GEMA Terengganu

GEMA Terengganu GEMA Terengganu merupakan sebuah organisasi anak muda yang berusaha menjana perubahan positif dalam kehidupan generasi muda.

Terbuka kepada anak muda tidak kira lelaki dan perempuan, apa bangsa sekalipun yang berumur 35 tahun ke bawah.

GEMA Terengganu mengucapkan tahniah kepada YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diatas pelantikan sebagai Menteri Besar Terengga...
13/05/2018

GEMA Terengganu mengucapkan tahniah kepada YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diatas pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

GEMA Terengganu mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru, Tun Dr Mahathir Mohamad.
13/05/2018

GEMA Terengganu mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Assalamualaikum wbt,Jemputan ke Misi Anak Muda 2.0Tarikh : 1-3hb Mac 2018Tempat : Kg Pdg Kemunting, KijalMisi Anak Muda ...
26/02/2018

Assalamualaikum wbt,
Jemputan ke Misi Anak Muda 2.0
Tarikh : 1-3hb Mac 2018
Tempat : Kg Pdg Kemunting, Kijal
Misi Anak Muda kali ini akan merangkumkan:
1️⃣ Misi Jejak Backpackers Charity
2️⃣ Misi Kembara Pendakwah Muda
3️⃣ Misi Sosial & Aktiviti
Dimana *acara kemuncak* akan berlangsung pada Jumaat (2 Mac 2018) merangkumkan
✅ Bengel Cara Mudah Fahami Al Quran (Dewasa)
✅ Bengkel Smart Study (Pelajar Sk Rendah & Sk Menengah)
✅ Sukan Tradisional
Dan pada pagi sabtu
✅ Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Warga Kijal, Jom datang beramai ramai bagi memeriahkan
Bersama Anak Muda Berdakwah & Berbakti

——————————————————
Kami masih lagi mengumpulkan Dana untuk merealisasikan misi.
Kepada sesiapa yang ingin menyumbang untuk misi ini bolehlah menghubungi
Saudara Isham
wasap.my/60179111907
Misi Anak Muda 2.0
Bersama • Berdakwah • Berbakti

KENYATAAN MEDIA GEMA TERENGGANU===================================ANTARA KELAHIRAN SELESA DENGAN KELAHIRAN SELAMAT======...
12/02/2018

KENYATAAN MEDIA GEMA TERENGGANU
===================================
ANTARA KELAHIRAN SELESA DENGAN KELAHIRAN SELAMAT
===================================

Beberapa hari yang lepas, kita telah dikejutkan dengan kematian bayi baru lahir oleh ketidakmahiran peneman kelahiran yang tidak berdaftar dan tidak terlatih.
Keadaan ini bertambah serius apabila peneman tersebut gagal mengenalpasti dan bertindak ketika situasi kecemasan, serta telah mengorbankan nyawa yang tidak berdosa.
Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama satu nyawa terkorban akibat kegagalan mengenalpasti serta bertindak di situasi kecemasan, akan tetapi pernah surau ketika dahulu nyawa si ibu telahpun melayang. Kelihatan sepertinya peneman kelahiran tidak berdaftar dan tidak terlatih ini tidak mengambil pelajaran malahan, semakin lama semakin aktif menyampaikan dakyah anti-perubatan moden yang berlandaskan pada emosi, tanpa berpegang pada fakta yang sahih. Walaupun perubatan moden ini terbukti selamat dan sentiasa dinaiktaraf dari masa ke masa.
Tindakan ini amatlah bercanggah dengan konsep maqasid syariah yang sedia diketahui umum, iaitu pemeliharaan nyawa itu adalah amatlah penting berbanding keselesaan, yang mana langsung bukan merupakan sebahagian dari Maqasid Syariah, iaitu;
1. Pemeliharaan Agama
2. Pemeliharaan Nyawa
3. Pemeliharaan Aqal
4. Pemeliharaan Keturunan
5. Pemeliharaan Harta
Justeru, kami mengajak semua untuk tidak terpedaya dengan dakyah anti-perubatan moden serta mendapatkan nasihat serta berbincang dengan pengamal perubatan berdaftar dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia bagi melancarkan proses melahirkan anak.
Kami juga menyeru penguatkuasaan dari agensi yang mempunyai bidang kuasa agar mengekang para doula atau bidan alternatif ini dari terus menganjurkan aktiviti mencari perantis, ceramah, konsultasi dan servis yang diragui malah membahayakan nyawa rakyat Malaysia.
Selaku sebahagian warga Malaysia yang prihatin, kami menyeru kaum ibu dan suami agar lebih peka dan tidak mudah terpedaya dengan informasi bidan alternatif. Berbincanglah dengan professional perubatan yang terlatih dan berdaftar dalam merancang proses bersalin.
Tujuan kami hanya mahu melindungi warga Malaysia dari anasir yang memudaratkan jiwa dan nyawa anggota masyarakat dan bangsa ini.
Dr Ahmed
Unit Media & Penerangan
GEMA Terengganu

30/01/2018

Salam semua! Hari ini, gitaris kami Daniel Iqram akan muncul lagi di RTM1 semasa program Lensa dari pukul 7.15 hingga 7.30 malam untuk mempromosi program SPEKTRAMUZIKA 2018!

Jangan lupa tonton!

23/01/2018

Saksikan sedikit sedutan GEMA di RTM1 semasa program Lensa dari jam 7.15 - 7.30 malam ini untuk mempromosi program SPEKTRAMUZIKA anjuran Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia.

Jangan lupa tonton! ✌

Syukur 1.0Sumbangan beras kepada 30 murid Asnaf..
20/01/2018

Syukur 1.0

Sumbangan beras kepada 30 murid Asnaf..

Anda minat muzik?
19/01/2018

Anda minat muzik?

01/01/2018
27/11/2017

🚧 PELUANG MEMBANTU MANGSA KEBAKARAN

Mari kita hulurkan bantuan kepada rakan GEMA kita saudara Daniel Kamal Bahrin berikutan musibah kebakaran yang melanda beliau dan rakan-rakan serumah.

Mereka dilaporkan mengalami kerugian sekitar RM10,000

Butiran cara sumbangan boleh dilihat seperti di poster. Semoga kita membina sifat saling menolong dalam diri kita!

Alhamdulillah,selesai sudah dengan jayanya bengkel Tajwid  hari ini. Penyertaan yang sangat menggalakkan dari pelajar UM...
11/11/2017

Alhamdulillah,
selesai sudah dengan jayanya bengkel Tajwid hari ini. Penyertaan yang sangat menggalakkan dari pelajar UMT dan orang awam. Terima kasih semua.

Bengkel dikendalikan sepenuhnya oleh Ust Masrul Ariffin Mohd Nazir, Timbalan Pengerusi GEMA Terengganu.

Bengkel Tajwid Al Quran bersama Timbalan Pengerusi GEMA Terengganu.
10/11/2017

Bengkel Tajwid Al Quran bersama Timbalan Pengerusi GEMA Terengganu.

05/11/2017

Coretan EKS-MAN

Ekspedisi Kayak Santai Anak Muda (EKS-MAN)Aktiviti berkayak merupakan aktivti kemuncak EKS-MAN. Saksikan gambar gambar m...
05/11/2017

Ekspedisi Kayak Santai Anak Muda (EKS-MAN)

Aktiviti berkayak merupakan aktivti kemuncak EKS-MAN. Saksikan gambar gambar menarik sepanjang berkayak di Sungai Cherating.

Anjuran :
GEMA Terengganu
Kumpulan Anak Muda Unggul - KAMU
I'M A Muslim Outdoorian
RUMAH NGAJI PAKA

Final malam ni Kedah lawan JDT, Anak muda tranung nak buat apa?Kita tonton live ler..Ayuh, sertai kami tonton live perla...
04/11/2017

Final malam ni Kedah lawan JDT,
Anak muda tranung nak buat apa?
Kita tonton live ler..

Ayuh, sertai kami tonton live perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia malam ini!

Bertempat di Restoran Riaz Corner, Bandar Baru Kijal bermula jam 8.30 malam

Anjuran GEMA Terengganu dan Kumpulan Anak Muda Unggul - KAMU

Live dari EKS-MAN!Petang ini peserta didedahkan dengan asas asas berkayak dan sesi praktikal berkayak.Sebelum itu, selep...
03/11/2017

Live dari EKS-MAN!

Petang ini peserta didedahkan dengan asas asas berkayak dan sesi praktikal berkayak.

Sebelum itu, selepas solat jumaat tadi semua peserta sempat belajar memanah.

GEMA Terengganu
Kumpulan Anak Muda Unggul - KAMU
I'M A Muslim Outdoorian
RUMAH NGAJI PAKA


Program Ekspedisi Kayak Santai Anak Muda (EKS-MAN) bermula hari ini! Apapun, kita dirikan khemah dulu 😀Follow kami untuk...
03/11/2017

Program Ekspedisi Kayak Santai Anak Muda (EKS-MAN) bermula hari ini!

Apapun, kita dirikan khemah dulu 😀

Follow kami untuk perkembangan live dari lokasi!

GEMA Terengganu
Kumpulan Anak Muda Unggul - KAMU
I'M A Muslim Outdoorian
RUMAH NGAJI PAKA


31/10/2017

Kenali rakan NGO kami, RUMAH NGAJI PAKA

Pusat aktiviti dengan visi membawa masyarakat sama-sama Baca, Faham & Amal al-Quran

Address

Terengganu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GEMA Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Share