Shahmie Travel & Tours

Shahmie Travel & Tours Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Shahmie Travel & Tours, Travel Service, A-17-2nd Floor, Jalan Nautika A U20/A, TSB Commercial Centre, Sungai Buloh.
(87)

Pakej Pelancongan Luar Negara Berkumpulan
Pakej Umrah & Ziarah

Turkey | Balkan | Europe | China | Korea | Indonesia

Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd
Travel Agent Licence (KPL / LN 7301)
03-6151 0313 Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd (Malaysia)
Mobile/WhatsApp +6010-6000 300 / +6010-6000 400
Email: [email protected]
Travel Agent Licence (KPL/ LN 7301)

Rakaman momen jemaah JH 23 dan 24A yang kini berada di bumi Haramain.Alhamdulillah kini hampir 4 kump**an jemaah berada ...
23/11/2024

Rakaman momen jemaah JH 23 dan 24A yang kini berada di bumi Haramain.

Alhamdulillah kini hampir 4 kump**an jemaah berada di sana.

Barisan mutawif yang menyantuni para duyufurrahman ialah :

✅️ Ustaz Hasnol Diwani
✅️ Ustaz Muhammad Shiddad
✅️ Ustaz Hazeeq

Tidak lupa kepada team operasi di sana Ustaz Abu dan Ustaz Amin yang tampaknya bertungkus lumus memastikan pergerakkan berjalan lancar.

Berbaki lagi 4 kump**an yang menanti hari untuk terbang bagi bulan November ini.

Doakan kami ya?








Alhamdulillah jemaah JH24B telah selamat berlepas pada jam 7.00 malam sebentar tadi waktu Malaysia.Diketuai oleh Ustaz H...
22/11/2024

Alhamdulillah jemaah JH24B telah selamat berlepas pada jam 7.00 malam sebentar tadi waktu Malaysia.

Diketuai oleh Ustaz Hazeeq selaku mutawif lantikan.

Kami doakan agar dipermudahkan segala urusan dan mendapat umrah yang makbullah.

Terima kasih kerana memilih Jejak Haramain.

Pendaftaran bagi pakej umrah Ramadan dan Syawal sudah dibuka. Jon umrah bersama kami.








Alhamdulillah Allah SWT izinkan kami terbangkan lagi jemaah pada awal oagi semalam.Jemaah JH23-A kali ini dibimbing oleh...
21/11/2024

Alhamdulillah Allah SWT izinkan kami terbangkan lagi jemaah pada awal oagi semalam.

Jemaah JH23-A kali ini dibimbing oleh mutawif berpengalaman Ustaz Shiddad.

Uniknya rombongan kali ini disertai oleh warga Singapura seramai 13 orang.

Kami ucapkan terima kasih kerana memilih Jejak Haramain dan mendoakan agar kesemua jemaah ini mendapat umrah yang makbullah.

Pendaftaran bagi pakej umrah Ramadan dan Syawal sudah dibuka.

Boleh pm kami secara terus di mana-mana platform media sosial mahupun secara Whatsup.

Jom umrah bersama Shahmie Travel and Tours.








Peralihan Cuaca di HaramainMusim di Haramain sekarang sedang bertukar musim daripada musim biasa kepada musim sejuk.Dija...
20/11/2024

Peralihan Cuaca di Haramain

Musim di Haramain sekarang sedang bertukar musim daripada musim biasa kepada musim sejuk.

Dijangka pertengahan Disember ini Mekah dan Madinah akan didatangi musim sejuk.

Musim sejuk di Mekah/Madinah walaupun menyamankan tidak boleh dipandang enteng.

Kerana pada waktu malam suhunya boleh mencecah sehingga 10°c.

Angin sejuk p**a bakal menjadi cabaran buat para jemaah kerana bagi jemaah yang datang dari negara Asia Tenggara cuaca sebegini dianggap sebagai cuaca ekstrim buat kita.

InshaAllah untuk jemaah bulan Disember ini diharapkan membuat persiapan rapi dari segi pakaian dan ubat-ubatan agar memudahkan jika ditimpa masalah kesihatan ketika berada di sana.








20/11/2024

Jika anak ada hilang di Masjid Nabawi jangan cemas dahulu. Terus sahaja ke pintu bernombor 35.

Di situ ada kaunter khas untuk mereka yang kehilangan anak.

Apa pun pastikan anak-anak menjadi keutamaan ketika kita berada dalam keramaian orang.

Dan jangan lupa selalu pakai tagging nama Jejak Haramain.

InshaAllah di belakang kad tertera nombor Pegawai Jejak Haramain atau mutawif yang bertugas di sana.








Ziarah luar Madinah"Eh sama jelah Shahmie Travel dengan syarikat lain. Pergi Masjid Quba, ladang kurma, Jabal Uhud. Apa ...
19/11/2024

Ziarah luar Madinah

"Eh sama jelah Shahmie Travel dengan syarikat lain. Pergi Masjid Quba, ladang kurma, Jabal Uhud. Apa yang bezanya?"

Beza kami dengan syarikat lain terletak pada mutawifnya.

Tazkirahnya, cara layanannya, tertibnya, pengisiannya.

InshaAllah dengan Jejak Haramain barisan mutawif kami memang berpengalaman. Semua sirah-sirah selari dengan al-quran. Apa sahaja masalah yang timbul mutawif kami akan berada di sisi untuk membantu.

Admin harap orang yang membaca hantaran ini sila komen di bawah tentang pengalaman anda bersama mutawif Jejak Haramain.

Jom komen!








Alhamdulillah jemaah JH 21 telah selamat tiba di Malaysia pada jam 11.15 pagi waktu Malaysia.Kudos diucapkan kepada Usta...
18/11/2024

Alhamdulillah jemaah JH 21 telah selamat tiba di Malaysia pada jam 11.15 pagi waktu Malaysia.

Kudos diucapkan kepada Ustaz Syahmi yang begitu komited dalam tugasnya sehingga kehilangan suara.

Hebat belaka mutawif di bawah Jejak Haramain.

Semoga hubungan ukhwah yang terjalin bertaut seperti tasbih yang ada awal tetapi tiada akhirnya.

Pendaftaran bagi umrah Ramadan dan Syawal sudah dibuka.

Jom umrah bersama Shahmie Travel and Tours.








3 Bulan Sebelum RamadanRamai jemaah Iktikaf Ramadan pasti akan rindu dengan suasana Ramadan di Haramain.✅️ Meriahnya pes...
18/11/2024

3 Bulan Sebelum Ramadan

Ramai jemaah Iktikaf Ramadan pasti akan rindu dengan suasana Ramadan di Haramain.

✅️ Meriahnya pesta ibadah di sana
✅️ Meriahnya waktu berbuka puasa
✅️ Meriahnya masjid dengan lautan manusia

Vibe ini takkan sama dengan bulan lain.

Segala ibadat yang dikerjakan berasa tenang. Ialah, dengan harga serendah RM 7980.00 dapat duduk sebulan di Mekah.

Takda keperluan untuk tergesa-gesa.

Ada banyak masa, ada banyak ruang.

Objektif utama hanya untuk fokus beribadah di Haramain.

Kami dah buka pendaftaran untuk Pakej Umrah Iktikaf Ramadan dengan harga bermula RM 7980.00.

Semoga impian para jemaah untuk rehlah di Haramain pada bulan Ramadan tercapai.








Alhamdulillah setelah tiba di bumi Madinah usai jemaah berehat buat seketika jemaah dibawa ziarah dalam diketuai oleh Us...
17/11/2024

Alhamdulillah setelah tiba di bumi Madinah usai jemaah berehat buat seketika jemaah dibawa ziarah dalam diketuai oleh Ustaz Hasnul Diwani.

Semoga sepanjang berada di bumi Rasulullah para jemaah dapat meraih sebanyak mana ibrah ketila rehlah di sana.








Alhamdulillah Allah SWT izinkan kami untuk terbangkan satu lagi kump**an jemaah pada awal pagi tadi.JH 22 kali dipimpin ...
16/11/2024

Alhamdulillah Allah SWT izinkan kami untuk terbangkan satu lagi kump**an jemaah pada awal pagi tadi.

JH 22 kali dipimpin oleh mutawif yang tidak asing lagi Ustaz Hasnul Diwani.

Kami doakan agar dipermudahkan segala urusan dan mendapat umrah yang makbullah hendaknya.

Pendaftaran bagi pakej Ramadan dan Syawal sudah dibuka.

Jom umrah bersama Shahmie Travel and Tours.

Jejak Haramain
Pakej selesa untuk anda sekeluarga.








"Aku tak tahu bila lagi boleh jumpa Nabi!"Ahmad, seorang warga tua yang kerjanya biasa-biasa sahaja. Dikelaskan sebagai ...
15/11/2024

"Aku tak tahu bila lagi boleh jumpa Nabi!"

Ahmad, seorang warga tua yang kerjanya biasa-biasa sahaja. Dikelaskan sebagai B40. Rezekinya anak-anaknya sudah besar. Jadi komitmen bulan tidaklah besar.

Pencen sebulan-bulan dia simpan khas untuk melaksanakan ibadah umrah. Berkat menyimpan dengan izin Allah SWT Ahmad dapat mengerjakan umrah sekali setiap dua tahun.

Perasaan Ahmad setiap kali melewati makam Rasulullah SAW dibaluti dengan kesedihan.

"Aku tak tahu bila lagi aku boleh melawat Rasulullah!"

"Banyak dosa aku dengan tuhan. Dapat tak syafaat aku dengan nabi nanti?"

"Moga-moga Allah SWT redha dengan pengorbanan masa dan tenaga aku."

Ya, Ahmad melaksanakan ibadah umrah semata-mata ingin meraih redha Allah SWT, mengubati rasa rindunya pada Rasulullah.

Kerana Ahmad tahu. Masa berjalan. Semakin hari semakin dekat kita dengan negeri abadi dan semakin menjauh kita dengan dunia.

Lalu untuk apa kita cintai yang sementara tetapi mengendahkan yang kekal selamanya?

Kitalah Ahmad.

Seorang hamba yang ingin bertemu Rasulullah.








Diharapkan para jemaah tidak percaya dengan dakwaan bahawa salji telah turun di Mekah.Benar, salji turun di Arab Saudi t...
14/11/2024

Diharapkan para jemaah tidak percaya dengan dakwaan bahawa salji telah turun di Mekah.

Benar, salji turun di Arab Saudi tetapi bukan di Mekah tetapi di Salju tak gurun Al-Nafūd di wilayah Al-Jawf.

Biar pun ia keadaan yang langka tetapi hantaran pengguna media sosial yang tidak bertanggungjawab mampu membuatkan suasa panik kepada kita khususnya umat Islam.

Pastikan sahih baru sebar!








Tahukah anda ada 4 cara untuk bergerak dari Mekah ke Madinah atau sebaliknya.1. Nak kapal terbang2. Naik teksi3. Naik ba...
14/11/2024

Tahukah anda ada 4 cara untuk bergerak dari Mekah ke Madinah atau sebaliknya.

1. Nak kapal terbang
2. Naik teksi
3. Naik bas
4. Nai kereta api laju

Naik kapal terbang ni boleh tapi macam tak logik. Sebab dekat sangat. Baru nak menguap sikit dah sampai.

Jadi teksi, bas dan kereta api laju antara yang relevan.

Macam jemaah JH21 ni ada yang naik bas ada yang naik train.

Ada pro dan kontra la untuk bas dan train.

Tapi kalau untuk pertama kali umrah admin cadangkan naik bas!

Sebab apa? Sebabnya kau dapat tengok suasana negeri Arab macam mana. Siap berhenti makan di RnR.

Luas perjalanan bertambah pengalaman.

Kan?








13/11/2024

Apa yang imam arah sebelum solat di Masjidilharam atau Masjid Nabawi?

Kalau nak tahu tontonpah video ni sampai habis.

Pendaftaran bagi pakej Umrah Ramadan dan Syawal sudah dibuka.

Jom raikan pesona Ramadan bersama Shahmie Travel and Tours dengan berada di bumi Haramain ketika bulan yang mulia itu.








Alhamdulillah selesai umrah pertama Puan Wardati bersama anaknya.Terima kasih kepada PU Abu yang membimbing ibadah umrah...
12/11/2024

Alhamdulillah selesai umrah pertama Puan Wardati bersama anaknya.

Terima kasih kepada PU Abu yang membimbing ibadah umrah mereka sehingga ke penghujungnya.

Untuk anda yang ingin merasai pengalaman Umrah Private bersama kami jom daftar segera.

Jejak Haramain
Pakej selesa untuk anda sekeluarga.








Umrah bulan Ramadan adalah umrah yang paling ditunggu-tunggu oleh para jemaah.Nak tahu sebab apa?✅️ Sebab nak raih pahal...
11/11/2024

Umrah bulan Ramadan adalah umrah yang paling ditunggu-tunggu oleh para jemaah.

Nak tahu sebab apa?

✅️ Sebab nak raih pahala persis mengerjakan haji bersama Rasulullah SAW.
✅️ Nak kerja malam lailatulqadar di Mekah.
✅️ Nak merasai suasana pesta ibadah yang takkan sama di tempat lain.

Mahal ke pakej umrah bulan Ramadan. Kebiasaannya mahal disebabkan majoriti rakyat di Arab Saudi akan bercuti selama sebulan dan tinggal di Mekah sebulan.

Tapi jangan risau dengan Jejak Haramain kami sediakan 3 pakej umrah Ramadan untuk anda semua.

🕋 Pakej Ramadan Ekonomi
✅️ Pakej murah dan selesa untuk anda.
✅️ Khas untuk mereka yang mahukan pakej umrah Ramadan yang berpatutan.

🕋 Pakej Ramadan Safwa Tower
✅️ Pakej premium dengan jarak hotel hanya 50 meter dari hotel ke Masjdilharam.
✅️ Lebih selesa, lebih tenang, mesra warga emas dan kanak-kanak.

🕋 Pakej Umrah Iktikaf Ramadan
✅️ Duduk di Haramain selaman 36 hari dengan harga serendah RM7980.00.
✅️ Khas untuk mereka yang mahu beritikaf di Masjidilharam, mengejar malam lailatulqaadar dan tinggal sebulan di Mekah.

Pakej umrah Ramadan kami lengkap dengan :

✅️ Penerbangan terus ke Mekah/Madinah
✅️ Bimbingan mutawif berpengalaman
✅️ Set bagasi edisi khas
✅️ Kursus umrah percuma
✅️ Nota umrah percuma

Tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan :

https://umrahramadhanshahmie.wasap.my/

https://umrahramadhanshahmie.wasap.my/

https://umrahramadhanshahmie.wasap.my/

Semoga impian kita menyambut Ramadan di Haramain terlaksana.








Umrah Private bersama Shahmie Travel and ToursAlhamdulillah, hari ini team Jejak Haramain berjaya menerbangkan dua jemaa...
11/11/2024

Umrah Private bersama Shahmie Travel and Tours

Alhamdulillah, hari ini team Jejak Haramain berjaya menerbangkan dua jemaah yang memilih pakej umrah private bersama kami.

Terima kasih Puan Wardati bersama anaknya yang sudi menggunakan perkhidmatan kami.

Pakej umrah private ini sesuai untuk anda yang dalam kump**an kecil yang mahukan ketenangan dalam mengerjakan ibadah umrah.

Istimewanya pakej ini anda boleh menyusun jadual sendiri, memilih hotel, pengangkutan seperti yang anda mahukan. Kami akan menyusun atur semuanya mengikut kehendak anda.

InshaAllah dari pihak kami, kami akan menyediakan perkhidmatan bermula dari sebelum anda terbang sehinggalah anda p**ang ke Malaysia.

Berminat dengan pakej umrah private?

Anda boleh pm kami untuk dapatkan butiran lanjut.








Alhamdulillah jemaah JH20 selamat tiba ke tanah air pada jam 11.20 pagi waktu Malaysia.Terima kasih diucapkan kepada Ust...
10/11/2024

Alhamdulillah jemaah JH20 selamat tiba ke tanah air pada jam 11.20 pagi waktu Malaysia.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Hasbi yang berjaya memimpin jemaah dengan jayanya.

Tidak lupa kepada team operasi Malaysia dan Mekah/Madinah ya ng bekerja keras memastikan keperluan jemaah berjaya ditunaikan.

Pakej bagi Umrah Ramadan dan Syawal sudah dibuka.

Daftar segera kerana seat adalah terhad.

Pakej Umrah Jejak Haramain
Pakej selesa untuk anda sekeluarga.








Address

A-17-2nd Floor, Jalan Nautika A U20/A, TSB Commercial Centre
Sungai Buloh
40160

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00

Telephone

+60106000300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shahmie Travel & Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Shahmie Travel & Tours:

Videos

Share

Category

Shahmie Travel & Tours


  • Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd merupakan Syarikat Agensi Pelancongan 100% Muslim bumiputera dan berlesen penuh (KPK/LN 7301) dengan Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya Malaysia (MOTAC). Kami Bergiat aktif berpersatuan dalam mengikuti rapat perkembangan hal ehwal semasa bidang pelancongan. Ahli kepada MATTA (MA 4450), PAPUH (PP 335), dan Bumitra (No.1783).

  • Shahmie Travel & Tours Sdn Bhd dibekalkan Lesen Khas Umrah (SUB 0579) bagi kelengkapan syarat sebagai pengendali pakej Umrah kepada bakal jemaah tetamu Allah ke kota suci Mekah dan Madinah yang dibimbing oleh Mutawwif berpengalaman serta berpengetahuan luas berkaitan manasik Umrah & Haji termasuk pengendalian pakej ziarah ke kota suci ke-3 umat Islam, Baitul Maqdis.

  • Kami mahir mengendalikan pakej ke luar negara (Outbound). Berpengalaman dalam pengendalian pakej perlepasan bersiri secara berkumpulan ke pelbagai destinasi menarik seluruh dunia dengan tawaran harga berpatutan serta jaminan kualiti perkhidmatan pada tahap terbaik.

  • Shahmie Travel & Tours turut menguruskan percutian dalam negara (Inbound), percutian secara persendirian (FIT), serta program lawatan teknikal dan pengurusan acara (MICE). Diuruskan mengikut kesesuaian dan citarasa pelanggan-pelanggan kami.
  • Nearby travel agencies


    Other Sungai Buloh travel agencies

    Show All