umrah & ziarah

  • Home
  • umrah & ziarah

umrah & ziarah Menuju Allah

10/06/2024

Umrah bersama TRIPZ HR, RM5990, Penerbangan Emirates 17 julai, 88 seat. Add on multicity Flights Promo RM190. Jom sama2..umrah lepas musim haji ♥️

CEO Tripz HR Hjh Rosma Ali dan Hj.Hafizh bersama-sama 54 orang jemaah berlepas ke tanah suci.Amat beruntung group ni dap...
03/04/2024

CEO Tripz HR Hjh Rosma Ali dan Hj.Hafizh bersama-sama 54 orang jemaah berlepas ke tanah suci.
Amat beruntung group ni dapat bersama2 dengan CEO Tripz HR .
Didoakan segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna.

Alhamdulillah🤲Semoga dipermudahkan🤲dan kembali dengan Umrah mabrullah🤲Doakan akak dan famili dapat bersama menunaikan Umrah bersama TRIPZ HR🤲🕋🤲

Japan Da'wah Centee
13/02/2024

Japan Da'wah Centee

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISDoa Elak Mudaratجَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَس...
08/01/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Elak Mudarat

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا لَقِيتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ قَالَ: أَمَا لَوْ قُلْتَ حِينَ أَمْسَيْتَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ لَمْ تَضُرَّكَ

Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu: Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta”, nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.” (HR Muslim No: 2709) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Doa merupakan salah satu ibadah yang hebat kerana ia menghubungkan di antara seorang hamba dengan Pencipta (Allah SWT).

2. Rasulullah SAW mengajarkan doa agar dijauhkan daripada perkara yang memudaratkan. Antara doanya:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

“Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta”

3. Dalam hadis lain, yang diriwayatkan daripada Suhail bin Abu Soleh, daripada bapanya, daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَالَ حِينَ يُمْسِي ثَلاَثَ مَرَّاتٍ : أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ ، لَمْ يَضُرَّهُ حُمَةٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ

Barangsiapa yang mengucapkan pada waktu petang tiga kali:
“Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta”, tidak akan terkena sengatan binatang berbisa pada malam itu.” (HR Tirmizi No: 3604)

Suhail (perawi hadis ini) berkata: “Keluarga kami mempelajarinya dan mengucapkannya pada setiap malam, hingga tiba suatu hari seorang anak perempuan kami disengat oleh seekor binatang, namun dia tidak merasa sakit sedikit pun.” (Lihat Sunan al-Tirmizi, 5/475)

4. Barangsiapa membaca doa ini ketika waktu petang atau malam, nescaya tidak ada yang boleh memudaratkannya sehingga esok pagi.







05hb Januari 2024M
23hb Jamadil Akhir 1445H

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَل...
06/01/2024

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّۚ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

Innal laaha wa malaaa’i katahoo yusalloona ‘alan Nabiyy; yaaa aiyuhallazeena aamanoo salloo ‘alaihi wa sallimoo tasleemaa

Indeed, ٱللَّهَ showers His blessings upon the Prophet, and His angels pray for him. O believers! Invoke ٱللَّهَ’s blessings upon him, and salute him with worthy greetings of peace.

Sesungguhnya ٱللَّهَ dan para malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.
🌹 اللهم صّلَ عَلَيۡهِ
🌹آلَلَهّمً آمًيَن
🌹يَآ ربً آلَعٌآلَمًيَنِ

Pakej umrah ansuran berbaki 20 seat saje lagi....Tripz Hr Holiday do bawah kendalian Hajjah Rosma Ali & Haji Mohammad Ha...
04/01/2024

Pakej umrah ansuran berbaki 20 seat saje lagi....

Tripz Hr Holiday do bawah kendalian Hajjah Rosma Ali & Haji Mohammad Harith Noah Hafizh menawarkan Pakej Ansuran Umrah.

Hubungi ejen sah Tripz HR Holidays @ Hajjah Rosma Ali 👇👇👇untuk tahu butiran.

umrah@tripz" rel="ugc" target="_blank">https://Wasap.my/60162953930/umrah@tripz

Semoga kita semua dijemput الله untuk mengerjakan umrah dalam masa terdekat.

آلَلَهّمً آمًيَن آمًيَن آمًيَن يا الله يَآ ربً آلَعٌآلَمًيَنِ

04/01/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Buat Yang Terbaik Minta Yang Terbaik

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم: إِنَّ فِي الْجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَا بَيْنَ الدَّرَجَتَيْنِ كَمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ فَإِذَا سَأَلْتُمُ اللَّهَ فَاسْأَلُوهُ الْفِرْدَوْسَ فَإِنَّهُ أَوْسَطُ الْجَنَّةِ وَأَعْلَى الْجَنَّة وَفَوْقَهُ عَرْشُ الرَّحْمَنِ وَمِنْهُ تَفَجَّرُ أَنْهَارُ الْجَنَّة

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di Syurga itu ada seratus tingkatan yang telah Allah sediakan bagi mereka yang berjihad di jalan Allah. Jarak antara satu tingkatan dengan tingkatan lainnya itu bagaikan jarak antara langit dan bumi. Apabila kalian berdoa memohon kepada Allah maka mintalah kepada-Nya Syurga Firdaus, kerana Syurga Firdaus adalah Syurga yang paling tengah dan paling atas (tinggi). Di atasnya terdapat ‘Arsy Allah Dzat Yang Maha Pengasih. Dari Syurga Firdaus itulah seluruh mata air sungai-sungai Syurga mengalir” (HR Bukhari No: 2581) Status: Hadis Sahih

Pengajaran

1. Setiap kita sentiasa mengharapkan untuk menjadi orang yang paling baik dan cemerlang dalam hidup di dunia dan akhirat.

2. Mendapat ganjaran Syurga di hari akhirat amat diharapkan oleh setiap orang. Rasulullah SAW menyuruh berdoa agar mendapat Syurga yang paling baik iaitu Syurga Firdaus.

Dalam hadis dari Anas bin Malik RA, Nabi SAW bersabda tentang Syurga Firdaus;

الْفِرْدَوْسُ رَبْوَةُ الْجَنَّةِ وَأَوْسَطُهَا وَأَفْضَلُهَا

Maksudnya: Firdaus adalah syurga yang paling tinggi, yang paling bagus, dan yang paling afdhal. (HR Tirmizi No 3174) Status hadis Sahih.

3. Menjadi cemerlang dan terbaik menuntut kita berusaha dan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk memperolehinya. Saidina Ali pernah berkata: “Biarlah cita-cita engkau setinggi langit, kalau pun engkau tidak mencapai semuanya, sebahagiannya adalah lebih dari setinggi-tinggi cita-cita yang dari mulanya lagi telah rendah”.

4. Kecemerlangan tidak dianugerahkan kepada orang yang melakukan usaha sambil lewa tetapi yang berlumba dan bersungguh-sungguh melakukan kebaikan.

5. Dalam kita berdoa, mintalah yang paling baik dan diredhai Allah antaranya meminta agar dimasukkan ke dalam Syurga Firdaus.

Mari kita mulakan tahun baru 2024 dengan azam dan doa terbaik dari kita.







04hb Januari 2024M
22hb Jamadil Akhir 1445H

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISDoa Diberikan Hidayah, Taqwa, Afaf dan Kecukupanعَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى الل...
02/01/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Doa Diberikan Hidayah, Taqwa, Afaf dan Kecukupan

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

Daripada Abdullah (Abdullah bin Mas’ud) daripada Nabi SAW bahawasanya baginda SAW pernah berdoa: "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan kecukupan (tidak meminta-minta)." (HR Muslim No: 2721) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW mengajar kita berdoa agar dikurniakan petunjuk, memiliki sifat taqwa, dikurniakan sifat ‘afaf (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan ghina (tidak meminta-minta).

2. Hidayah ialah petunjuk dan bimbingan daripada Allah SWT. Tiada seorang pun yang mendapat hidayah melainkan hanya Allah sahaja yang memberikannya.

3. Setiap orang perlu meminta hidayah kepada Allah, agar dibimbing untuk mengukuhkan keimanannya, meningkatkan amal solehnya dan tutur bicaranya serta akhlak yang baik dalam menghadapi pelbagai masalah dunia dan akhirat.

4. Jika seseorang yang menginginkan agar dirinya diberi hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang baik, bertaqwa, dapat menjalani kehidupan ini dengan baik, selamat, hati yang damai dan terhindar daripada perbuatan yang buruk, maka mintalah hanya kepada Allah SWT, bukan kepada yang lain.

5. Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim: mengatakan, “”Afaf bermakna menjauhkan dan menahan diri dari perkara yang tidak diperbolehkan. Sedangkan al-ghina adalah hati yang selalu merasa cukup dan tidak perlu kepada apa yang ada di sisi manusia.”

6. Marilah sempena kehadiran tahun baru 2024 ini, kita perbanyakkan berdoa dengan doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW ini:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى

Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, al-iffah (terhindar daripada perbuatan yang tidak baik) dan al-ghina (kecukupan serta tidak meminta-minta)

Rasulullah mengajar kita agar meminta empat perkara dalam doa ini:

a. Al-huda iaitu petunjuk dalam ilmu dan amal.

b. Al-taqwa iaitu sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar melaksanakan perintah Allah dan menjauhi larangan.

c. Al-afaf iaitu dijauhkan dari perkara yang diharamkan seperti zina dan yang seumpamanya.

d. Al-ghina iaitu dicukupkan oleh Allah dari apa yang ada di sisi manusia dengan sifat qonaah, selalu merasa cukup ketika Allah memberinya harta sedikit atau pun banyak.

Moga tahun 2024 dan seterusnya, Allah menganugerahkan kita dengan petunjuk yang akan memandu kita menjadi orang yang bertakwa serta memiliki sifat yang menjauhkan kita dari yang haram dan sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang ada.







02hb Januari 2024M
20hb Jamadil Akhir 1445H

PROMO PROMO PROMO 💥💥💥 UMRAH CUTI SEKOLAH. LIMITED SEATTarikh 18 Feb 2024, harga RM6290, promotion cuti sekolah.Harga asa...
01/01/2024

PROMO PROMO PROMO 💥💥💥
UMRAH CUTI SEKOLAH. LIMITED SEAT

Tarikh 18 Feb 2024, harga RM6290, promotion cuti sekolah.
Harga asal RM6990.

Hubungi ejen sah Tripz HR Holidays @ Hajjah Rosma Ali 👇👇👇

umrah@tripz" rel="ugc" target="_blank">https://Wasap.my/60162953930/umrah@tripz

Semoga kita semua dijemput الله untuk mengerjakan umrah dalam masa terdekat.

آلَلَهّمً آمًيَن آمًيَن آمًيَن يا الله يَآ ربً آلَعٌآلَمًيَنِ

Address


Telephone

+60162953930

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when umrah & ziarah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to umrah & ziarah:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share