Ibrah Dari Umrah

  • Home
  • Ibrah Dari Umrah

Ibrah Dari Umrah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ibrah Dari Umrah, Travel Company, .

InsyaAllah, melalui page ini kami akan berkongsi info serta ilmu pengetahuan tentang Ibadah Umrah & Ziarah di Tanah Suci Mekah dan Madinah dan berkongsi pengalaman perjalanan kami ke bumi Haramain pada tahun 2019 yang lalu.

Alhamdulillah...Khabar gembira buat pencinta Tanah Haram.Penghadang di sekeliling Kaabah sudah dibuka..Ini bermakna jema...
03/08/2022

Alhamdulillah...

Khabar gembira buat pencinta Tanah Haram.

Penghadang di sekeliling Kaabah sudah dibuka..

Ini bermakna jemaah yang berada di Mataf sudah boleh mengambil peluang untuk solat di Hijr Ismail, berdoa di Multazam dan mengucup Hajarul Aswad.

Melihat gambar ini, teringat kenangan berdoa di Multazam sewaktu berada di Tanah Suci Mekah dulu.

Penuh keajaiban.

Hingga hari ini, selepas hampir 3 tahun masih kuat dalam ingatan bagaimana Allah hadirkan peluang itu kepada saya.

InsyaAllah nanti saya ceritakan..

*Saya ada sebuah pengisian ceramah bertajuk "Ibrah Dari Umrah" sebagai motivasi kepada semua umat Islam terutama mereka yang menyimpan hasrat untuk ke Tanah Suci. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut dan jemputan InsyaAllah.

Jasmi Udaman
www.wasap.my/60174055261
[email protected]


PENERBANGAN TRANSITPengalaman kami menunaikan Umrah dulu pada tahun 2019, kami dapat penerbangan yang perlu transit di A...
24/03/2022

PENERBANGAN TRANSIT

Pengalaman kami menunaikan Umrah dulu pada tahun 2019, kami dapat penerbangan yang perlu transit di Abu Dhabi sebelum ke Jeddah dan akan masuk ke Madinah dulu.

Secara teorinya, jika perlu transit bermakna tempoh perjalanan akan bertambah panjang.

Asalnya, jarak penerbangan dari KLIA ke Jeddah cuma 8 jam, tapi bila perlu transit jumlah masa akan bertambah mengikut tempoh menunggu untuk menaiki penerbangan seterusnya.

Kami dulu tiba di Abu Dhabi sekitar jam 8.30 malam dan penerbangan seterusnya dari Abu Dhabi ke Jeddah berlepas pada jam 3 pagi. Bermakna tempoh perjalanan kami menjadi lebih kurang 14 jam lebih.

Penat?

Iye penat... Tapi best!

Ada jemaah Umrah yang lebih seronok dapat menaiki penerbangan terus, tapi kami sepakat bahawa penerbangan yang perlu transit lagi menarik atas beberapa faktor:

1. Dapat singgah negara orang. Walaupun hanya dapat berlegar dalam kawasan Airport tapi memadai untuk merasakan suasana berbeza negara lain. Matawangnya sahaja sudah berbeza.

2. Dapat mengurangkan debaran menjejakkan kaki di Tanah Suci, terutama jemaah kali pertama macam kami. Bermula dari rumah dah rasa berdebar, hinggalah kapal terbang berlepas debaran tak pernah reda. Jadi waktu singgah di Abu Dhabi tu terasa kurang sikit debaran.

3. Dapat hilangkan lenguh berjam-jam dalam satu penerbangan. Tambahan p**a kami yang menaiki kelas ekonomi memang lenguh juga kaki.

4. Penerbangan seterusnya dari Abu Dhabi ke Jeddah turut disertai jemaah dari beberapa negara lain. Ini yang paling best sebab tahu nanti di Tanah Suci akan lebih ramai jemaah dari seluruh pelusuk dunia yang akan kita jumpa.

Kalian mungkin mempunyai pendirian yang berbeza tentang ni. Tapi menarik bila kita dapat raikan.

Jadi kepada bakal jemaah terutama yang akan pergi buat pertama kali, kalau dapat penerbangan yang perlu transit tak perlu lah susah hati atau rasa tak gembira. Nikmatilah setiap percaturan yang telah Allah tetapkan untuk kita kerana pastinya ada hikmah dan pengajaran yang dapat kita kutip darinya.

Kalau ada rezeki untuk ke sana lagi, teringin juga nak naik penerbangan terus...

Jom tanam azam untuk ke Tanah Suci
Sementara umur masih berbaki
Selagi masih berkemampuan lagi..

DIIRINGI DENGAN AZAN, DISAMBUT JUGA DENGAN AZANKenangan Umrah Dec 2019Penerbangan kami dari KLIA berlepas sewaktu Azan M...
15/03/2022

DIIRINGI DENGAN AZAN, DISAMBUT JUGA DENGAN AZAN

Kenangan Umrah Dec 2019

Penerbangan kami dari KLIA berlepas sewaktu Azan Maghrib berkumandang.
Sebelum menaiki pesawat, kami sudah berniat untuk Jamak Takhir.

Tiba sahaja di Abu Dhabi untuk transit, Azan Isyak p**a berkumandang sebaik sahaja kami memasuki lapangan terbang.
Kami terus ke surau untuk Solat Isyak dan Maghrib.

Penerbangan kami seterusnya dari Abu Dhabi ke Jeddah.

Sebaik menaiki bas selepas selesai urusan imigresen di King Abdul Aziz International Airport di Jeddah, Azan Subuh pun berkumandang.
Kami solat di surau sebuah stesen minyak berhampiran.

Akhirnya, kami disambut dengan laungan Azan Zohor sebaik sahaja bas yang kami naiki tiba di perkarangan hotel penginapan kami di Madinah.

Perjalanan pergi yang bermula dengan laungan Azan, disambut laungan Azan disetiap persinggahan dan diakhiri dengan laungan Azan juga sebaik tiba..

Begitulah indahnya aturan Allah untuk kami kenang perjalanan penuh keajaiban ini sampai bila-bila.

*Gambar di hadapan hotel penginapan di Madinah dalam keadaan letih yang tidak terasa kerana diatasi rasa teruja.

Terkini dari Bumi Haramain..Kanak-kanak tidak kira usia dibenarkan untuk memasuki kawasan dalam Masjidil Haram dan Masji...
12/03/2022

Terkini dari Bumi Haramain..

Kanak-kanak tidak kira usia dibenarkan untuk memasuki kawasan dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Sumber berita & gambar: fb page Haramain

Alhamdulillah,Khabar gembira dari Haramain..1. Tak perlu lagi permit untuk Solat 5 waktu di Masjidil Haram. 2. Tak perlu...
06/03/2022

Alhamdulillah,

Khabar gembira dari Haramain..

1. Tak perlu lagi permit untuk Solat 5 waktu di Masjidil Haram.

2. Tak perlu lagi permit untuk ziarah Makam Rasulullah.

3. Tiada lagi penjarakan saf di seluruh Masjid termasuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

4. Tak perlu lagi pelitup separuh muka di semua kawasan terbuka.

Serta beberapa lagi kelonggaran lain..

Mungkinkah tahun ini Ibadah Haji akan dibuka sepenuhnya seperti sebelum pandemik?

Sama-sama kita doakan..

15/02/2022

UMRAH DIBUKA KEMBALI

Bila scroll fb sehari dua ni, seronok tengok ramai yang post gambar atau video dari Tanah Suci Mekah dan Madinah selepas kerajaan membuka semula kebenaran untuk rakyat Malaysia menunaikan Umrah.

Rasa rindu yang kami tahan selama ni pun kembali membuak-buak..sampai kadang-kadang tak sedar menitik air mata.

Semoga Allah jemput kami dan kita semua untuk menjadi tetamuNya tak lama lagi... Amin..

Alhamdulillah..Keizinan telah diberikan semula oleh kerajaan Malaysia untuk kita semua menunaikan ibadah Umrah & Ziarah....
09/02/2022

Alhamdulillah..

Keizinan telah diberikan semula oleh kerajaan Malaysia untuk kita semua menunaikan ibadah Umrah & Ziarah.

Berikut adalah SOP baharu untuk perjalanan Umrah.

Semoga bermanfaat..

Teruskan berdoa dan berusaha untuk menjadi tetamu Allah.

06/01/2022

PERSEDIAAN ILMU 1

Tak dapat dinafikan, bekalan ilmu amatlah penting untuk menunaikan Ibadah Umrah & Ziarah di Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Ilmu pertama yang perlu dipelajari dan difahami semestinya hukum hakam serta kaedah perlaksanaan Ibadah Umrah itu sendiri.

Pada saya ilmu tentang Ibadah Umrah ini terbahagi kepada 3 bahagian penting iaitu:

1. Tatacara perlaksanaan Umrah bermula dari memakai pakaian Ihram, berniat sehinggalah selesai bertahalul.

2. Pantang larang dalam Ibadah Umrah.

3. Dam

Bila dah ada niat untuk mengerjakan Umrah, berusahalah untuk mendalami ilmu tentangnya. InsyaAllah bila tiba saatnya nanti kita dapat melaksanakan dengan lancar dan tenang.

Jika dulu sebelum ADANYA COVID 19, hampir setiap hujung minggu pasti ada syarikat yang menganjurkan kursus Umrah secara percuma di Masjid-Masjid, tapi sekarang jika ada pun tidak sekerap dan sebanyak yang dulu.

Tapi sekarang ni, sebagai alternatif banyak syarikat yang menganjurkan kursus Umrah secara online. Jadi kita boleh mendalami ilmu tentang Ibadah Umrah ni dari rumah sahaja.

Jumpa nanti..

Admin - Jasmi Udaman

ILMU vs WANG?Bercakap soal persediaan utama untuk menjadi tetamu Allah bertandang ke Tanah Suci Mekah & Madinah, yang ma...
04/01/2022

ILMU vs WANG?

Bercakap soal persediaan utama untuk menjadi tetamu Allah bertandang ke Tanah Suci Mekah & Madinah, yang mana satukah merupakan persediaan paling utama antara Ilmu dan Wang?

Tak dinafikan yang kedua-duanya amat penting.

Tanpa Ilmu bagaimana nak dapatkan Umrah yang Mabrur?

Tapi sebelum tu, tanpa Wang bagaimana nak biayai perbelanjaan ke sana?

Jawapan saya berdasarkan pengalaman, sudah tentulah persediaan paling utama ialah ILMU.

Kerana Allah tidak menjemput Hamba-Nya yang mempunyai kemampuan kewangan sahaja. Tetapi Allah akan memampukan sesiapa sahaja yang Dia jemput.

Buktinya seperti apa yang saya tulis sebelum ni, kisah pemandu lori yang memperoleh rezeki tak disangka-sangka untuk menunaikan Umrah, sedangkan beliau tidak mampu.

Sama juga dengan saya dan suami yang menjadi tetamu Allah pada Disember 2019 atas tajaan seorang sahabat kami.

Kebetulan pada tahun tersebut kami betul-betul diuji dengan masalah kewangan yang sangat menghimpit.

Walaupun kami sudah diberitahu sejak bulan Januari untuk ditaja pakej Umrah pada bulan Disember, namun satu persatu ujian Allah beri dalam usaha kami mengumpul duit untuk belanja di sana dan juga untuk membeli kelengkapan.

Pernah satu ketika kami hampir berputus asa dalam berusaha dengan kudrat yang ada. Yang tinggal waktu itu cuma doa yang tak pernah putus.

Akhirnya, dengan jemputan yang kami Terima dari Allah pada Januari, serta ujian yang Allah beri satu persatu, Allah jualah yang membuka seluas-luasnya pintu rezeki buat kami hingga kami dapat menunaikan Umrah dengan tenang dan selesa bersama kewangan yang sangat-sangat cukup.

AllahuAkbar..

Admin - Zarina Zakaria

JEMPUTAN ALLAH Hari ni, saya teringat satu perkongsian oleh seorang Hamba Allah tentang bagaimana Allah menjemput beliau...
03/01/2022

JEMPUTAN ALLAH

Hari ni, saya teringat satu perkongsian oleh seorang Hamba Allah tentang bagaimana Allah menjemput beliau ke Tanah Suci.

Beliau adalah seorang pemandu lori yang begitu berhajat untuk menunaikan Umrah.

Hajat beliau tersebut turut beliau kongsikan dengan orang lain termasuk seorang Ustaz yang merupakan agen sebuah Travel Company yang menyediakan pakej Umrah.

Lantas sebagai usaha selain berdoa kepada Allah SWT, beliau pun mula menabung dalam sebuah tabung khas untuk merealisasikan hajat suci beliau.

Setiap kali ada lebihan wang dalam kocek pasti akan dimasukkan ke dalam tabung tersebut.

Sehinggalah satu hari, tabung tu terpaksa dipecahkan untuk kegunaan lain yang lebih memerlukan ketika itu.

Masa tu, walaupun kecewa beliau tetap tak berhenti berdoa agar dijemput oleh Allah SWT untuk ke Tanah Suci.

Malah kata beliau, setiap kali berkelapangan terutama sewaktu memandu lori, beliau akan bertalbiah dengan bersungguh-sungguh... penuh pengharapan..

Sehinggalah satu hari keajaiban berlaku.

Ustaz yang merupakan agen Travel Company telefon menyampaikan berita yang mengejutkan.

"Saya teringat haritu Abang pernah bagitau saya Abang teringin sangat nak ke Mekah. Kebetulan tahun ni saya dapat capai target dan dapat satu tiket percuma untuk menunaikan Umrah.
Saya cadang nak bagi tiket tu pada Abang."

AllahuAkbar...

Begitulah bagaimana Allah menjemput Hamba-Nya yang dipilih untuk menjadi tetamuNya ke Tanah Suci Mekah dan Madinah.

Ingat sahabat.. matematik kita manusia tidak sama dengan matematik Allah.

Apa yang penting..keazaman dan kesungguhan kita untuk menunaikan Ibadah Umrah & Ziarah mestilah disusuli dengan doa yang tidak putus-putus serta usaha yang tidak putus asa.

Admin - Jasmi Udaman

Hujan lebat di Kota Mekah malam tadi..Bagaimana perasaannya ye jika ditimpa hujan waktu sedang tawaf?Mungkin suatu hari ...
02/01/2022

Hujan lebat di Kota Mekah malam tadi..

Bagaimana perasaannya ye jika ditimpa hujan waktu sedang tawaf?

Mungkin suatu hari nanti kita diizinkan mengalaminya..

Sumber gambar:
Twitter

01.01.22UMRAH DITANGGUHKAN Tahun Baru 2022 disambut dengan pengumuman oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin bahaw...
01/01/2022

01.01.22

UMRAH DITANGGUHKAN

Tahun Baru 2022 disambut dengan pengumuman oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin bahawa Kerajaan menangguhkan sementara perjalanan Umrah rakyat Malaysia mulai 08 Januari 2022 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Saya yakin ramai yang kecewa dengan pengumuman tersebut, terutama sekali mereka yang sudahpun membuat persiapan untuk ke Tanah Suci.

Begitu juga semua syarikat penyedia pakej Umrah pasti terkesan kerana baru sahaja kembali beroperasi setelah hampir 2 tahun terpaksa bercuti akibat PKP.

Namun kita yakin dan percaya bahawa semua ini adalah aturan Allah dan berlaku juga atas izin-Nya.

Apa yang pasti, pengajaran buat kita semua terutama yang memang mampu dan berhajat untuk ke Tanah Suci bagi menunaikan Ibadah Umrah & Ziarah, bersiap sedia lah dari sekarang.

Bila kerajaan kembali membuka pintu untuk Rakyat Malaysia menunaikan Umrah, maka janganlah bertangguh lagi.

Apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah berdoa, semoga penangguhan ini akan ditarik balik secepat mungkin.

Amin...

Jasmi Udaman

Address


Telephone

+60174055261

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibrah Dari Umrah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ibrah Dari Umrah:

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share