Mutawwif NASH

  • Home
  • Mutawwif NASH

Mutawwif NASH Umrah eksklusif pada harga mampu milik !

*Kewajipan Ibadah Haji*عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ فَقَالَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ فَرَ...
11/05/2024

*Kewajipan Ibadah Haji*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: خَطَبَنَا رَسُولُ اللَّهِ ﷺ فَقَالَ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ فَرَضَ اللَّهُ عَلَيْكُمْ الْحَجَّ فَحُجُّوا فَقَالَ رَجُلٌ: أَكَلَّ عَامٍ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَسَكَتَ حَتَّى قَالَهَا ثَلَاثًا فَقَالَ النَّبِيُّ ﷺ: لَوْ قُلْتُ نَعَمْ لَوَجَبَتْ وَلَمَا اسْتَطَعْتُمْ

_*Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata, “Rasûlullâh SAW pernah berkhutbah: “Wahai sekalian manusia, Allâh telah mewajibkan haji bagi kalian, maka laksanakanlah ibadat haji.” Seorang laki-laki bertanya, “Wahai Rasûlullâh, apakah setiap tahun (kewajiban mengerjakan ibadat haji)?” Maka baginda diam, sehingga orang tadi bertanya tiga kali. Kemudian Rasûlullâh SAW bersabda, “Jika aku mengatakan ‘ya’, maka tentu wajib (haji setiap tahun), dan kamu tidak mampu.”*_ (Sahih Muslim No: 1337) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.Ibadat Haji adalah salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap Muslim yang mukalaf.

2.Kewajipan ibadat haji hanya sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan dan berkuasa.

3.Mereka yang tiada halangan dari sudut wang ringgit, kesihatan mahupun kemudahan untuk mengerjakan ibadat haji, namun masih tidak berusaha menunaikankannya atas alasan "belum sampai seru" dibimbangi jika meninggal dunia dalam keadaan tidak diredhai Allah.

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَمْ يَمْنَعْهُ عَنْ الْحَجِّ حَاجَةٌ ظَاهِرَةٌ أَوْ سُلْطَانٌ جَائِرٌ أَوْ مَرَضٌ حَابِسٌ فَمَاتَ وَلَمْ يَحُجَّ فَلْيَمُتْ إِنْ شَاءَ يَهُودِيًّا وَإِنْ شَاءَ نَصْرَانِيًّا

*Daripada Abu Umamah, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa tidak terhalang untuk melakukan haji oleh suatu hajat yang jelas atau oleh penguasa yang zalim atau penyakit yang menahannya, kemudian ia meninggal dunia dan belum melakukan haji, boleh jadi ia meninggal dunia dalam keadaan sebagai Yahudi atau sebagai Nasrani."* (HR Darimi No: 1719) Status: Isnad Dhaif

4.Kewajipan menunaikan ibadah haji adalah kepada mereka yang berkuasa mengeluarkan belanja tambang dan segala perbelanjaan lain termasuk mempunyai bekalan dan perbelanjaan yang cukup bagi saraan nafkah orang yang ditinggalkan.

5.Walaupun pada tahun ini ada yang masih belum berpeluang untuk mendapat giliran, paling tidak anda telah berusaha menabung dan mendaftar dengan Tabung Haji sebagai persiapan menunaikannya.

6.Bagi pandangan Imam Ahmad Ibn Hanbal, jika seseorang memiliki lebihan harta seperti harta tak alih (i.e. rumah lebih dari satu, kenderaan lebih dari satu) atau sesuatu yang lebih daripada keperluan, maka wajib ia menjual sebahagian daripadanya untuk keperluan menunaikan haji.

Bersegeralah kita menyediakan kemampuan diri untuk menunaikan ibadah haji dan umrah bagi yang belum menunaikannya. Jika tidak menabung dan mendaftar di Tabung Haji sekarang, bila lagi?. Jangan lupa daftar sekali untuk anak-anak dari awal.

Bagi yang terpilih menunaikan ibadat Haji pada tahun ini, Selamat Berangkat Duyufurrahman (tetamu Allah) dan didoakan moga dikurniakan kesihatan dan kemudahan dan beroleh haji yang Mabrur.

11hb Mei 2024
02hb Zulkaedah 1445H
-Ust Hj Ramlang-

1 7  R A M A D H A NHari ini dalam sejarah.Lebih kurang 1443 tahun yang lalu, telah berlaku sebuah peperangan yang penti...
27/03/2024

1 7 R A M A D H A N

Hari ini dalam sejarah.

Lebih kurang 1443 tahun yang lalu, telah berlaku sebuah peperangan yang penting dalam lipatan sirah.

Tahun kedua hijrah, baginda Rasulullah S.A.W bersama sebahagian kecil para sahabat keluar dari bumi Madinah menuju ke medan Badar bagi merampas kembali harta kaum muhajirin.

Tanpa kelengkapan perang yang cukup, ditambah p**a jumlah yang kecil (313 orang) mereka bertempur dengan 1000 bala tentera musyrikin. Tiada yang mustahil bagi Allah.

Di tempat ini (gambar), menjadi saksi bantuan Allah, turun nya tentera-tentera Allah dari kalangan malaikat. Mereka mencapai kemenangan dengan kuasa Allah.

Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah untuk menziarahi medan ini beberapa kali. Tak pernah jemu untuk bertandang di bumi Badar ini.

Semoga Allah kurniakan kepada kita semua kesempatan untuk menjejakkan kaki ke Badar.

Semoga beroleh umrah yg maqbulah insyaallah!Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd
07/02/2024

Semoga beroleh umrah yg maqbulah insyaallah!
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd

Alhamdulillah.. Selesai ibadah umrah pertama group G9 1Feb, semoga beroleh umrah yg maqbulah.Andalusia Travel & Tours Sd...
06/02/2024

Alhamdulillah.. Selesai ibadah umrah pertama group G9 1Feb, semoga beroleh umrah yg maqbulah.
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd

Alhamdulillah. Selesai sudah perjalanan ziarah di bumi Madinah. Sambung permusafiran menuju ke Kota Mekah bagi menunaika...
05/02/2024

Alhamdulillah. Selesai sudah perjalanan ziarah di bumi Madinah.

Sambung permusafiran menuju ke Kota Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Semoga kita semua dijemput oleh-Nya menjadi tetamu di dua tanah haram. Aminn

Alhamdulillah, selesai hari ini ziarah luar Kota Madinah bersama jemaahAndalusia Travel & Tours Sdn Bhd
04/02/2024

Alhamdulillah, selesai hari ini ziarah luar Kota Madinah bersama jemaah
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd

السلام عليك يا رسول الله
03/02/2024

السلام عليك يا رسول الله

وجعلنا نومكم سباتاوجعلنا الليل لباساوجلنا النهار معاشا
02/02/2024

وجعلنا نومكم سباتا
وجعلنا الليل لباسا
وجلنا النهار معاشا

18/12/2023

Semoga kita semua dikurnikan Husnul Khatimah

01/12/2023

Pergi Umrah pown boleh naik boat?
betol ke ni👀👀???

Jom bersama kami..
anda pasti akan merasainya

❤️Al-Haramain Travel&Tours❤️

https://linktr.ee/nashrafnorasmi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. Salam Jumaat penghulu segala hari. Jom kita sama-sama gandakan selawat keatas baginda N...
01/12/2023

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Salam Jumaat penghulu segala hari. Jom kita sama-sama gandakan selawat keatas baginda Nabi Muhammad SAW.

اللهم صلى وسلم على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.

https://linktr.ee/nashrafnorasmi

𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐔𝐦𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐃𝐢 𝐉𝐞𝐫𝐭𝐞𝐡Terbuka kepada semua yang bakal menjadi duyufurrahman 🥰📌Tarikh : 2 December 20...
30/11/2023

𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐔𝐦𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐃𝐢 𝐉𝐞𝐫𝐭𝐞𝐡

Terbuka kepada semua yang bakal menjadi duyufurrahman 🥰

📌Tarikh : 2 December 2023 (sabtu)
📌Masa : 09.00 a.m - 12.30 p.m
📌Tempat: Al Haramain Travel & Tours Cawangan Terengganu
📌Terbuka kepada 30 orang terawal

📍Lokasi : https://maps.app.goo.gl/UXB2v6JcVXRXq6EX6

Kepada yang ingin menyertai kursus umrah, diminta untuk mengisi google form yang disediakan.☺

Link google form : https://forms.gle/o3UtPmjXsYUex2Nc9

Semoga dengan kursus umrah yang dijalankan ini menjadi asbab kita mendapat umrah yang mabrur InsyaAllah🤲🕋

30/11/2023

Jom baca al-Kahfi!

Moga2 kita semua terhindar dari fitnah dajjal

MASJID QUBA'لمسجد أسس على التقوى من أول يوم أحق أن تقوم فيهSesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa sejak har...
28/11/2023

MASJID QUBA'
لمسجد أسس على التقوى من أول يوم أحق أن تقوم فيه

Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersolat di dalamnya. (at-taubah 9:108)

28/11/2023
TAHUKAH ANDA?Jika anda seorang pemegang kad oku, anda layak untuk memdapatkan perkhidmatan skuter utk ibadah umrah secar...
27/11/2023

TAHUKAH ANDA?

Jika anda seorang pemegang kad oku, anda layak untuk memdapatkan perkhidmatan skuter utk ibadah umrah secara PERCUMA!

Hanya pamerkan kad tersebut pada petugas skuter dan anda akan diberi resit utk klaim skuter tersebut.

27/11/2023
DISKAUN RM3500! BAGI ANDA YANG ADA ANAK KECIL BAWAH 2TAHUN JOM GRAB PAKEJ DENGAN KAMI. ✅Berdaftar dengan Kementerian Pel...
27/11/2023

DISKAUN RM3500! BAGI ANDA YANG ADA ANAK KECIL BAWAH 2TAHUN JOM GRAB PAKEJ DENGAN KAMI.

✅Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia
(No Lesen : KPK/LN : 10507)
✅100% terbangkan jemaah musim lepas
✅Bimbingan & Pengisian meruntun jiwa oleh Mutawwif berpengalaman

Kami Al Haramain Travel & Tours cukup terkenal dengan Mutawwif yang cukup sempoi, berilmu , mesra dan cukup sayang dengan jemaah😘

Bak kata orang bila nak berpisah dengan mutawwif tu air mata boleh keluar lah 😭

Apa yang lagi best ?

✅Penerbangan direct Saudi Airlines/Malaysia Airlines @ Setaraf
✅ Hotel Makkah dekat 50M sahaja
✅ Makan Madinah danTaif Fullboard , Makkah Breakfast
✅ 6 hari 5 malam Mekkah
✅ 5 hari 4 malam Madinah
✅ Percuma 1 malam Taif 😍
✅ Percuma High Speed Train
✅ Mutawwif Mantapp
✅ Ustazah Bimbingan Raudah
✅ Hospital Percuma
✅ Kelolaan Muassasah
✅ Percuma Set Beg 6 Item

❤️ Visa Umrah ( In sha Allah tiada masalah Air ZamZam )

❤️ Dilengkapi dengan Tour Guide System ( Sistem Audio khas untuk jemaah boleh dengar dengan jelas hanya menggunakan earphone ketika tawaf dan saei, Umrah lebih fokus dan tenang )

Wow complete , pasti Umrah ini jadi satu kenangan terindah buat para jemaah

Cukup dengan ilmu dan penghayatan umrah dengan kasih sayang dari mutawwif dan team kami 😍

📌Beribu review positif jemaah2 yang dah pernah pergi dengan kami

Harga Pakej

Quad : RM9,799 seorang
Triple : RM10,499 seorang
Dbl : RM11,099 seorang

Tarikh yang available :

January-Mei 2024

Hubungi team kami untuk maklumat seat kosong

Book seat anda sekarang sebelum penuh ! ramai duk pm kami ni nak dapatkan pakej best macam ni.

PM utk keterangan lanjut!

https://wa.link/ywqyd8

https://wa.link/ywqyd8

https://wa.link/ywqyd8

12 KAUM YANG TELAH DIBINASAKAN!Dalam Al-Quran, banyak sekali diceritakan tentang kisah-kisah umat terdahulu yang telah d...
27/11/2023

12 KAUM YANG TELAH DIBINASAKAN!

Dalam Al-Quran, banyak sekali diceritakan tentang kisah-kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah swt dek kerana mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai penyimpangan yang telah dilarang.

Berikut ini adalah kaum-kaum yang dibinasakan.

Kaum Nabi Nuh

Nabi Nuh a.s berdakwah selama 950 tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan dan memperolok-olokkan Nabi Nuh a.s. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang ingkar, termasuk anak dan istri Nabi Nuh a.s sendiri (QS Al-Ankabut : 14).

Kaum Nabi Hud

Nabi Hud a.s diutuskan untuk kaum ‘Ad. Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud a.s. Allah swt lalu mendatangkan angin yang dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggelegar hingga mereka tertimbun dalam pasir dan akhirnya binasa (QS Attaubah: 70, Alqamar: 18, Fushshilat: 13, Annajm: 50, Qaaf: 13).

Kaum Nabi Saleh

Nabi Saleh a.s diutuskan Allah swt kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh a.s diberi sebuah mukjizat berupa seekor unta betina yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina tersebut sehingga Allah swt menimpakan azab kepada mereka (QS Al-Hijr: 80, Huud: 68, Qaaf: 12).

Kaum Nabi Luth

Umat Nabi Luth a.s p**a terkenal dengan perbuatan menyimpang, iaitu hanya mahu menikah dengan pasangan sesama jenis (homoseksual dan le***an). Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka masih tidak mahu bertaubat. Allah swt akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa gempa bumi yang dahsyat dengan disertai oleh angin kencang dan hujan batu sehingga hancurlah rumah-rumah mereka. Dan, kaum Nabi Luth a.s ini akhirnya tertimbun di bawah reruntuhan rumah mereka sendiri (QS As-Syu’araa: 160, An-Naml: 54, Al-Hijr: 67, Al-Furqan: 38, Qaf: 12).

Kaum Nabi Syuaib

Nabi Syuaib a.s diutuskan kepada kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah kerana mereka s**a melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli, mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu dikurangi. Allah swt pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat. Meski pun mereka berlindung di tempat yang teduh, namun masih tidak mampu melepaskan rasa panas tersebut. Akhirnya, mereka binasa (QS At-Taubah: 70, Al-Hijr: 78, Thaaha: 40, dan Al-Hajj: 44).

Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib a,s juga diutus kepada penduduk Aikah. Mereka menyembah sebidang tanah padang yang pepohonannya sangat rimbun. Kaum ini menurut sebahagian ahli tafsir disebut sebagai penyembah hutan lebat (Aikah) (QS Al-Hijr: 78, As-Syu’araa: 176, Shaad: 13, Qaaf: 14).

Firaun

Kaum Bani Israil p**a sering ditindas oleh Firaun. Allah swt telah mengutuskan Nabi Musa a.s dan Harun a.s untuk memperingatkan Firaun akan azab Allah swt. Namun, Firaun malah mengaku dirinya sebagai tuhan p**a. Dia akhirnya tewas di Laut Merah dan jasadnya berjaya diselamatkan. Hingga kini jasad itu masih dapat disaksikan di muzeum mumi di Mesir (Al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).

Ashab Al-Sabt

Mereka INI adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah swt untuk beribadah pada hari Sabtu. Allah swt menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka meminta rasul Allah untuk mengalihkan ibadah pada hari lain, selain Sabtu. Mereka akhirnya dibinasakan dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (QS Al-A’raaf: 163).

Ashab Al-Rass

Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya. Nama Al-Rass ditujukan kepada suatu kaum. Konon, nabi yang diutuskan kepada mereka adalah Nabi Saleh a.s. Namun, ada p**a yang menyebutkan Nabi Syuaib a.s. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada p**a yang menyebut bin Shofwan). Mereka menyembah patung. Ada p**a yang menyebutkan, pelanggaran yang mereka lakukan kerana mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah swt (Qs Al-Furqan: 38 dan Qaf ayat 12).

Ashab Al-Ukhdud

Ashab Al-Ukhdud adalah sejenis kaum yang menggali parit dan menolak untuk beriman kepada Allah swt, termasuk rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dilemparkan ke dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yanga sedang menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah swt (QS Al-Buruuj: 4-9).

Ashab Al-Qaryah

Menurut sebagian ahli tafsir, Ashab Al-Qaryah (sebuah negeri) adalah penduduk Anthakiyah. Mereka mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (QS Yaasiin: 13).

Kaum Tubba’

Tubaa’ adalah nama seorang raja bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat engkar kepada Allah swt sehingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah bendungan (empangan) air (QS Ad-Dukhan: 37).

Kaum Saba

Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat Saba. Oleh kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan oleh Nabi Sulaiman a.s, akhirnya Allah swt menghancurkan empangan Ma’rib dengan banjir besar (Al-Arim) (QS Saba: 15-19).

27/11/2023
TARIKH DAH BANYAK FULL UNTUK PROMO PAKEJ UMRAH PREMIUM LITE 2024 ! GRAB SEKARANG✅Berdaftar dengan Kementerian Pelanconga...
23/11/2023

TARIKH DAH BANYAK FULL UNTUK PROMO PAKEJ UMRAH PREMIUM LITE 2024 ! GRAB SEKARANG

✅Berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia
(No Lesen : KPK/LN : 10507)
✅100% terbangkan jemaah musim lepas
✅Bimbingan & Pengisian meruntun jiwa oleh Mutawwif berpengalaman

Kami Al Haramain Travel & Tours cukup terkenal dengan Mutawwif yang cukup sempoi, berilmu , mesra dan cukup sayang dengan jemaah😘

Bak kata orang bila nak berpisah dengan mutawwif tu air mata boleh keluar lah 😭

Apa yang lagi best ?

✅Penerbangan direct Saudi Airlines/Malaysia Airlines @ Setaraf
✅ Hotel Makkah dekat 50M sahaja
✅ Makan Madinah danTaif Fullboard , Makkah Breakfast
✅ 6 hari 5 malam Mekkah
✅ 5 hari 4 malam Madinah
✅ Percuma 1 malam Taif 😍
✅ Percuma High Speed Train
✅ Mutawwif Mantapp
✅ Ustazah Bimbingan Raudah
✅ Hospital Percuma
✅ Kelolaan Muassasah
✅ Percuma Set Beg 6 Item

❤️ Visa Umrah ( In sha Allah tiada masalah Air ZamZam )

❤️ Dilengkapi dengan Tour Guide System ( Sistem Audio khas untuk jemaah boleh dengar dengan jelas hanya menggunakan earphone ketika tawaf dan saei, Umrah lebih fokus dan tenang )

Wow complete , pasti Umrah ini jadi satu kenangan terindah buat para jemaah

Cukup dengan ilmu dan penghayatan umrah dengan kasih sayang dari mutawwif dan team kami 😍

📌Beribu review positif jemaah2 yang dah pernah pergi dengan kami

Harga Pakej

Quad : RM9,799 seorang
Triple : RM10,499 seorang
Dbl : RM11,099 seorang

Tarikh yang available :

January-Mei 2024

Hubungi team kami untuk maklumat seat kosong

Book seat anda sekarang sebelum penuh ! ramai duk pm kami ni nak dapatkan pakej best macam ni

Nak keterangan lebih lanjut ? Hubungi team kami :

Whatsapp dan deposit serendah RM1000 je seorang sekarang sebelum seat penuh !

𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗟𝗘𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 !, 𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥 ! 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 𝗛𝗜𝗚𝗛 𝗦𝗣𝗘𝗘𝗗 𝗧𝗥𝗔𝗜𝗡, 𝗛𝗢𝗧𝗘𝗟 𝗠𝗔𝗞𝗞𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗞𝗔𝗧 𝟱𝟬𝗠 ! 𝗙𝗨𝗟𝗟𝗕𝗢𝗔𝗥𝗗, 𝗩𝗜𝗦...
22/11/2023

𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗟𝗘𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 !, 𝗣𝗔𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗜 𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥 ! 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔 𝗛𝗜𝗚𝗛 𝗦𝗣𝗘𝗘𝗗 𝗧𝗥𝗔𝗜𝗡, 𝗛𝗢𝗧𝗘𝗟 𝗠𝗔𝗞𝗞𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗞𝗔𝗧 𝟱𝟬𝗠 ! 𝗙𝗨𝗟𝗟𝗕𝗢𝗔𝗥𝗗, 𝗩𝗜𝗦𝗔 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 , 𝗦𝗘𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗!

𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗦𝗜𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗔𝗗𝗔𝗛 𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗣 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗠𝗨𝗧𝗔𝗪𝗪𝗜𝗙 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗗𝗨 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗔𝗠𝗜 !

📌12 Hari 10 Malam
📌 Hotel Makkah dekat 50M tak sakit lutut dan kaki
📌 Percuma High Speed Train mudah untuk perjalanan jauh

⭐️ Bersih dari rekod tunda dan batalkan jemaah
⭐️ 100% terbang kan jemaah umrah musim 1444H
⭐️ Bersih dari rekod penipuan pakej Umrah

Kami Al Haramain Travel & Tours cukup terkenal dengan Mutawwif yang cukup sempoi, berilmu , mesra dan cukup sayang dengan jemaah😘

Bak kata orang bila nak berpisah dengan mutawwif tu air mata boleh keluar lah 😭

Apa yang lagi best ?

✅ Flight Direct Malaysia Airlines / Saudi Airlines @ Setaraf
✅ Hotel Makkah Jarak Dekat 50M di Makkah Safwah @ Clock Tower
✅ Makan Fullboard Makkah dan Madinah Sahur dan Berbuka
✅ Percuma High Speed Train
✅ Harga serendah RM13,899 shj seorang
✅ 12 Hari 10 Malam (6hari 5malam Makkah 6hari 5malam Madinah)
✅ Mutawwif Yang Mantapp
✅ Bimbingan Ustazah Raudah
✅ Umrah 3x
✅ Ziarah Madinah 2x Ziarah Makkah 2x
✅ Visa Umrah ( Air ZamZam tiada masalah )
✅ Hospital Percuma
✅ Di bawah kelolaan Muassasah
✅ Percuma Set Beg 6 Item

❤️ Umrah dengan sistem tour guide ! Umrah lebih tenang dan fokus bersama mutawwif

Wow complete , pasti Umrah ini jadi satu kenangan terindah buat para jemaah

Cukup dengan ilmu dan penghayatan umrah dengan kasih sayang dari mutawwif dan team kami 😍

Tarikh yang available :

Pakej 12 Hari 10 Malam

Awal Ramadhan
12 Mac - 23 Mac 2024

Pertengahan Ramadhan
18 Mac - 29 Mac 2024

Akhir Ramadhan / Syawal
5 April - 16 April 2024
Ramadhan di Madinah Raya di Makkah

Boleh lihat details tarikh pada poster di bawah

Daftar awal tak kalut, pasang niat siap2 in sha Allah , Allah mudahkan urusan , lagi satu sempat lagi nak kumpul duit slow2

Nak keterangan lebih lanjut ? Whatsapp team kami :

Ustaz Nash : http://www.wassap.my/601133062547/UmrahRamadan6

Whatsapp sekarang dan deposit serendah RM1000 sahaja untuk setiap seorang sebelum seat penuh !

Address


Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601133062547

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mutawwif NASH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mutawwif NASH:

Videos

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Opening Hours
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Videos
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share