Perkhidmatan Al Ridzuan Trading

Perkhidmatan Al Ridzuan Trading Membekal Barangan Haji Umrah Dengan Harga Mampu Milik

Salam Jumaat
02/06/2023

Salam Jumaat

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISTuntutan Ibadat Korban Bagi Yang Mampuعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى...
02/06/2023

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tuntutan Ibadat Korban Bagi Yang Mampu

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ وَجَدَ سَعَةً فَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا

Daripada Abi Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang ada kelapangan belanja tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri masjid kami. (Musnad Ahmad No: 7924) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1.Ibadah korban sebagai tanda bersyukur di atas segala nikmat yang kita perolehi.

2.Orang yang berkemampuan tetapi tidak melaksanakan ibadah korban seolah-olahnya tidak layak mendatangi masjid untuk melaksanakan ibadat solat.

3.Dalam Mazhab Syafie, kelapangan belanja bermaksud seseorang yang mempunyai wang untuk membeli binatang korban, yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang berada di bawah tanggungannya pada hari raya dan hari-hari tasyrik (10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah).

4.Dalam Mazhab Hanbali p**a, kelapangan belanja ialah mereka yang dapat membeli harga korban walaupun secara meminjam atau berhutang, dan hutang itu mampu dijelaskan.

5.Imam Malik berkata: “Saya tidak s**a terhadap seseorang yang mampu untuk menyembelih binatang (korban) lalu dia meninggalkannya (tidak melakukannya)”. (Lihat: الموطأ 2/38. Imam Malik. Syarah al-Muwatha: Tanwir al-Hawalik)

6.Berusaha melaksanakan ibadat korban agar ia menjadi penghapus kepada dosa-dosa kita dan memberi kelegaan khususnya kepada fakir miskin dan kegembiraan jiran tetangga.

7.Bagi mereka yang berkemampuan dan ada lebihan wang, afdhal melaksanakan Ibadat Korban di mana kita tinggal.

Kata-Kata Semangat
01/06/2023

Kata-Kata Semangat

𝕄𝔼ℕℂ𝔸ℝ𝕀 𝔻𝔸ℕ ℕ𝔸𝕂 𝔹𝔼𝕃𝕀 𝕋𝔼𝕃𝔼𝕂𝕌ℕ𝔾 𝕌ℕ𝕋𝕌𝕂 𝕄𝔸𝕂, 𝕂𝔸𝕂𝔸𝕂, 𝔸𝔻𝕀𝕂 , 𝕋𝕆𝕂? ℕ𝔸𝕂 ℍ𝔸𝔻𝕀𝔸ℍ𝕂𝔸ℕ 𝕌ℕ𝕋𝕌𝕂 𝕆ℝ𝔸ℕ𝔾 𝕋𝔼ℝ𝕊𝔸𝕐𝔸ℕ𝔾? ℕ𝔸𝕂 𝔹𝔸𝔾𝕀 ℍ𝔸𝔻𝕀𝔸ℍ 𝕌ℕ𝕋𝕌𝕂 𝕄...
01/06/2023

𝕄𝔼ℕℂ𝔸ℝ𝕀 𝔻𝔸ℕ ℕ𝔸𝕂 𝔹𝔼𝕃𝕀 𝕋𝔼𝕃𝔼𝕂𝕌ℕ𝔾 𝕌ℕ𝕋𝕌𝕂 𝕄𝔸𝕂, 𝕂𝔸𝕂𝔸𝕂, 𝔸𝔻𝕀𝕂 , 𝕋𝕆𝕂? ℕ𝔸𝕂 ℍ𝔸𝔻𝕀𝔸ℍ𝕂𝔸ℕ 𝕌ℕ𝕋𝕌𝕂 𝕆ℝ𝔸ℕ𝔾 𝕋𝔼ℝ𝕊𝔸𝕐𝔸ℕ𝔾? ℕ𝔸𝕂 𝔹𝔸𝔾𝕀 ℍ𝔸𝔻𝕀𝔸ℍ 𝕌ℕ𝕋𝕌𝕂 𝕄𝔼ℝ𝔼𝕂𝔸 ℙ ℍ𝔸𝕁𝕀 & 𝕌𝕄ℝ𝔸ℍ? 𝕁𝔸ℕ𝔾𝔸ℕ ℝ𝕀𝕊𝔸𝕌, 𝔻'𝕄𝔸𝕃𝕀ℤ𝕀.ℂ𝕆𝕄 𝔸𝔻𝔸
BELI TELEKUNG AS-SAHRA DENGAN KAMI DI D’MALIZI & LAYAK MENYERTAI CABUTAN BERTUAH 😍
TELEKUNG AS-SAHRA
⚪️Material Polysoft Cotton
⚪️Dahi bergetah
⚪️Bertali dibahagian belakang
⚪️Didatangkan dengan warna putih

.
BOLEH DAPAT FREEGIFT DALAM SETIAP PEMBELIAN😍
Berminat tekan terus ke website kami https://dmalizi.com ATAU tekan link di bawah 👇

https://wa.link/c0v9l5
https://wa.link/4kz4nt
https://wa.link/y3klcs
https://wa.link/tp5mfe

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISSatu Rumah Satu Ibadah Korbanعَنْ مِخْنَفِ بْنِ سُلَيْمٍ كُنَّا وَقُوفًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَل...
01/06/2023

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Satu Rumah Satu Ibadah Korban

عَنْ مِخْنَفِ بْنِ سُلَيْمٍ كُنَّا وَقُوفًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ عَلَى كُلِّ أَهْلِ بَيْتٍ فِي كُلِّ عَامٍ أُضْحِيَّة

Daripada Mikhnaf bin Sulaim, kami berwukuf di Arafah bersama Rasulullah SAW dan aku mendengar baginda bersabda: Wahai sekalian manusia, sesungguhnya keatas setiap ahli sebuah rumah, satu ibadah korban pada setiap setahun" (HR Ibnu Majah No: 3116) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.Kita telah memasukki bulan Zulkaedah. Kita ada lebih kurang sebulan lagi untuk menyambut kedatangan Hari Raya Eidul Adha di mana antara amalan yang dituntut kepada Muslim adalah ibadah Kurban.

2.Berdasarkan hadis di atas, sebahagian ulamak beranggapan, Ibadah korban adalah sunat kifayah bagi setiap rumah (suatu sunat yang amat dituntut). Dalam mazhab Syafie ibadat korban ini sunat Muakkad.

3.Bagi Imam Abu Hanifah dan ulamak bermazhab Hanafi telah menetapkan bahawa menyembelih korban adalah wajib sekali setahun bagi orang bermukim dan berkemampuan daripada penduduk tempatan

4.Ibadat korban ini adalah sebahagian dari syiar agama sebagai memperingati pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Ismail. Melaksanakan ibadat ini akan membangkitkan kesedaran untuk sentiasa membelanjakan harta dan berkorban semata-mata meninggikan syiar agama Allah

5.Jika kita mampu membayar bil handset RM 40.00 hingga RM 100.00 sebulan, sanggup membayar bil astro RM 60.00 bulanan, membeli surat khabar dan majalah tidak kurang RM 50.00 sebulan – sewajarnya kita juga mampu menyimpan RM 70.00 hingga 80.00 sebulan untuk membeli satu bahagian daripada korban pada setiap Hari Raya Korban.

Quotes Islami sebagai Motivasi
31/05/2023

Quotes Islami sebagai Motivasi

ℕ𝔸𝕂 𝔹𝔼𝕃𝕀 𝕂𝔸𝕀ℕ 𝕀ℍℝ𝔸𝕄 𝕋𝔸ℙ𝕀 𝕋𝔸ℙ𝕀 𝕋𝔸𝕂𝕋𝔸𝕌 𝕂𝔸𝕋 𝕄𝔸ℕ𝔸? 𝕄𝔼ℍ 𝔹𝔼𝕃𝕀 𝔻𝔼ℕ𝔾𝔸ℕ 𝕂𝔸𝕄𝕀 𝔻'𝕄𝔸𝕃𝕀ℤ𝕀.ℂ𝕆𝕄𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐡𝐫𝐚𝐦 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐥𝐞𝐥...
31/05/2023

ℕ𝔸𝕂 𝔹𝔼𝕃𝕀 𝕂𝔸𝕀ℕ 𝕀ℍℝ𝔸𝕄 𝕋𝔸ℙ𝕀 𝕋𝔸ℙ𝕀 𝕋𝔸𝕂𝕋𝔸𝕌 𝕂𝔸𝕋 𝕄𝔸ℕ𝔸? 𝕄𝔼ℍ 𝔹𝔼𝕃𝕀 𝔻𝔼ℕ𝔾𝔸ℕ 𝕂𝔸𝕄𝕀 𝔻'𝕄𝔸𝕃𝕀ℤ𝕀.ℂ𝕆𝕄
𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐡𝐫𝐚𝐦 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐥𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐧𝐚𝐤? 𝐓𝐚𝐤 𝐩𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐫𝐢𝐬𝐚𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐃𝐌𝐀𝐋𝐈𝐙𝐈.𝐂𝐎𝐌 𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐡𝐫𝐚𝐦 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐧𝐝𝐚

KAIN IHRAM DEWASA
•Material 100% cotton
•SATU SET AKAN DAPAT 2 HELAI, TOP & BOTTOM
•SERAP PELUH & TIDAK PANAS
•SAIZ SESUAI DENGAN MAJORITI RAKYAT MALAYSIA
•BOLEH DICUCI DENGAN MESIN
BOLEH DAPAT FREEGIFT DALAM SETIAP PEMBELIAN😍
Berminat tekan terus ke website kami https://dmalizi.com ATAU tekan link di bawah 👇

https://wa.link/okeinm
https://wa.link/vo1son
https://wa.link/xknaqi
https://wa.link/vslnh2

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISUmrah Menghapuskan Dosa Haji Mabrur Balasannya Syurgaعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْ...
31/05/2023

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Umrah Menghapuskan Dosa Haji Mabrur Balasannya Syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّة

Daripada Abi Hurairah RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Antara satu umrah ke satu umrah menghapuskan dosa antara keduanya dan haji yang mabrur tidak ada baginya ganjaran melainkan syurga” (Sahih Bukhari No: 1773) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Ibadat umrah yang dilakukan secara berulang menjadi penghapus dosa antara keduanya. Iaitu sesiapa yang melaksanakan ibadah umrah secara berulang kali, ia menjadi penghapus dosa-dosa kecil sepanjang tempoh jarak ibadah umrah tersebut.

2.Mereka yang diterima ibadah hajinya (haji mabrur) di sisi Allah, tidak ada sebaik-baik ganjaran yang akan diperolehi di sisi Allah melainkan syurga untuknya.

3.Setiap muslim mestilah berazam bersungguh-sungguh untuk menunaikan ibadah haji dan sentiasa berusaha sedaya mungkin dalam melaksanakan perintah Allah SWT tersebut. Hal ini jelas sepertimana firman Allah SWT:

وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (Surah Ali-Imran: 97)

4.Menurut Syeikh al-Maraghi dalam menafsirkan ayat di atas, ia menerangkan bahawa ibadah haji ini diwajibkan kepada setiap orang muslim mukallaf yang berkemampuan. Perlaksanaan ibadah haji dan umrah mampu menjadi mercu tanda dan bukti pengabdian setiap hamba kepada Penciptanya. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 2/853)

Doa Sebelum Beraktiviti
30/05/2023

Doa Sebelum Beraktiviti

𝕂ℍ𝔸𝕊 𝕌ℕ𝕋𝕌𝕂 𝕃𝔼𝕃𝔸𝕂𝕀 𝕐𝔸ℕ𝔾 𝕄𝔼ℕℂ𝔸ℝ𝕀  𝔹𝔸𝕁𝕌 ℙ𝔸𝔾𝕆𝔻𝔸 𝕌ℕ𝕋𝕌𝕂 𝕂𝔼 ℍ𝔸𝕁𝕀 𝕌𝕄ℝ𝔸ℍ 𝔸𝕋𝔸𝕌 𝕋𝕊ℍ𝕀ℝ𝕋  𝕊𝕀𝕄ℙ𝕃𝔼TSHIRT PAGODA BERPOKET & BERZIP.✅ Mat...
30/05/2023

𝕂ℍ𝔸𝕊 𝕌ℕ𝕋𝕌𝕂 𝕃𝔼𝕃𝔸𝕂𝕀 𝕐𝔸ℕ𝔾 𝕄𝔼ℕℂ𝔸ℝ𝕀 𝔹𝔸𝕁𝕌 ℙ𝔸𝔾𝕆𝔻𝔸 𝕌ℕ𝕋𝕌𝕂 𝕂𝔼 ℍ𝔸𝕁𝕀 𝕌𝕄ℝ𝔸ℍ 𝔸𝕋𝔸𝕌 𝕋𝕊ℍ𝕀ℝ𝕋 𝕊𝕀𝕄ℙ𝕃𝔼

TSHIRT PAGODA BERPOKET & BERZIP.
✅ Material Kain 100% Cotton
✅ Berpoket & Berzip
✅ Material lembut dan Tak Panas
✅ Sesuai untuk yang ingin ke Haji & Umrah Atau Bergaya Santai
✅ Saiz S- 3XL, Plus Size (4xl-5xl)

KLIK BUTANG WhatsApp Dibawah Sekarang!! PROMOSI TERHAD
Tekan link untuk terus ke website kami https://dmalizi.com Atau

https://wa.link/prl6co
https://wa.link/swgpsc
https://wa.link/gechrn
https://wa.link/txkvon

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISHaji dan Umrah Menghapuskan Kefakiran dan Dosaعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ ر...
30/05/2023

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Haji dan Umrah Menghapuskan Kefakiran dan Dosa

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّة

Daripada Abdullah bin Mas’ud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Laksanakanlah ibadah haji berserta umrah, maka sesungguhnya kedua-duanya akan menghapuskan kamu daripada kefakiran dan dosa-dosa, sebagaimana al-kir (bahan yang digunakan untuk menghilangkan) segala kekotoran besi, perak dan emas. Tidak ada balasan bagi haji yang mabrur melainkan syurga” (Sunan Tarmizi No: 738) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1.Menjadi kewajipan bagi Muslim yang berkemampuan dan berkuasa untuk melaksanakan ibadat haji dan umrah

2.Orang yang melaksanakan ibadat haji dan umrah dengan bersungguh-sungguh sehingga mendapat haji yang mabrur akan mendapat ganjaran yang besar iaitu Syurga.

3.Mereka yang melaksanakan ibadat haji dan umrah dengan mengeluarkan perbelanjaan yang besar, namun Rasulullah SAW menjanjikan keberkahan rezeki dan dijauhkan dari kemiskinan.

4.Orang yang melaksanakan ibadat haji dan umrah dengan bersungguh-sungguh akan menjadi penghapus daripada dosa seperti bahan kimia yang boleh menghilangkan segala kekotoran pada besi, perak dan emas.

5.Mereka yang diterima ibadah hajinya (mabrur) di sisi Allah, tidak ada sebaik-baik ganjaran yang akan diperolehi melainkan syurga untuknya.

Doa Sampai Ke Tempat Tujuan
27/05/2023

Doa Sampai Ke Tempat Tujuan

Seorang pemenang takkan pernah berhenti untuk berusaha dan orang yang berhenti untuk berusaha takkan menjadi seorang pem...
27/05/2023

Seorang pemenang takkan pernah berhenti untuk berusaha dan orang yang berhenti untuk berusaha takkan menjadi seorang pemenang.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISJangan Tangguh Melaksanakan Ibadah Hajiعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى ...
27/05/2023

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jangan Tangguh Melaksanakan Ibadah Haji

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَعَجَّلُوا إِلَى الْحَجِّ يَعْنِي الْفَرِيضَةَ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَا يَدْرِي مَا يَعْرِضُ لَهُ

Daripada Ibnu Abbas RA, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Segeralah kamu menunaikan haji (yang wajib) kerana kamu tidak mengetahui apa-apa yang mungkin menimpa” (Musnad Ahmad No: 2721) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1. Menunaikan ibadat haji suatu kewajipan kepada mereka yang berkuasa dan berkemampuan. Jangan ditangguh dengan sengaja.

2. Mengikut Imam Shafi’i kewajipan menunaikan haji tidaklah mesti disegerakan tetapi tidak p**a bererti boleh dilambatkan.

3. Segera menunaikan haji dalam keadaan kita sihat dan mampu adalah penting sebagai langkah berjaga-jaga. Apatah lagi jika telah mendapat surat tawaran. Jika dilewatkan berkemungkinan ia tidak dapat dilaksanakan langsung kerana luput masa atau berlaku sesuatu bencana.

4.Jika ada kemudahan untuk tidak menunggu giliran yang mungkin lama lagi; contohnya menggunakan package yang lebih bayarannya dan kita berkemampuan, maka elok diusahakan pemergian itu

Doa Ketika Menuju Ke Masjid
26/05/2023

Doa Ketika Menuju Ke Masjid

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISKewajipan Ibadah Hajiعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ فَقَالَ: يَا أَي...
26/05/2023

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kewajipan Ibadah Haji

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ فَقَالَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ فَرَضَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ الْحَجَّ فَحُجُّوا فَقَالَ رَجُلٌ: أَكَلَّ عَامٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَسَكَتَ حَتَّى قَالَهَا ثَلَاثًا فَقَالَ النَّبِيُّ ﷺ: لَوْ قُلْتُ نَعَمْ لَوَجَبَتْ وَلَمَا اسْتَطَعْتُمْ

Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata, “Rasûlullâh SAW pernah berkhutbah: “Wahai sekalian manusia, Allâh telah mewajibkan haji bagi kalian, maka laksanakanlah ibadat haji.” Seorang laki-laki bertanya, “Wahai Rasûlullâh, apakah setiap tahun (kewajiban mengerjakan ibadat haji)?” Maka baginda diam, sehingga orang tadi bertanya tiga kali. Kemudian Rasûlullâh SAW bersabda, “Jika aku mengatakan ‘ya’, maka tentu wajib (haji setiap tahun), dan kamu tidak mampu.” (Sahih Muslim No: 1337) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Ibadat Haji adalah salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang mukalaf.

2.Kewajipan ibadat haji hanya sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan dan berkuasa.

3.Mereka yang tiada halangan dari sudut wang ringgit, kesihatan mahupun kemudahan untuk mengerjakan ibadat haji, namun masih tidak berusaha menunaikankannya atas alasan "belum sampai seru" dibimbangi jika meninggal dunia akan menjadi Yahudi atau Keristian.

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَمْنَعْهُ عَنْ الْحَجِّ حَاجَةٌ ظَاهِرَةٌ أَوْ سُلْطَانٌ جَائِرٌ أَوْ مَرَضٌ حَابِسٌ فَمَاتَ وَلَمْ يَحُجَّ فَلْيَمُتْ إِنْ شَاءَ يَهُودِيًّا وَإِنْ شَاءَ نَصْرَانِيًّا

Daripada Abu Umamah, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa tidak terhalang untuk melakukan haji oleh suatu hajat yang jelas atau oleh penguasa yang zalim atau penyakit yang menahannya, kemudian ia meninggal dunia dan belum melakukan haji, boleh jadi ia meninggal dunia dalam keadaan sebagai Yahudi atau sebagai Nasrani." (HR Darimi No: 1719) Status: Isnad Dhaif

4.Kewajipan menunaikan ibadah haji adalah kepada mereka yang berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain termasuk mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang ditinggalkan.

5.Walaupun pada tahun ini ada yang masih belum berpeluang untuk mendapat giliran, paling tidak anda telah berusaha menabung dan mendaftar dengan Tabung Haji sebagai persiapan menunaikannya.

6.Bagi pandangan Imam Ahmad Ibn Hanbal, jika seseorang memiliki lebihan harta seperti harta tak alih (i.e. rumah lebih dari satu, kenderaan lebih dari satu) atau sesuatu yang lebih daripada keperluan, maka wajib ia menjual sebahagian daripadanya untuk keperluan menunaikan haji.

Doa Minta Hujan
25/05/2023

Doa Minta Hujan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISPesanan Untuk Orang Yang Akan Bermusafirعَنْ سَالِمٍ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ كَانَ يَقُولُ لِلرَّجُ...
25/05/2023

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pesanan Untuk Orang Yang Akan Bermusafir

عَنْ سَالِمٍ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ كَانَ يَقُولُ لِلرَّجُلِ إِذَا أَرَادَ سَفَرًا ادْنُ مِنِّي أُوَدِّعْكَ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوَدِّعُنَا فَيَقُولُ أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ

Daripada Salim RA bahawa Ibn Umar RA berkata kepada seseorang apabila hendak melakukan musafir: “Datanglah kepadaku, aku ingin menyampaikan ucapan perpisahan sebagaimana Rasulullah SAW mengucapkan kepada kami, kemudian beliau mengucapkan:

أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ

“Aku menyerahkan kepada Allah urusan agama kamu, amanah kamu dan pengakhiran amalan kamu.” (HR Tirmizi, No. 3443) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:

1.Musafir adalah perjalanan seseorang daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Contohnya mengerjakan ibadat fardhu haji ke Mekah. Ianya boleh menyebabkan kesulitan dan kemudharatan kerana menimbulkan kes**aran, keletihan dan menghalang keselesaan, kerehatan serta kesempurnaan dalam beribadah sepanjang perjalanan.

2.Justeru, Rasulullah SAW telah mengajar para sahabat mengenai sunnah yang sangat baik untuk diamalkan apabila seseorang hendak melakukan musafir ialah mengucapkan doa kepadanya.

أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ

“Aku menyerahkan kepada Allah urusan agama kamu, amanah kamu dan pengakhiran amalan kamu.”

3. Terdapat juga dalam hadis Riwayat Anas RA, bahawa seorang lelaki telah datang kepada Nabi SAW memberitahu dia akan bermusafir, lalu Nabi SAW mendoakannya:

زَوَّدَكَ اللَّهُ التَّقْوَى وَغَفَرَ ذَنْبَكَ وَيَسَّرَ لَكَ الْخَيْرَ حَيْثُمَا كُنْتَ

“Semoga Allah SWT membekalkanmu dengan ketaqwaan, mengampunkan dosamu dan Allah memudahkan kebaikan untukmu di mana sahaja kamu berada.” (Sunan Tirmizi No: 3444) Status: Hadis Sahih

4. Kebiasaannya, bermusafir akan menyebabkan hilangnya kesenangan dan keselesaan dalam melakukan amalan harian mahupun beribadah. Oleh sebab itu, Islam telah memberikan rukhsah (keringanan) kepada seseorang yang bermusafir.

5. Sebagai Muslim hendaklah kita mendoakan orang yang akan bermusafir dan berpesan kepada mereka untuk sentiasa bertaqwa dan menjaga amalan ibadah sepanjang perjalanan tersebut.

Doa Hari Rabu
24/05/2023

Doa Hari Rabu

𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐡𝐫𝐚𝐦 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐥𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐧𝐚𝐤? 𝐓𝐚𝐤 𝐩𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐫𝐢𝐬𝐚𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐃𝐌𝐀𝐋𝐈𝐙𝐈.𝐂𝐎𝐌 𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐡𝐫...
24/05/2023

𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐚𝐢𝐧 𝐢𝐡𝐫𝐚𝐦 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐥𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐧𝐚𝐤? 𝐓𝐚𝐤 𝐩𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐫𝐢𝐬𝐚𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐃𝐌𝐀𝐋𝐈𝐙𝐈.𝐂𝐎𝐌 𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐝𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐡𝐫𝐚𝐦 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐧𝐝𝐚

KAIN IHRAM BUDAK
•Material 100% cotton
•Size 30 X 60 inch & Size 36 x 72 inch
•SATU SET AKAN DAPAT 2 HELAI, TOP & BOTTOM
•SERAP PELUH & TIDAK PANAS
•SAIZ SESUAI DENGAN MAJORITI RAKYAT MALAYSIA 🇲🇾
•BOLEH DICUCI DENGAN MESIN

BOLEH DAPAT FREEGIFT DALAM SETIAP PEMBELIAN😍
Berminat tekan terus ke website kami https://dmalizi.com ATAU tekan link di bawah 👇

https://wa.link/8tnphb
https://wa.link/4gnnpu
https://wa.link/9simh2
https://wa.link/73w82i

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISMakan Daging Saudara SeIslamعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْن مَسْعُودٍ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: كُنَّا...
24/05/2023

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Makan Daging Saudara SeIslam

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْن مَسْعُودٍ رَضِيَ الله عَنْهُ قَالَ: كُنَّا جُلُوسًا عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ رَجُلٌ فَوَقَعَ فِيهِ رَجُلٌ مِنْ بَعْدِهِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "تَخَلَّلْ" قَالَ: وَمَا أَتَخَلَّلُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَكَلْتُ لَحْمًا قَالَ: "إِنَّكَ أَكَلْتَ لَحْمَ أَخِيكَ

Daripada Abdullah ibn Masud RA beliau berkata : Kami berada di sisi Nabi SAW, kemudian berdirilah seorang lelaki, dan seorang lelaki lain menceritakan keaibannya selepas dia pergi, berkata Nabi SAW : “Keluarkanlah ia (baki-baki makanan) dari celah-celah gigimu!”, kemudian dia berkata : Apa yang perlu aku keluarkan? Aku tidak makan apa-apa daging! Baginda berkata : “Sesungguhnya engkau telah memakan daging saudaramu.” (HR Thabarani No: 13145) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Mengumpat adalah perbuatan yang dilarang oleh Islam.

2. Orang yang mengumpat diumpamakan seperti memakan daging saudara Islam yang lain. Firman Allah:

يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞۖ وَ لَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمۡ أَن يَأۡكُلَ لَحۡمَ أَخِيهِ مَيۡتٗا فَكَرِهۡتُمُوهُۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٞ رَّحِيمٞ ١٢

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu s**a memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (al-Hujurat: 12)

Doa Kebaikan Dunia dan Akhirat
23/05/2023

Doa Kebaikan Dunia dan Akhirat

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISAllah Membuka Aib Kepada Pembuka Aibعَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ الل...
23/05/2023

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Allah Membuka Aib Kepada Pembuka Aib

عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلْ الْإِيمَانُ قَلْبَهُ لَا تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِينَ وَلَا تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ فَإِنَّهُ مَنْ اتَّبَعَ عَوْرَاتِهِمْ يَتَّبِعُ اللَّهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ يَتَّبِعْ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ

Daripada Abu Barzah Al Aslami ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya namun keimanannya belum masuk ke dalam hatinya, janganlah kalian mengumpat seorang muslim dan jangan p**a mencari-cari kesalahannya. Sebab siapa saja yang mencari-cari kesalahan orang lain, maka Allah akan mencari-cari kesalahannya. Maka siapa saja yang Allah telah mencari-cari kesalahannya, Allah tetap akan menampakkan kesalahannya meskipun ia ada di dalam rumahnya." (Sunan Abu Daud No: 4236) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Orang yang beriman wajib memelihara lisannya dari mengumpat dan mencari kelemahan orang lain, sama ada sesuatu yang dituturkan mahupun yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan.

2. Islam adalah agama rahmah yang mengajar umatnya untuk tidak mengumpat dan membuka aib orang lain.

3. Sesiapa yang menutup aib saudaranya sesama muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Rasulullah bersabda:

مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

"Barang siapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aib orang tersebut di dunia dan akhirat." (Sunan Ibnu Majah)

4. Barangsiapa yang mencari-cari kesalahan saudara muslimnya, maka Allah akan membuka kesalahan dan aibnya walaupun yang ada di dalam rumahnya.

Doa Awal Pagiاللّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَ رِزْقًا طَيِّبًا وَ عَمَلاً مُتَقَبَّلاً"Ya Allah sesunggu...
22/05/2023

Doa Awal Pagi

اللّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَ رِزْقًا طَيِّبًا وَ عَمَلاً مُتَقَبَّلاً

"Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima."

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISManusia Paling Dibenciعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَ...
22/05/2023

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Manusia Paling Dibenci

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ

Daripada Aisyah radliallahu 'anha, ia mengatakan; Rasulullah SAW bersabda: "Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan s**a membantah (s**a bermusuh)" (Sahih Bukhari No: 6765) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Keras kepala adalah sifat yang beriringan dengan sifat sombong, bongkak, takbur dan ego. Kesemua sifat-sifat mazmumah ini amat dibenci oleh Allah SWT dan merupakan sifat Iblis.

2. Iblis menjadi kufur akibat daripada sifat keras kepala dan sombong dengan merasakan dia lebih baik daripada orang lain.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن مسعود عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

Daripada Abdullah bin Masud RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi daripada kesombongan." (Sahih Muslim No: 133) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

3. Orang yang s**a membantah adalah mereka yang s**a bertengkar dan s**a menegakkan pendapatnya sendiri walaupun salah. Ia akan menjadikannya seorang yang angkuh dan sombong. Baginya dia sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah. Dia s**ar untuk berbincang dengan cara baik kerana dia menganggap pendapat orang lain rendah dan pendapatnya sahaja yang baik dan perlu diutamakan. Akhirnya mewujudkan ketidak sefahaman dan permusuhan.

Address

6466B, Jalan Ayam Didik 2, Kaw Perusahaan Taman Riajaya, Sg Petani DA
Sungai Petani
08000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkhidmatan Al Ridzuan Trading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perkhidmatan Al Ridzuan Trading:

Videos

Share

Category


Other Travel Services in Sungai Petani

Show All