Umrah Felcra Travels-Wakil Pahang

  • Home
  • Umrah Felcra Travels-Wakil Pahang

Umrah Felcra Travels-Wakil Pahang Kami menguruskan haji, umrah dan aktiviti pelancongan anda dengan bimbingan mutawwif yang berlatar belakang agama dan berpengalaman luas.

Sesi taklimat dan pameran Felcra Travels & Tours Sdn Bhd sempena:Mesyuarat Agung Koperasi Peserta-peserta Felcra Kawasan...
28/07/2022

Sesi taklimat dan pameran Felcra Travels & Tours Sdn Bhd sempena:

Mesyuarat Agung Koperasi Peserta-peserta Felcra Kawasan Bohor Baru Pada 28 Julai 2022 di Dewan Orang Ramai Kg Bohor Baru.

Booth Felcra Travels Wakil Pahang  sempena:Mesyuarat Agung Peserta-peserta Felcra Berhad Kg Sanggang 2 Kali ke-8 Sesi 20...
24/07/2022

Booth Felcra Travels Wakil Pahang sempena:

Mesyuarat Agung Peserta-peserta Felcra Berhad Kg Sanggang 2 Kali ke-8 Sesi 2022/2024

Photo-photo sekitar pameran di Dewan Orang Ramai Tmn Sri Krinau, Paya Pulai sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Peserta-...
20/07/2022

Photo-photo sekitar pameran di Dewan Orang Ramai Tmn Sri Krinau, Paya Pulai sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Peserta-peserta Gabungan Ladang Sempadan Karman Estet1 dan Felcra Berhad Kawasan Paya Puyu pada 20 Julai 2022 (Rabu) dirasmi oleh Tuan Huzaifah bin Abd Nasir, Pengurus Besar Wilayah Pahang.

Alhamdulillah, kesempatan membuka booth pameran sebegini dapat mempromosikan Pakej Umrsh dan pelancongan Felcra Travels dgn baik. Bnyk 'flyers' diedarkan dan sesi penerangan secara individu diadakan kpd yg berminat utk menunaikan umrah atau merancang utk melancong dalam dan luar negara.

Biasanya buku panduan umrah digantung di leher & dibaca doa2 di dalamnya semasa tawaf, saie dan lain2. Kalaulah panduan ...
16/06/2022

Biasanya buku panduan umrah digantung di leher & dibaca doa2 di dalamnya semasa tawaf, saie dan lain2. Kalaulah panduan umrah dibuat ebook mungkin akan memudahkan para tetamu Allah... Ya tak??

SA'IESaie merupakan salah satu rukun Haji dan Umrah. Ia dilakukan dengan berlari anak atau berjalan cepat sebanyak 7 kal...
14/06/2022

SA'IE
Saie merupakan salah satu rukun Haji dan Umrah. Ia dilakukan dengan berlari anak atau berjalan cepat sebanyak 7 kali perjalanan ulang-alik yang dimulai dari Bukit Safa’ dan berakhir di Bukit Marwah.

Ketika melintasi Bathnul Waadi, iaitu kawasan yang terletak di antara Bukit Safa’ dan Bukit Marwah (kawasan dengan lampu neon hijau) para jemaah lelaki disunatkan untuk berlari-lari anak, sedangkan untuk jemaah wanita berjalan cepat.

Ibadah Saie boleh dilakukan dalam keadaan tidak berwudhu dan oleh wanita yang datang Haid atau Nifas.

Syarat-Syarat Saie
1. Dilakukan selepas Tawaf Rukun / Tawaf Qudum
2. Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah
3. Cukup 7 kali dengan yakin.
4. Hendaklah sampai ke penghujung tempat Saie di Safa dan di Marwah
5. Hendaklah saie di Batnu Al-Wadi (tempat yang termaklum)
6. Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan Saie

Tak kenal maka tak cinta... Kenali biodata mutawwif2 dan tour guide kami di pautan di bawah:https://felcratravelspahang....
13/06/2022

Tak kenal maka tak cinta... Kenali biodata mutawwif2 dan tour guide kami di pautan di bawah:

https://felcratravelspahang.blogspot.com/2022/04/felcra-travels-tours-agen-pahang.html

FELCRA TRAVELS & TOURS SDN BHD merupakan syarikat/agensi pelancongan 100% muslim bumiputera dan berlesen penuh (Co 114515P KKKP0980). Kami adalah sebuah syarikat yang telah beroperasi selama lebih 30 tahun dalam bidang pelancongan dan Perkhidmatan UMRAH dan HAJI. 

12/06/2022

Kalau sesi penerangan umrah diadakan hujung bulan Jun ni, ada tak yang nak ikut serta?

TawafTawaf adalah salah satu rukun umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sa...
08/06/2022

Tawaf
Tawaf adalah salah satu rukun umrah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan mengikut syarat-syaratnya, ia menjadi tidak sah.

Syarat- syarat sah tawaf:

1. Berniat mengelilingi Ka’abah semata-mata untuk menunaikan tawaf kerana Allah S.W.T. Lafaz niat Tawaf Umrah :
Ertinya: “Aku berniat Tawaf Umrah di Ka’abah ini tujuh pusingan kerana Allah Taala.”

2. Tawaf hendaklah dilakukan di luar Ka’abah tetapi di dalam Masjidil Haram. Tawaf boleh dilakukan di bahagian atas Masjidil Haram dan pastikan bahu sentiasa mengiringi Ka’abah.

3. Tidak menyentuh mana-mana bahagian Ka’abah termasuk Syazarwan (bingkai Ka’abah) semasa tawaf.

4. Tidak boleh menggunakan laluan di bawah pancur emas antara Hijir Ismail dengan Ka’abah (kerana Hijr Ismail juga dikira sebahagian daripada Ka’abah).

5. Laluan tawaf hendaklah bersih daripada najis.

6. Tawaf hendaklah dimulai dari belakang garisan Hajar al-aswad dan diakhiri dengan melangkah garisan yang sama.

7. Tawaf sebanyak tujuh kali pusingan.

8. Ka’abah sentiasa di sebelah kiri sepanjang masa tawaf.

9. Suci daripada hadas kecil (berwuduk) semasa tawaf.

10. Suci daripada hadas besar.

11. Badan dan pakaian mesti suci daripada najis.( mendukung anak lelaki yang belum berkhatan adalah diaggap membawa najis yang menyebabkan tawaf menjadi tidak sah).

12. Menutup aurat semasa tawaf.

* Setelah selesai tawaf, lakukan solat sunat tawaf.

Niat Umrah BersyaratHabib Hasan bin Ahmad al-Kaff telah menyenaraikan beberapa contoh lafaz niat bersyarat bagi orang ya...
06/06/2022

Niat Umrah Bersyarat

Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff telah menyenaraikan beberapa contoh lafaz niat bersyarat bagi orang yang tersekat atau terhalang disebabkan oleh sakit dan lain-lain. Antaranya :

Contoh 1: Seorang yang sedang niat berihram meletakkan syarat dengan mengatakan :
اللَّهُمَّ مَحِلِّى حَيْثُ حَبَسْتَنِي

Maksudnya : “Ya Allah, tempat tahallulku adalah di mana aku terhalang atas kehendakMu.”

Maka, telah gugur ke atasnya dam, dan dia hanya perlu bertahallul dengan hanya bercukur atau bergunting bersama niat sahaja.

Contoh 2: Seseorang itu mensyaratkan dengan mengatakan :
إن مرضت فإني أتحلل

Maksudnya : “Sekiranya aku jatuh sakit, maka aku bertahallul.”

Dalam hal ini, dia hanya perlu bertahallul sama ada bercukur atau bergunting bersama niat sahaja.

Contoh 3: Dia mengatakan :
إن مرضت فإني أتحلل بالهدي

Maksudnya : “Sekiranya aku jatuh sakit, maka aku bertahallul dengan binatang korban.”

Sekiranya dia berniat syarat begini, maka dia wajib menyembelih terlebih dahulu binatang korban. Kemudiannya, barulah bercukur atau bergunting bersama dengan niat bagi kedua-duanya.

Contoh 4: Dia mengatakan :
إن مرضت فصرت حلالا

Maksudnya : “Sekiranya aku jatuh sakit, maka aku menjadi halal.”

Sekiranya dia telah berniat syarat begini, maka dia tidak perlu lagi melakukan apa-apa bagi bertahallul untuk keluar daripada ihram (kerana dia telah menjadi halal secara sendirinya).

Walau bagaimanapun, Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff mengingatkan bahawa adalah lebih baik dan utama bagi mereka yang menghadapi halangan untuk bersabar pada awalnya dengan mengharapkan halangan tersebut dapat dihilangkan sebelum berakhir tempoh dia berada di Mekah. Bahkan, sekiranya menurut sangkaannya halangan tersebut dapat hilang sebelum berakhir tempoh haji atau sebelum berakhir 3 hari bagi umrah, maka dia tidak boleh untuk bertahallul. (Dan dia mesti menyelesaikan baki rukun yang belum dilaksanakan selepas halangan tersebut tiada).

(Lihat al-Taqirat al-Sadidah, hlm. 511-512)

Oleh itu, perempuan yang kedatangan haid dan diyakini bahawa haidnya akan berakhir sebelum dia meninggalkan Mekah, maka dia tidak boleh bertahallul dan perlu menunggu sehingga haidnya berhenti. Kemudian, barulah melaksanakan rukun yang berbaki itu.

Untuk bacaan yang lengkap sila ke link berikut:

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/4194-irsyad-al-fatwa-haji-dan-korban-siri-ke-32-niat-bersyarat-ketika-mengerjakan-ibadah-umrah

Assalamualaikum muslimin muslimat yg dimuliakan. Semua maklum bahawa kuota haji Malaysia pd tahun 2022 hanyalah 14,306 o...
03/06/2022

Assalamualaikum muslimin muslimat yg dimuliakan.

Semua maklum bahawa kuota haji Malaysia pd tahun 2022 hanyalah 14,306 org jemaah sahaja. Ini bermakna, ramai yang telah cukup duit tidak dapat menunaikan fardhu haji.

Di sisi yg lain, Islam adalah agama yg sempurna kerana ia dtg dari Allah. Di samping fardhu haji yg ditentukan bulan²nya, Islam juga membawa ibadat umrah (haji kecil) yg boleh dilakukan sepanjang tahun dan lebih rendah belanjanya daripada fardhu haji.

Oleh yg demikian, kami daripada Felcra Travels & Tours Sdn Bhd Wakil Pahang ingin menyeru muslimin muslimat utk melakukan ibadat umrah pada tahun 2022 ini bersama kami. Di bawah ini disertakan link utk semakan tuan puan yg berminat.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdAoNK8mGw0ivlEvjFmqJXlXpynpZi9gh7sVzpYGuSr5y3jcg/viewform

Sekian, terima kasih dan selamat bercuti

Felcra Travels & Tours Wakil Pahang
No 11 Jalan Taman Bahagia 31,
Taman Bahagia, 28000 Temerloh.

Blog: https://felcratravelspahang.blogspot.com/?m=1

Facebook:
*Umrah Felcra Travels-Wakil Pahang*

Felcra Travels & Tours Sdn Bhd telah berdaftar dengan Kementerian Haji Arab Saudi melalui Muassasah MAIDAA Umrah Service, dan juga menyediakan visa pelancongan Saudia untuk umrah bagi menjalankan aktiviti pengendalian jemaah umrah Malaysia ke Tanah Suci. PENDAFTARAN AWAL 1. Pendaftaran awal ini adal...

01/06/2022

KELEBIHAN PAKEJ UMRAH
1. Fleksible masa 2. Tidak menunggu giliran 3. Kos rendah 4. Tempohnya pendek 5. Banyak travels agensi

29/05/2022

PAKEJ UMRAH 2022
1. PAKEJ GOLD
- Hotel Anjum di Mekah & Hotel Sham Province di Madinah.
- Tempoh 12 hari 10 malam.
- Penerbangan terus K.Lumpur-Madinah & balik dari Jedah-K.Lumpur.
- Harga RM7600 (4 sebilik), RM7900 (3 sebilik) & RM8500 (2 sebilik).

2. PAKEJ SILVER
- Hotel Anjum di Mekah & Hotel Concorde di Madinah.
- Tempoh 12 hari 10 malam.
- Penerbangan terus K.Lumpur-Madinah & balik dari Jedah-K.Lumpur.
- Harga RM7500 (4 sebilik), RM7800 (3 sebilik) & RM8400 (2 sebilik).

3. PAKEJ BRONZE
- Hotel Anjum di Mekah & Hotel Mubarak Silver di Madinah.
- Tempoh 12 hari 10 malam.
- Penerbangan terus K.Lumpur-Madinah & balik dari Jedah-K.Lumpur.
- Harga RM7400 (4 sebilik), RM7700 (3 sebilik) & RM8300 (2 sebilik).

UMRAH PENGHAPUS DOSADaripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَ...
26/05/2022

UMRAH PENGHAPUS DOSA

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ

Maksudnya: “Ibadah umrah kepada umrah berikutnya adalah kaffarah (penghapusan dosa) di antara kedua-duanya. Dan haji yang mabrur tiada balasan (bagi pelakunya) melainkan syurga.” [3]

Riwayat Al-Bukhari (1773) dan Muslim (1449)

https://felcratravelspahang.blogspot.com/

Kami sentiasa berusaha untuk memudahkan bakal jemaah haji & umrah berurusan dengan kami. Ini salah satu caranya:Umrah Pa...
25/05/2022

Kami sentiasa berusaha untuk memudahkan bakal jemaah haji & umrah berurusan dengan kami. Ini salah satu caranya:

Umrah Package | Felcra Travels Wakil Pahang

Jalan Taman Bahagia 31, Taman Bahagia, 28000 Temerloh, Pahang
013-927 7414 https://g.co/kgs/pA1utx

24/05/2022

Kekosongan tempat untuk sesi penerangan percuma Pakej Umrah pada 28 Mei (Sabtu) ini semakin sikit. Watsap kehadiran segera..

22/05/2022

Lima Rukun Umrah:
1. Niat umrah, 2. Tawaf, 3. Sa'ie, 4. Bercukur/bergunting & 5. Tertib.

19/05/2022
19/05/2022
Kami menjemput anda ke sesi penerangan Pakej Umrah Felcra Travels & Tours di tarikh, masa & tempat seperti dinyatakan. S...
18/05/2022

Kami menjemput anda ke sesi penerangan Pakej Umrah Felcra Travels & Tours di tarikh, masa & tempat seperti dinyatakan. Semoga Allah menjemput anda sebagai tetamuNya setelah mendengar penerangan dari kami.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Umrah Felcra Travels-Wakil Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Umrah Felcra Travels-Wakil Pahang:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share