐™”๐™.
Macam-macam lagi ada lauk Malaysia kat sini. Sambal Belacan pun ada. Jangan risau untuk bakal jemaah yang kali pertama menunaikan Umrah.
Kebanyakan kedai-kedai di sini boleh โ€œBerbahasa Melayuโ€. Hanya tepuk perut tanya nak makan apa hari ni.. Ini di kawasan Masjidil Haram, memang tak jauh dalam linkungan 50 Meter. Balik Masjid sementara nak balik Hotel tu, pekena dulu Roti Canai 2 Keping dengan Teh Tarik satu. Settle.

๐•Ž๐•’๐••๐•š ๐”น๐•’๐•ฃ๐•’๐•œ๐•’๐•™/๐•Ž๐•’๐••๐•š ๐”น๐•’๐•ฃ๐•’๐•œ๐•’๐•ฅ โ„๐•ฆ๐••๐•’๐•š๐•“๐•š๐•ช๐•’๐•™Merupakan salah satu R&R mana-mana jemaah yang akan bermiqat (tempat niat Umrah yang...
08/11/2023

๐•Ž๐•’๐••๐•š ๐”น๐•’๐•ฃ๐•’๐•œ๐•’๐•™/๐•Ž๐•’๐••๐•š ๐”น๐•’๐•ฃ๐•’๐•œ๐•’๐•ฅ โ„๐•ฆ๐••๐•’๐•š๐•“๐•š๐•ช๐•’๐•™
Merupakan salah satu R&R mana-mana jemaah yang akan bermiqat (tempat niat Umrah yang luar dari Tanah Haram) di Hudaibiyah. Dalam season lepas ada jemaah pernah tanya, nanti kita singgah ke Wadi Barakat? Mak Cik dengar di sana ada jual Cendol. Sebab mak cik tengok kat tiktok tempat ni.
Dekat Wadi Barakat ni kebanyakan makanan Malaysia ada, Nasi Dagang, Nasi Lemak, Laksa, Mee Hailam, Mee Bandung .. Ikan 3 Rasa pun ada.
Alhamdulillah season ni, tercapai jugak jemaah Al Waqar ke Wadi Barakat. Harap-harap mak cik yang tanya season lepas tu adalah lah gamaknya dalam gambar ni. At least, dapat mak cik tu rasa cendol di Tanah Haram. Siapa yang dah sampai โ€œkomen-komenโ€ bagi review sikit.
Dah macam review makanan p**ak hari ni, 20 minit lepas baru je cerita Roti Canai Safwa Tower. Bukan apa, perkara pertama jemaah selalu call tanya sebelum dia purchase. Jemaah akan tanya senang cari makan tak. Harapnya dapat memudahkan jemaah yang dah pernah pergi mahupun yang baru nak pergi. Semoga Bermanfaat !!

KISAH DISEBALIK MASJID NABAWISEJARAH PEMBINAAN MASJID NABAWIKetika zaman Rasulullah SAW dan Khulafa al-Rasyidin, Masjid ...
08/11/2023

KISAH DISEBALIK MASJID NABAWI
SEJARAH PEMBINAAN MASJID NABAWI
Ketika zaman Rasulullah SAW dan Khulafa al-Rasyidin, Masjid Nabawi tidak memiliki sebarang bentuk menara. Orang yang perta sekali membina menara Masjid Nabawi ialah Umar bin Abdul Aziz pada tahun 93 Hijrah, iaitu dengan mendirikan empat menara masjid yang tingginya lebih kurang 27.5 meter (90 ka) pada empat sudut.
Pembinaan menara Kemudian diikuti Qaitbay yang membangunkan menara kelima di Babur Rahmah. Kelima-lima menara Masjid Nabawi ini terus dipertahankan sehinggalah tiga buah menaranya diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek Perluasan Saudi Pertama. Kemudiannya tiga menara yang diruntuhkan telah diganti dengan dua buah menara baru setinggi 72 meter. Lalu pada Projek Perluasan Saudi Kedua ditambah lagi dengan 6 buah menara Masjid yang setiap satunya berketinggian 104 meter, tinggi hilal 6 meter dan beratnya mencecah 4.5 tan. Sehingga kini Masjid Nabawi mempunyai 10 buah menara masjid.

๐™ˆ๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™ˆ ๐˜ผ๐™†๐™ƒ๐™„๐™ ๐˜ฟ๐™„ ๐™ˆ๐™€๐™†๐™†๐˜ผ๐™ƒ - ๐™‚๐™๐˜ผ ๐™ƒ๐™„๐™๐˜ผ ๐™ˆ๐™€๐™‰๐™…๐˜ผ๐˜ฟ๐™„ ๐™๐˜ผ๐™†๐™‡๐™๐™†๐˜ผ๐™‰Kelmarin berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, malam tadi akh...
08/11/2023

๐™ˆ๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™ˆ ๐˜ผ๐™†๐™ƒ๐™„๐™ ๐˜ฟ๐™„ ๐™ˆ๐™€๐™†๐™†๐˜ผ๐™ƒ - ๐™‚๐™๐˜ผ ๐™ƒ๐™„๐™๐˜ผ ๐™ˆ๐™€๐™‰๐™…๐˜ผ๐˜ฟ๐™„ ๐™๐˜ผ๐™†๐™‡๐™๐™†๐˜ผ๐™‰
Kelmarin berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, malam tadi akhirnya jemaah dapat menaiki hingga ke Puncak.
Tidak sia-sia penantian sekian lama, akhirnya terjawab sudah. Pemandangan yang cukup indah dari puncak Gua Hira.
Banyak pengalaman manis di sini khususnya kenderaan yang jemaah naiki sebelum tiba checkpoint permulaan pendakian Gua Hiraโ€™.
Kepada jemaah yang pernah pergi. Tidak kira TA mana yang penting tujuan yang sama. Share kan โ€œmemori-memori indah di ruangan komenโ€.
Di sini banyak janji akan naik bersama, tapi rupanya dia duduk bawah je. Hahaha. Jangan percaya sangat. Biar banyak berhenti, yang penting sampai ke puncak !!




Berdoa dan mengadu puas-puas di sana. Semoga Allah makbulkan doa hamba2nya. Moge hati menjadi tenang. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐ŸŒธ
08/11/2023

Berdoa dan mengadu puas-puas di sana. Semoga Allah makbulkan doa hamba2nya. Moge hati menjadi tenang. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐ŸŒธ

Kat mana tuuโ€ฆ?Mereka tekun mendengar pelbagai kisah menarik dgn mutawif kita yg sporting. Mengambil iktibar dr kisah jab...
08/11/2023

Kat mana tuuโ€ฆ?
Mereka tekun mendengar pelbagai kisah menarik dgn mutawif kita yg sporting.
Mengambil iktibar dr kisah jabal uhud. Ada yang ingat. Boleh share komen dgn kami. โค๏ธ



Majlis Doa Selamat & Tahlil Arwah di Ladang Kurma, Madinah.Terpancar keceriaan di wajah para jemaah. Alhamdulillah, mala...
08/11/2023

Majlis Doa Selamat & Tahlil Arwah di Ladang Kurma, Madinah.
Terpancar keceriaan di wajah para jemaah.
Alhamdulillah, malam tadi jemaah dibawa ke Ladang Kurma. Terima kasih tak terhingga kepada Tn Hj Afiz Ayub kerana sudi sponsor makan malam di Ladang Kurma. Semoga diperluaskan lagi rezeki dan selalu dalam Rahmat Allah.
Inn Shaa Allah, kami akan kongsikan live view dari Tanah Suci untuk trip2 Al Waqar Travel.
Jutaan terima kasih jua buat semua jemaah yg memilih Al Waqar Travel sebagai teman Umrah & Ziarah anda.
Al Waqar Travel Trusted Travel Agency ๐Ÿ‘







Raudhah dikenali sebagai taman syurga di dunia.. dengan rasa rendah hati berjalan menuju ruang raudhah. Allahumma solli ...
08/11/2023

Raudhah dikenali sebagai taman syurga di dunia.. dengan rasa rendah hati berjalan menuju ruang raudhah. Allahumma solli ala muhammad.




Pilih hotel yang diiktiraf oleh Saudi Ministry Of Tourism. Semoga dipermudahkan
08/11/2023

Pilih hotel yang diiktiraf oleh Saudi Ministry Of Tourism. Semoga dipermudahkan




Alhamdulillah telah berlepas trip semalam. 19 Oktober 23Semoga dimudahkan urusan jemaah 19 oktober. Pergi dan p**ang den...
08/11/2023

Alhamdulillah telah berlepas trip semalam. 19 Oktober 23
Semoga dimudahkan urusan jemaah 19 oktober. Pergi dan p**ang dengan selamat. Semoga mendapat umrah yg mabrur. ๐ŸŒน Amin
Al-Waqar Travel x Afiz Ayub Foundation

Berkumpul di masjid nabawi.. Moge mendapat ibrah  dan pengajaran. Semoga semakin bertambah iman dan tenang di hati โค๏ธ Am...
08/11/2023

Berkumpul di masjid nabawi.. Moge mendapat ibrah dan pengajaran. Semoga semakin bertambah iman dan tenang di hati โค๏ธ Amin..



Menaiki cable car di toif.. Melihat pemandangan dari atas. Subhanallah.. ๐ŸŒน Al Waqar Travel x Afiz Ayub Foundation
08/11/2023

Menaiki cable car di toif.. Melihat pemandangan dari atas. Subhanallah.. ๐ŸŒน
Al Waqar Travel x Afiz Ayub Foundation



Address

No 6 Tingkat 1 Jalan TP 7/6 Taman Perindustrian UEP
Shah Alam
40400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al Waqar Travel Tour posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category



You may also like