Day 1
(20/9/2023 - Al Fadil Mosque)
MAHALUL QIYAM
.
Mahalul Qiyam adalah umpama Kemuncak Solawat yang akan di lontarkan bersama Bait-Bait indahnya itu secara berdiri.
.
Biasanya, pemimpin selawat akan membacakan berbagai rawi dan sejarah perjalanan hidup Nabi Saw, sejarah, pujian-pujian, doa, dan syair-syair kerinduan. Sepertimana yang terdapat di dalam pembacaan kitab-kitab selawat seperti maulid Ad-Dhiba’i, maulid Al-Barzanji, maulid Simtuddhurar, maulid Adh-Dhiya’ullaami’ dan yang lainnya.
Akan ada satu sesi berdiri secara berjemaah. Para Asatizah dan seluruh hadirin akan bangkit dan berdiri.
.
Tajuddin As-Subkhi, seorang ulama ahli hadis yang telah mencipta sejarah anjuran berdiri ketika sampai pada bahagian Mahalul Qiyam. Beliau merupakan ulama yang telah mencapai derajat hujjatul islam (orang yang hafal lebih dari tiga ratus ribu hadis, dengan seluruh sanad dan matannya).
.
Pada suatu ketika, Tajuddin As-Subkhi sedang berselawat dengan para muridnya dan beberapa ulama. Tiba-tiba ia memegang tongkatnya dan berdiri yang kemudian diikuti oleh seluruh jemaah yang hadir.
.
Oleh yang demikian, para ulama menilai apa yang dilakukan Tajuddin As-Subkhi tersebut sebagai bentuk penghormatan kepada Rasulullah saw.
Mahalul Qiyam atau Ya Nabi Salam 'Alaika
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
ﻳﺎ ﻧﺒﻲ ﺳﻼﻡ ﻋﻠﻴﻚ ، ﻳﺎﺭﺳﻮﻝ ﺳﻼﻡ ﻋﻠﻴﻚ
Ya Nabi salam alaika ,Ya Rasul Salam alaika,
Wahai Nabi, salam sejahtera untukmu, Wahai Rasul salam sejahtera untukmu.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
ﻳﺎﺣﺒﻴﺐ ﺳﻼﻡ ﻋﻠﻴﻚ ، ﺻﻠﻮﺍﺕ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻚ
Ya habib salam alaika, sholawatullah alaika,
Wahai kekasih, salam sejahtera untukmu dan Selawat (rahmat) Allah SWT untukmu.
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹
.
Dari penjelasan di atas, berdiri saat selawat Mahalul Qiyam adalah sesuatu yang baik karena sebagai tanda wujud penghormatan kepada Rasulullah Saw serta a
Day 1
(20hb Sept 2023)
Setelah selesai Majlis pertama, pada sebelah petangnya kami mula bertolak menuju Majlis dan lokasi kedua iaitu di Al Fadil Mosque, Ban Pa Ramai, Songkla.
.
Perhimpunan Majlis bersama para penduduk tempatan serta dari luar daerah membanjiri majlis. Mereka adalah pencinta Ilmu, mereka adalah pencinta Maulid , di dada dan hati mereka terpancar kecintaan yang dalam sebaik sahaja melihat luar biasanya sambutan buat para jemaah Malaysia yang hadir. Kita sama serumpun Melayu, seagama Islam hanya yang membezakan kita adalah bahasa.
.
Namun tersemat di dalam batin mereka adalah rasa takzim yang tinggi terhadap Insan yang agong iaitu Nabi Muhammad Saw , Nabi Rahmatan Lil Alamin , cinta dan kasih sayang Nabi Saw yang terpancar buat seluruh semesta alam buat seluruh makhluk dan seluruh zaman. Indahnya dirimu wahai Kekasih Agong Nan Satu.
.
Hati mereka cukup terusik dan sayu sehingga menitiskan air mata yang tidak tertahan, bukan air mata yang boleh di tumpahkan dan dibuat-buat. Berkumpulnya para pencinta Malaysia - Thailand di dalam satu perhimpunan Mahabbah tidak lain dan tidak bukan hanyalah demi menyampaikan pesanan-pesanan Cinta dari Cicitnya Baginda Nabi Muhammad Saw yang disayangi iaitu Assayid Assharif Moulay Mohamed Al Amin Al Hasani. Kalam-kalam hikmah memenuhi wadah-wadah yang telah dikosongkan demi menadah setitis ilmuNya dari lautan yang luas.
Bersambung
Tiktok : 👉🏻 https://vt.tiktok.com/ZSN1HsVWP/
Day 1- Saeng Thamwittaya School, Songkla
Setelah hampir 50 biji kenderaan konvoi DRT tiba diperkarangan hadapan Pondok Tahfiz Thamwittaya ini, rombongan di imarahkan dengan sambutan alunan Maulid sebagai menyambut kehadiran para jemputan..
.
Subhanallah, barisan para pelajar yang mengambil peranan berbaris di bibir lorong masuk sepanjang kenderaan rombongan memasuki kawasan Pondok. Aura pelajar kelihatan begitu teruja namun mereka menampilkan adab yang tinggi tidak berasak-asak menyerbu para asatizah khususnya Habib Mouley Muhammad Amin Al Hasani.
.
Majlis yang penuh barokah di susuli dengan Majlis Tausiah dan kalam-kalam penuh nasihat oleh Habib Mouley Muhammad Amin Al Hasani khususnya buat pelajar Pondok Tahfiz disini.
Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSN1Hp2VP/
Salam dari bumi Thailand ..
Hari ini..segalanya akan menjadi SAKSI
#rehlahdakwahthailand
#CahayaAlHasani
#MusafirHina
Berhenti solat subuh dahulu.
Perjalanan jam 03:03 pagi
Sawadika🙏🏻🇹🇭
.
Rehlah Dakwah Thailand (RDT) yang hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk jemaah memulakan Safar mereka.
.
Rehlah kali ini akan mengikuti jalan darat pula. Para jemaah bertolak dari lokasi yang berhampiran dengan Kuala Lumpur serta Selangor berkumpul di TBS menaiki bas ekspres yang telah ditetapkan khusus untuk membawa jemaah malam ini.
♥️Perjalanan menuju keCintaan dan KeRinduan.
♥️PerMusafiran mencari dan mengenal Kebesaran tuhan.
♥️Rehlah meniti Jalan Penghijrahan.
.
1 arah 1 tujuan…☝🏻
“ Mengenal erti diri dan mengenal Erti ‘Tuhan’.
.
Melalui Wasilah CintaNya iaitu Nabi Junjungan Al Mustafa Rasulullah Saw. Bersama-sama menyambut bulan yang dimuliakan iaitu bulan kelahiran Baginda Saw.
.
Rehlah 7 hari ini adalah kesinambungan Safar Cinta Wali Songo, Indonesia yang baru sahaja berakhir 2 hari lepas. Serasa belum puas lagi suhbah bersama Syeikh Hassan mengembara ke alam rohani mengikat Cinta.
.
Anda memang Hebat.
Ya…Anda. Andalah 👉🏻
TAHNIAH. Kami ucapkan. 🤲🏻🇲🇾👉🏻🇮🇩👉🏻🇹🇭
Sebahagian jemaah yang bersama Safar Cinta Wali Songo juga turut menyertai RDT ini. Tidak mahu dan tak sanggup terlepas peluang untuk bersama mengutip mutiara-mutiara Cinta terutama sekali Rehlah Dakwah di Thailand ini dihadiri oleh Cicitnya Baginda Nabi Muhammad Saw sendiri iaitu Assayid Assharif Moulay Mohamed Al Amin Al Hasani.
.
Bayangkan tentu sekali RDT ini bukan perjalanan santai-santai melainkan matlamat utamanya adalah ingin menyantuni para Ahlulbait Baginda Saw serta menguatkan lagi Ukhuwah Mahabbah antara Muslim Malaysia dan Muslim Thailand.
Teruskan bersama kami dalam Rehlah Dakwah Thailand ini…
InshaAllah
Bersambung…
Tiktok : https://vt.tiktok.com/ZSLopot5r/
#rehlahdakwahthailand
#MusafirWasilahCintaSdnBhd
#SyeikhHassan
#MoulayMuhammadAmin
#CahayaAlHasani
🌹🌹اهلا وسهلا ومرحبا🌹🌹
TAHNIAHHH 👍🏻👍🏻👍🏻
Para Muhibbin yang terlah berdaftar untuk menyertai REHLAH DAKWAH THAILAND yang akan berlangsung selama 7hari bermula 20hb - 26hb Sept 2023.
.
Sesungguhnya kalian merupakan tetamu yang di pilih, pada bulan terpilih bersama untuk memeriahkan lagi Sambutan MaulidurRasul peringkat antarabangsa di Negara Thailand.
.
Semoga dengan kesungguhan Mahabbah para Pencinta dari MALAYSIA bergambung dengan muhibbin THAILAND mengikat ukhuwah yang teguh meraikan Sambutan Bulan Kelahiran Pempimpian kita yang Agong Baginda Rasul Saw.
InshaAllah..
🌹Salam Sayang Maulidurasul dari Jemaah RDT, Malaysia🌹🇲🇾♥️🇹🇭
Kerjasama RDT antara
Nur Al Mustafa Malaysia
DUAM MEDIA
Musafir Wasilah Cinta Sdn Bhd
Tiktok 👉🏻 https://vt.tiktok.com/ZSLoBXsep/
Pejam celik pejam celik
7hari berlalu
Selamat Tinggal Wahai Sahabat
Selmat Tinggal Safar Cinta Indonesia 🇮🇩
Siap siaga Rehlah Dakwah Thailand 🇹🇭 pula
20-26hb Sept bersama Sang “Kejora”
Biiznillah .. InshaAllah 🤲🏻
Terima Kasih Indonesia 🇮🇩 ♥️🌹
Selain dari surprise demi surprise yang telah dikotakan sepanjang Safar in, jemaah juga berpeluang mendapat Ijazah Sanad hadith Musalsal yang bersambung kepada Baginda Rasulullah Saw tercinta oleh Habib Ahmad Bin Mustafa Assaggaf
Salah satu yang terpaling istimewa mendapat Ijazah Selawat untuk bertemu Mimpi Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Saw ..Oleh Habib Abd Rahman assaggaf....
Qobiltu …🌹🌹🌹
Qobilna …🌹🌹🌹
Musafir Wasilah Cinta S/B Tiktok : 👉🏻 https://vt.tiktok.com/ZSLEtdfBe/
#safarCintaWaliSongo
#hotelserunibogorindonesia
#wasilahcintabogor
Keberuntungan para Jemaah Safar Cinta Wali Songo mendapat Ijazah langsung dari Habib Achmad bin Musthofa Assegaf sanad yang bersambung terus kepada Nabi Muhammad Saw
.
Pengijazahan Hadis ucapan Cinta Rasulullah Saw kepada Sadina Muaz Bin Jabal Ra dan amalan utk diamalkan setiap kali selepas solat.
.
يَا مُعَاذُ ! وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ ، وَاللَّهِ إِنِّي لَأُحِبُّكَ
“Wahai Muaz, Wallahi, sesungguhnya aku sayang kepada engkau, Wallahi, sesungguhnya aku sayang kepada engkau”
.
Namun ucapan Rasulullah tidak terhenti di sini sahaja. Baginda seterusnya berpesan kepada Muaz agar sentiasa membaca satu doa khusus dipenghujung solat atau setelah selesai dari solat.
.
Pesan Rasulullah: “Wahai Muaz, janganlah kamu lupa untuk membacakan doa ini dipenghujung solat:
.
" اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ"
"Allahumma a'inni 'ala zikrika wa syukrika wa husni 'ibadatik"
.
Hadis ini menggambarkan kepada kita bahawa apabila Rasulullah sayang kepada seseorang, Rasulullah menzahirkan rasa sayang Baginda kepada mereka. Bahkan apa yang lebih utama adalah Baginda mengajarkan perkara yang baik kepada orang yang disayangi.
Musafir Wasilah Cinta S/B 👉🏻 https://vt.tiktok.com/ZSLEtNF7b/
Ketibaan tetamu Istimewa untuk bersama menjayakan Majlis Safar Cinta, Maulid Rasulullah Saw serta Majlis Tausiah
♥️♥️ Habib Achmad bin Musthofa Assegaf♥️♥️
Tiktok MWC S/B 👉🏻 https://vt.tiktok.com/ZSLEXJbyq/
Berpagian melihat Gunung ganang dari Balkoni
Feeling Healing Sampai Pagi
Tiktok MWC S/B : 👉🏻 https://vt.tiktok.com/ZSLED8e8J/
#safarcintaWaliSongo
#hotelserunibogorindonesia
Bangunan lama kuno dari kerajaan Majapahit masih di jaga rapi dan cantik
Tahniah Syeikh Hassan berjaya sampai
Semoga kita sentiasa berada di dalam golongan yang beruntung..
#sahabtmukmintravel
#kembarakotaauliya
#jejakauliya
#jejakanbiya
ZIARAH MAKAM NABI HUD A.S
Nabi Hud a.s tinggal di lembah antara Yaman dan Oman dan beliau dimakamkan di Syi'b Hud. Perihal ziarah Nabi Hud ada disebutkan oleh Ibnu Hisyam bahawasanya Nabi Sulaiman bahkan Dzul Qarnanin pernah menziarahi beliau. Kegiatan ziarah nabi hud telah ada sejak 4000 tahun silam dan kegiatan dilakukan sepanjang hari dalam satu tahun.