
10/02/2025
Program Idaman Geosite Clean-up (IGSC) bersama Sekolah Kebangsaan Kampong Salang, Perlis
8 Februari 2025 | Seramai 35 orang guru dan staf bersama 10 orang pelajar dibawa masuk ke Langkawi Geopark Discovery Centre bagi memperolehi informasi berkaitan LUGGp sebelum bergerak ke kawasan pembersihan.
Peserta program telah melaksanakan aktiviti pembersihan di kawasan pantai Gua Cherita, Kilim dan berjaya mengumpulkan sebanyak 130 kg sampah. Inisiatif ini bertujuan memupuk kesedaran dan tanggungjawab dalam pemuliharaan alam sekitar, di mana sahaja kita berada!
Terima kasih kepada semua peserta atas usaha murni ini!
Mari terus bersama menjaga dan memelihara khazanah alam semula jadi.