Tourism Sungai Manik

  • Home
  • Tourism Sungai Manik

Tourism Sungai Manik Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tourism Sungai Manik, Tourist Information Center, .
(1)

KENDERAAN SUNGAI MANIK.Laluan Tapah-Teluk Intan.Siapa ada cerita, pengalaman, kenangan & gambar masa Kenderaan Sungai Ma...
29/09/2022

KENDERAAN SUNGAI MANIK.

Laluan Tapah-Teluk Intan.

Siapa ada cerita, pengalaman, kenangan & gambar masa Kenderaan Sungai Manik beroperasi pada waktu itu ?

Boleh kongsikan dengan admin.

Nostalgia di Jambatan Kunci Air 12 Headwork.Menurut maklumat orang tempatan, pada tahun 1989 lantai binaan yang terletak...
10/09/2022

Nostalgia di Jambatan Kunci Air 12 Headwork.

Menurut maklumat orang tempatan, pada tahun 1989 lantai binaan yang terletak di bahagian dasar sungai (Seperti di dalam gambar) telah pecah serta tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.

Kongsikan kenangan & cerita anda mengenai jambatan Kunci Air 12 Headwork di ruangan komen.

NASI LEMAK SORELokasi di hadapan seberang jalan stesen minyak Shell di pekan Langkap.Di buka pada setiap hari Selasa, Ra...
03/09/2022

NASI LEMAK SORE

Lokasi di hadapan seberang jalan stesen minyak Shell di pekan Langkap.

Di buka pada setiap hari Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu & Ahad (Cuti pada hari Jumaat & Isnin).

Waktu operasi dari jam 5.30 petang hingga 10.00 malam.

Nasi Lemak yang di kukus secara tradisional dengan menggunakan tong kayu.

Pelbagai menu nasi lemak yang menarik dengan rasa yang sedap & harga berpatutan (Boleh rujuk gambar menu).

Sebarang pertanyaan & tempahan sila hubungi :

www.wasap.my/60165123945/NasiLemakSore

Apa tunggu lagi ?

Moh datang dulu & rasa sendiri Nasi Lemak Sore.


Menikmati ketenangan ketika melihat air di Sungai Batang Padang.Lokasi di Kampung Kunci Air 12 Headwork.
02/09/2022

Menikmati ketenangan ketika melihat air di Sungai Batang Padang.

Lokasi di Kampung Kunci Air 12 Headwork.

Permandangan kehijauan sawah padi yang mendamaikan.Lokasi di Jalan Sungai Rambai, Chikus, Perak.
01/09/2022

Permandangan kehijauan sawah padi yang mendamaikan.

Lokasi di Jalan Sungai Rambai, Chikus, Perak.

KUBUR KORBAN BINTANG TIGAPada tahun 1945, mereka telah terkorban semasa perang Bintang Tiga (Komunis) di Sungai Manik.Lo...
30/08/2022

KUBUR KORBAN BINTANG TIGA

Pada tahun 1945, mereka telah terkorban semasa perang Bintang Tiga (Komunis) di Sungai Manik.

Lokasi pusara ini di Kampung Belt Chikus (Lorong Depan Balai Penghulu Chikus).

Menurut makluman orang tempatan, papan tanda ini di buat atas inisiatif jawatankuasa masjid yang menyedari kepentingan sejarah perjuangan masyarakat dahulu untuk tatapan generasi akan datang.

Jika generasi terdahulu berjuang menentang penjajah, generasi hari ini perlu berjuang mempertahankan apa yang di tinggalkan generasi terdahulu.

Al-Fatihah ... semoga roh mereka di rahmati & redhai Allah SWT.

JAMBATAN SUNGAI RAMBAIJambatan ini sebagai bukti bahawa air Sungai Rambai pernah mengalir di bawah jambatan ini.Menurut ...
28/08/2022

JAMBATAN SUNGAI RAMBAI

Jambatan ini sebagai bukti bahawa air Sungai Rambai pernah mengalir di bawah jambatan ini.

Menurut cerita orang lama sekitar tempatan, semasa pembukaan hutan pada tahun 1938 terdapat satu pohon pokok Rambai yang besar.

Ramai orang tidak berani untuk menebangnya kerana jika ada percubaan untuk menebang pasti orang itu akan mendapat demam atau sakit.

Ada juga cerita dari pengalaman beberapa orang yang melalui jalan ini pernah melihat "Pasar Malam" dengan suasana yang cukup misteri.

Jika anda ada cerita atau pengalaman di sini, boleh kongsikan di ruangan komen.

Jambatan Kunci Air 12 Headwork.Di bina oleh British pada tahun 1930.Gambar ini di ambil pada tahun 2010.Pada masa itu ja...
12/06/2022

Jambatan Kunci Air 12 Headwork.

Di bina oleh British pada tahun 1930.

Gambar ini di ambil pada tahun 2010.

Pada masa itu jambatan dan empangan berwarna putih.

PESTA MANDI SAFAR DI KAMPUNG KUNCI AIR 12 HEADWORKSuatu ketika dahulu jambatan Kunci Air 12 Headwork pernah menjadi tump...
10/06/2022

PESTA MANDI SAFAR DI KAMPUNG KUNCI AIR 12 HEADWORK

Suatu ketika dahulu jambatan Kunci Air 12 Headwork pernah menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan mandi safar. Jambatan ini juga di kenali sebagai jambatan Mc. Donald oleh penduduk sekitar dan ramai orang kerana jambatannya yang berbentuk seperti huruf “M” dan menjadi tempat pilihan para pemancing ikan sungai.

Sumber rujukan :

https://www.orangperak.com/temasya-mandi-safar-di-kampung-headwork-teluk-intan.html

𝗦𝗘𝗝𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗘𝗧𝗔 𝗔𝗣𝗜 𝗧𝗔𝗣𝗔𝗛 𝗥𝗢𝗔𝗗–𝗧𝗘𝗟𝗨𝗞 𝗔𝗡𝗦𝗢𝗡Sejarah laluan kereta api dari Tapah Road ke Teluk Anson bermula apabila...
09/06/2022

𝗦𝗘𝗝𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗘𝗧𝗔 𝗔𝗣𝗜 𝗧𝗔𝗣𝗔𝗛 𝗥𝗢𝗔𝗗–𝗧𝗘𝗟𝗨𝗞 𝗔𝗡𝗦𝗢𝗡

Sejarah laluan kereta api dari Tapah Road ke Teluk Anson bermula apabila Sir Archibald Edward Harbord Anson yang merupakan Leftenan Gabenor Pulau Pinang membuat pelan bandar terancang, iaitu Pekan Teluk Anson pada tahun 1882.

Laluan jambatan besi Degong - Chikus merupakan di antara laluan kereta api Tapah ke Teluk Anson dan menjadi laluan utama penduduk setempat pada waktu itu.

Menurut maklumat penduduk setempat laluan ini di kenali sebagai laluan Salleh Man.

Berusia hampir 139 tahun berdasarkan tarikh perasmian.

Sumber maklumat : KTM Berhad

https://www.facebook.com/142724092456860/posts/4941414849254403/

ASTANA TANJAK MENJADI PERHATIANOleh : AIN SAFRE BIDIN9 Jun 2022 | 7:30 amPASIR SALAK : Sayang dan bangga dengan kekayaan...
09/06/2022

ASTANA TANJAK MENJADI PERHATIAN

Oleh : AIN SAFRE BIDIN

9 Jun 2022 | 7:30 am

PASIR SALAK : Sayang dan bangga dengan kekayaan budaya sendiri, seorang wanita mengabadikan kemegahan budaya Melayu apabila menjadikan replika sebuah tanjak sebagai penghias di bahagian bumbung rumahnya di Labu Kubong, Chenderong Balai dekat sini.

Dikenali sebagai Astana Tanjak, rumah berwarna kuning yang terdapat replika tanjak di bahagian atasnya menjadi perhatian pengguna jalan raya yang melalui Jalan Tapah ke Teluk Intan.

Idea pembinaan tanjak itu dicetuskan pemiliknya, Zaidatul Mardiah Yussuf, 44, iaitu anak jati kampung itu yang merupakan seorang ahli perniagaan menetap di Kuala Lumpur.

Beliau membina rumah itu sebagai rumah rehat.

“Tanjak yang saya bina di atas bumbung rumah ini melam­bangkan kecintaan terhadap budaya Melayu. Tanjak merupakan pakaian yang dipakai untuk majlis-majlis orang Melayu, maka wajarlah ia diletakkan di tempat paling tinggi.

“Kenapa letak tanjak di atas bumbung? Ini kerana kedudukan tanjak yang letaknya di atas kepala dan sebagai lambang bangsa Melayu.

“Tanjak dianggap sebagai mahkota orang Melayu, justeru meletakkan mahkota di tempat yang tinggi sekali gus melambangkan martabat dan ketinggian darjat. Tidak mungkin dile­takkan lebih rendah daripada telapak kaki,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Zaidatul Mardiah berkata, beliau membina rumah yang dilengkapi tanjak sebagai inspirasi daripada seseorang yang amat disayanginya.

“Ini adalah tanda kasih sa­yang saya terhadap seseorang yang telah pergi selamanya.

“Sebelum meninggal dunia, arwah pesan agar bina rumah diletakkan tanjak di atasnya kerana sayang dan bangga de­ngan budaya Melayu,” katanya. – UTUSAN

PASIR SALAK: Sayang dan bangga dengan kekayaan budaya sendiri, seorang wanita mengabadikan kemegahan budaya Melayu apabila menjadikan replika sebuah tanjak sebagai penghias di bahagian bumbung rumahnya di Labu Kubong, Chenderong Balai dekat sini. Dikenali sebagai Astana Tanjak, rumah berwarna kuning...

Address


Telephone

+60142588908

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tourism Sungai Manik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share