UNAN Travel & Tours

UNAN Travel & Tours Menyantuni sepenuh hati dan memberi komitmen yang pantas dalam menyampaikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. BHD. Syarikat berlesen dan berdaftar MOTAC.

UMRAH RINDU HARAMAIN 🕋
(Whatsapp : 012-4150062 / 012-4020062)

UNAN TRAVEL & TOURS SDN.

Malam ni selepas Isyak, jemaah UNAN mengambil sedikit ruang masa untuk membeli kurma dan bijian untuk dibawa p**ang ke M...
23/01/2025

Malam ni selepas Isyak, jemaah UNAN mengambil sedikit ruang masa untuk membeli kurma dan bijian untuk dibawa p**ang ke Malaysia.

Mutawwif setia menemani jemaah. Kedai Maher Zain tetap menjadi idaman kalbu. Selain harga murah, layanan yg diberikan sangat tip top. Nak tahu kenapa? Staf dia akan tolong bawakan plastik-plastik belian sehingga sampai di hotel. Mudah sikit kerja jemaah.

Hari ke 2 di Madinah Al-Munawwarah.Jemaah dibawa ke Kilang Al-Quran, Solat Maghrib di Masjid Qiblatain (masjid 2 qiblat)...
22/01/2025

Hari ke 2 di Madinah Al-Munawwarah.
Jemaah dibawa ke Kilang Al-Quran, Solat Maghrib di Masjid Qiblatain (masjid 2 qiblat), dan makan nasi unta (hashi) di rumah Abdul Haqq.

Terima kasih Abdul Haqq atas masakan nasi unta yg sedap superb. Tambah-tambah jemaah kami bila jumpa nasi unta.

Pagi ini, jemaah Muslimat UNAN TRAVEL telah dibawa  masuk ke Raudhah dengan tasreh (permit Muassasah). Jemaah telah mula...
22/01/2025

Pagi ini, jemaah Muslimat UNAN TRAVEL telah dibawa masuk ke Raudhah dengan tasreh (permit Muassasah).

Jemaah telah mula berhimpun di lobi hotel sekitar jam 7.30 pagi (waktu Arab Saudi) dan mula memasuki Raudhah As-Syarifah bermula jam 8.20 pg.

Alhamdulillah semua jemaah telah dapat memasuki Raudhah dengan jayanya.

Semoga Allah maqbulkan doa semua jemaah.

Jemaah UNAN telah sampai di Madinah. Setibanya di hotel, pihak Mutawwif mohon semua jemaah berhimpun di aras M Hotel unt...
22/01/2025

Jemaah UNAN telah sampai di Madinah. Setibanya di hotel, pihak Mutawwif mohon semua jemaah berhimpun di aras M Hotel untuk makan dan menyampaikan Kad Bilik Hotel. Alhamdulillah.

Nak tahu tak hotel apa?

UNAN TRAVEL
‘Sahabat Umrah Anda’
Santuni Dari Hati

Malam ni kita bawa jemaah masuk ke Muzium Antarabangsa Biografi Baginda Nabi Muhammad saw.  Satgi kita jumpa lagi na. Na...
20/01/2025

Malam ni kita bawa jemaah masuk ke Muzium Antarabangsa Biografi Baginda Nabi Muhammad saw. Satgi kita jumpa lagi na.

Nak bawa jemaah jalan-jalan sat dalam ni. Kamera tak dibenarkan bermula di sini sehingga di sini. Nak tahu apa di dalam? Kena contact UNAN Travel & Tours la..

19/01/2025

Petugas yang membawa Jemaah Umrah dinamakan sebagai Mutawwif.

Banyak perkara yang harus dilihat sebagai fungsi dan peranan sebagai seorang Mutawwif. Ianya bukan sekadar dapat membawa jemaah semata-mata, selain ianya harus dilihat dari kaca mata ‘bijak’ dalam mengatur dan mengurus masa & keperluan jemaah.

Bila ditanya, ketika ramai orang yang ingin melaksanakan ibadah umrah, apakah aspek utama yang menjadi keutamaan dalam memilih sesebuah travel agensi?
Mutawwif atau Syarikat Pengendali Umrah atau jenis flight (airlines) atau pilihan hotel (melibatkan jarak) atau harga servis yang ditawarkan.

Mana satu yang menjadi pemberat kepada jemaah umrah dalam membuat keputusan bagi melaksanakan ibadah umrah. Ditambahi p**a, mutaakhir ini dengar macam-macam cerita tentang jemaah umrah yang terkandas sewaktu ingin melaksanakan ibadah umrah ini.

Selain apa yang disebutkan di atas, tidak kurang pentingnya jemaah perlu memberikan lebih pertimbangan dalam memilih mutawwif yang berpengalaman dalam membantu para jemaah melaksanakan ibadah di Tanah Suci.

Perjalanan umrah selama 10 hingga 12 hari ni (pada kadar kebiasaannya) akan bergantung sepenuhnya kepada caturan bijak yang dimainkan oleh seorang Mutawwif.

Soft skill dan Bermotivasi semasa mengendalikan jemaah yang mempunyai pelbagai ragam dan sikap ini juga perlu ada bagi seorang mutawwif.

Apapon, bergantung kepada bagaimana peranan dan fungsi Mutawwif yang ketika ini sudah mula menjadi salah satu profession di Malaysia.

UNAN TRAVEL.

Seusai tawaf umrah kedua, ramai juga jemaah yang berhasrat menaiki buggy (golf cart) yang telah disediakan.Saya telah du...
19/01/2025

Seusai tawaf umrah kedua, ramai juga jemaah yang berhasrat menaiki buggy (golf cart) yang telah disediakan.

Saya telah dua kali menaiki golf cart ini iaitu ketika buggy ini mula-mula diperkenalkan.
Ketika menaiki Golf Cart ini, pemandu ini cuba mencari seorang daripada penumpangnya yang boleh membaca zikir dan doa saie ini dekat jahr (bacaan secara kuat).

Setiap kali pusingan saie dapat diketahui dengan adanya screen ipad yang diletakkan di bahagian depan atas. Jadi, ianya dapat dijadikan sebagai rujukan berapa pusingan saie kita.

Ketika masuknya waktu solat fardhu, buggy ini akan berhenti bagi memberi sepenuhnya ruang buat jemaah melaksanakan solat fardhu berkenaan. Cumanya, jika para jemaah ingin mengambil wudhu’ gunakan spray wudhu’ sendiri kerana paip air tidak disediakan.

Bagi pusingan terakhir, pemandu akan berhenti di sudut air zamzam dan menghulurkan seorang satu cawan air zamzam. Jemaah tidak perlu turun bagi mengambil air secara sendiri. Dihulurkannya seorang demi seorang. Hebat sungguh layanan servis ni dalam menyantuni para Dhuyufurrahman.

Bagi yang datang mengerjakan umrah, perkhidmatan golf cart hanya disediakan untuk ibadah saie sahaja bagi memudahkan jemaah yang kurang sihat meneruskan ibadah umrah mereka. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan iaitu SR50 bagi sekepala.

Selamat Mencuba.

Jemaah UNAN telah selesai mengerjakan ibadah umrah wajib sekitar jam 2.30 pagi. Alhamdulillah.
17/01/2025

Jemaah UNAN telah selesai mengerjakan ibadah umrah wajib sekitar jam 2.30 pagi.
Alhamdulillah.

Jemaah Umrah Ibrah UNAN telah selamat berlepas ke Mekkah. Alhamdulillah. Semoga mendapat umrah yg maqbulah. Ameen Ya Rab...
16/01/2025

Jemaah Umrah Ibrah UNAN telah selamat berlepas ke Mekkah. Alhamdulillah. Semoga mendapat umrah yg maqbulah. Ameen Ya Rabbal A’lamin.

Alhamdulillah, Hari ini jemaah mula berhimpun di perkarangan Pejabat Urusan UNAN TRAVEL untuk memulakan perjalanan ke Ta...
15/01/2025

Alhamdulillah,
Hari ini jemaah mula berhimpun di perkarangan Pejabat Urusan UNAN TRAVEL untuk memulakan perjalanan ke Tanah Suci.
Jemaah dibawa menaiki bas dari Sg Petani ke KLIA.

Majlis hari ini turut dihadiri oleh YB Ustaz Azizan, ADUN Bukit Selambau merangkap Penasihat Am UNAN TRAVEL. Terima kasih YB Penasihat Am atas kehadiran ini.

Kelihatan ramai sanak saudara para Dhuyufurrahman yang turut hadir menghantar peserta umrah. Penuh dengan deraian air mata. Sesungguhnya kasih sayang adalah merupakan satu elemen kebahagiaan dalam diri kita.

kami santuni anda seperti adik-beradik kami.
15/1-26/1/2025

Jom umrah Ibrah bersama UNAN TRAVEL.

Hari ini, 10 Januari 2025 telah diadakan Kursus Umrah kelompok yang dihadiri oleh sebahagian para jemaah yang akan beran...
11/01/2025

Hari ini, 10 Januari 2025 telah diadakan Kursus Umrah kelompok yang dihadiri oleh sebahagian para jemaah yang akan berangkat ke Tanah Suci pada 25 Februari 2025. INSYAALLAH.

Terima Kasih diucapkan kepada Tuan Rumah Kak Ila atas penganjuran kursus umrah kali ni di rumah beliau. Siap disediakan juadah yang sangat sedap dan enak. Bihun kuah laksa yang menjadi kegemaranku sejak kecil. Ish la.. 😌😌 btw, jazakumullah.

Kami doakan agar murah rezeki Kak Ila sekeluarga.

Pagi ni UNAN Travel berprogram di Maahad Tahfiz Al-Abidin. Program Simulasi Haji untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 hingg...
08/01/2025

Pagi ni UNAN Travel berprogram di Maahad Tahfiz Al-Abidin. Program Simulasi Haji untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 hingga 3.
Program diadakan di Masjid Pokok Tai, Pendang.
Terima kasih atas jemputan.

Petang ini kami sibuk packing kismis dan buah kurma untuk jemaah yang akan berangkat minggu hadapan. Perjalanan indah um...
07/01/2025

Petang ini kami sibuk packing kismis dan buah kurma untuk jemaah yang akan berangkat minggu hadapan.

Perjalanan indah umrah pasti akan menggamit kenangan bersama UNAN TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

Pagi ini telah diadakan satu Taklimat Akhir Perjalanan Umrah dan Majlis Bacaan Yaasin bagi semua jemaah yang akan berang...
03/01/2025

Pagi ini telah diadakan satu Taklimat Akhir Perjalanan Umrah dan Majlis Bacaan Yaasin bagi semua jemaah yang akan berangkat ke Tanah Suci pada 15 Januari 2025 hingga 26 Januari 2025. Insyaallah.

Taklimat ini telah diadakan di Pejabat Urusan UNAN TRAVEL & TOURS SDN. BHD. bermula jam 8.30 pg hingga 12.00 tengah hari.

Pihak Syarikat juga telah menjemput En Shafizul, Wakil Takaful Ikhlas bagi memberikan sedikit maklumat berkaitan Insentif Takaful sepanjang perjalanan jemaah ke Tanah Suci.

Sesi taklimat ini diakhiri dengan lafaz Talbiah beramai-ramai dan jamuan makan.

Pihak Syarikat mengucapkan Selamat Berangkat ke Tanah Suci dan didoakan agar dipermudahkan semua urusan. Insyaallah.

TAKLIMAT AKHIR PERJALANAN & MAJLIS BACAAN YAASIN Untuk makluman semua Jemaah Umrah yang akan berangkat pada 16 Jan 2025,...
31/12/2024

TAKLIMAT AKHIR PERJALANAN & MAJLIS BACAAN YAASIN

Untuk makluman semua Jemaah Umrah yang akan berangkat pada 16 Jan 2025,

Taklimat akhir perjalanan dan Majlis Bacaan Yaasin akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 3 Jan 2025 ( Jumaat )
Masa : 8:30 pagi - 12 tengah hari
Tempat : Pejabat Urusan UNAN Travel & Tours
Kehadiran : DIWAJIBKAN

Makanan disediakan.

Semoga dgn kehadiran semua dapat menyerikan lagi majlis kita...InsyaAllah 😀

Selamat Tahun Baru 2025.🔵 Semoga tahun 2025 Allah lipat gandakan rezeki kita semua.🔵 Kita doakan agar Allah kurniakan ke...
31/12/2024

Selamat Tahun Baru 2025.

🔵 Semoga tahun 2025 Allah lipat gandakan rezeki kita semua.
🔵 Kita doakan agar Allah kurniakan kebaikan, kebahagiaan dan kesihatan yg baik utk keluarga UNAN.
Ameen Ya Rabb.

Ikhlas Dari Kami :
UNAN TRAVEL & TOURS SDN BHD.

Bagi yang nak mengerjakan ibadah umrah, boleh kami hntarkan terus (COD) ke rumah anda!
25/12/2024

Bagi yang nak mengerjakan ibadah umrah, boleh kami hntarkan terus (COD) ke rumah anda!

Address

No A52 Jalan 3A Cinta Sayang Resort Homes
Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UNAN Travel & Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to UNAN Travel & Tours:

Videos

Share

Category