06/02/2023
Tempat Makan Menarik Di Seberang Perai (2023) | Sedap & Best
Pak Mat Western
https://maps.app.goo.gl/zJh8ePQxbSnpGWwbA
‘Citarasa hotel, harga warung’ – ini merupakan ‘tagline’ Pak Mat Western Cafe! ‘Tagline’ ini memang kena dengan kafenya dek kerana kualiti makanannya yang tinggi (setaraf dengan hotel) dan harganya yang sangat berpatutan. dari menu Chiken chop, Lamb chop menu paling padu & Mix platter adalah menu paling meletup. Selain itu terdapat juga Nasi goreng Chiken Chop, Nasi Kambing & pelbagai jenis Spagetti. terbaru dengan menu Sarapan, Nasi Lemak 90 sen!!! Ya 90 sen sahaja. Rugilah kalau dah sampai seberang perai tak cuba keenakan makan di Pak Mat Western
Nasi Kandar Ahmad
https://maps.app.goo.gl/qX7KpjTGJqzH71oeA
Restoran Nasi Kandar Ahmad ni terletak Taman Kasawari, Simpang Ampat, Pulau Pinang. Restoran Nasi Kandar ni rare sikit sebab ni nasi kandar melayu... Biasanya nasi kandar ni orang akan kaitkan dengan mamak. Lauk-lauk pun kalau tengok sama saja dengan nasi kandar mamak, cumanya air tangan melayu saja. Masa aku datang ni, waktu peak hour orang nak makan tengahari, jadi kena beratur panjang la untuk sepinggan nasi kandar melayu ni.Kalau Beradi di Seberang Perai, Wajib Cuba makanan kat sini
Restoran Ikan Bawal Kelapa Sawit
https://maps.app.goo.gl/3HgGQAcXAP1GfZkW8
Nak Makan tengah hari kat mana??? Nindia kedai makan melayu yang wajib cuba bila mai penang. Ikan bawal digoreng panas-panas, diangkat dari kuali terus ke pinggan korang. Nak minta ikan lain, takde ek...keli pun takde...hal ada bawal sahaja yang digoreng panas-panas. Bukan la bermaksud korang datang sini just makan bawal goreng dengan nasi kosong je...hahahaha... Ada banyak lagi lauk di sini, macam-macam gulai, sayur dan lain-lain. Ikan yang digoreng panas-panas + Kari ikan + Kicap Sambal + Sambal belacan + Ayaq Nyor gelas besar. Menu berat tengah hari yang wajib bila berada di seberang perai. Satu lagi yang menarik Bawal Goreng Kelapa Sawit ni, tempat parking yang luas dan selesa. Tak payah nak berebut-rebut, walaupun ramai orang datang, parking bukanlah satu masalah besar.
TwinCafe Sup88
https://maps.app.goo.gl/yo5LK5EA4cVQ4jw46
Kalau Kat Pulau Kita ada Sup Hamid, Di Seberang kita ada Sup Utara. Boleh singgah ke TwinCafe Sup88. Sup ayam, daging, ekoq, gear box, sup campuq semuanya ada! Kalau nak tahu, sup-sup di kedai ni dimasak berjam lamanya supaya betul-betul ‘kick’ bila dihirup. Resepinya pun bukan biasa-biasa, kerana mereka menggunakan resepi turun-temurun yang diwarisi sejak tahun 1988 lagi!
Nasi Campur Permai Tepian
https://maps.app.goo.gl/MDNYUHyHETSWffuP6
Kedai Nasi Campur Permai Tepian nampak sahaja macam warung biasa dengan kerusi plastiknya yang memang sempoi habis, tapi kebenarannya, di sinilah anda dapat menikmati masakan tradisional Melayu yang paling hebat di Penang. Berkonsep terbuka, di sini anda dapat menjamu selera sambil menghirup udara luar, nak lagi syok, anda boleh makan di bawah pokok besar atau di belakang kedai yang menyajikan pemandangan sungai yang mengalir tenang. Macam ni barulah sesuai dengan hidangan tradisionalnya, tak gitu? Lauk-pauk yang dihidangkan memang melampau banyaknya, boleh rambang mata nak buat pilihan. Jangan lupa untuk penuhkan pinggan dengan ulam dan sambal, barulah betul-betul masakan Melayu. Apa-apa pun, anda wajib cuba sambal janggut sotongnya, memang sedap!
Roti Canai Mamu Penaga
https://maps.app.goo.gl/zpaW4kG5qqSUDZwz6
Bermula dengan hanya berniaga di tepi jalan, kini kedainya kian berkembang kerana keunikan yang ditawarkan di mana pembuat roti canainya mampu menerbangkan roti canai ke udara tanpa melekat di siling. Kalau anda nak tahu, pemilik Roti Canai Mamu Penaga ini sendiri pernah terbang sehingga ke 13 buah negara seperti Perancis, Jepun, Azerbaijan, Filipina, Korea dan London untuk menyertai pelbagai pertandingan dan karnival kerana kebolehannya untuk membuat roti canai terbang.
Bagi anda yang datang ke sini, selain berpeluang untuk menyaksikan persembahan roti canai terbang, anda juga boleh menikmati roti canai yang dimasak dengan cara dibakar tanpa menggunakan minyak. Barulah sedap hati nak makan sebanyak mana pun kan?
Shellera Makan
https://maps.app.goo.gl/Ucv5rcBu4tdimiPz8
Tempat makan menarik di Penang seterusnya adalah Shellera Makan yang terletak di Sungai Bakap. Restoran ini menawarkan aneka makanan laut dan shell out yang sedap dengan harga yang berbaloi. Antara menu yang perlu anda cuba jika ke sini adalah Shell Out, Siakap Ikan Bakar, Grilled Norwegian Salmon, Spaghetti Seafood Aglio Olio dan banyak lagi! Buat penggemar makanan barat khususnya, pasti tak menyesal jika makan di sini dan menunya pasti menjilat jari.
Streeto Pizza Batu Kawan
https://maps.app.goo.gl/Z32WJ5q5nVgyEVtv9
Jika anda mengidamkan pizza, singgah sahaja di Streeto Pizza! Restoran ini menyajikan pelbagai jenis pizza, malah ada juga yang bukan senang untuk didapati di mana-mana restoran. Antara pizza yang wajib anda rasai ialah Pizza Chicken Chop Berapi, Pepperoni Pizza, Mix Delicious Pizza, Meatball Pizza dan banyak lagi. Keju yang melapisi permukaan pizza ini agak banyak namun ianya tidak memuakkan, malah menyelerakan!
Adam Char Koey Teow
https://maps.app.goo.gl/VnQy37jksGM1FZXu7
Mai Penang kalau tak kena Char Koey Teow memang tak lengkap la percutian. Char kuey teow merupakan antara makanan yang kerap menjadi pilihan ramai untuk makan malam. Di Permatang Pauh, restoran Adam Char Koey Teow ini merupakan antara yang paling terkenal di sini. Kuahnya merupakan tarikan utama menu ini. Rasa udang yang segar, ditambah p**a dengan jumlah kuey teow yang banyak membuatkan ramai pelanggan terpikat dengannya. Anda wajib cuba!
De Pauh Garden
https://maps.app.goo.gl/EZLAaUVJcRXZe4YJ9
Ia mungkin restoran terbesar di Pulau Pinang dengan kapasiti lebih 500 orang pada satu masa. De Pauh Garden juga menyediakan pilihan makanan yang banyak iaitu merangkumi masakan Melayu, Barat, Thai dan juga Indonesia. Ia juga ada kemudahan tempat meletak kereta termasuk untuk golongan OKU, ruang rehat, surau dan tandas. De Pauh Garden mendapat rating yang tinggi untuk makanan mereka. Semua gabungan ini menjadikan De Pauh tidak putus-putus menerima pelanggan.
Warung Paksu Mee Udang
https://maps.app.goo.gl/djcF1V1roWuDBCC17
Ikan bakar, mee ketam, mee udang, kerang bakar, kerang rebus, sotong bakar, sate dan banyak lagi menu berasaskan makanan laut ada di sini. Mee udang dan mee ketamnya paling banyak dipilih pelanggan. Hidangan yang lain p**a seperti ketam sangat menggiurkan. Malah, pelanggan juga mengesyorkan hidangan ketam mereka. Jadi, anda pasti mahu mencubanya juga jika anda singgah di warung ini
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (12pm – 1030pm), ditutup pada hari Khamis
BKE Corner
https://maps.app.goo.gl/oGFZZbBtJRMyqmPG8
Antara tempat yang menarik untuk makanan western di seberang perai. Kepada yang mencari-cari western food sebagai makan petang di area Bukit Mertajam ni, boleh la berkunjung ke BKE Corner yang terletak di Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Restoran ni buka dari pukul 5 petang hingga 12 tengah malam setiap hari kecuali hari Selasa. Selasa off day. 'BKE' sebab aku rasa restoran ni berdekatan dengan highway BKE. Signboard pun sebesar-besar alam boleh nampak dari jauh. Burger Komtar & Teh Ais Madu dia memang rancak...
Restoran Anggerik Desa
https://maps.app.goo.gl/ZqziFFEVVPNg1yWX8
Menunya adalah gabungan masakan Pantai Timur dan Thailand. Nasi dagang, nasi kerabu, nasi campur, laksam, bubur pulut hitam, serawa pisang, somtam, pulut mangga dan banyak lagi. Ada yang s**a datang untuk bersarapan di sini. Ada yang datang untuk pencuci mulutnya dan ada yang s**a datang pada bila-bila masa kerana menunya yang pelbagai. Secara keseluruhannya, pelanggan amat berpuas hati dengan masakan mereka dan persekitaran serta layanan kepada pelanggan di sini.
Alamat: 12, Jalan Todak 4, Seberang Jaya, 13700 Perai
Waktu Operasi: Setiap hari (7am – 10pm)
Al-Araby Mathaam
https://maps.app.goo.gl/35BmpFvbgpkpVoJv8
Restoran masakan Timur Tengah menarik ramai pelanggan dari latar belakang budaya yang berbeza. Makanannya sedap dan harganya p**a berpatutan. Seperti biasa, kuantiti makanan Timur Tengah banyak berbanding hidangan tempatan dan rasanya agak tawar. Tapi, ia hebat pada dagingnya. Restoran ini luas dengan suasana yang cukup selesa untuk makan berkump**an atau bersama-sama ahli keluarga,
Alamat: 2762, Persiaran Sembilang, G3 – G4, Tesco Extra Seberang Jaya, 13700 Seberang Jaya
Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 1030pm)
Cendol Ali Sungai Bakap
https://maps.app.goo.gl/jZXKXpHSsNWBL3bb6
panas-panas kalau kena cendol memang best. Sedapnya makan cendol yang isinya ialah pulut, kacang merah. Hidden gem kat sungai bakap. Cendol Ali Sungai Bakap. Bertempat di depan masjid Sungai Bakap berhampiran Hospital Sungai Bakap. Antara cendol Paling Lagend. Almost 50 tahun cendol nie. Gula melaka dia yang pekat, kacang merah yang lembut, cendol dia yang lembut, ais dia halus ja dan ditambah dengan santan yang pekat. Rasanya dari dulu sampai la nie sama ja. Memang rugi kalau dah sampai seberang tapi tak mai cuba.
Waktu Operasi: Setiap hari (11am – 4pm) Hujan tutup.
The Wood by Benz Coffee
https://maps.app.goo.gl/YcA1DYYU7vZSKkb79
Kalau nak cari hispter cafe sambil nak healing-healing dan ambik gambar suasana dalam garden gitu. Memang spot terbaik untuk instagramable la. Hidden cafe di Bukit Mertajam.. The Woods by Benz Coffee, KEDAI KOPI MESIN PORT LEPAK baru BERTEMAKAN ENGLISH GARDEN di ALMA BUKIT MERTAJAM 🥰. Cafe yang best untuk semua bangsa kunjungi 😍🥰. Pelbagai pilihan makanan WESTERN, ROTI BAKAR DAN COFFEE BREW YANG BEST untuk hampa nikmati !! 😍. Banyak pilihan menu untuk hampa order weyyy 😉😍. Paling best kedai ni dah design cantek tau, kena ambil banyak gambar kat sana lah, rasai environment english garden.
Waktu Operasi: 5.00 Petang - 11.00 Malam
(Hari Tutup - Rabu)