30/12/2022
NIKMATI MINUMAN TEH TURKI – SPRING SEASON 2023
Di Turki, teh hitam ini ditanam di kawasan kota Wilayah Rize di bahagian timur Wilayah Laut Hitam Turki.
Kebanyakkan rumah di Turki, menawarkan minuman teh kepada para tamu merupakan satu tradisi budaya penduduk di Turki.
Minuman ini disiapkan dalam teko ganda yang disebut "çaydanl k"; Namun, ada satu lagi jenis teko lain yang dipanggil "samovar" juga digunakan di negara ini, terutama di kedai kopi, kerana dapat membuatkan teh kekal panas untuk jangka waktu yang lama.
Keunikan gelas berbentuk tulip yang disebut "ince belli" digunakan untuk menyajikan teh mereka serta disediakan gula berasingan mengikut citarasa tetamu.
Teh Turki memiliki manfaat kesihatan yang unik seperti meningkatkan kesihatan jantung dan mencegah stroke serta menurunkan kolesterol jahat. Sebab itu amalan meminum teh ini amat pop**ar di negara Turki.
Cuba anda bayangkan , anda sedang menikmati secangkir “Teh Turki” dan roti bagel yg lembut dengan kulit yg krispi sambil menikmati angin bertiup sepoi sepoi dan burung camar berterbangan melayang di udara. Memang sangat mendamaikan.
Nak bercuti raya di Turki 2023 , tekan button whatsapp di bawah