I eland
Assalamualaikum, dan selamat pagi.
Apabila bangun pagi boleh lihat suasana salji tepi tingkap, memang best kan... Kali ini share sedikit mengenai Iceland, siapa hendak tahu info boleh tanya saya..
Iceland antara negara kepulauan di bahagian barat UK. Jika hendak ke sini anda boleh naik #easyjet yang mengambil masa 3 jam daripada London. Tiket pun boleh dapat sekitar RM 200-300 sehala.
Untuk pemegang passport malaysia anda dibenarkan utk melawat atau tinggal di Iceland selama 90 hari. Jika datang ke sini disarankan sewa kereta dan lesen memandu malaysia diterima.
Untuk penggunaan bahasa inggeris di Iceland, kebanyakan orang mereka boleh berbahasa inggeris cuma tidak ramai. Tidak digalakkan datang pada musim sejuk dan jika mahu datang juga perlu tengok keadaan cuaca. Pernah sekali datang ke Iceland dalam seminggu hanya sehari sahaja ada cahaya matahari , haha yang lain gelap je.
Jangan terkejut jika belanja di sini agak mahal berbanding belanja di UK mungkin faktor kos cukai mereka agak tinggi. Jangan terkejut jika jumpa ramai pelancong dari China datang ke sini.
Ada dua bahagian untuk sesi menjelajah Iceland iaitu di bahagian utara dan selatan. Jika memandu kena peka keadaan jalan disini. Jika datang secara DIY lebih baik pilih Airbnb kerana lebih selesa dan murah.
#wowcation
#iceland
Tarian sufi
MEVLANA' DA SEMA
Hari pertama tahun 2022 berkesempatan mengikuti dan melihat tarian sufi ini dari pelajar tasavvuf vakfi di Tasavvuf Vakfi Merkez, Bursa.
Tempat ini sebenarnya adalah untuk orang local. Tiada bayaran dikenakan malah mereka akan hidangkan chay berkali-kali untuk tetamu yang hadir. Bermula pada jam 9 malam. Di mulai dengan instrument music, selepas itu Ust Mustafa Ozbag akan bagi ceramah dalam bahasa Turki selama satu jam. Setelah selesai semua, barulah akan bermula tarian ini. Menurut local mereka tidak berasa pening kerana, mereka tidak berfikir yang mereka sedang berpusing-pusing. Mereka hanya fokus berzikir kepada Allah. Golongan wanita juga buat seperti ini, tetapi di kalangan mereka sahaja, tidak di pertontonkan kepada orang ramai (lelaki).
#leksderak
#leksderak
#turkey
Tekak Indonesian pulak. Sebelum ni selalu menapak di Nur Muhammad je 🤭
Tekak Indonesian pulak. Sebelum ni selalu menapak di Nur Muhammad je 🤭
#turkey
Snow dah turun di Taksim, Istanbul. Keluar sahaja dari airport tadi dah rasa kesejukan tapi lagi sejuk di Sarajevo. Semalam di Sarajevo - 7!
Tu yang terfikir pergi dulu lah ke Istanbul untuk rasa panas sedikit 🤭
Kami baru masuk semula ke Istanbul. Flight dari Sarajevo ke Istanbul terlalu ramai orang. Hanya kami sahaja Malaysian 🤭
Yang berminat nak booking trip ke Bosnia, booking cepat okay. Setakat ini ramai dah risik untuk Februari.
Snowfall tebal pagi ini di Sarajevo. Semalam kami di Mostar. Hari ini kembali semula ke Sarajevo. Yang nak order atau bertanya pakej boleh terus mesej/whatsapp. Senang nak list kan dan beli sekali harung sebelum kami fly semula ke Istanbul minggu depan.
Snowfall tebal pagi ini di Sarajevo. Semalam kami di Mostar. Hari ini kembali semula ke Sarajevo. Yang nak order atau bertanya pakej boleh terus mesej/whatsapp. Senang nak list kan dan beli sekali harung sebelum kami fly semula ke Istanbul minggu depan.
*** Yang dah order, kami akan pos sekaligus ye. Terima kasih yang memahami 😍
Avaz elevator.
Video dalam lift yang sangat pantas untuk sampai di tingkat 35.
Bandar sarajevo
Permandangan daripada atas bukit.
Makam ahmad ammar
Sedikit info untuk semua jika ingin pergi ke makam perkuburan arwah Ahmad ammar di (şehit cumhuriyet savcısı mehmet selim kiraz mezarı) jika anda taip pada google map akan jumpa inshaAllah.
1) jika anda dari Eminonu anda boleh naik bas nombor 99A/399B yang mana anda berhenti di perhentian bas Teleferik PierreLoti dan perlu berjalan sedikit ke makam yang saya sebut di atas. Maafkan saya ada sedikit kesalahan pada video yang mana bas tidak berhenti di hadapan padang bola yang saya tunjuk dalam video.
2) ataupun anda naik tram di perhentian Cibali dan berhenti di stesen tram EyupSultan Devlet Hastanesi. Dari situ lintas ke seberang jalan dan akan nampak sebuah stesen minyak dan jalan terus sampai jumpa perhentian bas. Sebelah perhentian bas itu ada lorong kecil yang bernama Ebusuud Efendi dan toleh kanan akan nampak anak tangga di sebelah kanan. Naik anak tangga dan jalan terus sampai ke hujung persimpangan kecil (dalam kawasan makam) akan jumpa makam ahmad amar.
Apapun anda taip di google map (şehit cumhuriyet savcısı mehmet selim kiraz mezarı) inshaAllah akan jumpa. Semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang yang soleh. Makam ini adalah makam untuk orang yang ternama di turki. Dan disitu juga ada makam sahabat nabi sayyidina ayyub al ansari.
Santai petang di Sikerci Terminali
Santai petang di Sikerci Terminali
RUGI SANGATTT!!!! Rugi kalau korang dah sampai London tapi tak bawa anak-anak datang ke cafe ni. Bukan anak-anak je teruja, korang pun akan sama juga. Bukan cafe semata-mata tetapi terdapat store untuk shopping souvenirs. Terdapat 11 cawangan around the
RUGI SANGATTT!!!!
Rugi kalau korang dah sampai London tapi tak bawa anak-anak datang ke cafe ini. Bukan anak-anak je teruja, korang pun akan sama juga. Bukan cafe semata-mata tetapi terdapat store untuk shopping souvenirs. Terdapat 11 cawangan around the world antaranya Japan, Malta, France, US, Canada, United Kingdom dan lain-lain.
Konsepnya macam ni, mula- mula korang masuk je store tu korang akan terfikir ehhh kedai ni jual souvenirs je ke. Korang pusing- pusing dalam kedai tu, akan tertarik dengan 1 pokok yang boleh bercakap. Bila korang dah pusing sampai hujung akan ada tangga untuk ke ground base. Waktu ni lah keterujaan korang akan lebih menyerlah.
Kalau dah cafe of course lah ada pelbagai menu kan. Sambil korang menikmati minuman korang, pelbagai bunyi-bunyian seperti bunyi gajah, burung, harimau dan lain-lain akan kedengaran seolah- olah korang berada di dalam hutan. Pelbagai replika haiwan yg bergerak juga menarik perhatian pengunjung, Akuarium besar dengan plebagai ikanserta environment yg mesra kanak-kanak. Dah puas menikmati hidangan tanpa di kacau oleh anak-anak (kerana sibuk bermain dengan replika haiwan), sebelum pulang naik ke atas sambung semula shopping souvenirs.
Kalau kami jadi guide korang, tolong request makan di tempat ini dengan kami. Memang berbaloi 😋