Symphony Travel & Tours Sdn Bhd

  • Home
  • Symphony Travel & Tours Sdn Bhd

Symphony Travel & Tours Sdn Bhd KESEMPURNAAN IBADAH KEUTAMAAN KAMI

Suasana di Miqat Muzdalifah... Semoga Duyufurrahman semua dikurniakan haji yang mabrur. InsyAllah... Aamiin.
09/07/2022

Suasana di Miqat Muzdalifah... Semoga Duyufurrahman semua dikurniakan haji yang mabrur. InsyAllah... Aamiin.

08/07/2022

Ya Allah. MasyAllah. Sedih & pilu bila mendengar berita bhw terdapat 400 orang bakal haji ditipu oleh sebuah syarikat pelancongan. Semoga mereka yang terkandas disebabkan penipu sabar menghadapi dugaan. Sempena Hari Wukuf di Padang Arafah Hari ini, marilah Kita sama2 berdoa semoga diberi rezki, diberi kesihatan yg baik, & peluang untuk menunaikan haji di Tanah suci Mekah nanti... InsyAllah... aamiin

06/07/2022

Ya Allah...
Lagi 2 Hari Wukuf di Arafah...
Semoga Duyufurrahman mendapat Haji yg mabrur.. Aamiin..🤲🤲

RAHMAT MELIHAT KAABAHDalam satu hadis, Nabi SAW menyebut bahawa diturunkan 120 rahmat di Kaabah. Rahmat ini dibahagikan ...
28/06/2022

RAHMAT MELIHAT KAABAH

Dalam satu hadis, Nabi SAW menyebut bahawa diturunkan 120 rahmat di Kaabah. Rahmat ini dibahagikan kepada:

60 rahmat untuk orang yang tawaf. Oleh itu, disunatkan untuk memperbanyakkan tawaf dan bukan memperbanyakkan solat sunat seperti di masjid lain.

40 rahmat untuk mereka yang solat dalam kawasan Masjidil Haram. Oleh itu, jika tak sempat tawaf, kita banyakkan solat sunat.

20 rahmat lagi untuk mereka yang melihat Kaabah.

Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda yang antara mata-mata yang tidak akan disentuh api neraka ialah mata yang melihat Kaabah.

Oleh itu, banyakkan melihat Kaabah dan ulama mengatakan jika seseorang wanita sedang haid dan tidak boleh melakukan tawaf wida’, maka cukup baginya untuk melihat Kaabah.

Wallahu'alam.

Pernahkah anda mendengar mengenai HIJR ISMAIL ( HATEEM )Hijr Ismail disebut sebahagian daripada Kaabah.Bukan mudah untuk...
11/06/2022

Pernahkah anda mendengar mengenai HIJR ISMAIL ( HATEEM )

Hijr Ismail disebut sebahagian daripada Kaabah.

Bukan mudah untuk memasuki ruang berkenaan, yang di dalamnya membolehkan jemaah berdoa di bawah pancuran emas, apatah lagi tempat itu adalah antara tempat MUSTAJABNYA DOA.

Di tempat itu juga ramai jemaah yang melekapkan dada dan wajah mereka serta berdoa disertai tangisan.

Hijr Ismail adalah lokasi sebelah utara Ka'bah yang dibatasi tembok yang berbentuk setengah lingkaran. Disitulah Nabi Ismail tinggal semasa hidupnya.Wallahua'alam.

===============================================
Mari sama-sama kita berdoa Agar Allah SWT memberi kita semua kesempatan untuk mengerjakan ibadat di dalam .. Aamiin..

KENAPA MASJIDIL HARAM DINAMAKAN HARAM?Assalamualaikum w.b.tSemoga sahabat sekalian sentiasa berada dalam keredhaan Allah...
30/05/2022

KENAPA MASJIDIL HARAM DINAMAKAN HARAM?

Assalamualaikum w.b.t
Semoga sahabat sekalian sentiasa berada dalam keredhaan Allah S.W.T…

Kenapa masjidil haram dinamakan haram? Masjidil Haram merupakan sebuah masjid terbesar dimana terdapat kaabah di Kota Mekah yang merupakan tujuan utama dalam ibadah haji.
Masjid ini dibangun mengelilingi kaabah yang menjadi arah kiblat bagi umat Islam dalam mengerjakan ibadah solat.Allah sw.t menjadikan hukum Tanah Haram sama dengan Makkah sebagai memuliakannya.Tanah Haram ini telah diharamkan oleh Allah s.w.t semenjak dijadikan bumi sehingga hari kiamat.

Antara sebab masjid haram dinamakan haram kerana:

1. Haram dimasuki orang kafir.

Allah Ta’ala berfirman dalam surah:
“Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini (iaitu tahun penaklukan kota Mekkah)” (At-Taubah :28)
At-Thabari rahimahullah menafsirkan,
“Janganlah kalian biarkan mereka (orang kafir) mendekati masjidil haram dengan masuk ke kota Mekkah. Maka perhatikanlah larangan kepada mereka memasuki kota Mekkah kerana jika mereka masuk, mereka akan mendekati Masjidil Haram.” (Tafsir At-Thabari 19/141, Muassasah Ar-Risalah, Syamilah)

2. Batas tanah haram

Batas tanah haram yang berlaku semua ketentuan tentang tanah haram itu adalah batas miqat makani sebagaimana yang berlaku buat Jemaah haji. Maka para batas miqat itulah seorang non-muslim tidak boleh masuk lagi ke dalamnya.

3. Ketentuan terkait dengan Wilayah Al-Haram

Selain tidak boleh dimasukki oleh non-muslim, tanah haram di Makkah juga memiliki ketentuan-ketentuan lainnya. Antara lain adalah:
Solat Pahalanya 100 000 kali ganda.
Dari Jabir Radhilallahu’anhu sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda :“Solat di masjidku lebih utama beribu kali (dibandingkan) dengan solat selainnya kecuali di Masjidil Haram. Solat di Masjidilharam lebih utama seratus ribu dibandingkan solat di dalamnya. (HR Ahmad dan Ibnu Majah). Tidak ada larangan untuk melakukan solat pada waktu-waktu tertentu.

Dari Jubair bin Muth’im bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:“Wahai Bani Abdi Manaf, janganlah kalian melarang seorangpun yang akan tawaf mengelilingi tujuh kali sekitar kaabah dan seorang yang akan menunaikan solat pada waktu malam atau siang”(HR Abu Daud dan Nasa’I, dan Tirmidzi dan Ibu Majah dan di shahihkan Al-Albani)

4. Haram membawa senjata

Di Tanah Haram Makkah, haram hukumnya membawa senjata. Sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W.Dari Jabir bin Abdillah radhiualluanhu, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :” Tidak diperbolehkan bagi kalian membawa senjata di Makkah”, (HR Muslim)

5. Haram menumpahkan darah (pembunuhan) dan mematahkan tumbuhan.

“….maka sejak itu (negeri Makkah) haram dengan keharaman hingga hari kiamat, duri-durinya tidak boleh dipatahkan, binatang buruannya tidak boleh diusir atau diganggu, barang yang jatuh di Makkah tidak boleh diambil kecuali intuk mencari (pemiliknya), tumbuh-tumbuhannya tidak boleh diteban…”
(HR Bukhari dan Muslim)

Kesimp**annya, tanah yang dimuliakan Allah s.w.t. menjadi satu asbab mengapa rukun haji itu wujud dan di wajibkan ke atas kita.Maka rugi bagi yang tidak dapat hadir ke Tanah Haram padahal dia mampu.Moga kefahaman ini memberi dorongan kepada kita berazam untuk kesana.

Kisah Telaga Saidina Uthman Ibn Affan R.ASahabat Nabi SAW yang muliaHarini nak kongsi satu kisah yang sangat menarik. Ki...
15/04/2022

Kisah Telaga Saidina Uthman Ibn Affan R.A
Sahabat Nabi SAW yang mulia
Harini nak kongsi satu kisah yang sangat menarik. Kisah salah seorang sahabat Nabi SAW. Diriwayatkan selepas pihak Muhajirin berhijrah ke Madinah, musim kemarau pun melanda. Penduduk Madinah dan pihak Muhajirin menghadapi masalah untuk mendapatkan air bersih.

Kisah telaga Saidina Uthman Ibn Affan r.a
Salah satu punca bekalan air yang masih ada adalah daripada Telaga Rummah iaitu telaga milik seorang Yahudi. Para sahabat dikenakan caj yang tinggi untuk mengambil air daripada telaga tersebut. Ia menimbulkan masalah.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai Sahabatku! Sesiapa sahaja di antara kamu yang menyumbangkan hartanya untuk dapat membebaskan telaga itu, lalu mendermakannya untuk umat, maka akan mendapat Syurga Allah.” (Hadis riwayat Muslim)

Saidina Uthman Ibn Affan r.a yang mengetahui akan hal tersebut dengan segera bertindak bertemu pemilik telaga. Beliau menyatakan hasratnya membeli telaga itu dengan tawaran yang tinggi. Namun pemilik telaga menolak kerana bimbang pendapatannya akan terjejas.

Tidak berputus asa, Saidina Uthman r.a kemudian menawarkan untuk membeli separuh daripada pemilikan ke atas telaga tersebut. Tawaran itu diterima kerana pemilik telaga yakin akan mendapat keuntungan yang banyak.

Saidina Uthman r.a dan pemilik telaga membuat perjanjian untuk bergilir-gilir memiliki telaga tersebut berselang hari. Jika hari ini milik Saidina Uthman, maka esok p**a milik si Yahudi. Hari seterusnya milik Saidina Uthman dan berterusan secara bergilir-gilir.

Beliau memberitahu kepada semua penduduk Madinah bahawa telaga itu telah diwakafkan. Semua orang boleh mendapatkan air percuma pada hari-hari miliknya. Saidina Uthman r.a turut menasihati penduduk Madinah supaya menyimpan bekalan cukup dua hari sehingga hari gilirannya semula.

Sangkaan si Yahudi yang menganggap keputusannya menjual sebahagian daripada telaga itu bijak, rupa-rupanya meleset. Dia silap membuat perhitungan. Disangkanya untung tetapi rugi. Saidina Uthman r.a lebih bijak.

Telaga itu akhirnya dijual terus kepada Saidina Uthman Ibn Affan r.a oleh si Yahudi. Sejak itu beliau mewakafkan telaga miliknya itu. Sejak itu, seluruh penduduk Madinah tidak mengira bangsa dan agama boleh mendapatkan bekalan air percuma daripada telaga itu.

Setelah beberapa tahun berlaku, dengan izin Allah SWT, limpahan air daripada telaga itu telah menyuburkan kawasan di sekitarnya. Pokok kurma yang terdapat di situ terus membiak dan dipelihara oleh kerajaan yang memerintah sehinga sekarang.

Hasil jualan dan keuntungan daripada kurma-kurma tersebut, ada yang diinfaqkan kepada orang miskin dan anak-anak yatim dan sebahagian lagi disimpan di akaun bank yang diwujudkan atas nama Saidina Uthman Ibn Affan r.a.

Kerajaan Arab Saudi juga menggunakan wang simpanan itu untuk membeli tanah berhampiran masjid Nabawi dan membina sebuah hotel di Madinah. Tanah dan hotel tersebut adalah atas nama Saidina Uthman r.a dan diwakafkan.

Subhanallah, Masyaallah. Sungguh hebat ya Saidina Uthman. Alangkah indahnya jika kita juga mampu menjadi seperti beliau. Ok, daripada Kisah telaga Saidina Uthman Ibn Affan r.a., ia sebenarnya membuktikan betapa janji Allah SWT kepada orang yang bersedekah itu adalah pasti.

Siapa sangka, telaga yang dulunya milik Yahudi akhirnya dengan kuasa Allah, ia menjadi hak mutlak umat Islam. Sebelum telaga tu dibeli oleh Saidina Uthman, kawasan tersebut kemarau teruk tapi sesudah telaga itu diwakafkan untuk kaum Muslimin dan selepas beberapa tahun kemudian, tanah disitu menjadi subur. Pokok kurma pun tumbuh, siap jadi ladang kurma lagi.

Selain itu, sifat dermawan yang dimiliki oleh Saidina Uthman Ibn Affan r.a juga wajar menjadi ikutan oleh kita semua dalam memperbanyak sedekah dan wakaf. Mengikut apa yang saya tahu, telaga itu sehingga kini ia masih digunakan oleh umat islam kan?

Subhanallah. Kita tengok la, biarpun Saidina Uthman sudah lama meninggal dunia, pahala yang beliau dapat tu berpanjangan sampai ke hari ini.
Kredit nurul syahidah.

Bismillah...Ramadhan ke 6.. Keadaan di MasjidilHaram selepas solat Terawih semalam.... Semoga kita semua sempat Dan berp...
07/04/2022

Bismillah...Ramadhan ke 6..
Keadaan di MasjidilHaram selepas solat Terawih semalam.... Semoga kita semua sempat Dan berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sana.. Aamiin...

Bismillah... Syukur Alhamdulillah kerana jemaah Symphony Travel and Tour Sdn. Bhd telah berlepas ke Tanah suci Hari ini ...
07/04/2022

Bismillah... Syukur Alhamdulillah kerana jemaah Symphony Travel and Tour Sdn. Bhd telah berlepas ke Tanah suci Hari ini untuk menunaikan umrah dalam bulan yg mulia, bulan Ramadan al-mubarak. Semoga perjalanan mereka berjalan lancar Dan diberi kesihatan yg baik sepanjang berada di sana. Semoga jemaah dikurniakan Umrah yg mabrur.. Aamiin..


🌙Ramadhan tiba!Ramadhan tiba❕Marhaban ya Ramadhan! Esok mula puasa, malam ni mula Tarawih.. الحَمْدُ للهِ🤲🏻 RAMADHAN MUB...
02/04/2022

🌙Ramadhan tiba!
Ramadhan tiba❕
Marhaban ya Ramadhan! Esok mula puasa, malam ni mula Tarawih.. الحَمْدُ للهِ🤲🏻 RAMADHAN MUBARAK🌙

Pancaran lesar dipancarkan ke langit menandakan kegembiraan dlm menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak.... Pemandangan di Safwah Tower...

Alhamdulillah... sukanya bila mendapat kabar berita ini pagi tadi. Sesuatu yang patut disyukuri, alhamdulillah!Tak henti...
06/03/2022

Alhamdulillah... sukanya bila mendapat kabar berita ini pagi tadi. Sesuatu yang patut disyukuri, alhamdulillah!

Tak henti-henti, hati ini menyebut alhamdulillah, alhamdulillah... Sedikit sebanyak keadaan akan kembali seperti biasa.

Baru dapat berita daripada akhbar-akhbar rasmi di sini. Semuanya berkuat kuasa serta merta, antaranya adalah:

1. Tiada lagi penjarakan saf di seluruh masjid di sini termasuklah Masjid Nabawi & Masjidil Haram bermula Subuh hari ini.

2. Pemansuhan permit untuk solat 5 waktu di Masjidil Haram & ziarah makam Rasulullah. Boleh masuk terus tanpa permit. Tetapi untuk ke Raudhah & kerjakan Umrah masih perlu tempah permit.

3. Kanak-kanak bawah 5 tahun dibenarkan masuk ke kawasan dataran Masjid Nabawi & Masjidil Haram. (INI YANG PALING BEST!!)

4. Ramadhan nanti Masjid Nabawi & Madjidil Haram akan dibuka penuh untuk para jemaah. Aktiviti berbuka puasa di kedua-kedua masjid ini pun akan berlangsung seperti biasa.

5. Tak perlu lagi pakai pelitup muka di tempat terbuka. Dalam masjid masih perlu pakai.

Allahuakbar, Allah Maha Besar. Semoga orang Islam dapat beribadah dengan selesa Dan khusyuk serta dapat meraikan Ramadhan di Masjid Nabawi & Baitullah..

Alhamdulillah ya Allah...😍😍

23/02/2022

"ALLAH TIDAK MENJEMPUT MEREKA YANG MAMPU, MALAH ALLAH MENJEMPUT MEREKA YANG MAHU". Inilah masanya, rebutlah Peluang selagi ada waktu yang tersisa...

Manakala pada mereka yang sudah berkunjung ke sana, KENAPA perlu mengerjakan UMRAH BERKALI- KALI??
Ini kerana terdapat:

Hadith riwayat Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ ‏

Maksudnya: Tempoh waktu antara satu umrah dengan umrah yang seterusnya merupakan penghapus dosa, dan haji yang mabrur akan menatijahkan balasan syurga.

Riwayat al-Bukhari (1773) dan Muslim (1349)

Untuk trip seterusnya pada 10 MAC 22 masih ada beberapa kekosongan lagi!

Jangan lepaskan Peluang yang ada... Sesiapa yg berminat boleh wsp di nombor yg tertera...

23/02/2022
KOTA MEKAH pada tahun 1970an...
06/02/2022

KOTA MEKAH pada tahun 1970an...

Makkah Al-Mukarramah.. 29 January 2022.. Kerinduan yang pasti bagi jemaah yg pernah menjejakkan kaki di sini. Semoga Kit...
29/01/2022

Makkah Al-Mukarramah..
29 January 2022..
Kerinduan yang pasti bagi jemaah yg pernah menjejakkan kaki di sini. Semoga Kita semua dijemput ke sanad dengan keizinan nya . Aamiin...

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Symphony Travel & Tours Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Symphony Travel & Tours Sdn Bhd:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share