Aniq nattour

Aniq nattour travel agency outbound and inbound serta menyediakan pakej umrah dan haji. Office kami berada di bangi. untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut..

boleh hubung aniq-0176341799 atau boleh datang ke office Nat Tour Sdn.Bhd di bandar baru bangi

10 Kelebihan Membaca Al-Quran Yang Mungkin Anda Tidak Tahu:-Al-Quran adalah bahan bacaan sepanjang zaman bagi umat Islam...
11/03/2020

10 Kelebihan Membaca Al-Quran Yang Mungkin Anda Tidak Tahu:-

Al-Quran adalah bahan bacaan sepanjang zaman bagi umat Islam, kemukjizatan Al-Quran tidak dapat disangkal lagi. Walau bagaimanapun, mungkin anda tidak tahu 10 kelebihan membaca Al-Quran yang direkodkan dalam hadith.
Kelebihan Al-Quran yang paling besar untuk sekalian makhluk ia tidak akan hilang dan berubah sehingga akhir zaman. Tidak seperti kitab-kitab lain yang telah diubah oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Seperti kitab Zabur, Taurat dan Injil yang diturunkan untuk Nabi-nabi terdahulu.

1.Al-Quran sebagai syafaat di akhirat kelak.
Daripada Abu Umamah r.a melaporkan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadith Abu Umamah ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 252)



2.Al-Quran sebagai pembela.
Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah melaporkan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al-Baqarah dan Surah Ali-Imran, kedua-dua surah ini menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadith Nawwas bin Sam’an ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 253)



3.Orang yang belajar dan mengajar Al-Quran adalah sebaik-baik amalan.
Daripada Uthman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”. (Hadith Uthman bin Affan ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Khairukum Min Ta’alum Al-Quran Wa A’lamahu, No hadith 5028)



4.Dua pahala bagi orang yang susah menyebut dan membaca Al-Quran.
Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Orang yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. (Hadith Aisyah r.a ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Tafsir Al-Quran, Bab An-Naba:18, No hadith 4937)



5.Allah s.w.t. mengangkat martabat golongan pembaca Al-Quran.
Daripada Umar Bin Al-Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran”. (Hadith Umar bin Al-Khattab ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim)



6.Membaca Al-Quran mendapat ketenangan.
Daripada Barra’ bin ‘Azib r.a. telah melaporkan: “Seorang lelaki membaca Surah Al-Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda: Itulah (sakinah) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Quran”. (Hadith Barra’ r.a. bin ‘Azib r.a. ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Fadhlu Surah Al-Kahfi, No hadith 5011)



7.Membaca dan memperelokkan bacaan mendapat kebaikan.
Daripada Abdullah Bin ‘Amru Bin Al-‘As r.a. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran: Bacalah, perbaikilah dan perelokkanlah bacaan Al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. (Hadith Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘As ini direkodkan oleh Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, Kitab Tafri’ Abwab Al-Witr, Bab Istihbab At-Tartil Fil Qiraat, No hadith 1464, status hadith ini hasan sahih)



8.Fasih membaca Al-Quran lebih layak menjadi imam solat Jemaah.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al-Quran”. (Hadith Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim)



9.Setiap satu huruf membaca Al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata: “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Hadith Ibnu Mas’ud ini direkodkan oleh Ad-Darimi Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, Kitab Abwab Fadhail Al-Quran, No hadith 2910, status hadith ini hasan sahih)



10.Memperelokkan suara dengan Al-Quran.
Daripada Al-Bara’ bin ‘Aazib, Rasulullah s.a.w. bersabda: Hiasilah Al-Quran dengan suara kalian. (Hadith Al-Bara’ bin ‘Aazib ini direkodkan oleh Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah, Kitab Iqamat As-Solat Wa Sunnah Fiha, Bab Fi Hasan As-Saut Bil Quran, No hadith 1342, status hadith ini sahih)

Hadith-hadith di atas menerangkan kelebihan membaca Al-Quran. Jadi, jelaslah Al-Quran bukan sahaja mukjizat tetapi memberi kelebihan kepada pembaca-pembaca. Membaca Al-Quran dengan memahami makna tersurat dan tersirat mampu menyentuh hati dan jiwa manusia bahkan jin juga terkesan dengan keindahan bait-bait ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w. ketika solat.

SUMBER:ISLAMIKA.COM

Pernahkah anda melihat perkarangan Kaabah sepi daripada manusia?Pada hari ini telah tercipta sejarah,yang mana perkarang...
09/03/2020

Pernahkah anda melihat perkarangan Kaabah sepi daripada manusia?

Pada hari ini telah tercipta sejarah,yang mana perkarangan Kaabah sepi daripada manusia yang melakukan ibadah tawaf disekelilingnya. Hal ini berlaku bertujuan pembersihan yang telah dilakukan oleh Pihak Masjidil Haram atas penularan wabak Covid-19.

Satu berita yang menyedihkan untuk umat Islam.

Namun sebagai umat Islam yang mengimani Qadha dan Qadar, kita wajib imani bahawa ini semua adalah ketetapan daripada Allah dan pasti ada hikmah sebalik peristiwa ini.

Marilah sama-sama kita berdoa agar wabak ini segera berakhir agar kita sama-sama dapat merasai manisnya ibadah tawaf di Kaabah. Aminnn

Kerna mencegah lebih baik dari merawat. Marilah sama-sama kita menjaga diri dan keluarga kita daripada wabak ini.Semoga ...
05/03/2020

Kerna mencegah lebih baik dari merawat. Marilah sama-sama kita menjaga diri dan keluarga kita daripada wabak ini.

Semoga wabak ini berakhir segera dan melindungi kita semua dari wabak ini. Amin

KKM menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut bagi melindungi diri anda dan orang lain dari COVID-19.

Pesanan : Langkah 1 terpakai tidak kira di mana anda berada.

26/02/2020

Syukur Alhamdulillah, Tuan Asyraf dan Puan Tya telah selamat tiba ke Tanah Air.

Pihak Nat Tour ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan dan Puan di atas kesudian menjadikan Nat Tour sebagai platform umrah dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang kita berurusan.

Semoga segala amal ibadah, hajat dan umrah diterima dan diganjari dengan sebaik-baik ganjaran di sisi Allah SWT.

19/02/2020

Saat kita umroh atau haji, pasti kita pun berziarah di Masjid Nabawi dan ziarah Makam Rasulullah saw. Ada kisah menarik berkenaan dengan Masjid Nabawi ini. Ketika Nabi berhijrah ke Madinah, beliau membangun masjid dengan tiga pintu. Pertama, pintu bagian selatan saat kiblat masih menghadap Baitul Maqdis di arah utara.

Kedua, pintu di bagian timur yang dinamakan dengan Bab Nabi, juga disebut dengan Bab Utsman, yang kemudian dikenal dengan sebutan Bab Jibril.

Ketiga, pintu di sebelah barat yang dinamakan dengan Bab Atikah karena dekat dengan rumah Atikah binti Abdullah bin Yazid bin Muawiyah. Sekarang pintu itu terkenal dengan nama Bab Ar-Rahmah. Dinamakan pintu Jibril, karena malaikat Jibril a.s sering turun menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad saw melalui sisi pintu ini. Semoga kita semua diberikan rizki, niat dan izin Allah swt untuk bisa berziarah di masjid Nabawi dan makam Rasulullah saw serta beribadah umroh di Makkah. Aamiiin yra.

17/02/2020

Pak Syeikh ini sedang memberi nasihat kepada jemaah umrah yang sedang merokok di madinah
Jika kita pernah ke Mekah dan Madinah, pasti kita akan dapat melihat jemaah umrah yang lepak sambil merokok di luar dataran masjid
Suatu perkara yang amat sedih jika difikirkan
Kerana itu, tujuan dan niat untuk menunaikan umrah itu harus disematkan sebelum terbang ke sana

Alhamdulillah jemaah 7 feb telah selamat sampai turun di medinahJangan lupa untuk menghubungi kami Nat Tour Sdn. Bhd Sil...
10/02/2020

Alhamdulillah jemaah 7 feb telah selamat sampai turun di medinah

Jangan lupa untuk menghubungi kami Nat Tour Sdn. Bhd

Sila Hubungi;*

http://chatwasap.com/219c1b

📞03-8928 9659

*Pekej Umrah**12hari 10mlm.*3hari berpuasa di Tanah Suci.(Hanya 10pax Kekosongan) 16Apr 2020 Pergi27Apr 2020 Balik✈️ MH ...
28/01/2020

*Pekej Umrah*
*12hari 10mlm.*
3hari berpuasa di Tanah Suci.
(Hanya 10pax Kekosongan)

16Apr 2020 Pergi
27Apr 2020 Balik

✈️ MH Charted Airbus380
KUL-MED Pergi
JED-KUL Balik

🏨 Movenpick Hotel Mekah@setaraf, +-50meter.

🏩 Mawardah Al-Safwa Hotel Madinah@setaraf, +-100meter.

💵RM6,670/Bilik ber4
💶RM7,220/Bilik ber3
💴RM8,170/Bilik ber2

*(Sudah Termasuk Caj Terbaru Visa RM350 +Insuran Wajib Di Tanah Suci RM220)*

🎁 *Pakej Termasuk* 🎁
1. Set Beg.
2. Buku Panduan Umrah.
3. Kursus Umrah.
4. Insuran Perlindungan.
5. Air Zam-Zam.
6. Penerbangan Terus: Pergi & Blk.
7. Pengangkutan Di Mekah & Madinah.
8. Penginapan Di Mekah & Madinah.
9. Makan 3x sehari.
10. Bimbingan Umrah oleh Mutawwif.
11. Ziarah Mekah & Madinah.
12. Pengurusan Visa.

*Nat Tour Sdn. Bhd.*
*(624676-W)KPL/LN-4536*

*Sila Hubungi;*

http://chatwasap.com/219c1b

📞03-8928 9659

Alhamdulillah.. Terima kasih kepada Izara Aisyah dan suami kerana memilih Nat Tour sebagai syarikat yang menguruskan per...
16/01/2020

Alhamdulillah.. Terima kasih kepada Izara Aisyah dan suami kerana memilih Nat Tour sebagai syarikat yang menguruskan perjalanan ke tanah suci. Mudah mudahan usaha ini diberkati illahi dan mendapat umrah yang mabrur
Anda mencari pakej umrah yang murah dan selesa?
kami masih ada kekosongan di bulan januari.. Tempat adalah terhad!!!

Jangan lupa untuk menghubungi kami Nat Tour Sdn. Bhd di talian 0389289658 atau boleh whatsapp di link dibawah…
Alhamdulillah.. Terima kasih kepada Izara Aisyah dan suami kerana memilih Nat Tour sebagai syarikat yang menguruskan perjalanan ke tanah suci. Mudah mudahan usaha ini diberkati illahi dan mendapat umrah yang mabrur
Anda mencari pakej umrah yang murah dan selesa?
kami masih ada kekosongan di bulan januari.. Tempat adalah terhad!!!

Jangan lupa untuk menghubungi kami Nat Tour Sdn. Bhd di talian 0389289658 atau boleh whatsapp di link dibawah…
http://chatwasap.com/219c1b

07/01/2020

INFO TERKINI - KENAIKAN HARGA VISA UMRAH. (Perlindungan insuran oleh kerajaan saudi)

ARAB SAUDI PERKENAL POLISI BARU KHAS BUAT SEMUA TETAMU ALLAH YANG BAKAL MENGERJAKAN UMRAH PADA TAHUN INI 2020.

Bagaimana Ingin Dikasihi Allah? Menerusi tazkirah Jumaat minggu lalu, walhamdulillah kita telah mengetahui rahmat Allah ...
03/01/2020

Bagaimana Ingin Dikasihi Allah?



Menerusi tazkirah Jumaat minggu lalu, walhamdulillah kita telah mengetahui rahmat Allah begitu luas yang terkadang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita dan tidak terhitung banyaknya.

Maka pada hari ini, izinkan saya mengajak para jemaah untuk meneroka cara-cara untuk mendapatkan rahmat atau kasih sayang Allah. Salah satu caranya adalah dengan berbuat baik dan berlaku ihsan serta mewujudkan sifat kasih sayang sesama manusia.

Manusia yang menyayangi saudaranya, pasti akan dikasihi Allah SWT. Sebaliknya orang yang tidak mengasihi, pasti tidak akan dikasihi olehNya. Pernah terdapat seorang sahabat nabi yang mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah sedikitpun mencium anak-anaknya, lalu nabi s.a.w bersabda:



“Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, maka dia juga tidak akan dikasihi oleh orang lain.”

(Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)



Mengasihi anak yatim juga adalah merupakan sifat yang amat dicintai oleh Allah dan nabi s.a.w. Adalah menjadi kewajipan kita untuk mengasihi dan memuliakan serta menjaga kebajikan mereka. Nabi s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:



“Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua jari ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan)”.

(Hadis Riwayat Imam Bukhari)



Selain itu, berbuat baik serta berlaku ihsan kepada haiwan juga adalah merupakan suatu sifat yang perlu kita semaikan dalam diri kita. Benar, memelihara haiwan ini memang amat dianjurkan dalam Islam, tetapi pemiliknya mestilah menjaga hak-hak yang sepatutnya diberikan kepada haiwan peliharaannya.

Oleh itu, jika kita ada memelihara haiwan peliharaan di rumah contohnya seperti ikan, kucing, arnab dan sebagainya, berilah makan dan minum kepada mereka dengan secukupnya, jagalah kebajikan mereka dengan baik agar haiwan tersebut dapat meneruskan kelangsungan hidupannya dengan baik.



Pernah disebutkan dalam hadis bahawa ada pemilik haiwan yang diseksa kerana tidak memberikan hak yang sepatutnya kepada haiwan peliharaannya.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Ada seorang wanita yang diseksa kerana seekor kucing yang dikurungnya sehingga mati. Wanita itu lalu masuk ke dalam neraka kerana kucing tersebut dikurungnya tanpa diberikannya makan dan minum dan tidak p**a dibiarkannya bebas sehingga dia dapat memakan serangga tanah.”

(Hadis Riwayat Imam Bukhari)



Demikianlah beberapa contoh mudah tentang cara kita bersifat belas kasihan kepada seluruh makhluk Allah SWT di atas muka bumi ini. Oleh kerana itu, kita pasti akan dikasihi oleh Allah dan seluruh penduduk yang ada di langit jika memiliki sifat rahmat dan ihsan kepada seluruh makhlukNya. Mudah-mudahan ianya menjadi salah satu sebab untuk kita mendapat 99 lagi rahmatNya di Hari Akhirat kelak. Allahumma amin.



Sekian

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari jumaat inilah hari yang terkumpul di dalamnya sekian banyak fadhilat da...
27/12/2019

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari jumaat inilah hari yang terkumpul di dalamnya sekian banyak fadhilat dan kelebihan seperti yang dinukilkan dalam dalil al-Quran dan al-Sunnah. Alangkah bagusnya bila kaum muslimin merebut peluang ini untuk meningkatkan kualiti amalan mereka menurut petunjuk Nabi Muhammad shallallahu’alaihi wasallam. Antara kelebihan-kelebihan hari Jumaat adalah:


Penghulu segala hari

Hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Hari Jumaat juga dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.W.T.

Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.

Keistimewaan Hari Jumaat

Hari Jumaat dikatakan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu


1) Allah ciptakan Adam ,

2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,

3) Allah mematikan Nabi Adam,

4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.

5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut. (Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Kelebihan Solat Jumaat

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Disamping itu, hari Jumaat juga merupakan satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.

Rasulullah bersabda:

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Setelah imam naik ke mimbar, malaikat akan menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.


Malaikat Turun ke Bumi

Hari Jumaat juga Allah S.A.W mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid. Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.

Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat. Apabila telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata: “Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan menunaikan Jumaat.”

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan moga kita dapat sama-sama beramal kearah kebaikan.

ASSALAMUALAIKUMRahsia dan kelebihan hari khamis di dalam Islam. Hari Khamis ialah hari sebelum datangnya hari jumaat. Ia...
26/12/2019

ASSALAMUALAIKUM
Rahsia dan kelebihan hari khamis di dalam Islam. Hari Khamis ialah hari sebelum datangnya hari jumaat. Ia merupakan hari yang kelima dan didalam Bahasa Arab ia sebagai “AlKhamis”. Untuk pengetahuan, hari Khamis merupakan antara hari yang baik untuk menunaikan hajat. Oleh itu, sesiapa yang berhajat kepada seelok-eloknya dilaksanakan pada hari Khamis. Kebiasaan amalan banyak yang dilakukan pada hari Khamis seperti berpuasa, membaca Yaasin pada hari Khamis malam jumaat, membuat tahlil pada malam jumaat dan sebagainya.

Tambahan lagi, umat Islam disunatkan untuk berpuasa pada hari Khamis. Terdapat lapan (8) fadhilat dan kebaikan bagi orang berpuasa sunat pada hari khamis iaitu :

1.Lebih banyak beramal.
2.Mempercantikkan wanita secara semulajadi.
3.Menenangkan jiwa dan perasaan.
4.Memberi rehat organ pencernaan.
5.Menegangkan kulit.
6.Pemulihan sel-sel kulit.
7.Mengurangkan kadar lemak.
8.Mampu menundukkan hawa nafsu.

Dari Anas bin Malik r.a berkata “Rasulullah SAW telah ditanya sahabat tentang hari Khamis, maka Rasulullah SAW bersabda: “Hari Khamis adalah hari tercapainya hajat. Lalu ditanya kembali: “Mengapa demikian ya Rasulullah SAW? Baginda menjawab: “Kerana Nabi Ibrahim as masuk menghadap raja Mesir pada hari tersebut, maka ia mendapatkan hajatnya dan Nabi Ibrahim diberi Siti Hajar”.

Antara peristiwa yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran berlaku pada hari Khamis menurut sejarah Islam adalah:

1.Nabi Ibrahim bertemu dengan Raja mesir.

2.Saudara-saudara Nabi Yusof berjumpa dengan Nabi Yusof setelah mereka membuang dan mengasingkannya.. (pada masa ni, Nabi Yusof sudah jadi Raja Mesir yang terkenal).

3.Bunyamin iaitu saudara kecil Nabi Yusof datang ke mesir dan berjumpa dengan Nabi Yusof.

4.Nabi Yaakub datang ke negeri Mesir juga…untuk bertemu anakandanya yang dirindui.

5.Nabi Musa a.s memasuki mesir pada hari Khamis untuk mengajak firaun menyembah kepada Allah SWT.

6.Rasululllah s.a.w memasuki kota Mekah selepas perjanjian Hudaibiyah.

Alhamdulillah jemaah 13 december telah selesai mengerjakam umrah. Semoga umrah mereka diterima sebagai umrah yang makbul...
17/12/2019

Alhamdulillah jemaah 13 december telah selesai mengerjakam umrah. Semoga umrah mereka diterima sebagai umrah yang makbul.

Jangan lupa untuk menghubungi kami Nat Tour Sdn. Bhd di talian 0389289658 atau boleh whatsapp di number dibawah…
0176341799- aniq farhan

17/12/2019

taklimat sebelum berangkat ke jeddah untuk menunaikan umrah

Alhamdulillah.. seramai 40 jemaah umrah Nat Tour telah berangkat ke mekah pada pagi ini 13 dec 2019. Semoga urusan umrah...
13/12/2019

Alhamdulillah.. seramai 40 jemaah umrah Nat Tour telah berangkat ke mekah pada pagi ini 13 dec 2019. Semoga urusan umrah mereka diterima dan dipermudahkan oleh allah.
Anda mencari pakej umrah yang murah dan selesa?
kami masih ada kekosongan di bulan januari.. Tempat adalah terhad!!!

Jangan lupa untuk menghubungi kami Nat Tour Sdn. Bhd di talian 0389289658 atau boleh whatsapp di link dibawah…
http://chatwasap.com/e3beb9

Seramai 45 orang jemaah umrah Nat tour  13 nov 2019
25/11/2019

Seramai 45 orang jemaah umrah Nat tour 13 nov 2019

14/11/2019

Ceramah dan Praktikal bersama Nat Tour di Bukit Jelutong... seramai 80 orang menghadiri ceramah dan buat praktikal sebelum menunaikan umrah.

Ceramah dan pratikal bersama Nat Tour Sdn. Bhd. 10.11.2019
13/11/2019

Ceramah dan pratikal bersama Nat Tour Sdn. Bhd. 10.11.2019

Pakej terbaru Nov-Dec 2019 SILVER dan GOLD.12 hari 10 malam.✈ MH Charted AirbusA380 (In Kul-Jed, Out Med-Kul) atau ( In ...
05/11/2019

Pakej terbaru Nov-Dec 2019 SILVER dan GOLD.
12 hari 10 malam.

✈ MH Charted AirbusA380
(In Kul-Jed, Out Med-Kul) atau ( In Kul-Med,Out Jed-Kul)
💵Bermula dari RM5,890(Bilik Ber4) untuk PAKEJ SILVER
(Sudah Termasuk Caj Terbaru Visa)
🏨MIRA AJYAT Hotel Mekah@setaraf, +-250meter.
🏩 CONCORDE TAIBA Hotel Madinah@setaraf, +-150meter.
(+RM470 untuk tarikh cuti sekolah)
_________________________________________________

💵Bermula dari RM6,450(Bilik Ber4) untuk PAKEJ GOLD
(Sudah Termasuk Caj Terbaru Visa)

🏨MOVENPICK Hotel Mekah@setaraf, +-50meter
🏩 GLORIA FYROZ Hotel Madinah@setaraf, +-150meter.
(+RM470 untuk tarikh cuti sekolah)
🎁 Pakej Termasuk 🎁
1. Set Beg.
2. Buku Panduan Umrah.
3. Kursus Umrah Percuma.
4. Insuran Perlindungan.
5. Air Zam-Zam.
6. Penerbangan Terus: Pergi & Blk.
7. Pengangkutan Di Mekah & Madinah.
8. Penginapan Di Mekah & Madinah.
9. Makan 3x sehari.
10. Bimbingan Umrah oleh Mutawwif.
11. Ziarah Mekah & Madinah.
12. Pengurusan Visa.

Nat Tour Sdn. Bhd.
(624676-W)KPL/LN-4536

Sila Hubungi;
http://www.wasap.my/60176341799
📞03-8928 9659

13/10/2019

ceramah umrah di Nat Tour 13 oktober 2019

11/10/2019
10/10/2019

Address


Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60176341799

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aniq nattour posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aniq nattour:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Opening Hours
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share