21/07/2020
KEUTAMAAN 10 PERTAMA ZULHIJJAH PADA SIANG ATAU MALAM HARINYA?
Para ulama berbeza pendapat berkaitan dengan kemuliaan 10 hari pertama Zulhijjah dengan 10 hari terakhir di bulan Ramadhan.
Ini kerana di dalam bulan Zulhijjah terdapat hari Arafah yang mana baginda Rasulullah ๏ทบ menyebutkan kelebihan hari Arafah:
(( Barangsiapa yang berpuasa pada hari Arafah, sesungguhnya aku berharap kepada Allah agar diampunkan dosanya selama 2 tahun ))
Manakala di bulan Ramadhan terdapat Lailatul Qadar yang kita sedia maklum ibadah pada malamnya lebih baik dari 1000 bulan @ 83 tahun 4 bulan.
Al-Imam Mulla 'Ali Qari di dalam kitabnya ู
ุฑูุงุฉ ุงูู
ูุงุชูุญ menjelaskan:
Dari sudut siang : Afdol ialah pada 10 hari pertama Zulhijjah kerana terdapat padanya hari Arafah yang merupakan HARI yang terbaik
Dari sudut malam: Afdol ialah 10 terakhir bulan Ramadhan kerana terdapat padanya Lailatul Qadar yang merupakan MALAM yang terbaik.
Ini hanya khilaf dari sudut keutamaan masa sahaja, apapun
marilah kita berebut melaksanakan amal soleh terutama di 10 pertama Zulhijjah ini kerana kelebihan agung telah dijelaskan oleh baginda Rasulullah ๏ทบ:
ุนููู ุงุจููู ุนูุจููุงุณู ููุงูู: ููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู: "ู
ูุง ู
ููู ุฃููููุงู
ู ุงูุนูู
ููู ุงูุตููุงููุญู ูููููููู ุฃูุญูุจูู ุฅูููู ุงูููููู ู
ููู ููุฐููู ุงูุฃููููุงู
ู ุงูุนูุดูุฑู"ุ ููููุงูููุง: ููุง ุฑูุณูููู ุงููููููุ ููููุง ุงูุฌูููุงุฏู ููู ุณูุจูููู ุงููููููุ ููููุงูู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู: "ููููุง ุงูุฌูููุงุฏู ููู ุณูุจูููู ุงููููููุ ุฅููููุง ุฑูุฌููู ุฎูุฑูุฌู ุจูููููุณููู ููู
ูุงูููู ููููู
ู ููุฑูุฌูุนู ู
ููู ุฐููููู ุจูุดูููุกู"
Daripada Sayyusna Ibnu โAbbas berkata: Rasulullah ๏ทบ bersabda:
((โTiada hari-hari yang amalan soleh padanya paling Allah sukai padanya (iaitu 10 hari pertama Zulhijjah))โ. Mereka bertanya: โYa Rasulullah, Sekalipun jihad pada jalan Allah?โ. Jawab Rasulullah ๏ทบ:
(( Sekalipun jihad pada jalan Allah, melainkan seseorang yang keluar (berjihad) dengan diri dan hartanya dan tidak mendapat semua itu kembali walaupun sedikitโ (Riwayat al-Bukhari, al-Tirmizi )
Wallahualam
Catatan ringkas Abu Abbas Sidqi