The IHRAM

The IHRAM Kain Ihram untuk dimiliki , hubungi terus 019-494 8669

Di Haramain kita menanti waktu solat sambil bekerja. Di sini kita bekerja sambil menanti waktu solat. Alangkah indahnya ...
17/07/2023

Di Haramain kita menanti waktu solat sambil bekerja. Di sini kita bekerja sambil menanti waktu solat. Alangkah indahnya jika mindset di Tanah Haram itu kita bawa terus ke Tanah Halal...

Credit to : Pahrol Mohamad Juoi

Hendak masuk ke masjidil haram memerlukan kebergantungan yang kuat kepada Allah. Berdoa. Dan berusaha hadir awal. Cuma t...
17/07/2023

Hendak masuk ke masjidil haram memerlukan kebergantungan yang kuat kepada Allah. Berdoa. Dan berusaha hadir awal. Cuma tidak semestinya awal akan dapat tempat dibahagian bawah. Akan tiba-tiba pintu yang dibuka, akan tertutup sekalipun kita sudah selangkah masuk. Hehe

Kalau saya, saya akan pilih bahagian bawah dan bahagian berkarpet (dikelilingi rak al-Quran seperti dalam gambar).

Ada hari, kami beranggapan hadir awal pintu akan buka. Ya, ia buka. Tapi ada hari, tidak. Ada hari kami hadir lampat dapat kami masuk bahagian bawah tapi ada hari langsung tak boleh masuk. Ada hari dibawanya kita ke rooftop. Dan ada hari kita akan “bertawaf” dan berhenti ketika azan dimana sahaja destinasinya.

Jika dapat masuk lokasi dalam gambar, saya usaha duduk berdekatan rak al-Quran. Sebab saya senang ambil al-Quran. Hehe. Orang lain cari tiang, kita cari rak. Jadi dibahagian ni biasa banyak je kosong. Hehe.

Ibrah besar saya dapat, jika disini, disetiap waktu kita usaha hadir awal ke masjid. Dengan niat iktikaf, tawaf sunat dan ibadah yang lain. Muhasabah saya, di Malaysia saya menunggu azan baru nak berhenti buat kerja dan pergi solat. Kecuali subuh dan isyak sahaja kami menunggu azan. Waktu lain, terutama zohor dan asar, lain ceritanya.

Saya bisik pada diri, sibukkan sangat ke kau Sarah di sana sampai begitu sekali kejadiannya. Saya menangis berkali-kali. Apatah lagi bila saya kenangkan kisah ashabul kahfi. Mereka ni pemuda lari ke gua untuk selamatkan iman dan Islam mereka. Kau Sarah! Untuk tinggalkan kerja atau telefon sebelum azan pun bermasalah.

Selain itu, jika disini, habis sahaja solat fardhu, sibuk tengok next jam berapa azan. Harus berusaha dan merancang perjalanan.

Muhasabah aje.. berkali-kali ditampar oleh diri sendiri.

Alhamdulillah. Subhanallah. Yang mengizinkan aku disini. Yang mendengar dan memakbulkan segala doa dan permintaan kami. Aameen.





Credit to: Siti Sarah Izham

Dulu tak berapa faham kenapa ada yang memang invest untuk ke tanah suci setiap tahun. Kadang dalam setahun pergi sehingg...
14/07/2023

Dulu tak berapa faham kenapa ada yang memang invest untuk ke tanah suci setiap tahun. Kadang dalam setahun pergi sehingga dua ke tiga kali. Bukan sebagai mutawwif, tetapi sebagai jemaah. Selalu fikir, “banyaknya duit diorang”. Tapi terkhilaf, bukan soal duit sangat pun.

Rupanya bilamana kita ke Makkah & Madinah, ianya satu proses penyucian jiwa, didikan hati dan transformasi diri ke arah yang lebih baik. Membuatkan kita sentiasa perbetulkan mindset dan sangkaan dalam hati.

Lemau nak solat, qiyamullail tak buat, hati tak tenang, masa terlalu menghimpit, prestasi diri merudum, akhlak tersasar, terlalu memikirkan hal dunia hingga terlupa disandarkan pada kebaikan di akhirat.

Tempat ‘healing’ terbaik. Solusi dekatkan diri pada Allah. Juga antara cara sentiasa ingat pada Nabi. Cuma jangan silap niat, bimbang ada yang menyalahkan Tuhan. Moga Allah beri kita kecukupan untuk berusaha ke haramain 🤲🏻

Credit : ’Aishah Jauhara

Post mortem haji.Bukan banyak mana umrah yang dibuat, bukan berapa kali khatam al quran, bukan berapa hari berpuasa.Tapi...
14/07/2023

Post mortem haji.

Bukan banyak mana umrah yang dibuat, bukan berapa kali khatam al quran, bukan berapa hari berpuasa.

Tapi, sejauh mana kita boleh bersabar sesama manusia.

Senang je nak buat umrah, pergi miqat lepas tu tawaf, saie dan tahallul. Selesai. Tak larat berjalan, naik kerusi roda atau skuter. Sehari 4 kali pun boleh.

Senang je nak habiskan alquran, duduk ke baring ke terlentang ke apa.. baca lah, kalau laju satu juzuk 20 minit, kalau tenang mungkin sejam. Sehari 5 juzuk, 6 hari dah khatam.

Tapi, hablum minannas ni. Ya Allah, kena ikhtiar jangan sakitkan fizikal atau emosi orang lain. Ingat senang ke?

Dah usaha tak nak sakitkan hati orang, sekali orang selamba badak cabut cable charger kau dan guna charger kau untuk caj hp dia, kau bangun tidur nak bersiap ke masjid tengok hp tak ada bateri.

Dah usaha tak nak sakitkan hati orang, sekali orang guna barang peribadi tanpa izin dan buat macam harta sendiri. Belum lagi alihkan barang sampai kau p**a jenuh cari barang sendiri.

Haaa.

Dah usaha tak nak sakitkan orang, masa tawaf kena tolak, rempuh, orang tarik sekejap ke depan sekejap ke belakang melayang-layang. Tapi masih kena usaha jangan sakitkan orang.

So, sebenarnya ibadah sendiri ni ikut mung lah. Tapi, bab hablum minannas ni syaitan bersorak woih bila berjaya buat kita rasa nak balas balik perbuatan orang pada kita.

Bukan nak cakap tak perlu umrah, tilawah tu. Cuma nak kabornya, jangan persoal ibadah orang lain sebab rasa terpaling excellent dalam masa yang sama tak jaga hubungan sesama manusia.


Simpan saja kisah dukamu, nanti Tuhan akan mengubatinya dengan cara yang lebih indah.

Berusahalah untuk tidak menyakiti meski kau berulang kali disakiti. Andai tak mampu bertahan, bergeraklah sebab kita bukannya tunggul pokok. ☺️

Ummu Amir,
Be kind. Always.


Kain The Ihram Premium“Kini Hadir! Kain The Ihram ditenun secara eksklusif dengan bahan berkualiti lagi bermutu tinggi.”...
14/07/2023

Kain The Ihram Premium
“Kini Hadir! Kain The Ihram ditenun secara eksklusif dengan bahan berkualiti lagi bermutu tinggi.”

Tumpang Promosi Tuan/Puan tanah Bakal-bakal Haji & Umrah anda tidak dapat dilupakan.

Dapatkan keselesaan maksimum dengan kain The Ihram:

✅ Kain yang lembut
✅ Kain yang ringan
✅ menyerap peluh
✅ Reka bentuk moden
✅ Tahan lasak

Membuatkan anda kelihatan yakin dan berasa istimewa semasa beribadat.

Segera dapatkan kain Ihram terbaik hanya di The Ihram. Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadikan detik ibadah anda lebih bermakna bersama kain The Ihram. Untuk mendapatkan kain The Ihram boleh hubungi nombor yang telah Kami sediakan atau tekan link.

15/06/2023

Untuk bulan ni ramai yang akan ke masjidil haram untuk mengerjakan haji.

Jadi, kesempatan ini, kami , The IHRAM mengajak bakal haji atau hadiakan kain ihram ini kepada bakal haji mudahan pahala mengalir.

kepada bakal haji atau umrah , Insha Allah, selesa untuk pakai ketika cuaca paans atau sejuk.

kriteria kain ini
1. Di tenun secara eksklusif lagi bermutu tinggi
2. Di buat dan direka khas untuk keselesaan jemaah umrah
3. Material dan tenunan halus dan melalui proses saringan
4. Selesa di pakai walaupun pada suhu tinggi di Mekah

Jom dapatkan segera
70 MYR- Satu pasang
120 MYR- Dua pasang

hubungi saya , wakil jualan The IHRAM

https://wa.me/message/5RBPP7IYEYR5N1

https://youtu.be/Iw1JROAaMcE
15/06/2023

https://youtu.be/Iw1JROAaMcE

[PROMOSI PELANCARAN THEIHRAM]Memperkenalkan koleksi IHRAM EKSKLUSIF pertama kami, The Ihram.Kain Ihram yang direka khas dengan ciri-ciri menarik :-1) Corak E...

Address

73 A , Jalan SG 3/10
Taman Sri Gombak

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The IHRAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to The IHRAM:

Share

Category


Other Travel Companies in Taman Sri Gombak

Show All