Finaz Homestay Meru, Ipoh

  • Home
  • Finaz Homestay Meru, Ipoh

Finaz Homestay Meru, Ipoh - Located at ground floor
- Car parked space
- Muslim homestay
- Senior citizen and OKU friendly

*N

Alhamdulillah. Terima kasih customer yang menginap di Finaz Homestay sepanjang tahun 2021. Slot tahun 2022 masih availab...
04/01/2022

Alhamdulillah. Terima kasih customer yang menginap di Finaz Homestay sepanjang tahun 2021. Slot tahun 2022 masih available. Keluarga yang ramai boleh menginap di Finaz Homestay 🥰. Moh ler jalan-jalan ke Ipoh 😍.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa bagi semua umat Islam 🕌.
23/04/2020

Selamat Menjalani Ibadah Puasa bagi semua umat Islam 🕌.

Alhamdulillah. Permulaan yang baik untuk tahun baru 2020 🎉🎉🎉. Finaz Homestay sentiasa akan memberikan perkhidmatan yang ...
30/01/2020

Alhamdulillah. Permulaan yang baik untuk tahun baru 2020 🎉🎉🎉. Finaz Homestay sentiasa akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan yang menginap di homestay kami 👍🏻👍🏻😊.

Terima kasih kepada semua pelanggan yang pernah menginap di Finaz Homestay Ipoh. Kami cuba untuk menyediakan penginapan ...
25/12/2019

Terima kasih kepada semua pelanggan yang pernah menginap di Finaz Homestay Ipoh. Kami cuba untuk menyediakan penginapan yang terbaik bagi pecutian anda. Ramai pelanggan yang telah berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan 😘😍.

Jadi tunggu apa lagi, tempahlah sekarang sebelum terlambat. Special price nak bagi ni.. 🤭😊

Pn. Syafinaz ( http://www.wasap.my/+60195032050/haiFinazHomestay )

Pasar Karat Ipoh atau ‘Loken’ merupakan salah satu lokasi yang patut dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang melancong ke Ip...
14/12/2019

Pasar Karat Ipoh atau ‘Loken’ merupakan salah satu lokasi yang patut dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang melancong ke Ipoh. Pasar yang diadakan hanya pada setiap hari Ahad ini adalah tumpuan penduduk Ipoh dan memang dinantikan kehadirannya setiap minggu.

Rata-rata yang datang awal ialah pengumpul barangan terpakai. Mereka ini datang seawal 7 pagi, iaitu sewaktu banyak penjual sedang mengeluarkan barang mereka, untuk memastikan yang barangan terbaik tidak terlepas ke tangan orang lain.
Selain dari barangan tersebut, ada pelbagai barangan lain yang diselerakkan di atas jalanraya — dari kelengkapan rumah dan kereta hinggalah ke aksesori telefon dan ubat kuat.
Jika anda pengumpul setem lama, duit lama, barangan tembaga dan pelbagai barangan “collectibles”, jangan lupa datang ke Lok Kin.

Menariknya, di sini terdapat pelbagai barangan lama dan antik serta banyak barang keperluan lain termasuk koleksi duit syiling dan duit kertas lama, seterika arang, buku, cermin mata, kamera antik, keris lama, barangan perhiasan dan bermacam-macam lagi semuanya ada di sini.

Barangan 'bundle' juga banyak termasuk barangan alat ganti untuk motosikal, kereta atau barangan elektrik manakala jangan bimbang, harga yang ditawarkan jauh lebih murah jika pandai tawar menawar.

Apa yang dianggap sesetengah orang sebagai pasar karat mungkin syurga beli belah untuk anda.

Tips Pengunjung
Datang seawal 8 pagi kerana tempat letak kereta terhad dan kerap sesak.

Untuk pengetahuan anda, Bulatan Amanjaya ini terletak 5 minit sahaja dari Finaz Homestay. Kalau anda tertanya-tanya di m...
13/12/2019

Untuk pengetahuan anda, Bulatan Amanjaya ini terletak 5 minit sahaja dari Finaz Homestay. Kalau anda tertanya-tanya di mana lokasi yang meriah untuk habiskan masa di waktu malam masa bercuti di Ipoh, inilah lokasi yang wajib anda lawati! 🥰

Lokasi ini sentiasa meriah walaupun bukan pada hujung minggu. Mesti anda tertanya-tanya apa istimewanya dengan tempat ni?

Bulatan Amanjaya bukanlah sebuah tempat bersantai biasa sebab di sini terdapat kolam permainan air untuk kanak-kanak, gelanggang luncur untuk sesiapa yang nak bermain skateboard, khidmat sewaan basikal, kereta elektrik, kasut roda dan sebagainya! Manalah tak meriah kalau macam inilah gayanya.

Anda yang datang bersama anak-anak kecil juga tak perlu terlalu risau sebab kawasan ni turut dipantau oleh beberapa pengawal keselamatan serta kamera CCTV.

Salah satu tarikan yang terdapat di Ipoh iaitu Taman tema MAPS! Apa yang menariknya di MAPS Ipoh? 1. Boleh masuk ke Bobo...
12/12/2019

Salah satu tarikan yang terdapat di Ipoh iaitu Taman tema MAPS! Apa yang menariknya di MAPS Ipoh?

1. Boleh masuk ke Boboiboy 4D. Boleh rasa ekspedisi Boboiboy lalu ribut kat laut nak ke pulau terapung.
2. Kalau anak anda peminat tegar BoboiBoy, jangan lupa singgah order air kat Kokotiam Tok Aba.
3. Jangan lupa tengok live show stuntman kereta & motor. Tapi duduk di baris atas, melainkan anda s**a makan asap.
4. Ada rumah hantu The Sacred Rianna kat sini. Alah, ahli magik Indonesia yang masuk separuh akhir America’s Got Talent tu.

Tips Pengunjung :

1. Kawasan di luar MAPS Ipoh, ada banyak kedai makan. Dari McDonalds dan Dominos Pizza sampailah ke mamak dan food truck. Jadi kalau boleh tahan lapar, tunggu keluar MAPS untuk makan di luar saja.
2. Bersedia dengan payung, sunscreen dan stroller untuk anak kecil.
3. Beli tiket online. Lebih murah dan tak perlu pening beratur.

Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang, musim cuti sekolah ini lah masanya nak bawa anak-anak pergi bercuti 🥰.

Assalamualaikum. Selamat bercuti semua! Sapa2 yang nak datang jalan2 ke Ipoh boleh menginap di Finaz Homestay ya. Insya ...
09/12/2019

Assalamualaikum. Selamat bercuti semua! Sapa2 yang nak datang jalan2 ke Ipoh boleh menginap di Finaz Homestay ya. Insya Allah perkhidmatan yang terbaik kami sediakan.

🌸 Terletak di ground floor. Mesra OKU, WARGA EMAS, WANITA MENGANDUNG & KANAK2.
🚙 Kemudahan tempat letak kereta.
🌹 Homestay jenis apartment 3 bilik dan 2 bilik air (maximum 8 orang). Toto dan bantal tambahan disediakan.
☘️ Peralatan asas dapur (rice cooker, kettle jug, cawan, pinggan, sudu disediakan)
🌻 Kemudahan asas lain yang disediakan seperti TV, sofa, meja makan, iron & iron board disediakan)
🍄 Keperluan toiletries seperti body shower disediakan.
❌❌Tuala TIDAK DISEDIAKAN❌❌

⏩ KEMUDAHAN LAIN
✅ Kedai dobi layan diri
✅ Taman permainan
✅ Surau

⏩ KAWASAN BERHAMPIRAN
✅ MAPS, Meru (4 min)
✅ Bulatan Amanjaya (5 min)
✅ Hotel Casuarina (5 min)
✅ Mydin Mega Mall (6 min)
✅ Terminal Bas Amanjaya (6 min)
✅ Lebuh Raya Utara Selatan : Exit Tol Jelapang (4 min)
✅ Lost World of Tambun (19 min)
✅ Hot Spring, Tambun (20 min)
✅ Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Tg. Rambutan (27 min)
✅ Politeknik Ungku Omar (20 min)
✅ Pusat Bandaraya Ipoh : Gerbang Malam
(20 min)
✅ Kawasan Perkelahan Ulu Chepor (10 min)

Nak dapatkan harga istimewa???

Boleh terus wasap :
http://www.wasap.my/+60195032050
(Finaz - 0195032050)

28/11/2019
3 Bedroom2 BathroomHall & DiningKitchen
28/11/2019

3 Bedroom
2 Bathroom
Hall & Dining
Kitchen

Address


Telephone

+60195032050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Finaz Homestay Meru, Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share