Program Kem Motivasi SK Paya Mas
Program unit beruniform SK Paya Mas berlangsung 3 hari 2 malam. Banyak modul yang disusun untuk anak-anak ini. Seramai lebih 100 orang berkampung di D’impian Agro Farm.
Hujung tahun ni kami berikan harga kasih sayang pada sekolah yang nak buat program kat farm kami. Yayasan ZABA ada taja sebahagian yuran disini. Ambil peluang ini.
website training : https://www.dimpiantraining.com
wasap.my/60174855513/KemMotivasiSekolah
Kami sedang ada program insyaallah nanti kami balas wasap ya. Hantar je wasap pada kami
Terima kasih buat semua yang menjadikan Dimpian Agro Farm sebagai tempat latihan
Madrasah Muhsinin Yong Peng
Impian yang menggunung
Saya bangunkan D’impian Agro Farm. Saya tanam sayur, hasilkan buah dan menternak sendiri. Saya jadi penternak dan petani setelah mengundurkan diri dalam perkhidmatan awam. Saya tinggal dikampung 178KM dari ibu kota Kuala Lumpur.
Saya sebenarnya mencari jawapan mengapa petani dan penternak di Malaysia tak kaya. Selalu diganbarkan kalau jadi petani ni tinggal dikampung dan orangnya susah. Selalu kita dengar petani dibeli hasil mereka dengan harga murah.
Petani dan penternak di Malaysia tak seperti luar negara. Ramai yang buka kebun berkapasiti menampung kehidupan sendiri. petani dan penternak pula tidak bersatu. Jadinya bila mereka kecil maka mereka dibuli.
Antara masalah petani dan penternak adalah menjual hasil kebun mereka. Menjual boleh dijual tapi masalah kedua adalah harganya rendah. Sepatutnya komuniti petani setempat perlu ada ' point of sale '. Maksudnya petani dan penternak setempat boleh memasarkan hasil kebun mereka sendiri dengan produk akhir.
Saya cuba berkarya. Saya bangunkan cobawin cafe. Saya keluarkan produk dan menjual hasil kebun saya sendiri. Lebih dari itu saya menjual juga produk-produk orang kampung. Asalkan pentingnya mesti keluaran dari dapur dan belakang rumah mereka. Ajarkan usahawan kecil kampung tentang kepentingan pakejing, kepentingan branding dan produk tahan lama.
Teori je tidak cukup. Pak menteri mesti turun untuk hadap dan faham betul konsep ' satu kampung satu industri '. Ianya bukan sekadar slogan. Jangan tidur selagi tidak terlaksana. Barulah ekonomi kampung akan membugar dengan sedayanya.
D'impian Agro Farm mencuba secara solo. Berkarya menjadikan produk kampung sebagai produk agro perlancongan. Kampung kita banyak potensinya untuk diketengahkan. Tapi ianya adalah satu impian. Ianya dilakukan secara sendirian. Mendidik dengan menulis dan bertiktok. Entahkan sampai entahkan tidak masej tu.
Jemput ya singgah ke D’impian Agro Farm. Jemput datang mencuba menu cobawin cafe
Tolong share dan
Salah seorang peserta pelajar kem cuti sekolah yang lepas menyambut hari lahirnya bersama kami
Jom buat kem motivasi bersama team coach bahar
wasap kami wasap.my/60149695452/KemMotivasiSekolah
Saya ni orang kampung je. Saya mula berkebun tahun 2019. Ketika iyu saya baru je berhenti kerja. Mula berjinak-jinak dalam dunia pertanian.
Tahun 2024 tahun yang lebih mencabar. Saya fokus dengan inovasi-inovasi baru dalam agro. Mengajak anak muda yang berminat dalam bidang ini.
Hentilah menyalahkan orang sana dan sini. Kita jagalah kita sama-sama. Potensi agro ini sangat besar. Kalau tak nak bela ayam boleh buat dedak ayam. Kalau malas nak buat dedak jual je produk berasaskan agro.
Saya tak berhenti menulis. Kadang-kadang terfikir juga ada ke yang membacanya. Terfikir bagaimana mahu lepas dari lelah dan penat. Saya bangunkan bukan untuk saya. Saya bangunkan ini untuk bangsa dan negara saya Malaysia.
Mungkin ada yang memandang sinis, ala berkebun sahaja. Tetapi inilah erti terpenting 10 tahun kedepan. Membangunkan anak muda untuk mengisi calon-calon petani yang semakin tua dimamah usia.
" Alamak! Hujan! Nak buat aktiviti apa?"
Maka kami on terus Sungai Acid dalam dewan.
Pakej Lawatan Agro
D’impian Agro Farm, MUAR.
Cuti sekolah ni kalau tak tahu nak bawa anak2 pergi mana boleh pergi sini, D’impian agro farm, di sg belukang muar. Banyak aktiviti menarik dekat sini daripada pertanian, penternakan dan perladangan, boleh bagi makan kuda, kambing, rusa, arnab, ikan burung unta . Kalau yang datang dari jauh pon boleh menginap dekat sini paling rare tido dalam khemah, tapi khemah dia besar gile ada 4 tilam dalam khemah tu dan ada aircond memang rare.
Bab makan tak perlu risau dekat sini pon ada cafe, kebanyakan dekat cafe ni semua hasil daripda produk D’impian agro farm sendiri.paling best dekat cafe ni boleh makan dan minum daripda produk sendiri sambil layan pemandangan pokok strawberi dan rock melon. Jemput la ke muar singgah ke sini.saya share sedikit info untuk korang yg nak kesini.
Harga :
Dewasa RM15
Kanak-kanak RM10
Pakej A RM100: 2 dewasa 1 kanak-kanak
Pakej B RM150: 3 dewasa 2 kanak-kanak
(Termasuk makan dan penerangan agro)
Ladang Dimpian Agro Farm, Muar.
Dimpian Agro Farm
Kampung Sungai Belukang,
Seri Menanti, Muar
Klik di location
https://goo.gl/maps/WF1bWSp2rtDZ9WnY6
website : https://dimpianagrofarm.com/
📌Dimpian Agro Farm Muar
📍kampung sungai belukang, seri menanti Muar
⏰9pg-6ptg (Cuti SELASA)
+60 18 793 9749
Tadi war cry mereka slow je kan? Hampem jem
Yaaa kali ni yang real punya!
SK Banang Jaya
Sinim memam bem cikgum, budam2 sampam tam nam balim. Tam pamham sayem
Tu dia tepok sorak dari SK Banang Jaya.
2 - 4 November 2023
Banyak-banyak bidang bisnes, paling lama saya kekal adalah bisnes training. Saya ingat lebih 25 tahun saya berpengalaman dalam bidang latihan. Bermulanya bila dilantik jadi pengarah bengkel pendidikan dan kerjaya di UKM masa mahasiswa dulu.
Lepas tu saya mula berjinak jadi fasi, penceramah dan seterusnya saya buka pusat latihan saya sendiri di Muar. D’impian Resort & training centre pun dah wujud lebih 15 tahun. Pernah satu masa saya ada dua pusat latihan.
Saya memang minat bidang latihan. Saya rasa saya sudah melatih lebih 50 ribu orang sejak saya mulakan bidang ni. Tidak pelik kalau jalan kat bandar ada yang tegur “ Assalammuaiakum Ayahda “. Itu gelaran saya bila saya handle kem motivasi.
Jadual tahun ni dah penuh sampai hujung tahun. Tapi kalau nak selit weekday mungkin boleh lagi team aturkan. Tahun 2024 kami akan membangunkan satu kem berdekatan dengan tempat sedia ada. Tetapi di sini kami fokus dengan latihan survival dan ianya berada di tepi pantai.
#TeamCoachBahar juga menerima jemputan ke sekolah, ke IPT atau kem bina semangat untuk para karyawan untuk syarikat. Boleh hubungi kami
wasap.my/60149695452/KemMotivasi boleh berhubung dengan En Ambok Razman Bin Rahmad