03/09/2024
Apa Itu SG4?
Semalam aku sempat ikuti Sidang Kemuncak State Government 4 (SG4) secara atas talian. Aku nak catatkan sedikit apa yang aku dapat dari sidang semalam untuk bacaan awam.
Untuk pengetahuan korang SG4 adalah satu kerjasama berstrategik dan berfokus antara 4 buah negeri iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Ada yang tanya, apa tujuan tubuh 4 negeri? Nak berlawan dengan Kerajaan Pusat ker?
Jawapannya bukan.
SG4 memfokuskan kerjasama dalam bidang infrastruktur dan logistik; perdagangan, pelaburan dan perniagaan; pertanian dan sekuriti makanan; perundangan dan modal insan; dan sumber dan pendapatan baharu.
SG4 diwujudkan bukan untuk bersaing dengan mana-mana negeri diluar SG4 dan juga Kerajaan Pusat. Ia bertujuan mewujudkan sinergi ekonomi, sosio-ekonomi dan juga political spectrum dikalangan negeri SG4.
Macam ni, nak bagi mudah faham, korang pernah tak dengar pakatan negara-negara tertentu atas sebab tertentu yang disebut blok.
Sebagai contoh, D8 adalah gabungan 8 buah negara Bangladesh, Egypt, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan, dan Turkey. Ianya diasaskan ketika Tun Mahathir masih menjadi Perdana Menteri ke 4.
D8 memfokuskan kepada kerjasama dalam bidang Kewangan, Perbankan, Pembangunan Luar Bandar, Sains dan Teknologi, Kebajikan, Pertanian, Tenaga, Alam Sekitar dan Kesihatan.
Korang tahu tak gabungan ni mempunyai 1.2 billion penduduk dan tanah seluar 7.6 juta km persegi. Nilai dagangan diantara negara D8 adalah bernilai $68 Billion pada 2010.
Okey sekarang kita tengok p**a SG4. Jumlah penduduk bagi negeri SG4 adalah 5.45 juta (16%) daripada keseluruhan penduduk Malaysia. Keluasan tanah p**a, negeri SG4 memiliki 38,455 km persegi (11.6%) dari keseluruhan keluasan tanah. Jumlah pelaburan p**a, negeri SG4 menerima pelaburan RM 31.83 billion (38%) dari keseluruhan pelaburan daripada Januari - Mac 2024.
Selain itu dari sudut hasil bumi, Rare Earth Element (REE) berada dalam negeri SG4 adalah sebanyak 70%. Negeri Perlis p**a memiliki dolomite yang digunakan untuk proses REE.
Untuk makluman korang, REE merupakan satu hasil bumi yang menjadi bahan mentah kepada banyak produk seperti cermin, bateri kereta hybrid dan banyak lagi serta melibatkan industri huluan, pertengahan dan hiliran.
Industri huluan melibatkan perlombongan REE mentah, pertengahan p**a melibatkan pemprosesan REE manakala hiliran merupakan proses pembangunan produk akhir daripada REE.
Sinergi SG4 bakal menarik minat pelabur dalam industri huluan, pertengahan dan hiliran di Negeri SG4. Salah sebuah negeri boleh menarik pelabur untuk buka kilang pemprosesan dan produk akhir manakali negeri lain boleh bertindak sebagai feeder kepada kilang-kilang ini.
Begitu juga dalam aspek pertanian. Kita semua tahu isu harga ayam adalah disebabkan bahan mentah antaranya jagung yang mahal. Kilang pembuatan makanan ternakan di Kelantan boleh mengambil manafaat tanah di Perlis yang sesuai untuk penanaman jagung.
Bijak kan idea ni.
Mana ada negeri lain yang terfikir nak buat blok ekonomi dan maju bersama macam ni.
Seriously aku terkagum dengan idea ni.....
Ada juga salah faham bila penasihat SG4 iaitu Tun Mahathir kata hasil akan dikongsi bersama. Seolah-olah, hasil dari negeri lain akan dikongsi dengan negeri lain yang hasil negerinya sikit. Ini tak betul.
Yang disebut ketika persidangan tersebut adalah penubuhan SG4 Group Sdn Bhd yang mana pemilikan saham adalah sama diantara 4 buah negeri. Pelaburan yang berjaya ditarik masuk nanti akan diuruskan oleh syarikat ini dan keuntungan syarikat akan dibahagi sama rata.
Adapun hasil negeri tidak akan diganggu dan ianya milik negeri tersebut.
Kerajaan pusat sepatutnya berbesar hati dan puji serta bantu usaha ni supaya berjaya. Kerana kejayaan SG4 akan juga memberi impak kepada prestasi kerajaan pusat seperti peningkatan FDI dan GDP.
Apa pun tahniah aku ucapkan kepada Penasihat SG4 Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang, Tun Mahathir, Menteri-Menteri Besar, team pemikir yang datang dengan idea "brilliant" ni.
Tak sabar nak dengar pengumuman demi pengumuman kerjasama ekonomi dan sosio-ekonomi oleh negeri-negeri SG4 ni nanti.
Salam hormat.
Tulisan Nurul Islam Mohamed Yusoff.
P/s - 'Government' silap eja.