Amazing Tangkak

Amazing Tangkak Maklumat Berkenaan Produk-Produk Pelancongan yang Terdapat Di Daerah Tangkak, Johor Darul Ta'zim

Tangkak tidak asing lagi dengan pengeluar kuih bahulu. Bahulu Ledang ini sentiasa mendapat sambutan yang baik terutama d...
19/06/2024

Tangkak tidak asing lagi dengan pengeluar kuih bahulu. Bahulu Ledang ini sentiasa mendapat sambutan yang baik terutama di musim perayaan.

Kini bahulu bukan sahaja dimakan ketika perayaan, malah sentiasa digunakan untuk dijadikan 'goodies' kenduri kendara juga.

Di Tangkak, AZZU BAHULU LEDANG merupakan pengusaha IKS yang telah bertapak lama dan kini menjual pelbagai aneka jenis kuih selain bahulu.

Bagi mereka yang tercari-cari dimana tempat ini, boleh terus merujuk kepada FB dan 'Waze' ke lokasi yang tidak jauh dari Tol Tangkak.

Jangan lupa singgah kedai Kak Azzu untuk beli bahulu 😍 fresh yang di bakar segar setiap hari.




Salam Aidiladha kepada semua masyarakat yang beragama Islam.  Semoga ibadah Kita semua diterima Oleh Allah SWT .
18/06/2024

Salam Aidiladha kepada semua masyarakat yang beragama Islam. Semoga ibadah Kita semua diterima Oleh Allah SWT .




Galeri Sejarah Tangkak Bagi sesiapa yang belum tahu, Daerah Tangkak kini sudah mempunyai Galeri Sejarah sendiri. Galeri ...
05/06/2024

Galeri Sejarah Tangkak

Bagi sesiapa yang belum tahu, Daerah Tangkak kini sudah mempunyai Galeri Sejarah sendiri. Galeri Sejarah ini menempatkan bahan-bahan sejarah yang majoritinya menceritakan sejarah Daerah Tangkak.

Untuk pencinta sejarah mahupun orang awam adalah dijemput hadir ke Galeri Sejarah ini bagi mengetahui info-info sejarah Tangkak.






03/06/2024

Apa peluang penambahbaikan dan idea untuk Industri Pelancongan di Daerah Tangkak ?

02/06/2024
Terima kasih kepada kepada barisan pegawai dan pelajar Politeknik Merlimau atas inovasi yang dihasilkan untuk digunakan ...
24/05/2024

Terima kasih kepada kepada barisan pegawai dan pelajar Politeknik Merlimau atas inovasi yang dihasilkan untuk digunakan di Kesang River Cruise .

Hari² minggu dan cuti sekolah ni, jom kita semua naik kesang river cruise. 😊





Rumah Coklat TangkakHouse of Chocolate, Tangkak Pada penggemar coklat, anda tak perlu lagi tercari-cari kedai coklat di ...
16/05/2024

Rumah Coklat Tangkak
House of Chocolate, Tangkak

Pada penggemar coklat, anda tak perlu lagi tercari-cari kedai coklat di mana-mana. Kini sebuah kedai dengan pelbagai jenis coklat telah ada di Tangkak.

Lokasinya adalah bersebelahan dengan Pit Stop@ Tangkak (bersekali dengan jualan produk sarang burung) di Kawasan Perindustrian Tangkak . Kedudukannya yang dekat dengan pintu keluar masuk tol Tangkak menjadikan ianya mudah dicari dan strategik untuk pengunjung datang.

Nak jadikan sebagai hadiah Hari Lahir, goodies, souvenirs pon boleh 😊.

Alfredo Chocolate Tangkak
Buka Setiap Hari
10 pagi - 6 petang

Jom Kita Shopping Coklat 😋.









Medium Promosi Pelancongan Tangkak Pelancongan Daerah Tangkak juga dipromosikan di aset- aset Majlis seperti di bus stop...
15/05/2024

Medium Promosi Pelancongan Tangkak

Pelancongan Daerah Tangkak juga dipromosikan di aset- aset Majlis seperti di bus stop ini. Lokasinya berada di Taman Awam dan Rekreasi Tangkak bersebelahan Laman Mahkota Tangkak.

Keunikan pengiklanan berlampu bertemakan Pelancongan ini diharap terus dapat mempromosikan dan memberikan maklumat terkini berkaitan Pelancongan Tangkak kepada pengunjung dan Pelancong.



Fun Map Pelancongan Daerah Tangkak Bagi semua pengunjung dan pelancong boleh melayari Fun Map terbaru Pelancongan Daerah...
08/05/2024

Fun Map Pelancongan Daerah Tangkak

Bagi semua pengunjung dan pelancong boleh melayari Fun Map terbaru Pelancongan Daerah Tangkak ini.

Info-info tempat menarik, makan sedap dan penginapan yang berada di sekitar Daerah Tangkak boleh juga didapati melalui QR Code di paparan map ini.

Yok Round Tangkak!!





Disebalik Lensa Festival D'Sawah @ Tangkak Festival ini telah dilangsungkan selama 2 hari iaitu pada 4 dan 5 Mei 2024 be...
07/05/2024

Disebalik Lensa Festival D'Sawah @ Tangkak

Festival ini telah dilangsungkan selama 2 hari iaitu pada 4 dan 5 Mei 2024 bertempat di Pulau Penarik, Sg Mati.

Festival ini telah dirasmikan oleh En Muhamad Nasir b Pahmi, Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan - Johor. Turut hadir ialah Ahli Parlimen Ledang, YB Syed Ibrahim Syed Noh, Setiausaha Majlis Daerah Tangkak, En Ab Rahman b Mohamed @ Ismail, ketua-ketua jabatan Daerah Tangkak, Ahli-Ahli Majlis, Penghulu dan penduduk sekitar Daerah Tangkak.

Festival ini merupakan julung kali dianjurkan di Daerah Tangkak yang mana ianya telah menempatkan beberapa acara pertandingan seperti Perahu Naga, Tangkap Ikan dan Itik, Bola Sepak, Tarik Tali, Mewarna, Karaoke dan banyak lagi.

Semoga dengan penganjuran festival ini sedikit sebanyak dapat menaikkan nama daerah Tangkak dalam industri Agro Pelancongan negeri Johor.

Terima kasih kepada semua agensi yang terlibat dalam penganjuran festival ini.

Terima kasih juga kepada KPKT Malaysia, Tourism Johor, YB Khairin-Nisa Ismail dalam menyokong penganjuran Festival ini.





Here We Go!Festival D'Sawah@ Tangkak akan berlangsung bermula esok selama 2 hari.Mari ramai-ramai turun memeriahkan Fest...
03/05/2024

Here We Go!

Festival D'Sawah@ Tangkak akan berlangsung bermula esok selama 2 hari.

Mari ramai-ramai turun memeriahkan Festival julung kali dianjurkan ini.

Antara aktiviti yang adalah seperti :-

Jualan Rahmah (4 Mei)
Pameran agensi dan jualan IKS & Food truck (4&5 Mei)
Persembahan artis (4 Mei)
Pertandingan Sukan Sawah (4&5 Mei)
Perahu Naga (5 Mei)
Pemeriksaan kesihatan (4&5 Mei)
Pertandingan Memasak & Mewarna (5 Mei)
Pertandingan Karaoke (4 Mei)
Majlis perasmian (5 Mei)

Jom ke Festival D'Sawah @ Tangkak





Aturcara Rasmi Festival D'Sawah @ Tangkak pada 4 dan 5 Mei 2024.Jualan Rahmah turut diadakan pada festival ini.  Selain ...
30/04/2024

Aturcara Rasmi Festival D'Sawah @ Tangkak pada 4 dan 5 Mei 2024.

Jualan Rahmah turut diadakan pada festival ini. Selain itu, pameran dan jualan yang akan turut serta adalah daripada Pejabat Kesihatan Daerah Tangkak, SWCorp Muar & Tangkak, Southern Volunteers Tangkak, KWSP, Proton, Peladang, Pelancongan, IKS-IKS, Perkeso, Telco dan lain-lain lagi. Rebutlah peluang yang ada.

Artis Afieq Shazwan turut diundang bagi menghiburkan anda semua. Semua orang adalah dijemput untuk meramaikan dan memeriahkan lagi Festival ini.

Jom ke Festival D'Sawah @ Tangkak.


Tourism Johor
Tourism Malaysia Wilayah Selatan - Johor
Majlis Daerah Tangkak





Bukan susah pon nak cari makan kat Tangkak ni. Exit tol Tangkak, depan tu je dah jumpa tempat makan.Aneka jenis makanan ...
29/04/2024

Bukan susah pon nak cari makan kat Tangkak ni. Exit tol Tangkak, depan tu je dah jumpa tempat makan.

Aneka jenis makanan dan minuman ada dijual. Jom sama² kita memeriahkan semula PitStop @ Tangkak.

Food Pitstop Tangkak
PLUS Malaysia




Rombongan Pelancong Dari Hong Kong ke Durian Hub @ Laman Maryam, Jln Bekoh, Tangkak27 April 2024 (Sabtu)Seramai 80 orang...
28/04/2024

Rombongan Pelancong Dari Hong Kong ke Durian Hub @ Laman Maryam, Jln Bekoh, Tangkak
27 April 2024 (Sabtu)

Seramai 80 orang wakil daripada agensi pelancongan China dan Hong Kong datang ke Tangkak untuk melihat keunikan dan kesenian kebudayaan di daerah ini.

Pelbagai buah-buahan tradisional dihidangkan seperti durian dan nangka, serta kuih muih tradisional.

Tujuan lawatan di adakan adalah :-

(1) Mempromosikan pakej durian yang ada di Hub Durian@ Laman Maryam.

(2)Mempromosikan keunikan rumah tradisional, rumah limas di Laman Maryam.

(3)Mempromosikan keunikan seni kebudayaan di Tangkak.

(4) Mempromosikn kebun durian yang dilengkapi pelbagai kemudahan.

Kredit pemilik rumah: Puan Normah binti Hashim




Jom semua memeriahkan Festival bertemakan Agro Pelancongan yang julung kali dianjurkan di Tangkak ini. Mari ramai-ramai ...
21/04/2024

Jom semua memeriahkan Festival bertemakan Agro Pelancongan yang julung kali dianjurkan di Tangkak ini.

Mari ramai-ramai menyertai pertandingan yang telah diwar-warkan. Rebutlah hadiah menarik yang ditawarkan.!!

Meh ler sapot sikit 😁

Jom ke Festival D'Sawah @ Tangkak pada 4 & 5 Mei 2024 bertempat di Pulau Penarik, Sg Mati.






16/04/2024

Festival D'Sawah bakal menemui anda tidak lama lagi. Bagi yang belum menyertai pertandingan yang akan dianjurkan, rebutlah peluang ini.

Orang ramai juga turut dijemput hadir bagi memeriahkan Festival yang julung kali dianjurkan ini.

Jom Support Festival D'Sawah.

Cc Mohammad Ami






Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya penduduk Daerah Tangkak.Sama-sama kita raikan dan warna-w...
09/04/2024

Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya penduduk Daerah Tangkak.

Sama-sama kita raikan dan warna-warnikan Syawal yang tiba.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin







07/04/2024

Selamat Pulang kepada mereka yang akan beraya di Tangkak.

Hati-hati memandu dan semoga selamat ke destinasi.
Ingatlah kepada orang yang tersayang.🥰




Jangan nanti 1 & 2 Syawal ada yang dah siap-siap bawak ketupat rendang nak mandi manda berkelah sekali tutup lak... 😆.Da...
07/04/2024

Jangan nanti 1 & 2 Syawal ada yang dah siap-siap bawak ketupat rendang nak mandi manda berkelah sekali tutup lak... 😆.

Dah bagitahu siap-siap ni.. 😎



NOTIS PENUTUPAN TAMAN-TAMAN NEGARA JOHOR SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2024

Buat Perantau-Perantau yang akan balik ke Desa di Tangkak 😄,Bagi mendapatkan lokasi-lokasi untuk menginap, tempat-tempat...
03/04/2024

Buat Perantau-Perantau yang akan balik ke Desa di Tangkak 😄,

Bagi mendapatkan lokasi-lokasi untuk menginap, tempat-tempat makan, IKS dan juga yang menarik di Daerah Tangkak boleh scan di QR Code yang telah dilampirkan.

Semoga ianya bermanfaat kepada semua😊
Hati-hati dimana jua anda berada.






Festival D'Sawah@Tangkak.Festival julung kali dianjurkan bertemakan Agro Pelancongan Daerah Tangkak ini akan berlangsung...
01/04/2024

Festival D'Sawah@Tangkak.

Festival julung kali dianjurkan bertemakan Agro Pelancongan Daerah Tangkak ini akan berlangsung pada 4 dan 5 Mei 2024 bertempat di Pulau Penarik, Sg Mati. Festival ini dianjurkan oleh Majlis Daerah Tangkak bersama agensi kerajaan dan NGO yang mana turut disokong oleh Tourism Johor.

Beberapa pertandingan dan acara akan menyerikan lagi festival ini. Jom dan rebutlah peluang untuk menyertai pertandingan yang bakal dianjurkan pada festival ini. Sukan bertemakan sawah padi dan hadiah hebat pasti lebih menarik ramai penyertaan dari orang ramai. Penyertaan adalah terhad.

Jom sama-sama kita memeriahkan Festival D'Sawah @ Tangkak.

Pejabat Pertanian Daerah Tangkak
KEMAS Tangkak
Mbd Tangkak






20/03/2024

Pit Stop @ Tangkak operasi macam biasa bermula 20/03/2024 (6.00 petang)

15 MAC 2024 PIT STOP @ TANGKAK MAJLIS BERBUKA PUASA  BERSAMA MAAHAD TAHFIZ DAN PENGIKTIRAFAN MALAYSIA LOCAL ROUTE (ROUTE...
17/03/2024

15 MAC 2024
PIT STOP @ TANGKAK

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA MAAHAD TAHFIZ DAN PENGIKTIRAFAN MALAYSIA LOCAL ROUTE (ROUTE 23)

Majlis Berbuka Puasa anjuran bersama GKBW (Gabungan Kelab Bikers Wanita ), Majlis Daerah Tangkak dan Sekretariat Pelancongan Majlis Daerah Tangkak telah diadakan bertempat di Pit Stop @ Tangkak.

Program ini telah dirasmikan oleh wakil rasmi YDP iaitu En Ab Rahman Bin Mohamed @ Ismail, Setiausaha Majlis Daerah Tangkak. Seramai 20 orang pelajar daripada Maahad Tahfiz Al-Quran Ummu Anisah Lil Banin, Sawah Ring telah dijemput hadir sama untuk diraikan pada majlis berbuka puasa ini.

Turut diacarakan ialah perasmian dan pengiktirafan Route 23@ Pit Stop Tangkak daripada admin Malaysia Local Route (MLR), En Abu Bakar bin Abdullah kepada Pn Zuraiha (Pengasas MLR Bahagian Selatan).

Seramai 100 orang bikers juga turut hadir memeriahkan lagi majlis ini.







13/03/2024

Pit Stop @ Tangkak tutup sehingga 14 Mac 2024 dan akan kembali beroperasi semula pada 15 Mac 2024.

Tambahan info juga, ada kabin beroperasi seperti biasa dan ada yang tutup sepanjang bulan Ramadhan ini.

(Yang beroperasi : kabin 6, kabin 7, kabin 8, kabin 11, kabin 13 dan kabin 14- Sila rujuk di menu pit stop di posting sebelum ini).

Waktu Operasi Bulan Ramadhan:
5.00 PETANG HINGGA 12.00 MALAM

SELASA : TUTUP

Harap Maklum. Terima kasih.





Address

Pejabat Besar, Majlis Daerah Tangkak, Peti Surat No. 63
Tangkah
84907

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:30 - 15:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amazing Tangkak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Amazing Tangkak:

Videos

Share

Category


Other Tangkah travel agencies

Show All

You may also like