Safar Buddies Travel

  • Home
  • Safar Buddies Travel

Safar Buddies Travel Ejen sah : Safar Buddies Travel & Services

Maulana Zakariyya al kandahlawi rahimahullah, Pengarang Kitab Fadhail Amal.Beberapa hari ini asyik terfikir berkenaan se...
22/01/2024

Maulana Zakariyya al kandahlawi rahimahullah, Pengarang Kitab Fadhail Amal.

Beberapa hari ini asyik terfikir berkenaan seorang ulama hadith dari India yang bernama Maulana Zakaria al Kandahlawi rahimahullah.. mungkin ramai yg tidak mengenali beliau tetapi beliau tidak asing bagi para pelajar hadith dan orang awam yang mnyimpan kitabnya yang terkenal yaitu Fadhail Amal.. beliau juga guru kepada ayah Al Habib Umar bin Hafiz iaitu Habib Muhammad (bekas m***i tarim), Dr Sayyid Alwi al Maliki atau dikenali sbg Abuya Maliki (ulama besar Makkah), Syeikh Nuruddin al Banjari (ulama nusantara) dan ramai lagi ulama hasil didikan beliau yang lain.. saya kongsi sekilas berkenaan dengan biografi beliau :

Maulana Zakariyya Al-Kandahlawi dilahirkan pada 10 Ramadhan 1315H, bertepatan dengan 12 Februari 1898, di sebuah desa bernama Kandlah di wilayah Uttar Pradesh, India, dari sebuah keluarga yang mempunyai sejarah panjang dalam pengabdian pada agama. Silsilah keluarga beliau bersambung sampai kepada sahabat besar Nabi, Abu Bakar As-Siddiq r.a..

Semasa kecil Zakariyya mula belajar membaca kepada Hakim Abdur Rahman, kemudian menghafal Al-Quran di bawah bimbingan ayahnya, Maulana Muhammad Yahya, seorang ulama besar yang cukup terkenal di India. Setelah itu belajar bahasa Parsi dan bahasa Arab kepada Maulana Muhammad Ilyas, pendiri gerakan Tabligh.

Pada usia 12 tahun, Maulana Zakariyya dibawa oleh ayahnya ke Madrasah Mazahirul Ulum. Di bawah bimbingan ayahnya, beliau mempelajari bahasa Arab tingkat lanjut, teks-teks klasik, nahwu, saraf dan ilmu mantiq.

Ketika menginjak usia 17 tahun, minat utamanya mulai fokus pada bidang kajian ilmu hadis. Beliau mempelajari 5 dari 6 kutubussittah. Bahkan beliau sempat belajar untuk kedua kalinya kitab Sahih Bukhari dan Sunan at-Tirmizi kepada Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri. Selama mempelajari kitab-kitab tersebut, Maulana Zakariyya selalu menjaga wudhuk.

Maulana Zakariyya memulai karier mengajarnya pada tahun 1335H, ketika beliau ditunjuk untuk mengajar di mata pelajaran nahwu, saraf dan sastera. Pada tahun 1341H, kemudian diminta untuk mengajar tiga bahagian dari kitab Sahih Bukhari dan pada tahun 1344H ditambah lagi mengajar kitab Misykat al-Masabih.

Pada tahun 1345H, beliau berkesempatan mengunjungi tanah suci. Di Madinah beliau tinggal selama 1 tahun dan selama itu mengajar Sunan Abi Daud di Madarasah Ulum Shar’iyyah. Di Kota Nabi ini, Maulana mulai menulis Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik, syarah kitab Al-Muwatta’nya Imam Malik, ketika itu beliau berumur 29 tahun.

Ketika kembali ke India, beliau mula lagi mengajar kitab Sunan Abi Daud, Sunan al-Nasai, Al-Muwatta Imam Muhammad dan separuh bahagian dari Sahih Bukhari, separuhnya lagi diajarkan oleh mudir madrasah. Setelah mudir wafat, tugas mengajar Sahih Bukhari ini diberikan seluruhnya kepada Maulana Zakariyya.

Selama hidup beliau, beliau telah mengajar separuh bahagian pertama dari Sahih Bukhari selama 25 kali, mengajar seluruh kitab tersebut selama 16 kali dan mengajar kitab Sunan Abi Daud sebanyak 30 kali. Karier beliau mengajar bertahan sampai tahun 1388H, ketika beliau menderita sakit mata yang tidak memungkinkan lagi untuk terus mengajar.

Kecintaan Maulana Zakariyya pada agama, terutama pada kajian ilmu hadis, sangat tinggi. Total waktu yang dihabiskan beliau untuk belajar dan mengajar hadis adalah selama kurang lebih 60 tahun.

Dalam kurun waktu tersebut beliau juga telah menulis lebih dari 80 kitab yang sangat tinggi nilainya dan diakui oleh para ulama di seluruh dunia. Beberapa kitab yang beliau tulis dalam bidang kajian hadis antara lain ; Awjaz al-Masalik ila Muwatta’ Imam Malik (syarah dari kitab Muwatta Imam Malik, terdiri dari 6 jilid), Lami’ al-Dirari ‘ala Jami’ al-Bukhari (syarah dari kitab Sahih Bukhari), Syarah Muslim (syarah Sahih Imam Muslim), Juz’ Hajjat al-Wida’ wa ‘Umrat al-Nabi (Berisi tentang haji dan umrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., juga memuat tentang masalah hukum haji, lokasi, dan tempat-tempat yang pernah dilalui atau disinggahi oleh Rasuulllah s.a.w.), Khasa’il Nabawi Sharh Shama’il al-Tirmidhi (syarah dan komentar terhadap kitab al-Shama’il al-Muhammadiyya-nya Imam Tirmidzi yang berisi tentang hadis-hadis yang berkenaan dengan peri kehidupan Nabi Muhammad s.a.w.) dan beberapa kitab lainnya.

Karya beliau yang paling terkenal ialah Fadhail Amal. Diikuti dengan Hayatus Sahabah.

Maulana Zakariyya wafat pada 1345H.

Lebih lengkap mengenai riwayat hidup beliau boleh dibaca di buku autobiografi beliau yang ditulis dengan cara yang unik oleh beliau sendiri dengan judul “Aap Beeti”, yang setakat ini ada diterjemahkan ke dalam bahasa melayu dengan judul “Autobiografi Zakariyya Al-Kandahlawi”.

Membaca kisah belajar, mengajar, menulis, ketekunan dan semangat Maulana Zakariyya dalam pengabdiannya kepada agama, khususnya dalam ilmu hadis harusnya membuat kita menjadi malu.

Pertanyaan sederhana untuk kita, apa yang telah kita lakukan untuk memajukan agama yang kita cintai ini?

Kredit : Ustaz Uthman Daud
Kredit : Fb Masrizan

Foto : Pembinaan Surau Kg Kabel, Gerik, Perak

19/01/2024
Soalan :Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya sama ada wanita tanpa mahram boleh menunaikan ibadah umrah di Tanah S...
19/01/2024

Soalan :

Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya sama ada wanita tanpa mahram boleh menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah atau pun tidak ya?. Ini pertama kali saya mahu menunaikan umrah.Sebab saya pernah terdengar yang wanita tidak boleh untuk bermusafir kalau tiada mahram. Musyklil saya dibuatnya.Boleh ustaz terangkan sedikit mengenai persoalan ini?. Terima kasih ustaz

Jawapan :

Waalaikumussalam.Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Umrah merupakan salah satu ibadah yang wajib untuk ditunaikan.Apatah lagi bagi seorang wanita, Umrah adalah satu jihad baginya.Ini berdasarkan pertanyaan Ummul Mukminin Aisyah R.anha. Beliau berkata :

يَا رَسُولَ اللَّهِ عَلَى النِّسَاءِ جِهَادٌ قَالَ نَعَمْ عَلَيْهِنَّ جِهَادٌ لاَ قِتَالَ فِيهِ الْحَجُّ وَالْعُمْرَةُ

Maksudnya : Wahai Rasulullah, adakah ada jihad untuk para wanita. Rasulullah SAW menjawab : Ya, mereka wajib berjihad tetapi jihad yang tiada peperangan di dalamnya iaitu Haji dan Umrah.”

Riwayat Ibnu Majah (3013)

Al-San’ani menyebut bahawa Nabi SAW menyamakan jihad dengan Haji dan Umrah adalah kerana di dalam kedua-dua amalan tersebut adanya kepayahan dan kesusahan. (Rujuk Subul Al-Salam Syarh Bulugh Al-Maram, 1/91).

Kata Ibnu Ruslan :

الحّجّ فَرضٌ وكذاك عمرة # لم يجبا في العمر غيرَ مرّة

“Haji adalah satu kefarduan begitu juga umrah. Kedua-duanya diwajibkan sekali seumur hidup”

Begitu juga hukum menunaikan umrah tanpa mahram seperti soalan yang dikemukakan adalah terkait dengan hukum seorang wanita bermusafir tanpa mahram. Hukum asal bagi seorang wanita bermusafir tanpa mahram adalah tidak dibolehkan berdasarkan kepada beberapa hadis yang sahih. Di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A. Beliau berkata bahawa Nabi SAW bersabda :

لَا تُسَافِرْ الْمَرْأَةُ إِلَّا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ

Maksudnya : “ Seorang wanita tidak boleh bermusafir tanpa ada mahram.”

Riwayat Al-Bukhari (1729) & Muslim (2391)

Begitu juga dengan riwayat yang lain bahawa Nabi SAW bersabda :

لا يَحِلُّ لامْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ تُسَافِرُ مَسِيرَةَ يَوْمٍ إِلا مَعَ ذِي مَحْرَمٍ

Maksudnya : “ Tidak boleh bagi seorang perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk bermusafir sejauh sehari perjalana kecuali bersamanya ada mahram.”

Riwayat Muslim (1339)

Di antara alasan tidak membenarkan wanita untuk bermusafir tanpa mahram adalah untuk menjaga keselamatan, memelihara kehormatan serta menjauhkan para wanita daripada fitnah sekiranya tiada mahram yang menemaninya. Namun jika perjalanan tersebut aman dan selamat, maka sebahagian para ulama membenarkannya. Inilah pandangan yang dikemukakan oleh Imam Al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis tersebut (Rujuk Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 4/500)

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, para ulama ketika membincangkan berkenaan kemampuan untuk menunaikan haji dan umrah, mereka membahagikannya kepada dua iaitu kemampuan secara langsung iaitu yang terkait kepada dirinya seperti mempunyai kesihatan dan kewangan yang cukup.Yang kedua adalah kemampuan tidak langsung iaitu mempunyai kewangan yang cukup tapi tidak mampu untuk pergi keran sakit dan sebagainya. Dia wajib untuk mengupah seseorang menunaikan bagi pihaknya.

Bagi wanita, para ulama menambahkan beberapa syarat iaitu yang pertama ditemani suami atau mahram atau wanita lain yang boleh dipercayai dengan jumlah paling kurang dua orang. Syarat yang kedua adalah wanita tersebut tidak berada di dalam iddah jika telah diceraikan. (Rujuk Fiqh Al-Manhaji ‘Ala Mazhab Al-Imam Al-Syafi’i, 1/150-151).

Namun begitu para ulama berbeza pandangan tentang syarat mahram untuk menunaikan haji dan umrah. Sebahagian ulama dari kalangan fuqaha mazhab Hanbali dan Hanafi menyebut bahawa disyaratkan bagi seorang wanita yang ingin menunaikan haji dan umrah untuk ditemani oleh suami atau mahram. Manakala ulama dari kalangan mazhab Syafi’i , Maliki, Al-Auza’i dan lain-lain tidak mensyaratkan mahram bahkan yang disyaratkan adalah aman dari segala ancaman. (Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 4/500).

Al-Bujairimi di dalam hasyiahnya menyebut jika perjalanan tersebut aman maka harus untuk wanita tersebut bermusafir seorang diri. (Rujuk Al-Tajrid Linnaf’i Al-‘Abid Hasyiah Al-Bujairimi ‘Ala Minhaj Al-Tullab, 6/35). Jika dilihat pada masa kini perjalanan menunaikan umrah atau haji tidak lagi seperti dahulu. Jika dahulu perjalanan terpaksa menempuh padang pasir atau menaiki kapal yang mengambil masa berbulan-bulan. Akan tetapi sekarang mereka yang ingin menunaikan umrah atau haji hanya perlu menaiki kapal terbang yang mengambil masa kurang dari 24 jam.

Adapun bagi mereka yang menunaikan haji atau umrah untuk kali kedua dan seterusnya, maka disyaratkan ada mahram bersamanya.Ini adalah pandangan jumhur para ulama (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 8/334 ; Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 9/104).

Kesimp**annya, kami cenderung mengatakan bahawa harus bagi seorang wanita untuk pergi menunaikan umrah tanpa mahram dengan syarat ditemani paling kurang oleh dua orang wanita yang boleh dipercayai. Adapun bagi mereka yang menunaikan umrah bagi kali kedua dan seterusnya maka mengikut jumhur para ulama perlu untuk ditemani oleh suami atau mahram.

Semoga Allah memberikan kefahaman agama kepada kita semua. Wallahu’alam.

Sumber :

BAYAN LI AL-HAJ SIRI KE 39 : HUKUM SEORANG WANITA MENUNAIKAN UMRAH TANPA MAHRAM
Pejabat M***i Wilayah Persekutuan
27 November 2019

19/01/2024
SoalanApakah yang dimaksudkan dengan tahallul dan apakah perbezaan di antara tahallul haji dan umrah?JawapanAlhamdulilla...
19/01/2024

Soalan

Apakah yang dimaksudkan dengan tahallul dan apakah perbezaan di antara tahallul haji dan umrah?

Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Tahallul dari segi bahasa ialah menjadi boleh atau dihalalkan. Menurut syarak p**a perkataan tahallul bermaksud membebaskan diri daripada larangan yang terdapat semasa dalam waktu ihram.

Dalam ibadah haji dan umrah, perbuatan tahallul dijadikan salah satu dari rukun dalam kedua-dua ibadah tersebut. Dalam erti kata lain, tidak sempurnalah ibadah haji atau umrah seorang jemah haji jika tidak melaksanakan rukun tahallul ini.

Tahallul bagi ibadah umrah ialah dimana para jemaah melakukan cukur atau bergunting selepas selesainya melaksanakan rukun saei’ di dalam masjid al-haram itu sendiri. Justeru selepas selesainya bergunting atau bercukur ini, para jemaah bebas daripada larangan yang terdapat sepanjang tempoh berihram.

Talallul bagi ibadah haji p**a dibahagikan kepada dua iaitu talallul awwal dan tahallul thani.

Pertama, tahallul awwal boleh dilaksanakan oleh jemaah haji apabila telah melaksanakan dua daripada tiga perkara seperti dibawah.

Melontar jamrah al-kubra
Tawaf rukun dan saie’ (jika saie’ masih belum dilaksanakan)
Bercukur atau bergunting
Dalam melaksanakan talallul awwal, jemaah haji diberi pilihan untuk melakukan mana-mana perbuatan di atas secara mengikut turutan ataupun sebaliknya.

Kedua, tahallul thani ialah bila mana jemaah haji berjaya melaksanakan ketiga-tiga perkara yang disebutkan seperti di atas.

Allah SWT berfirman:

لَتَدْخُلُنَّ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ إِن شَاءَ اللَّـهُ آمِنِينَ مُحَلِّقِينَ رُءُوسَكُمْ وَمُقَصِّرِينَ لَا تَخَافُونَ

Maksudnya: “Iaitu Sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haram - insya Allah (pada masa Yang ditentukanNya) - Dalam keadaan aman (menyempurnakan Ibadat Umrah kamu) Dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ).”

(Surah al-Fath : 27)

Kesimp**an

Tahallul ialah pembebasan ataupun pelepasan ke atas setiap jemaah haji yang melakukan ihram. Dengan bertahallul, setiap larangan yang terdapat selepas pelaksanaan ihram dapat dibuat ataupun luputlah larangan tersebut seperti sediakala (sebelum ihram).

Dalam ibadah haji dan umrah, terdapat garisan-garisan yang menjadi perbezaan di antara tahallul haji dan umrah. Tahallul haji yang sempurna (tahallul thani) boleh dicapai apabila selesai melaksanakan ketiga-tiga perkara yang telah dinyatakan di atas. Manakala tahallul bagi umrah terjadi apabila melaksanakan bergunting ataupun bercukur rambut bagi mereka yang melaksanakan umrah. Justeru, setiap jemaah haji dan umrah harus tahu dan mengambil cakna berkenaan hal-hal tahallul ini kerana dibimbangi jika tidak diketahui dengan betul maka kita akan tergolong dari golongan yang akan dikenakan denda (dam) kerana melanggar batasan-batasan yang telah ditetapkan.

Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga kita dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT daripada perkara-perkara yang dimurkai olehNya seterusnya hidup dibawah rahmatNya. Amin.

Sumber :
BAYAN LI AL-HAJ SIRI KE-30 : PENGERTIAN TAHALLUL
Pejabat M***i Wilayah Persekutuan
21 Ogos 2017

Address


Telephone

+601157661776

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Safar Buddies Travel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Address
  • Telephone
  • Alerts
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share