Team Mahabbah Al Haramain - Ust Husni

  • Home
  • Team Mahabbah Al Haramain - Ust Husni

Team Mahabbah Al Haramain - Ust Husni Lot 2481, Jalan Tegas, Kg.Padang Jawa

Masjid Hudaibiyyah, tapak tempat berlakunya Sulhu Hudaibiyyah (perjanjian perdamaian) dan Baitul Ridhwan.Kisah Sulhu (pe...
28/09/2022

Masjid Hudaibiyyah, tapak tempat berlakunya Sulhu Hudaibiyyah (perjanjian perdamaian) dan Baitul Ridhwan.

Kisah Sulhu (perjanjian pendamaian) Hudaibiyyah/Baiah Ridhuan dalam Al Quran :

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِیمِ
إِنَّا فَتَحۡنَا لَكَ فَتۡحࣰا مُّبِینࣰا ۝ لِّیَغۡفِرَ لَكَ ٱللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِن ذَنۢبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَیُتِمَّ نِعۡمَتَهُۥ عَلَیۡكَ وَیَهۡدِیَكَ صِرَ ٰ⁠طࣰا مُّسۡتَقِیمࣰا ۝ وَیَنصُرَكَ ٱللَّهُ نَصۡرًا عَزِیزًا)
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.

Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya).

Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).

[Surah Al-Fath 1 - 3]

Baiah dibawah pokok, dimanakan dgn Baiah Ridhuan :

(۞ لَّقَدۡ رَضِیَ ٱللَّهُ عَنِ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ إِذۡ یُبَایِعُونَكَ تَحۡتَ ٱلشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِی قُلُوبِهِمۡ فَأَنزَلَ ٱلسَّكِینَةَ عَلَیۡهِمۡ وَأَثَـٰبَهُمۡ فَتۡحࣰا قَرِیبࣰا)

Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.
[Surah Al-Fath 18]

Al Fathu dlm ayat pertama merujuk kpd Sulhu Hudaibiyyah (pembukaan dakwah) secara meluas kpd penduduk Mekah.

Al Fathu dalam ayat 18 merujuk kepada Al Fathu Mekah (tahun ke 8H), berlaku 2 tahun slps Hudaibiyyah.

Mathaf Al 'Amudi (Muzium) menggambarkan binaan, alatan dan kehidupan zaman silam di Mekah/Tanah Arab.
28/09/2022

Mathaf Al 'Amudi (Muzium) menggambarkan binaan, alatan dan kehidupan zaman silam di Mekah/Tanah Arab.

Ziarah di kaki bukit Jabal Thur, Umrah ke 2 dipimpin oleh mutawwif TMH, Miqat di Masjid Ja'ranah.
28/09/2022

Ziarah di kaki bukit Jabal Thur, Umrah ke 2 dipimpin oleh mutawwif TMH, Miqat di Masjid Ja'ranah.

Jabal Nur, Gua Hira' & Nasi Kabsah Hasyi (anak unta).
26/09/2022

Jabal Nur, Gua Hira' & Nasi Kabsah Hasyi (anak unta).

26/09/2022
Alhamdulillah. Umrah pertama. اللهم اجعلها عمرة مقبولة ومبرورة وتجارة لن تبور..
26/09/2022

Alhamdulillah. Umrah pertama.

اللهم اجعلها عمرة مقبولة ومبرورة وتجارة لن تبور..

Tiba di Hotel Moven Pick Menara Jam.
26/09/2022

Tiba di Hotel Moven Pick Menara Jam.

Berangkat dari Madinah ke Mekah dengan High Speed Railway mengambil masa 2.30minit.
26/09/2022

Berangkat dari Madinah ke Mekah dengan High Speed Railway mengambil masa 2.30minit.

Ziarah luaran tambahan : Bukit Jin atau lebih dikenali dengan nama bukit magnet.
26/09/2022

Ziarah luaran tambahan : Bukit Jin atau lebih dikenali dengan nama bukit magnet.

Ziarah dalaman Masjid Nabawi.1- Saqifah Bani Saadah2- Masjid Al Ghumamah3- Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq RA4- Masji...
26/09/2022

Ziarah dalaman Masjid Nabawi.
1- Saqifah Bani Saadah
2- Masjid Al Ghumamah
3- Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq RA
4- Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib RA
5- Janatul Baqi' Al Qarqad
6- Kubah Hijau Maqam Nabi SAW
7- Kisah Wakaf kebun dan telaga Saidina Talhah RA kawasan Masjid Nabawi SAW

Telaga 'Iziq telaga Rasulallah SAW dan telaga Salman Al Farisi RA.
23/09/2022

Telaga 'Iziq telaga Rasulallah SAW dan telaga Salman Al Farisi RA.

Ziarah2 tambahan :1- Masjid Al Ijabah2- Masjid As Sajdah/Abu Zar Al Ghifari3- Masjid Bani Harisah4- Masjid As Syaikhain/...
23/09/2022

Ziarah2 tambahan :
1- Masjid Al Ijabah
2- Masjid As Sajdah/Abu Zar Al Ghifari
3- Masjid Bani Harisah
4- Masjid As Syaikhain/Ad Dira'
5- Muzium Keretapi Madinah ke Syiria Zaman Uthmaniah
5- Rumah cicik Rasulallah SAW, Saidatuna Fatimah Binti Hasan RA/Fatimah Sukhra RA.
6- Telaga2 Rasulallah SAW.

Ziarah Masjid Quba'.
23/09/2022

Ziarah Masjid Quba'.

Ziarah Masjid 7, Berdekatan Masjid Khandak :1- Masjid Al Fateh/Nabi SAW2- Masjid Abu Bakar RA3- Masjid Umar RA4- Masjid ...
23/09/2022

Ziarah Masjid 7, Berdekatan Masjid Khandak :
1- Masjid Al Fateh/Nabi SAW
2- Masjid Abu Bakar RA
3- Masjid Umar RA
4- Masjid Ali RA
5- Masjid Salman RA
6- Masjid Bilal
7- Masjid Fatimah RA

Ziarah Uhud, Syuhada' Uhud, Jabal Rummah (Bukit Pemanah), Kaki Bukit Uhud, Belahan Uhud/tempat perlindungan Nabi SAW, te...
23/09/2022

Ziarah Uhud, Syuhada' Uhud, Jabal Rummah (Bukit Pemanah), Kaki Bukit Uhud, Belahan Uhud/tempat perlindungan Nabi SAW, tempat Nabi SAW dirawat, tempat Nabi SAW.

Alhamdulillah, Diizinkan ziarah kepada Rasulallah SAW dan dijemput Allah SWT untuk masuk ke dalam Raudhah.. Syukur kepad...
23/09/2022

Alhamdulillah, Diizinkan ziarah kepada Rasulallah SAW dan dijemput Allah SWT untuk masuk ke dalam Raudhah.. Syukur kepada Allah SWT atas jemputan dan izinNya..

Perjalanan dari Jeddah menuju ke Madinah Al Munawwarah. Menempuh perjalanan selama 7 jam.
23/09/2022

Perjalanan dari Jeddah menuju ke Madinah Al Munawwarah. Menempuh perjalanan selama 7 jam.

Alhamdulillah, flight tiba di Jeddah pada 22 Sep 2022. Syukur Allah izinkan untuk sampai Bumi Al Haramain.
23/09/2022

Alhamdulillah, flight tiba di Jeddah pada 22 Sep 2022. Syukur Allah izinkan untuk sampai Bumi Al Haramain.

Ujian dari Allah SWT, Ada hikmah yang besar flight tidak dapat berlepas disebabkan masalah teknikal. Ditunda ke esoknya ...
23/09/2022

Ujian dari Allah SWT, Ada hikmah yang besar flight tidak dapat berlepas disebabkan masalah teknikal. Ditunda ke esoknya jam 5.00pg dengan flight ganti.

Para Jamaah ditempat di Hotel Moven Pick/Tabung Haji sebelah Masjid KLIA.

Klia 1 check in para jamaah. 20 Sep 2022.
23/09/2022

Klia 1 check in para jamaah. 20 Sep 2022.

Kursus Umrah Mega TMH di IKM, Sungai Petani..
13/08/2022

Kursus Umrah Mega TMH di IKM, Sungai Petani..

6 Ogos 2022. Kem Pemantapan Team Mahabbah Al Haramain.. Ke arah mempersiapkan para mutawwif/fah untuk menyantuni tetamu ...
13/08/2022

6 Ogos 2022. Kem Pemantapan Team Mahabbah Al Haramain.. Ke arah mempersiapkan para mutawwif/fah untuk menyantuni tetamu Allah ke Tanah Haram.

Salam. Maal Hijrah.
30/07/2022

Salam. Maal Hijrah.

بسم الله الرحمن الرحيمالحمد لله رب العالمين اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آل سيدنا مُحَمَّدٍ Ya Allah ...
28/07/2022

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آل سيدنا مُحَمَّدٍ

Ya Allah Ya Tuhan kami
Di hari Jumaat yang mulia ini, kami bermohon ke hadratMu Ya Allah, berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami, semoga kami dapat memperbaiki diri kami.
Tambahkanlah kepada kami ilmu, iman dan amal.

Ya Allah Ya Tuhan kami,
kami memohon kepadaMu, berilah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat dan rezeki yang halal, anak yg soleh & solehah, rumahtangga yang bahagia, keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Aamiin Ya Rabbal Alaamiin..🤲

Umrah Akhir Tahun Bulan Disember 2022.
21/07/2022

Umrah Akhir Tahun Bulan Disember 2022.

*PAKEJ GOLDEN  RM9290 (12 HARI 10 MALAM)* bersama TMH/Hyad Travel & Tours (31  OGOS – 11 SEP  2022) *BERSAMA: 👳🏼‍♀️ *AL ...
21/07/2022

*PAKEJ GOLDEN RM9290 (12 HARI 10 MALAM)* bersama TMH/Hyad Travel & Tours (31 OGOS – 11 SEP 2022)
*BERSAMA: 👳🏼‍♀️ *AL FADHIL USTAZ MOHD HIDAYAT HJ HAMZAH*( PENDAKWAH BEBAS/MUTAWWIF TMH/PESARA KOR AGAMA ANGKATAN TENTERA 👨🏼‍✈️

🏨🕋HOTEL MEKAH 5⭐ : ROTANA@ MOVENPICK (50m) *DALAM MENARA JAM*

🏨🕌HOTEL MADINAH 5 ⭐: HOTEL RAUDAH ROYAL IN @ NOKTBAH (100 meter)

*HARGA PAKEJ*
BILIK BEREMPAT *RM 9,290*
BILIK BERTIGA RM 9,790
BILIK BERDUA RM 10,290

*Istimewa Ziarah Khas 12-16 tempat:* menjejaki telaga , masjid & tempat-tempat Rasulullah saw di Kota Madinah alMunawwarah.

PAKEJ ADALAH TERMASUK ✅
1. Penerbangan Saudi Airlines(Direct) /Malaysia airlines
2. PENGINAPAN Di Bandar Toif 1 malam (ziarah dan Ibrah)
3. Penginapan hotel Madinah selama 4 malam(Fullboard)
4. Penginapan hotel Mekah selama 5 malam.(sarapn & bungkus Asia food)
5. Transport selesa & berhawa dingin.
6. Train 🚄 ke Madinah (speed Train) & insurance
6. Visa dan insuran(Takaful)
7. 3/4 kali Umrah di Mekah (Dipmpin oleh Mutawwif/fah) dan Ziarah di Madinah.(12- 16 tmpt)
8. PCR Test semasa keberangkatan pulang ke Malaysia.
9. Set Bagasi 4 dalam 1.
10. Ihram atau telekung.
11. Buku Panduan Umrah, tasbih tawaf, botol spray wuduk.
12. Makanan bungkus semasa pulang.
13. 3 /4 Mutawwif/fah termasuk 1 Mutawiffah di mekah & Madinah setiap group 36 pax.

PERKARA TIDAK TERMASUK ❌
1. Jaulah ke Bukit magnet/Badal(bayaran tambahan dikenakan bagi yang berminat)
2. Gua Hira' & Makan Habsyi ( dgg ank Unta) (bayaran tambahan dikenakan bagi yang berminat)
3. Sebarang perbelanjaan peribadi

Sebarang pertanyaan, boleh terus pm saya segera :

www.wasap.my/60192738581/UMRAHTOIF

Team Mahabbah Haramain
“Ukhwah Sejati, Haramain dihati”

Alhamdulillah. Tamat Kursus Umrah di Masjid AsSolihin Padang Jawa, Shah Alam.
16/07/2022

Alhamdulillah. Tamat Kursus Umrah di Masjid AsSolihin Padang Jawa, Shah Alam.

Kursus Umrah Percuma kepada bakal tetamu Allah dan Rasulallah SAW.
12/07/2022

Kursus Umrah Percuma kepada bakal tetamu Allah dan Rasulallah SAW.

HARI ARAFAH adalah hari yang agung kerana pada hari tersebut ALLAH telah menyempurnakan agama Islam.Banyak pengajaran la...
08/07/2022

HARI ARAFAH adalah hari yang agung kerana pada hari tersebut ALLAH telah menyempurnakan agama Islam.

Banyak pengajaran lain yang boleh diambil sempena Hari Arafah, antaranya sebagai gambaran kecil daripada keadaan sebenar pada hari kiamat. Manusia berhimpun dan berkumpul beramai-ramai tanpa dibezakan kaya atau miskin, kuat atau lemah dan sebagainya.

Sabda Baginda Nabi Rasulullah saw :

“Berpuasa pada HARI ARAFAH dinilai di sisi ALLAH sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.”
(Hadis Riwayat Muslim).

1) PUASA TARWIYAH
[8 Zulhijjah 1443H / 8 Julai 2022, Hari Jumaat]
Ibadah puasa yang dilaksanakan pada hari sebelum hari wukuf di Arafah.

2) PUASA ARAFAH
[9 Zulhijjah 1443H / 9 Julai 2022, Hari Sabtu]
Puasa yang dilaksanakan pada hari Arafah iaitu hari pada saat jemaah haji melakukan wukuf di padang Arafah.

Bagi umat Islam yang tidak berpeluang untuk menunaikan ibadah Haji di Tanah Haram, BERPUASA SUNAT ARAFAH di samping meningkatkan ibadah-ibadah yang lain seperti BERZIKIR, BERSELAWAT dan MEMBACA AL-QURAN amatlah dianjurkan.

Semoga amal ibadah yang kita lakukan ini diterima oleh ALLAH SWT dan melayakkan kita mendapat keampunan dari-Nya.

Aamiiin Ya Robbal Aalamiin 🤲

JOM PUASA SUNAT HARI TARWIYAH DAN HARI ARAFAH

Ibadah Korban & Aqidah di Tanah Haram Makkah dan Madinah.
30/06/2022

Ibadah Korban & Aqidah di Tanah Haram Makkah dan Madinah.

Pakej Umrah 10 Disember - 21 Disember 2022.
30/06/2022

Pakej Umrah 10 Disember - 21 Disember 2022.

Pakej Umrah 23 November - 4 Disember 2022.
30/06/2022

Pakej Umrah 23 November - 4 Disember 2022.

Pakej Umrah Istimewa : 31 Ogos - 11 September 2022.
30/06/2022

Pakej Umrah Istimewa : 31 Ogos - 11 September 2022.

Pakej bertarikh 2 Oktober hingga 13 Oktober 2022
30/06/2022

Pakej bertarikh 2 Oktober hingga 13 Oktober 2022

Kursus Umrah di Surau Al Huda Seksyen 19 dan Masjid Al Ehsan Seksyen 24.
30/06/2022

Kursus Umrah di Surau Al Huda Seksyen 19 dan Masjid Al Ehsan Seksyen 24.

04/06/2022

Address


Telephone

+60192738581

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Team Mahabbah Al Haramain - Ust Husni posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share