Persada Global Holidays - Pakej Umrah Murah

Persada Global Holidays - Pakej Umrah Murah Perunding jualan syarikat pelancongan Muslim yang menawarkan perkhidmatan Umrah, Upah Umrah, dan Upah Haji yang telah 13 tahun ditubuhkan.

Ini gambar terbaru yang admin dapat dari halaman Inside Haramain.Sesak!Alhamdulillah, trend jemaah pada tahun 2024 di Me...
18/02/2024

Ini gambar terbaru yang admin dapat dari halaman Inside Haramain.

Sesak!

Alhamdulillah, trend jemaah pada tahun 2024 di Mekah dan Madinah meningkat. Bolehlah admin cakap secara drastik.

Semalam sewaktu menjemput jemaah ramai jemaah yang jatuh sakit. Ada yang terlalu penat, ada yang demam dan ada yang hilang suara.

Faktor cuaca dan kesesakkan antara faktor utama.

Buat bakal duyufurrahman yang bakal terbang dengan pakej Jejak Haramain persiapkan mental dan fizikal.

Bekalan ubat-ubatan harus ada dalam senarai barang yang akan dibawa.

InshaAllah, Ramadan tahun ini kita akan melihat berganda lebih ramai jemaah yang bakal bertamu di sana.

Rakaman momen jemaah JH 12- 22 (A&B) dan JH 12- 21(A&B) yang kini berada di Haramain.Alhamdulillah, ketiga-tiga group se...
11/02/2024

Rakaman momen jemaah JH 12- 22 (A&B) dan JH 12- 21(A&B) yang kini berada di Haramain.

Alhamdulillah, ketiga-tiga group selesai melaksanakan ibadah sabeel di sana semalam.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hasnul Diwani dan PU Azhar yang turun padang mengaturkan aktiviti tersebut.

Sesungguhnya, besar pahala para jemaah yang berinfaq memberi makanan kepada duyufurrahman di sana.

InshaAllah, group JH12-21 akan bergerak ke Madinah hari ini disusuli dengan jemaah JH12-22.

Moga-moga dipermudahkan urusan untuk bertamu di bumi Rasulullah SAW.

Salam Memperingati Peristiwa Agung Israk Mikraj โœจ Semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini m...
08/02/2024

Salam Memperingati Peristiwa Agung Israk Mikraj โœจ

Semoga kita semua menjadi insan yang lebih baik daripada sebelum ini melalui peristiwa bersejarah dalam Islam ๐Ÿค

33 DAYS ROAD TO RAMADAN

โ€œTiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ...
07/02/2024

โ€œTiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.

Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya."

Mati adalah pasti. Cuma rahsianya bilakah kita akan dijemput ke negeri abadi.

Jagalah tiga perkara.
โœ…๏ธ Nikmat Islam dan mengenal Allah SWT
โœ…๏ธ Niat, lisan dan perbuatan.
โœ…๏ธ Apa yang masuk dan apa yang keluar.

Moga-moga kita semua beroleh husnulhotimah.
Dan beruntunglah buat jiwa-jiwa yang tenang.

"TERINGIN BUAT 30 HARI UMRAH RAMADAN TAHUN NI?""Alhamdulillah.. Umrah bersama Persada Global Holidays lancar walaupun ba...
02/02/2024

"TERINGIN BUAT 30 HARI UMRAH RAMADAN TAHUN NI?"

"Alhamdulillah.. Umrah bersama Persada Global Holidays lancar walaupun baru pertama kali. Insha-Allah jika ada rezeki kami bersama Persada Global Holidays lagi."
- Puan Norziah.

Insha-Allah serendah RM5980 anda bakal terpilih jadi tetamu Allah Ramadan tahun ni bersama Persada Global Holidays.

Kenapa perlu pilih Persada Global Holidays untuk laksanakan umrah?

Persada Global Holidays sudah beroperasi selama 13 tahun dan ada 17 rakan niaga seluruh Malaysia. Tahun ni juga tahun ke 8 Persada Global Holidays anjurkan Iktikaf Ramadan (umrah 30 hari bulan Ramadan).

Persada Global Holidays menawarkan:
- Percuma kursus umrah
- Percuma perubatan sakit luar
- Mutawwif berpengalaman lebih 6 tahun
- Penerbangan terus ke Jeddah menggunakan Saudi Airlines
- Ziarah sekitar Mekah & Madinah (khidmat shuttle 24jam di Mekah)
- Disediakan apartment di kawasan Azizyah (4km dari Mekah) & merasai pengalaman budaya masyarakat Arab
- Disediakan kemudahan asas dobi, klinik, kedai makan dan tempat beli belah di kawasan Azizyah

Selama 13 tahun beroperasi Persada Global Holidays agensi yang dipercayai dan diyakini oleh beberapa
selebriti Malaysia termasuk Dato Aaron Aziz & keluarga, UNIC, Farah Fauzana, Faizal Ismail dan ramai lagi.

Selain tu Persada Global Holidays juga tawarkan pakej:
- ๐Ÿ•‹ Umrah Safwa Ramadan
- ๐Ÿ•‹ Umrah Ramadan Murah

Jom kita usahakan jadi tetamu Allah dibulan Ramadan yang mulia tahun ni.
Semoga Allah permudahkan urusan kita untuk jadi insan terpilih. Insha-Allah.

Klik link admin untuk info lanjut:
https://hi.jomwasap.my/umrahIktikafRamadan

01/02/2024

Ya Allah kami boleh kehilangan dunia tetapi janganlah iman.

Kami boleh ditinggal siapapun asalkan bukan KAU dan kekasihMU.

Apa yang ada dalam Pek Berbuka Puasa Di Haramain.Jemaah yang menyambut Ramadan di Haramain pasti akan teruja apabila set...
31/01/2024

Apa yang ada dalam Pek Berbuka Puasa Di Haramain.

Jemaah yang menyambut Ramadan di Haramain pasti akan teruja apabila setiap kali berbuka akan menerima pek berbuka puasa yang diedarkan secara percuma.

Kalau sebelum ni memang boleh makan nasi kat dalam masjid, tapi sekarang pihak pengurusan dah tak benarkan.

Okey hari ni admin nak kongsikan item yang ada dalam pek berbuka puasa di sana.

1. Kurma
2. Zabadi (yogurt)
3. Laban (susu masam)
4. Serbuk dugah. Serbuk ini selalunya akan dicampur dengan zabadi.
5. Roti
6. Air mineral

Ajaibnya pek ni nampak macam ringkaskan? Tapi bila dah makan rasa segar dan kenyang. Boleh lajak solat terawih sampai 20 rakaat. Imam baca surah Al-Baqarah pun steady je.

Kalau kat Malaysia dah memang tersandar dibuatnya. Nasi, murtabak, air balang. Nak buat 8 rakaat pun rasa macam kelam je.

5 Kelebihan Jika Umrah Bersama Persada Global Holidays - Pakej Umrah Murah๐Ÿ•‹ Akses mudah ke masjid. Tinggal di hotel yang...
29/01/2024

5 Kelebihan Jika Umrah Bersama Persada Global Holidays - Pakej Umrah Murah

๐Ÿ•‹ Akses mudah ke masjid. Tinggal di hotel yang dekat dapat memudahkan anda untuk pergi ke masjid dan mengerjakan ibadah umrah/iktikaf tanpa harus berjalan jauh.

๐Ÿ•‹ Menjimatkan waktu dan tenaga. Hotel yang berdekatan dengan tempat ibadah meminimalkan waktu dan tenaga yang diperlukan untuk perjalanan, sehingga Anda dapat fokus pada ibadah dengan lebih tenang.

๐Ÿ•‹ Kemudahan pengangkutan. Lokasi yang strategik biasanya lebih mudah mendapatkan pengangkutan umum atau untuk perjalanan ke tempat ibadah dan tempat lainnya.

๐Ÿ•‹ Fasiliti yang lengkap. Bayangkan semua keperluan seperti dobi, restoren dan klinik di bawah satu bumbung atau hanya bersebelahan. Mudah bukan untuk anda mendapatkan sesuatu atau bantuan.

๐Ÿ•‹ Memudahkan untuk warga emas dan mereka yang umrah secara berkeluarga. Warga emas selalunya terganggu dengan faktor kesihatan dan kondisi badan. Mereka yang umrah bersama anak kecil misalnya mempunyai banyak ragam. Menginap di hotep yang dekat dapat membantu anda menyelesaikan kedua-dua masalah tersebut.

Dan Alhamdulillah di bawah pakej Jejak Haramain kami sangat menawarkan pakej hotel dekat buat anda.

Kini ibadah umrah anda lebih tenang, selesa dan premium.

Alhamdulillah selamat tiba ke tanah air jemaah JH12-19 dan jemaah sekolah IISM ke tanah air pada jam 9.30 pagi waktu Mal...
27/01/2024

Alhamdulillah selamat tiba ke tanah air jemaah JH12-19 dan jemaah sekolah IISM ke tanah air pada jam 9.30 pagi waktu Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada PU Azhar dan Teacher Abdul Fattah yang begitug komited menyantuni jemaah yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka sepanjang berada di sana.

Moga-moga kesemua mereka mendapat umrah yang makbullah dan berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh team Jejak Haramain.

Pendaftaran untuk umrah pada bulan Ramadan sudah dibuka.

Ratusan juta ribu tahun berhimpit-himpit menunggu untuk dihisab segala amalan yang dikerjakan masa hidup di dunia. Ada y...
24/01/2024

Ratusan juta ribu tahun berhimpit-himpit menunggu untuk dihisab segala amalan yang dikerjakan masa hidup di dunia. Ada yang beruntung ada yang rugi, ada yang muflis.

Pahala sebesar gunung hancur menjadi debu. Ada yang mendapat pahala yang tak tahu datang dari mana asbab kebaikan yang dibuat.

Ada yang dah pasang niat umrah pada tahun ini?Ada yang nak laksanakan umrah pada bulan Ramadan atau Syawal?Ada yang nak ...
24/01/2024

Ada yang dah pasang niat umrah pada tahun ini?

Ada yang nak laksanakan umrah pada bulan Ramadan atau Syawal?

Ada yang nak bawa satu keluarga melaksanakan umrah?

Apa pun niat anda admin doakan agar semua dipermudahkan.

Moga-moga niat dan doa anda dimakbulkan oleh NYA.

7 Kelebihan Bulan Ramadan1. Ramadan bulan membina takwa.2. Ramadan bulan yang mulia.3. Ramadan bulan Quran.4. Doa yang m...
23/01/2024

7 Kelebihan Bulan Ramadan

1. Ramadan bulan membina takwa.
2. Ramadan bulan yang mulia.
3. Ramadan bulan Quran.
4. Doa yang mustajab pada bulan Ramadhan.
5. Ramadan bulan membentuk kesabaran.
6. Ramadan bulan yang paling digalakkan untuk bersedekah.
7. Ramadan antara bulan yang diampunkan dosa.

Moga kita dipertemukan dengan Ramadan untuk tahun ini dan janganlah p**a ia menjadi Ramadan terakhir buat kita.

Address

Setia Alam
Shah Alam
40170

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persada Global Holidays - Pakej Umrah Murah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category


Other Travel Agencies in Shah Alam

Show All

You may also like