UHB Travel & Tours

UHB Travel & Tours Travel Agent, Inbound, Ticketing, Outbound (Collaboration), Umrah Ground Handling

🌙Tazkirah dan Ziarah Sekitar Masjid Al-Nabawi Group 17 Dis 2024 Bersama UHB Travel 🕌Alhamdulillah, aktiviti di Madinah b...
24/12/2024

🌙Tazkirah dan Ziarah Sekitar Masjid Al-Nabawi Group 17 Dis 2024 Bersama UHB Travel 🕌
Alhamdulillah, aktiviti di Madinah berjalan lancar dengan Tazkirah dan Ziarah di perkarangan Masjid Al-Nabawi. Seusai Solat Subuh, jemaah disajikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Mutawwif UHB Travel sebagai pengisian rohani sebelum memulakan sesi ziarah.

MasyaAllah, Rindu Pada Bumi Madinah🥺

Moga Allah SWT menjemput kita menjadi tetamu-Nya sekali lagi.
Aamiin Ya Rabbal Alamin.🤲

Semoga perjalanan ibadah umrah mereka dipermudahkan, dilindungi, dan sentiasa berada dalam rahmat serta kasih sayang-Nya. Aamiin. 🤲

Jemaah Umrah 17 Disember 2024 Selamat Tiba di Madinah Bersama UHB TravelAlhamdulillah, group umrah 17 Disember 2024 tela...
24/12/2024

Jemaah Umrah 17 Disember 2024 Selamat Tiba di Madinah Bersama UHB Travel
Alhamdulillah, group umrah 17 Disember 2024 telah selamat tiba di Madinah di bawah bimbingan Mutawwif UHB Travel & Tours. Semoga para jemaah dapat merebut peluang berdoa di Raudhah, tempat mustajab doa.

Semoga dilancarkan perjalanan jemaah UHB Travel & Tours hingga ke akhir, Insyallah🥰.
𝗨𝗛𝗕 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 𝗔𝗡𝗗 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦
"𝑴𝑬𝑵𝒀𝑼𝑺𝑼𝑹𝑰 𝑮𝑬𝑹𝑩𝑨𝑵𝑮 𝑻𝑨𝑸𝑾𝑨"

🌸 Alhamdulillah, Kepulangan Penuh Kerinduan 🌸Syukur Alhamdulillah jemaah group 10 dis 2024 telah selamat tiba di KLIA pa...
23/12/2024

🌸 Alhamdulillah, Kepulangan Penuh Kerinduan 🌸
Syukur Alhamdulillah jemaah group 10 dis 2024 telah selamat tiba di KLIA pada 21 Disember yang lepas. Terima kasih kepada Mutawwif UHB Travel Ust Naza dan Pengurusan yang menanti di sana kerana menyantuni group jemaah ini. Dan terima kasih juga kepada Jemaah kerana memberi kepercayaan kepada UHB Travel untuk untuk menyantuni anda semua. 🥰
Kami seluruh warga UHB Travel & Tours mendoakan agar semua Jemaah mendapat Umrah yang mabrur dan semoga dilimpahi hidayah olehNya, InsyaAllah....
𝗨𝗛𝗕 𝗧𝗥𝗔𝗩𝗘𝗟 𝗔𝗡𝗗 𝗧𝗢𝗨𝗥𝗦
"𝑴𝑬𝑵𝒀𝑼𝑺𝑼𝑹𝑰 𝑮𝑬𝑹𝑩𝑨𝑵𝑮 𝑻𝑨𝑸𝑾𝑨"

22/12/2024

KURSUS UMRAH PERDANA

🎂Sambutan Hari Lahir dan Program Tausiah Haramain di Ladang Kurma, Madinah bersama UHB Travel🌴✨Alhamdulillah, bertuahnya...
20/12/2024

🎂Sambutan Hari Lahir dan Program Tausiah Haramain di Ladang Kurma, Madinah bersama UHB Travel🌴✨

Alhamdulillah, bertuahnya para jemaah Group Umrah 10 Dis 2024 yang dapat menyambut hari lahir mereka di tanah suci Madinah!

Program Tausiah Haramaian ini adalah antara program wajib bersama trip Umrah UHB Travel yang dibimbing oleh Mutawwif UHB Travel. Antara pengisiannya termasuk majlis tahlil, doa selamat, solat berjemaah, dan sambutan hari lahir untuk para jemaah yang diraikan.

Semoga keharmonian dan silaturrahim🧑‍🤝‍🧑👭 dapat dieratkan antara satu sama lain dan berkekalan sehingga pulang ke tanah air. InshaAllah. Aamiin. 🌙🤲

Salam Jumaat Penghulu Segala HariAllah memberikan kebahagiaan (diibaratkan seperti matahari), dan apabila ujian datang (...
20/12/2024

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari
Allah memberikan kebahagiaan (diibaratkan seperti matahari), dan apabila ujian datang (hujan dan petir), ia sebenarnya untuk menggantikan sesuatu yang lebih indah (pelangi). Ini mengingatkan kita untuk sentiasa bersangka baik dengan Allah dan yakin pada hikmah di sebalik setiap takdir-Nya.
Daripada Suhaib bin Sinan r.a., bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin! Sesungguhnya seluruh urusannya adalah baik, dan itu tidak dimiliki oleh siapa pun kecuali orang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, maka itu juga baik baginya."

(Hadis Riwayat Muslim, No. 2999)

Pengalaman Berharga di Raudhah: Jemaah Umrah Bersama UHB TravelGroup umrah 10 Dis 2024Alhamdulillah, masuk hari ke 10 je...
19/12/2024

Pengalaman Berharga di Raudhah: Jemaah Umrah Bersama UHB Travel
Group umrah 10 Dis 2024

Alhamdulillah, masuk hari ke 10 jemaah telah berada di tanah suci, semua jemaah group umrah 10 Disember 2024 berpeluang memasuki Raudhah dengan bimbingan Mutawwif UHB Travel, Ust Naza.

Syukur semua urusan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Semoga baki hari yang ada sebelum meninggalkan tanah suci dapat dimanfaatkan dengan baik oleh para jemaah untuk beribadah dan meraih keberkatan terakhir kali ini di tahun ini.

InshaAllah, semoga diberikan rezeki lagi untuk menjejakkan kaki di tanah suci ini pada masa akan datang. Aamiin.

Aktiviti Ziarah Masjid QubaGroup Umrah 10 Dis 2024Alhamdulillah hari ke-9 di tanah suci, Group Umrah 10 Dis 2024 diberi ...
19/12/2024

Aktiviti Ziarah Masjid Quba
Group Umrah 10 Dis 2024
Alhamdulillah hari ke-9 di tanah suci, Group Umrah 10 Dis 2024 diberi kesempatan menziarahi Masjid Quba, masjid pertama yang dibina dalam sejarah Islam. Para jemaah mendengar penerangan penuh khusyuk daripada Mutawwif Ustaz Naza tentang kelebihan dan sejarah masjid ini. Semoga setiap langkah dan ziarah ini menjadi ibadah yang diterima Allah, dipermudahkan urusan mereka dan dikurniakan kesihatan.

Aamiin...

ALHAMDULILLAH SELESAI UMRAH WAJIB GROUP UMRAH 17 DIS 2024 UHB TRAVEL 🕋🤲🏻Alhamdulillah, Group Umrah 17 Dis 2024 telah sel...
19/12/2024

ALHAMDULILLAH SELESAI UMRAH WAJIB GROUP UMRAH 17 DIS 2024 UHB TRAVEL 🕋🤲🏻

Alhamdulillah, Group Umrah 17 Dis 2024 telah selamat memulakan perjalanan ke Tanah Suci Mekah. Setelah tiba di Jeddah, jemaah meneruskan perjalanan ke Taif untuk berehat dan bermalam, mempersiapkan diri sebelum menunaikan Umrah Wajib. Rombongan ini disertai lebih 40 jemaah yang disantuni oleh Pu Lokman dan Ustaz Safri, yang penuh dedikasi membimbing para Duyufurrahman dalam perjalanan umrah kalini.

Syukur Alhamdulillah,🤲🏻 awal pagi tadi, semua jemaah telah selesai menunaikan Umrah Wajib di bawah bimbingan mutawwif. Ibadah yang dilaksanakan ini menjadi langkah pertama sebelum melaksanakan ibadah lain dan aktiviti ziarah yang telah disusun dalam jadual trip bersama UHB Travel.

Kami juga memohon doa 🤲🏻agar semua jemaah selamat pergi dan kembali ke tanah air . Semoga Allah mempermudahkan perjalanan mereka, mengurniakan kesihatan yang baik, dan menerima setiap amalan yang dilakukan sepanjang musafir ini. InshaAllah, trip ini bukan sekadar musafir biasa, tetapi sebuah pengembaraan jiwa menuju redha Ilahi. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

📌  Assalammualaikum wbt, PERHATIAN kepada semua bakal jemaah dan muslimin dan muslimat dari KUANTAN, PEKAN, GAMBANG, JAY...
18/12/2024

📌
Assalammualaikum wbt, PERHATIAN kepada semua bakal jemaah dan muslimin dan muslimat dari KUANTAN, PEKAN, GAMBANG, JAYA GADING dan sekitarnya, ANDA dijemput untuk hadir ke KURSUS UMRAH TERBUKA anjuran UHB Travel & Tours details seperti dibawah 🤍 PERCUMA dan terbuka untuk semua🤲
📍Tempat: Hombre Studio, Jaya Gading, Kuantan
📆Tarikh: 22 Disember 2024 (Ahad)
⏰Masa: 9 pagi - 12 tghri
🗣Penceramah: Ust Khairul Fikrie
Semoga kehadiran muslimin dan muslimat ke majlis ilmu ini dapat memeriahkan lagi majlis Ilmu ini, InshaAllah..
Untuk pertanyaan boleh hubungi admin
📞www.wasap.my/60189063935/kursusumrah22dis

Suasana Keberangkatan Jemaah Umrah Group 17 Dis 2024🕋🥰 Alhamdulillah, suasana penuh syahdu menyelimuti keberangkatan jem...
18/12/2024

Suasana Keberangkatan Jemaah Umrah Group 17 Dis 2024🕋🥰
Alhamdulillah, suasana penuh syahdu menyelimuti keberangkatan jemaah umrah group 17 Dis 2024 di Lapangan Terbang KLIA petang semalam. Alhamdulillah jemaah telah selamat tiba di Jeddah pagi tadi dengan penerbangan Saudi Airlines disantuni oleh Pengarah Pengurusan dan Mutawwif UHB Travel, PU Lokaman. 🤲🏻
Seluruh kakitangan UHB Travel & Tours mengucapkan selamat menjalani ibadah umrah dan ziarah kepada semua para Duyufurrahman. Semoga setiap langkah diberkati, setiap doa dimakbulkan, dan setiap ibadah diterima sebagai umrah yang mabrur.🤲🏻
Allahumma Aamin.

17/12/2024

PENERBANGAN GROUP 17DIS24

SELAMAT TIBA DI MADINAHGroup 10 Disember 2024Alhamdulillah, group umrah 10 Disember 2024 telah selamat tiba di Madinah s...
17/12/2024

SELAMAT TIBA DI MADINAH
Group 10 Disember 2024
Alhamdulillah, group umrah 10 Disember 2024 telah selamat tiba di Madinah semalam. Semoga ibadah hari ini dipermudahkan InshaAllah. Banyak aktiviti ziarah yang akan dibimbing oleh mutawwif sepanjang berada di Tanah Suci Madinah, termasuk lawatan ke tempat bersejarah dan makam Baginda Rasulullah SAW.

Kami mengucapkan selamat menjalani ibadah umrah kepada semua Duyufurrahman. Semoga setiap langkah mendapat rahmat-Nya dan beroleh Umrah Maqbullah. Aamin Ya Rabb.

JOM UMRAH BERSAMA UHB TRAVEL & TOURS PAKEJ BERMULA RM5,880
http://www.wasap.my/60192565471/umrahuhb

📌  Assalammualaikum wbt, PERHATIAN kepada semua bakal jemaah dan muslimin dan muslimat dari KUANG, RAWANG, SG BULOH, SEL...
17/12/2024

📌
Assalammualaikum wbt, PERHATIAN kepada semua bakal jemaah dan muslimin dan muslimat dari KUANG, RAWANG, SG BULOH, SELAYANG, PUNCAK ALAM, SHAH ALAM dan sekitarnya, ANDA dijemput untuk hadir ke KURSUS UMRAH TERBUKA anjuran UHB Travel & Tours details seperti dibawah 🤍 PERCUMA dan terbuka untuk semua🤲
📍Tempat: Masjid Jamek Al-Hikmah Kuang, Kampung Batu Dua Puluh, Rawang, Selangor.
📆Tarikh: 22 Disember 2024 (Ahad)
⏰Masa: 9 pagi - 12 tghri
🗣Penceramah: PU Johani
Semoga kehadiran muslimin dan muslimat ke majlis ilmu ini dapat memeriahkan lagi majlis Ilmu ini, InshaAllah..
Untuk pertanyaan boleh hubungi admin
📞www.wasap.my/601139144133/kursusumrah22dis

✨ Umrah Ketiga dan Lawatan Bersejarah yang Penuh Ibrah Bersama UHB Travel ✨  Alhamdulillah, telah selesai Umrah Ketiga g...
16/12/2024

✨ Umrah Ketiga dan Lawatan Bersejarah yang Penuh Ibrah Bersama UHB Travel ✨
Alhamdulillah, telah selesai Umrah Ketiga group jemaah umrah 10 Dis 2024 dengan bimbingan Mutawwif UHB Travel, Ustaz Naza.

Sebelum melaksanakan umrah ketiga, jemaah juga berpeluang melawat tempat-tempat istimewa di Tanah Suci. Antara pengalaman bermakna adalah dapat ziarah ke Muzium Al Amoudi untuk mengimbas sejarah Islam dan perkembangan Makkah, serta ke Muzium Wahyu bagi mendalami kisah awal penurunan wahyu di kota suci ini.

Kami mendoakan semoga perjalanan jemaah ke Madinah hari ini dipermudahkan oleh Allah SWT. Aamiin..🤲

Kenangan Indah Ziarah Luar Makkah - Group Umrah 10 Disember 2024  Alhamdulillah, hari ke 3 di Makkah, para jemaah dari G...
16/12/2024

Kenangan Indah Ziarah Luar Makkah - Group Umrah 10 Disember 2024

Alhamdulillah, hari ke 3 di Makkah, para jemaah dari Group Umrah 10 Dis 2024 bersama UHB Travel berpeluang ziarah luar Makkah.
Antara destinasi-destinasi yang dilawati adalah seperti Jabal Rahmah, tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa; Jabal Tsur, gua tempat persembunyian Rasulullah ﷺ ketika hijrah; serta kawasan bersejarah seperti Arafah, Mudzalifah, dan Mina. Ianya mengingatkan kita akan pengorbanan dalam ibadah haji, dan telah memberi pengalaman yang mendalam kepada jemaah.
.
Perjalanan diteruskan lagi jemaah menuju ke Miqat Masjid Jaaranah untuk berniat umrah kedua seterusnya ke Masjidil Haram untuk menunaikan ibadah umrah.
.
Kami mendoakan agar semua jemaah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan fizikal dan mental untuk menunaikan setiap ibadah dengan sempurna.

Address

11-12-1A, Jalan Pahat J/15J, Dataran Automobil, Seksyen 15
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60355234605

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UHB Travel & Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to UHB Travel & Tours:

Videos

Share

Category

UHB Travel & Tours Sdsn Bhd

UHB Travel & Tours Sdn Bhd memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mempunyai pengalaman pengurusan pelancongan selama 5 tahun, Kepakaran Kami adalah menyantuni Para Tetamu Allah SWT dengan pengisian yang menangkap kalbu para Tetamu Allah SWT dan memberi jaminan kepada Para Tetamu Allah SWT memberikan pengurusan yang sangat teratur dan tersusun.

UHB Travel & Tour Sdn Bhd juga ada memyediakan perkhidmatan Ziarah ke negara islam dan juga negara yang lain ,

UHB Travel merupakan syarikat yang berdaftar dibawah kementerian pelancongan dan telah diiktiraf oleh kementerian pelancongan dan Motac

“MENYUSURI GERBANG TAQWA”