08/01/2023
‼️JIKA ANDA MERANCANG KE JEPUN‼️
Sila baca sampai habis, ini semua Fakta bukan Auta, supaya anda tidak terkejut nanti apabila sampai disana.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Gambaran Bilik Hotel di jepun Yang berharga antara RM250 - RM300 semalam untuk berdua.
Ada antara kita mahukan Bilik Hotel mempunyai Katil kerana kurang selesa untuk tidur di Lantai.
Harus di ingat bilik hotel dan katil double di jepun tidak seluas seperti di malaysia.
Memilih untuk bilik berkatil anda perlu bersedia dengan ruang bilik yang sangat sempit. Sehingga ada antara hotel, anda terpaksa solat di atas katil.
Lagi bertambah sempit jika bertiga dengan anak kecil.
Saya lebih s**a tinggal di Hotel mempunyai "japanese style bedroom" tidur menggunakan futon.
Kerana dapat solat dengan lebih mudah, boleh bergerak bebas dengan ruang bilik lebih terasa lebih luas.
Percayalah anda tidak akan terasa sakit badan atau leher dengan tidur diatas lantai menggunakan futon.🤗
Level penginapan saya di TOKYO tinggal di hotel keranda atau bilik bujang muat satu tilam , tandas dan bilik mandi berkongsi untuk Berjimat.
Dapat tido APA Hotel dah rasa "KING"
Hotel di TOKYO kos RM300 ke RM400 dapat satu katil kecik untuk kongsi ber🙋♀️🙋♂️. Nak solat pon kena atas katil ..punya la ngam ngam dia punya ruang.
Nak selesa sikit ..dekat dengan station Sedia la RM500 ke RM700 semalam ..boleh la lari lari anak dalam bilik.
Nak murah luas dan bilik boleh buat majlis doa selamat...kena book hotel yang terceruk sikit menapak 1 ke 2 km dari Station.
Kalau kena musim kemuncak....bilik keranda pon boleh cecah RM200 semalam untuk seorang...tu pon sold out....
Jika anda datang ke TOKYO sila jangan Impikan Bilik hotel yang luas dgn katil King Saiz bemodal RM300 semalam bedua, berhampiran stesen train.
‼️10 Fakta yang ada perlu tahu sebelum memilih penginapan di Jepun.
Penginapan dijepun bukan sesuatu yang menelan belanja yang terlalu tinggi. Masih terdapat sebuah bilik untuk solo traveller dengan berharga bawah RM50/semalam di osaka dan tokyo.
Namun Fakta berikut perlu anda tahu sebelum memilih penginapan yang sesuai untuk percutian anda.
1️⃣Ruang Bilik Hotel Tidak besar.
Keluasan bilik hotel dikawasan bandar kebanyakan cukup cukup untuk katil dan bilik air walaupun ia bertaraf ⭐️⭐️ ke ⭐️⭐️⭐️ ⭐️dan kebanyakan tidak mempunyai almari dan ruang untuk solat, namun sesetengah hotel menyediakan 2 jenis bilik yang membolehkan anda memilih untuk western room menggunakan katil atau Japanese room menggunakan Futon.
2️⃣Harga
Tempahan “Online lagi murah dari “Walk in dan harga mengikut perpax bukan per-room, jadi menjadi kesalahan jika anda menempah untuk 2 orang dan masuk beramai ramai.
3️⃣Kanak kanak
Kebanyakan kanak kanak berumur 1 - 5 tahun percuma, berkongsi katil dengan penjaga ada juga sesetengah hotel meletakan 1 - 8 tahun percuma.[sila baca terma sebelum menempah] dan Kapsul hotel kebanyakan tidak menerima kanak-kanak.
4️⃣Waktu Check in
Waktu check in kebanyakan pada jam 3petang. Jika anda memilih untuk Menginap di hotel ⭐️⭐️ kebawah sila pastikan waktu kaunter beroperasi. kebanyakannya beroperasi sehingga jam 10malam sahaja dan akan menjadi masalah jika penerbangan anda tiba lewat dan anda tidak memaklumkan kepada mereka.
5️⃣Lokasi
Penginapan terbaik adalah penginapan yang memudahkan perjalanan anda dan tidak memerlukan kos tambahan. jika anda menggunakan private transport maka dimana mana sahaja ok. jika anda mengguankan 100% pengangkutan awam anda perlu memilih.
▪️Jarak perjalanan dari rumah ke Station terdekat.
- Pastikan jarak perjalanan kurang dari 10 minit berjalan kaki. lebih dari 10 minit bermaksud anda akan berjalan kaki antara 1km sehala. penat oooooo.
▪️Pengangkutan yang menjimatkan atau pengangkutan tersebut telah masuk didalam pas yang anda gunakan sepanjang di sana.
- jika anda sudah merancang itinerary perjalanan baru pilih penginapan mengikut pas pengangkutan yang anda guna untuk berjimat. jika tidak anda akan mengeluarkan kos yang lain untuk berulang alik.
6️⃣Airbnb
Terdapat juga kes kes scam airbnb yang pernah saya jumpa, jika anda ingin memilih airbnb sila berhubung dengan host terlebih dahulu dan bertanya sehingga anda berpuas hati sebelum menempah. Harus di ingat jika anda menginap di airbnb bermakna anda hidup didalam kejiranan dan harus patuhi larangan larangan kejiranan terutama pembuangan sampah dan jangan membuat bising, jika tidak jangan terkejut polis datang mengetuk pintu anda dan host boleh mengarahkan anda keluar sertamerta.
7️⃣Hotel
Pihak Hotel boleh membatalkan tempahan anda secara tiba tiba dan memulangkan semula jumlah yang anda bayar jika anda melangar peraturan yang ditetapkan contoh memuatkan lebih dari jumlah tempahan.
8️⃣Ruang memasak.
Hanya hostel dan sesetangah hotel ⭐️ ⭐️ kebawah menyediakan dapur dan ruang makan untuk kegunaan bersama.
9️⃣Berkongsi Bilik Bilik Air/ Outside Bathroom.
Jangan terlalu risau dengan berkongsi Tandas dan Bilik Air di luar, kesemuanya diasingkan antra Lelaki dan Perempuan.
Ada antara hotel juga mengasingkan Tingkat antara lelaki dan perempuan.
🔟Kawasan pilihan
Osaka
▪️ Shin imamiya antara tempat terbaik untuk menjadi lokasi penginapan, selain murah, Hub pengangkutan untuk ke Lapang terbang dan kesemua rangkaian train yang terdapat didalam pass pengangkutan terdapat disana.
Tokyo
▪️Berhampiran dengan JR Yamanote line.
paling terbaik area Ueno dan Nippori.
‼️Fakta Tambahan - Bilik bilik hotel tidak kedap bunyi [kecuali ❤️Hotel] sila perlahankan suara anda atau suara isteri anda, jika tidak mahu pintu bilik anda diketuk atau telefon berbunyi memberi tahu anda supaya perlahakan sedikit suara.
- Jack S Adli