Umrah Hotel Dekat

Umrah Hotel Dekat Kami menawar pakej umrah dengan hotel terdekat dengan bayaran terendah. kami juga memberikan kad per
(2)

Last callTinggal 4 Dis 2023Pakej Sirah bersama PU AminHubungiwasap.my/60198969496/umrah_pu_aminwasap.my/60197799797/umra...
14/09/2023

Last call
Tinggal 4 Dis 2023
Pakej Sirah bersama PU Amin
Hubungi
wasap.my/60198969496/umrah_pu_amin

wasap.my/60197799797/umrah_pu_amin

PANGGILAN AKHIR UMRAH BULAN NOVEMBER & DISEMBER BAGI PAKEJ HOTEL 50 METER DI MEKAH ๐Ÿ•‹HARGA PAKEJ UMRAH JIMAT BERMULA RM7,...
08/09/2023

PANGGILAN AKHIR UMRAH BULAN NOVEMBER & DISEMBER BAGI PAKEJ HOTEL 50 METER DI MEKAH ๐Ÿ•‹
HARGA PAKEJ UMRAH JIMAT BERMULA RM7,890
Sejak akhir-akhir ini ramai yang ternanti-nanti ada ke harga yang jimat tetapi nak menginap di hotel 50 meter yang dekat sangat dengan Masjidil Haram. Mudah nak bawa ibu ayah ๐Ÿ˜ญ
Alhamdulillah memang ada pakej hotel dekat dengan harga paling jimat tetapi
untuk 20 sehingga 25 pendaftaran sahaja lagi bagi setiap tarikh penerbangan
๐Ÿ“Œ ๐๐š๐ค๐ž๐ฃ ๐”๐ฆ๐ซ๐š๐ก ๐‰๐ข๐ฆ๐š๐ญ ๐’๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ฒ ๐”๐ฆ๐ซ๐š๐ก : ๐‘๐Œ๐Ÿ•,๐Ÿ–๐Ÿ—๐ŸŽ
6 Keistimewaan Pakej Jimat Ini :
โœ…Hotel 5 Bintang 50 Meter (Makkah Hotel & Towers)
โœ… Hotel 3 Bintang 300 Meter (Diwan Al-Rose Madinah@Setaraf)
โœ… Boleh Pilih Makan Breakfast Sahaja (RM7,890) untuk penjimatan atau Fullboard Citarasa Asia (RM8690)
โœ… Petugas Malaysia Simply Umrah Yang Berpengalaman
โœ… Perlindungan Takaful Di Mekah Madinah
โœ… Pengangkutan Bas Selesa Sepanjang Ziarah
โœ… Mutawwif Profesional Terlatih Dengan Modul Khas Simply Umrah
Macam tak percayakan Pakej yang ditawarkan hanya ๐‘๐Œ๐Ÿ•,๐Ÿ–๐Ÿ—๐ŸŽ duduk di hotel 50 Meter di Mekah,
Dan yang penting ini bersama dengan penerbangan MALAYSIA AIRLINE
๐Ÿ“Œ ๐“๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐๐š๐ค๐ž๐ฃ ๐”๐ฆ๐ซ๐š๐ก ๐‰๐ข๐ฆ๐š๐ญ ๐ข๐ง๐ข ๐ก๐š๐ง๐ฒ๐š ๐ญ๐ž๐ซ๐ก๐š๐ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Ÿ๐ŸŽ ๐ฌ๐ž๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐ฉ๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ค๐ก๐ข๐ซ ๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฃ๐š
Jadinya yang mendaftar awal bersama ahli keluarga masing-masing sahaja yang dapat.
> http://wasap.my/0198969496/umrah_hotel_dekat

Jom Umrah Hotel Dekat
04/08/2023

Jom Umrah Hotel Dekat

04/08/2023
08/01/2023

Begitulah kisah jemaah. Pening mutawwif menguruskan.

20/12/2022

โœ๏ธูˆุงุฏูŠ ุงู„ุฑุงู†ูˆู†ุงุก ุฃุญุฏ ุฃูˆุฏูŠุฉ ุงู„ู…ุฏูŠู†ุฉ ุงู„ู…ู†ูˆุฑุฉ ูˆูŠู‚ุน ููŠ ูˆุณุทู‡ ู…ุณุฌุฏ ุงู„ุฌู…ุนุฉ ูˆุงู„ุฐูŠ ุฃู‚ูŠู… ู‚ุฑูŠุจุงู‹ ู…ู† ู…ุฌุฑุงู‡ ุงู„ู‚ุฏูŠู… ุดู…ุงู„ูŠ ู…ุณุฌุฏ ู‚ุจุงุก ุจู…ุณุงูุฉ 900 ู…ุชุฑ ุชู‚ุฑูŠุจุงู‹ ูˆุญุงู„ูŠุง ุบุทูŠ ู…ุนุธู… ู…ุฌุฑู‰ ุงู„ูˆุงุฏูŠ ูˆูŠุจุฏุฃ ู…ู† ุฌุจู„ ู…ู‚ู…ู† ููŠ ุฌู†ูˆุจ ุงู„ู…ุฏูŠู†ุฉ ู…ุชุฌู‡ุง ุดู…ุงู„ุงู‹ ู…ุงุฑุง ุจุจุณุงุชูŠู† ุงู„ู…ุฏูŠู†ุฉ ุจูŠู† ู‚ุจุงุก ูˆุงู„ุนูˆุงู„ูŠ ุญุชู‰ ูŠุตู„ ุฅู„ู‰ ู…ู†ุทู‚ุฉ ู‚ุฑุจุงู† ูˆู…ู†ู‡ุง ูŠุตุจ ููŠ ู…ุฌุฑู‰ ูˆุงุฏูŠ ุจุทุญุงู† ูˆูŠุตุจุญ ุฌุฒุกุงู‹ ู…ู†ู‡ .. ูˆุนู„ู‰ ุจุนุฏ ูƒูŠู„ูˆ ู…ุชุฑ ูˆุงุญุฏ ู…ู† ู…ุณุฌุฏ ู‚ุจุงุก ูŠู‚ุน ู…ุณุฌุฏ ุงู„ุฌู…ุนุฉ ุงู„ุฐูŠ ุตู„ู‰ ููŠู‡ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฃูˆู„ ุตู„ุงุฉ ู„ู„ุฌู…ุนุฉ ุจุนุฏ ู‡ุฌุฑุชู‡ ุฅู„ู‰ ูŠุซุฑูุจ ุญูŠุซ ุฎุฑุฌ ู…ุชุฌู‡ู‹ุง ุดู…ุงู„ุงู‹ ู…ู† ู…ุณุฌุฏ ู‚ุจุงุกุŒ ูˆุฃุฏุฑูƒุชู‡ ุตู„ุงุฉ ุงู„ุฌู…ุนุฉ ููŠ ุจุทู† ูˆุงุฏูŠ ุงู„ุฑุงู†ูˆู†ุงุก ูˆู‚ุฏ ุญูุฏุฏ ุงู„ู…ูƒุงู† ุงู„ุฐูŠ ุตู„ู‰ ููŠู‡ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุงู„ุฌู…ุนุฉ ูˆูƒุงู† ูŠู‚ุน ููŠ ุฏูŠุงุฑ ุจู†ูŠ ุณุงู„ู… ุจู† ุนูˆู
ู…ู† ุงู„ุฎุฒุฑุฌ ..

@ ู…ุนุงู„ู… ุงู„ู…ุฏูŠู†ุฉ ุงู„ู†ุจูˆูŠุฉ @

08/10/2022
22/09/2022
31/08/2022
Setiap bakal Jemaah umrah / haji perlu mendapatkannya.
13/08/2022

Setiap bakal Jemaah umrah / haji perlu mendapatkannya.

๐Ÿ’‰ VAKSIN MENINGOCOCCAL ๐Ÿ’‰
Apa itu Meningococcal๐Ÿค”๐Ÿ‘€

Suntikan vaksin meningococcal adalah bersifat WAJIB disuntik untuk mengelak daripada kuman meningitis (jangkitan otak).

๐Ÿ”–Meningitis adalah infeksi yang menyebabkan inflamasi pada selaput yang melindungi otak dan sumsum tulang belakang.
Penyakit ini terjadi di negara tertentu terutama di negara Arab saudi sebagai tempat tumpuan menunaikan ibadah umrah & haji.

๐Ÿ”– Meningitis adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria berkelompok A, W, C dan Y. Maka semua jemaah wajib mendapat satu dos vaksin.
Bagi yang ingin menunaikan umrah atau haji boleh dapatkan vaksin di klinik Dr huda๐Ÿค—

โœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจโœจ

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

๐Ÿ“ž 011โ€“13395038

๐Ÿ’Œ [email protected]

๐Ÿ“ No 67, Jalan Jambu 1, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor

https://maps.app.goo.gl/tdiEb8E3m8hz2GDj8













Mulanya nak buat kecilยฒan untuk memenuhi aktiviti sabtu sebelum Ceramah sebenar minggu depan di Surau Setia Tropika, ter...
16/07/2022

Mulanya nak buat kecilยฒan untuk memenuhi aktiviti sabtu sebelum Ceramah sebenar minggu depan di Surau Setia Tropika, teramai n full house plak. Tahniah dan terima kasih kepada bakal jemaah Simply Umrah.
Ingin menunaukan umrah, dapatkan quotation dari www.wasap.my/60197799767/umrah

23/06/2022

Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:-

โ€ข Kos menunaikan haji sekitar 500 - 600 Ringgit Malaya.

โ€ข Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah)

โ€ข Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.

โ€ข Ada 2 pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang

โ€ข Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 - 17 hari.

โ€ข Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk . Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.

โ€ข Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.

โ€ข Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.

โ€ข Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.

โ€ข Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.

โ€ข Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.

โ€ข Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.

โ€ข Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.

โ€ข Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.

โ€ข Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air

โ€ข Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.

โ€ข Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai โ€˜haji kecilโ€™.

โ€ข Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.

โ€ข Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

โ€ข Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.

โ€ข Selepas menunaikan tawaf widaโ€™, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah.
Perjalanan ke Madinah mengambil masa 13 malam.

โ€ข Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.

โ€ข Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.

โ€ข Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.

โ€ข Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.

โ€ข Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.

โ€ข Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.

โ€ข Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.

โ€ข Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.

# Ada banyak lagi catatan yang menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji. Setakat ini dulu perkongsian saya buat kali ini. Jika ada waktu, saya akan kongsikan lanjutan catatan kisah mengerjakan haji oleh Haji Abdul Majid ini. Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia.

Kredit by:
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam

KENAPA MASJIDIL HARAM DINAMAKAN HARAM?Assalamualaikum w.b.tSemoga sahabat sekalian sentiasa berada dalam keredhaan Allah...
27/05/2022

KENAPA MASJIDIL HARAM DINAMAKAN HARAM?

Assalamualaikum w.b.t
Semoga sahabat sekalian sentiasa berada dalam keredhaan Allah S.W.Tโ€ฆ

Kenapa masjidil haram dinamakan haram? Masjidil Haram merupakan sebuah masjid terbesar dimana terdapat kaabah di Kota Mekah yang merupakan tujuan utama dalam ibadah haji.
Masjid ini dibangun mengelilingi kaabah yang menjadi arah kiblat bagi umat Islam dalam mengerjakan ibadah solat.Allah sw.t menjadikan hukum Tanah Haram sama dengan Makkah sebagai memuliakannya.Tanah Haram ini telah diharamkan oleh Allah s.w.t semenjak dijadikan bumi sehingga hari kiamat.

Antara sebab masjid haram dinamakan haram kerana:

1. Haram dimasuki orang kafir.

Allah Taโ€™ala berfirman dalam surah:
โ€œHai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini (iaitu tahun penaklukan kota Mekkah)โ€ (At-Taubah :28)
At-Thabari rahimahullah menafsirkan,
โ€œJanganlah kalian biarkan mereka (orang kafir) mendekati masjidil haram dengan masuk ke kota Mekkah. Maka perhatikanlah larangan kepada mereka memasuki kota Mekkah kerana jika mereka masuk, mereka akan mendekati Masjidil Haram.โ€ (Tafsir At-Thabari 19/141, Muassasah Ar-Risalah, Syamilah)

2. Batas tanah haram

Batas tanah haram yang berlaku semua ketentuan tentang tanah haram itu adalah batas miqat makani sebagaimana yang berlaku buat Jemaah haji. Maka para batas miqat itulah seorang non-muslim tidak boleh masuk lagi ke dalamnya.

3. Ketentuan terkait dengan Wilayah Al-Haram

Selain tidak boleh dimasukki oleh non-muslim, tanah haram di Makkah juga memiliki ketentuan-ketentuan lainnya. Antara lain adalah:
Solat Pahalanya 100 000 kali ganda.
Dari Jabir Radhilallahuโ€™anhu sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda :โ€œSolat di masjidku lebih utama beribu kali (dibandingkan) dengan solat selainnya kecuali di Masjidil Haram. Solat di Masjidilharam lebih utama seratus ribu dibandingkan solat di dalamnya. (HR Ahmad dan Ibnu Majah). Tidak ada larangan untuk melakukan solat pada waktu-waktu tertentu.

Dari Jubair bin Muthโ€™im bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:โ€œWahai Bani Abdi Manaf, janganlah kalian melarang seorangpun yang akan tawaf mengelilingi tujuh kali sekitar kaabah dan seorang yang akan menunaikan solat pada waktu malam atau siangโ€(HR Abu Daud dan Nasaโ€™I, dan Tirmidzi dan Ibu Majah dan di shahihkan Al-Albani)

4. Haram membawa senjata

Di Tanah Haram Makkah, haram hukumnya membawa senjata. Sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W.Dari Jabir bin Abdillah radhiualluanhu, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :โ€ Tidak diperbolehkan bagi kalian membawa senjata di Makkahโ€, (HR Muslim)

5. Haram menumpahkan darah (pembunuhan) dan mematahkan tumbuhan.

โ€œโ€ฆ.maka sejak itu (negeri Makkah) haram dengan keharaman hingga hari kiamat, duri-durinya tidak boleh dipatahkan, binatang buruannya tidak boleh diusir atau diganggu, barang yang jatuh di Makkah tidak boleh diambil kecuali intuk mencari (pemiliknya), tumbuh-tumbuhannya tidak boleh ditebanโ€ฆโ€
(HR Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya, tanah yang dimuliakan Allah s.w.t. menjadi satu asbab mengapa rukun haji itu wujud dan di wajibkan ke atas kita.Maka rugi bagi yang tidak dapat hadir ke Tanah Haram padahal dia mampu.Moga kefahaman ini memberi dorongan kepada kita berazam untuk kesana.



20/05/2022
10/03/2022

Address

Taman Sri Skudai
Skudai
81300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Umrah Hotel Dekat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share

Category


Other Travel Companies in Skudai

Show All