24/01/2020
Antara 8 scam sekitar di kota2 besar di eropah.
1) jika anda berada di berlin, jika berjalan² sekitar berliner Dom anda akan di datangi orang gypsy yang bertudung(bukan tudung sebenarnya). Mereka akan bertanya ' Do you speak english', tak usah dilayan mereka itu.
2) jika anda berada di metro di rome, berhati² dengan bag anda kerana akan ada orang sengaja melanggar anda ketika memasuki metro, kejadian berlaku di depan mata saya ketika segerombolan tourist dari india memasuki ke metro.
3) jika anda berada di London, hati2 ketika berjalan sekitar di London bridge kerana ada beberapa orang yang saya perhatikan dari eropah timur yang memang jadi pick pocket. Serta di jambatan westminster, situ juga memang kawasan aktif untuk pick pocket.
4) jika berada di paris, kadang2 kita sangkakan orang berkulit gelap atau afrika dekat dengan menara eiffel itu yang disangka jahat walhal mereka datang dari afrika untuk cari makan jika anda tegur dengan baik dengan beri salam, inshaALLAH mereka jawab dengan elok(kerana ada di antara mereka adalah muslim).Pengalaman diri sendiri menegur mereka dengan baik dan dapat diskaun lagi. Cuma berhati² sewaktu di metro, saya perhatikan orang eropah timur / imigran gypsi dari romania,albania yang banyak buat hal di paris. Kawan saya di paris pon ada ceritakan hal yang sama.
5) jika ada pihak ingin meminta anda untuk tanda tangan petisyen kalau boleh jangan dilayan kerana mungkin mereka ingin ambil perhatian anda sahaja sambil rakan lain buat 'kerja mereka'.
6) dekat collesuem di kota rome , akan ada orang jual selfie stick atau tawarkan harga untuk tourist guide, elok anda ke kedai berhampiran jika tidak mahu membayar dengan harga tinggi:).
7) jika nk beli tiket perlawanan epl, pastikan beli di kaunter dengan anda sebagai ahli kelab jika tak mahu beli dengan harga berkali ganda. Ada orang juga tawarkan di bandar² yang ada stadium.
8) berhati² di jalan berdekatan dengan bayswater, ada seorang mamat italy akan tegur anda(orang eropah tahu korang orang malaysia) dia akan cakap dia tiada duit nak balik ke italy, dia akan offer dengan jaket buatan italy, kejadian berlaku di depan mata. Ada seorang rakan saya masih usia dalam 20 an, gilakan jenama hampir mahu beri £100 utk satu jaket.
Mula² mereka bagi jaket yang berkualiti untuk dipegang sewaktu anda mahu beri wang terus mereka bagi yang kualiti kurang baik(nasib baik dapat tarik kawan itu supaya blah daripada situ).Lelaki itali ini biasanya akan memandu kereta jenama dari italy. Usia dalam 40-50 an.
Kongsikan lagi pengalaman anda..
Kreadit: hilmi mazlan