Kembara Umrah & Ziarah Bersama Sifu Reez

  • Home
  • Kembara Umrah & Ziarah Bersama Sifu Reez

Kembara Umrah & Ziarah Bersama Sifu Reez Menyediakan informasi berkenaan ibadah umrah dan pakej mudah UMRAH dan ZIARAH.

Merupakan Pegawai Pemasaran Umrah (PPU) bersama agency Wira Saujana Travels & Tours.

UMRAH PERTAMA KALI? Di bawah disertakan panduan untuk mereka yang first time melangkahkan kaki nke tanah suci.Sebaiknya ...
17/08/2022

UMRAH PERTAMA KALI?
Di bawah disertakan panduan untuk mereka yang first time melangkahkan kaki nke tanah suci.
Sebaiknya seseorang yang ingin menunaikan ibadah umrah adalah mandi seperti mandi junub, supaya zahir dan batin dapat disucikan terlebih dahulu. Selepas itu, pakailah wangian yang tidak mengandungi alkohol, dan kemudian niat serta memakai ihram dengan kemas.
Untuk lelaki, ihram dipakai dengan menggunakan 2 helai kain ihram iaitu satu daripadanya untuk dijadikan sebagai kain sarung dan sehelai lagi digunakan untuk menutup bahu. Manakala bagi wanita p**a, cukup memakai pakaian yang telah disyariatkan (menutup aurat seperti dalam solat). Perlu diingatkan bahawa tidak boleh menutup muka dan juga tidak boleh memakai apa jenis sarung tangan.
2. Berihram dari miqat yang ditentukan dengan mengucapkan dan berniat:

لَبَّيْكَ عُمْرَةً
“labbaik ‘umroh”(aku memenuhi panggilan-Mu untuk menunaikan ibadah umrah)
Jika rasa tidak dapat menyelesaikan ibadah umrah kerana sakit atau terdapat sebarang masalah semasa dalam tempoh mengerjakan umrah, setelah berniat dan mengucapkan kalimah seperti di atas, boleh berniat dan mengucapkan kalimah seperti berikut:

اللَّهُمَّ مَحِلِّي حَيْثُ حَبَسْتَنِي

“Allahumma mahilli haitsu habastani” (Ya Allah, tempat tahallul di mana saja Engkau menahanku)
Dengan mengucapkan kalimah ini, sesiapa sahaja tidak kira seseorang itu mengerjakan umrah mahupun haji, jika seseorang itu terhalang daripada menyempurnakan manasiknya, dia dibenarkan untuk bertahallul dan tidak perlu membayar dam iaitu menyembelih seekor kambing.
Setelah seseorang itu mengucapkan talbiah umrah seperti yang dinyatakan di atas, dinasihatkan supaya terus mengucapkan kalimah

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَك لَبَّيْكَ ، إنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَك وَالْمُلْكَ لَا شَرِيكَ لَك



(Aku menjawab panggilan-Mu ya Allah, aku menjawab panggilan-Mu, aku menjawab panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, aku menjawab panggilan-Mu. Sesungguhnya segala pujian, kenikmatan dan kekuasaan hanya milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu)
Jika berkesempatan, mandi terlebih dahulu badan sebelum memasuki kota Mekah. Dahulukan kaki kanan dan bacalah doa memasuki masjid.
Kemudian mulakan tawaf sebanyak 7 pusingan yang bermula dari hajarul aswad dan berakhir juga di hajarul aswad. Lampu hijau yang disediakan sebagai penanda permulaan melakukan tawaf dan juga berfungsi sebagai penanda penamat tawaf bagi setiap pusingan.
Tidak ada bacaan tertentu atau zikir-zikir tertentu semasa anda melakukan tawaf. Bolehla membaca doa sendiri atau berselawat ke atas Junjungan Mulia SAW.
Setelah selesai mengerjakan tawaf, tutupkan bahu anda dan teruslah ke makam Nabi Ibrahim dan dirikan solat sunat tawaf di belakang makam Ibrahim. Setelah itu, minumlah air zam-zam yang disediakan.
Ibadah diteruskan dengan mengerjakan Sa’ie. Apabila sudah dekat dengan Bukit Safa, terus membaca:

إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ

Maksudnya: “Innash safaa wal marwata min sya’airillah” (Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar Allah)

Kemudian ucapakan kalimah:

نَبْدَأُ بِمَا بَدَأَ اللَّهُ بِهِ

Semasa sudah berada di atas Bukit Safa, mengadaplah ke arah kiblat dan ucapakan kalimah:

(3x) اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِى وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ أَنْجَزَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ

Kalimah ini di ulang sebanyak tiga kali. Selitkan doa yang lain yang ingin dipinta di antara satu ulangan dengan ulangan lain.

Kemudian anda berjalan turun dari Safa dan menuju ke Marwah. Perlu diingatkan tidak boleh keluar satu pintu lain dan memasuki pintu yang lain semasa mengerjakan sa’ie. Jemaah disunatkan untuk berlari-lari anak bagi mereka yang larat dan berkemampuan. Bagi mereka yang tua dan uzur, mereka boleh menggunakan skuter atau kerusi roda yang disediakan.
Apabila sudah sampai ke Marwah ulang takbir yang dilafazkan semasa berada di Safa dan pastikan mengadap kiblat dan juga selitkan doakan di antara satu ulangan dengan ulangan yang seterusnya. Terus mengerjakan sa’ie sehingga cukup bilangannya iaitu sebanyak 7 kali.
Setelah selesai anda bersa’ie, seterusnya adalah tahalul, iaitu bercukur. Boleh membotakkan kepala atau sekadar menggunting sedikit rambut.
Setelah semuanya selesai, maka berakhirlah satu ibadah umrah.
Anda dapat sesuatu dari posting ni? Semoga apa yang di kongsikan bermanfaat dan menjadi asbab kebaikan. InshaAllah.
Sifu Reez
Pemudahcara Umrah Anda




17/08/2022
APA ITU RUKUN UMRAH?Ada 5 perkara dalam Rukun Umrah yang mesti dilaksanakan oleh bakal  jemaah umrah iaitui) Niatii) Taw...
10/08/2022

APA ITU RUKUN UMRAH?
Ada 5 perkara dalam Rukun Umrah yang mesti dilaksanakan oleh bakal jemaah umrah iaitu

i) Niat
ii) Tawaf
iii) Sai'e
iv) Tahallul
v) Tertib
Pelaksanaan Rukun Umrah mestilah dibuat oleh individu yang mengerjakan umrah dan tidak boleh mewakilkannya kepada orang lain.
Sekiranya salah satu daripada rukun ditinggalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ibadah umrah tersebut adalah tidak sah.
Anda dapat sesuatu dari posting ni? Semoga apa yang di kongsikan bermanfaat dan menjadi asbab kebaikan. InshaAllah.
Sifu Reez
Pemudahcara Umrah Anda




APAKAH ITU IBADAH UMRAH?Ibadah Umrah dari segi bahasa merupakan Haji kecil ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (z...
10/08/2022

APAKAH ITU IBADAH UMRAH?

Ibadah Umrah dari segi bahasa merupakan Haji kecil ia diambil dari perkataan al-I'timar iaitu (ziarah).
Secara syara’ p**a bermaksud menziarahi Kaabah pada bila-bila masa untuk melaksanakan ibadah tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu.
Mereka yang ingin mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting rambut.
Seperti firman Allah swt di dalam Al Quran surah Al Baqarah Ayat 196

وَاَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلّٰهِ ۗ فَاِنْ اُحْصِرْتُمْ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِۚ وَلَا تَحْلِقُوْا رُءُوْسَكُمْ حَتّٰى يَبْلُغَ الْهَدْيُ مَحِلَّهٗ ۗ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَّرِيْضًا اَوْ بِهٖٓ اَذًى مِّنْ رَّأْسِهٖ فَفِدْيَةٌ مِّنْ صِيَامٍ اَوْ صَدَقَةٍ اَوْ نُسُكٍ ۚ فَاِذَآ اَمِنْتُمْ ۗ فَمَنْ تَمَتَّعَ بِالْعُمْرَةِ اِلَى الْحَجِّ فَمَا اسْتَيْسَرَ مِنَ الْهَدْيِۚ فَمَنْ لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلٰثَةِ اَيَّامٍ فِى الْحَجِّ وَسَبْعَةٍ اِذَا رَجَعْتُمْ ۗ تِلْكَ عَشَرَةٌ كَامِلَةٌ ۗذٰلِكَ لِمَنْ لَّمْ يَكُنْ اَهْلُهٗ حَاضِرِى الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ ۗ وَاتَّقُوا اللّٰهَ وَاعْلَمُوْٓا اَنَّ اللّٰهَ شَدِيْدُ الْعِقَابِ ࣖ

Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah. Tetapi jika kamu terkepung (oleh musuh), maka (sembelihlah) hadyu yang mudah didapat, dan jangan kamu mencukur kepalamu, sebelum hadyu sampai di tempat penyembelihannya. Jika ada di antara kamu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu dia bercukur), maka dia wajib berfidyah, yaitu berpuasa, bersedekah atau berkurban. Apabila kamu dalam keadaan aman, maka barangsiapa mengerjakan umrah sebelum haji, dia (wajib menyembelih) hadyu yang mudah didapat. Tetapi jika dia tidak mendapatkannya, maka dia (wajib) berpuasa tiga hari dalam (musim) haji dan tujuh (hari) setelah kamu kembali. Itu seluruhnya sepuluh (hari). Demikian itu, bagi orang yang keluarganya tidak ada (tinggal) di sekitar Masjidilharam. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah sangat keras hukuman-Nya.
Anda dapat sesuatu dari posting ni? Semoga apa yang di kongsikan bermanfaat dan menjadi asbab kebaikan. InshaAllah.
Sifu Reez
Pemudahcara Umrah Anda





Address


Telephone

+601116466616

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kembara Umrah & Ziarah Bersama Sifu Reez posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share