Perwira Holidays Sdn Bhd - PU Klang

  • Home
  • Perwira Holidays Sdn Bhd - PU Klang

Perwira Holidays Sdn Bhd - PU Klang Pakej Umrah 2019. Dapatkan potongan harga sehingga RM200, Daftar sebelum 12 Okt 2018. Hanya terhad t

03/04/2024

۞اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.۞

❝Sombong adalah keadaan seseorang yang merasa bangga dengan dirinya sendiri.Memandang dirinya lebih besar dari pada orang lain.

Dan kesombongan yang paling parah adalah sombong kepada Rabbnya Al-Khaliq (Sang Pencipta) dengan menolak kebenaran dan angkuh untuk tunduk kepada-Nya baik berupa ketaatan ataupun mengESAkan-Nya, juga enggan berdoa dan memohon ampunan-Nya❞

📚Al-Habib Quraisy Baharun

💎

03/04/2024

NASIHAT² KEHIDUPAN:
Baca ini untuk seharian kita,

"RABBISYRAHLI SHADRI"
Tuhanku, lapangkanlah dadaku.

"WA YASSIRLI AMRI"
Dan permudahkanlah urusanku.

🕸🕸🕸

DAHSYATNYA SHALAT DHUHA

2 Rakaat
Tercatat sebagai orang yang tidak lalai.

4 Rakaat
Tercatat sebagai orang yang ahli ibadah.

6 Rakaat
Maka dia diselamatkan di hari itu.

8 Rakaat
Tercatat sebagai hamba yang taat.

12 Rakaat
Allah akan membangunkan rumah di syurga.

(HR. At-Thabrani)

🕌🕌🕌

02/04/2024

Kenapa sedekah subuh? Bukan bererti tidak boleh bersedekah di Waktu lain. Semua sedekah boleh, di setiap waktu dan di setiap saat. Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat.
Tetapi sedekah subuh itu termasuk dalam sedekah terbaik. Kenapa? Kata Rasullah, setiap subuh Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.
Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda “Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infaq di subuh hari"
Sedangkan satu lagi riwayat Bukhary “Ya Allah, berikan kerosakkan bagi orang yang menahan hartanya”.
Sediakan satu tabung dirumah. Setiap habis solat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah. Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat.
"Ya Allah, dgn berkah sedekah ini mudahkan lah pekerjaan saya".
"Ya Allah, dgn sedekah ini aku mohon sampaikan pahalanya utk kedua orang tua ku".
"Ya Allah, dgn berkah sedekah ini tenangkan hati dan jiwa aku supaya tidak emosi lagi", contoh2nya.
Waktu mustajab selepas solat subuh dan sebelum waktu syuruk. Maka segerakanlah, jangan terlepas waktu syuruk itu.
Rutinkan setiap hari, sehingga 30 - 40 hari. Sesudah sampai masanya, agihkan sedekah2 itu kpd anak yatim/surau masjid atau mana mana amalan terbaik.

Yang solat subuhnya di surau atau Masjid sedekahnya masukkan di tabung surau atau masjid.
Biasakan sedekah subuh walau cuma RM1, walau di lakukan secara istiqomah disitu dapat doa malaikat, doa malaikat mustajab di sisi Allah.
Dari perkongsian Ustaz Syekh Ali Jaber.
Wallahualam.
Wassalam.
🌸🦋

02/04/2024

Empat Harapan di Penghujung Ramadhan

1. Allah Ta'ala berikan kesanggupan untuk mengkhatamkan shaum Ramadhannya dengan baik.

2. Allah Ta'ala kurniakan keberkahan Lailatul Qadr kepadanya.

3. Allah Ta'ala lapangkan rezekinya dan diberi sakinah dalam keluarganya.

4. Allah Ta'ala ampuni segala dosanya dan diangkat darjatnya.

🍃🍃🍃

02/04/2024

Sepuluh Hari Terakhir
Ramadhan Kamu
Lebih Banyak
Ada Di Mana?

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

"Tempat yang paling dicintai oleh Allah adalah masjid dan tempat yang paling dibenci oleh Allah adalah pasar"

HR. Muslim, no. 671

🍂🍂🍂

02/04/2024

Hari ini kita telah memasuki 22 Ramadan, lebih kurang seminggu lagi Ramadan bakal meninggalkan kita.

Banyakkan berdoa agar kita dapat bertemu dengan malam al-Qadar dan diampunkan segala dosa serta mendapat pembebasan dari api neraka.

Aamiin Ya Mujib.

🐝🐝🐝

02/04/2024

Kita bangga dengan ilmu yang kita ada, lalu kita rasa diri kita lebih baik dari orang lain, tetapi sebaliknya itulah permulaan titik kejahilan kita.

- Ustaz Muhammad James -

01/04/2024

♥ Wang RM10 begitu besar bila dibawa ke tabung amal masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

♥ 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bolasepak.

♥ Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menikmati pemutaran filem di panggung wayang.

♥ Susah merangkai kata untuk dipanjatkan ketika berdoa atau sembahyang, tapi betapa
mudahnya mencari bahan percakapan bila bertemu teman-teman.

♥ Betapa happynya bila menonton bola sepak yang agak lama, tapi betapa bosannya bila imam solat jika terlalu lama bacaannya.

♥ Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk sahaja, tapi novel best-seller 100 halaman pun habis dilalap.

♥ Orang berebut-rebut untuk kedepan apabila menonton konsert atau pertandingan bola sepak, dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang supaya dapat keluar cepat.

♥ Susahnya orang mengajak untuk berdakwah, tapi mudahnya orang menyebar gossip.

♥ Kita begitu percaya pada yang dikatakan Surat Khabar, tapi kita sering mempersoalkan apa yang dikatakan Al-Quran.

♥ Semua orang ingin masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara atau pun melakukan apa-apa.

♥ Kita boleh post ribuan lawak tapi bila post yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir 2X.

🌾🌾🌾

31/03/2024

Amalan pada Sepuluh Akhir Ramadhan 🔗

Pertama: Melakukan Qiyam

Kedua: Memperbanyak Bacaan al-Quran

Ketiga: Bersedekah dan Infaq

Keempat: Menjamu Orang Berbuka Puasa

Kelima: Iktikaf

🍃🍃🍃

☆Tadabbur Kalamullah 17 Ramadhan 1445H☆شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰ...
28/03/2024

☆Tadabbur Kalamullah 17 Ramadhan 1445H☆

شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِیۤ أُنزِلَ فِیهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدࣰى لِّلنَّاسِ وَبَیِّنَـٰتࣲ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah" [Surah Al-Baqarah 185]

swt menjelaskan bahawa bulan Ramadhan bulan turunnya al-Quran untuk menjadi petunjuk kepada semua manusia dengan memaparkan dalil-dalil yang nyata dan menerangkan mana yang hak dan mana yang batil.

Ramadhan sepatutnya bukan sahaja mengingatkan kita tentang kewajipan berpuasa sahaja, tetapi sewajarnya kita menyedari bahawa ia adalah bulan al-Quran untuk kita meraikan kemuliaannya dan keagungannya.

sepatutnya kita melipatgandakan usaha untuk membaca, mempelajari dan menekuni al-Quran. Perbanyakkan membaca al-Quran dan mempelajari ilmu tafsir sebagai salah satu cara kita mentadabbur ayat-ayatnya. Gunakan juga peluang ini untuk kita mengkhatam satu al-Quran.

-Quran adalah petunjuk untuk ‘semua manusia’ (هُدًى لِلنَّاس) maka ianya menjadi tanggungjawab kita untuk menyampaikan isi kandungan dan pengajaran al-Quran kepada semua manusia, samada Muslim atau kafir. Hendaklah kita berdakwah kepada semua manusia dan menyampaikan ayat-ayat Allah ini kepada mereka. Inilah medan atau saluran dakwah yang patut digunakan.

formula atau method yang ada dalam al-Quran iaitu al-Furqan yang bermaksud membezakan mana yang haq dan mana yang batil. Justeru, umat Islam wajib mendalami selok belok ilmu dan hukum hakam al-Quran agar mengetahui mana yang salah dan mana yang benar. Dengan kefahaman yang penuh penghayatan, diharapkan kita dapat menggunakan formula itu untuk menilai samada amalan kita, keluarga kita dan masyarakat sekitar kita itu betul atau salah.

firman Allah swt ini:

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِیۤ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَـٰبَ وَلَمۡ یَجۡعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ

"Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)"

قَیِّمࣰا لِّیُنذِرَ بَأۡسࣰا شَدِیدࣰا مِّن لَّدُنۡهُ وَیُبَشِّرَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ ٱلَّذِینَ یَعۡمَلُونَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرًا حَسَنࣰا

" (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik"

مَّـٰكِثِینَ فِیهِ أَبَدࣰا

"Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya" [Surah al-Kahf 1-3]

♡Al-Quran merupakan kalamullah yang mulia, menjadi cahaya petunjuk kepada seluruh umat manusia. Sesiapa yang berpegang dan mengamalkan isi kandungannya, ia akan berada di atas jalan kebenaran dan dalam naungan rahmat Allah swt selamanya. SALAM NUZUL AL-QURAN 1445H♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

28/03/2024

Apakah Tujuan Al-Quran Diturunkan?

1. Al-Quran diturunkan untuk meringankan beban baginda Nabi ﷺ terutama bebanan perasaan kerana ditentang oleh kafir Quraish.

2. Al-Quran diturunkan untuk menjadi peringatan kepada orang yang takut kepada Allah ﷻ agar tidak melanggar perintah-Nya.

3. Al-Quran diturunkan untuk kebahagiaan agar umat Nabi Muhamad ﷺ tidak sengsara di dunia dan di akhirat.

4. Al-Quran diturunkan sebagai kitab yang lengkap, tiada kekurangan walau sedikit, lafaz yang mudah difahami dan susunan kalimahnya sangat indah dan menyentuh hati.

5. Al-Quran diturunkan dengan memberi peringatan bahawa orang yang berpaling dari peringatan Allah ﷻ akan menghadapi kesempitan hidup.

Bulan Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran, oleh itu penuhilah masa dengan membaca, mendengar, memahami dan mentadabbur ayat al-Quran agar menjadi petunjuk untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

SILA KONGSIKAN UNTUK SEBARKAN MANFAAT

>> Sertai WhatsApp Rasmi Ustaz Wadi Annuar:

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISPuasa dan Al-Quran Pemberi Syafaat عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلّ...
27/03/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa dan Al-Quran Pemberi Syafaat

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ

Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk memberi syafaat kepada nya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran berkata : "Saya telah melarangnya daripada tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan." (Musnad Ahmad No: 6589) Dar Ihya Turath Arab. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Puasa dan al-Quran akan menjadi penolong dan pemberi syafaat kepada pencinta dan pengamalnya pada hari Kiamat.

2. Orang yang berpuasa semasa di dunia, puasa akan menolongnya dan memberi syafaat kerana semasa di dunia dahulu, orang yang berpuasa telah menahan diri dari makan dan minum di siang hari serta mengekang nafsunya.

3. Orang yang menyibukkan diri dengan al-Quran (membaca hingga terpaksa menyengkang mata di malam hari), al-Quran akan menjadi syafaat serta penolong di hari kiamat.

4. Di hari kiamat nanti semua manusia akan membawa diri masing-masing kerana tiada siapa lagi pada hari tersebut yang dapat memberikan pertolongan. Namun selain daripada syafaat Nabi SAW ke atas umat baginda, solat, puasa, al-Quran dan amalan-amalan kebaikan lain akan menjadi syafaat yang diterima oleh Allah SWT untuk mereka yang telah menunaikan ibadat tersebut dengan sebaik-baiknya.

5. Alangkah indah dan beruntungnya kehidupan seorang Muslim yang pada waktu siangnya berpuasa disamping tilawah dan tadabur al-Quran pada siang dan malam harinya disamping melakukan amalan ibadah yang lain dalam kerangka mendekatkan diri kepada Allah.

Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Umamah AlBahili, Rasulullah SAW bersabda:

حَدَّثَنِي أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِقْرَءُوالْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada ahlinya” (HR Muslim No: 1337) Status: Hadis Sahih

6. Sempena mengingati peristiwa Nuzul al-Quran pada bulan Ramadan, marilah kita berusaha menyemarakkan budaya al-Quran dengan membaca dan berusaha mentadabur, memahami dan mengamalkannya.

7. Rebut peluang bertadarus al-Quran bersama ahli keluarga atau ahli kariah sepanjang Ramadan ini. Sama-sama dapat menyemak dan memperbetulkan bacaan ahli yang lain.

Berusahalah menjadikan al-Quran sebagai hidayah dan panduan hidup.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera







27hb Mac 2024
16hb Ramadan 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

*◈•┈┉━❀ ﷽ ❀━┉┈•◈**JAGA DAN SYUKURI NIKMAT*Seringkali manusia itu tidak sedar betapa berharganya sesuatu nikmat, sehingga...
27/03/2024

*◈•┈┉━❀ ﷽ ❀━┉┈•◈*

*JAGA DAN SYUKURI NIKMAT*

Seringkali manusia itu tidak sedar betapa berharganya sesuatu nikmat, sehinggalah nikmat itu hilang darinya.

Atau dalam erti kata lain, seseorang itu tidak akan pernah benar-benar merasai kehilangan sesuatu, sampailah ia benar-benar hilang darinya.

Ketika itulah segala penyesalan dan kesedihan sudah terlambat.

Allah ﷻ berfirman:

لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ.

_"Sungguh, apabila kalian bersyukur, maka nescaya Aku akan menambahkan (nikmat-Ku) kepada kalian. Tetapi jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”_ (Surah Ibrahim: 7)

Antara bentuk syukur kita kepada Allah atas suatu nikmat adalah dengan kita menjaga nikmat tersebut.

Sepertimana doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad ﷺ:

اَللّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنۡ زَوَالِ نِعۡمَتِكَ.

_"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya nikmat-Mu (yang telah Engkau berikan kepadaku)."_ (HR. Muslim, no. 2739, dari sahabat Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhuma)

Walaupun pada hakikatnya orang yang pandai bersyukur itu sedikit sepertimana firman Allah ﷻ:

وَقَلِيلٌ مِّنۡ عِبَادِيَ ٱلشَّكُورُ.

_"Dan sedikit dari hamba-hamba-Ku yang pandai bersyukur."_ (Surah Saba': 13)

Namun, moga Allah ﷻ menjadikan kita antara hamba-hamba-Nya yang sedikit tersebut.🤲

Jaga dan syukurilah
nikmat yang ada
sebelum semuanya menjauh dan hilang.

Jaga dan syukurilah
nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita, nescaya ia akan bertambah.

Semoga Allah ﷻ merahmati kita semua.🤲







--------------------------------------

✨ _“Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.”_ (HR. Muslim, no. 1893)

📲 Dipersilakan untuk bergabung dalam group whatsapp Abu Faqih Centre.💪

https://chat.whatsapp.com/Lmj2KTF0LQc8gEljwfts8J

📎Jemput like dan follow Facebook serta Instagram Abu Faqih Centre untuk mendapatkan lebih banyak perkongsian menarik.😊

Facebook: https://www.facebook.com/Abu-Faqih-Centre-111603284534700/?ref=pages_you_manage

Instagram: https://www.instagram.com/abufaqihcentre/?hl=en

WhatsApp Group Invite

☆Tadabbur Kalamullah 15 Ramadhan 1445H☆قُمِ ٱلَّیۡلَ إِلَّا قَلِیلࣰا "Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, se...
26/03/2024

☆Tadabbur Kalamullah 15 Ramadhan 1445H☆

قُمِ ٱلَّیۡلَ إِلَّا قَلِیلࣰا

"Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)" [Surah al-Muzzammil 2]

bicara berkaitan solat malam khususnya solat witir. Rasulullah saw bersabda:

يَا أَهْلَ الْقُرْآنِ أَوْتِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ

"Wahai orang yang beramal dengan al-Quran! Hendaklah kamu melakukan solat Witir, sesungguhnya Allah itu bersifat witir dan dia menyukainya" (HR Abu Daud)

an-Nawawi rahimahumullah menyebutkan: "Solat witir adalah sunat di sisi ulamak dalam kalangan mazhab Syafi‘i tanpa khilaf. Bilangan rakaatnya yang paling sedikit ialah sebanyak satu rakaat. Manakala tahap kesempurnaannya yang paling rendah adalah dengan melakukannya sebanyak tiga rakaat, dan tahap yang lebih sempurna daripada itu p**a adalah dengan mendirikannya sebanyak lima rakaat, kemudian dengan mendirikannya sebanyak tujuh rakaat, kemudian dengan mendirikannya sebanyak sembilan rakaat, kemudian dengan mendirikannya sebanyak sebelas rakaat. Inilah bilangan rakaatnya yang paling banyak menurut pendapat masyhur dalam mazhab Syafi‘i dan pendapat yang diputuskan oleh pengarang al-Muhazzab serta ramai ulamak dalam kalangan mazhab Syafi‘i. Namun, terdapat pendapat dalam kalangan ulamak mazhab Syafi‘i yang berpendapat bahawa bilangan maksimum rakaat witir adalah sebanyak tiga rakaat. Pendapat ini telah dinukilkan oleh sebahagian ulamak dari Khurasan" (Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab)

dalam bulan Ramadhan digalakkan solat witir berjemaah dan terdapat bacaan Qunut dalam solat witir.

Imam an-Nawawi: "Menurut mazhab Syafi‘i, sunnahnya adalah untuk berqunut pada rakaat terakhir solat witir pada separuh akhir bulan Ramadhan yakni pada hari ke-16. Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab dan dinaskan berkenaannya oleh Imam as-Syafi‘i. Terdapat dalam kalangan ulamak yang berpendapat, disunatkan untuk berqunut pada keseluruhan bulan Ramadhan, dan ini merupakan mazhab Malik. Selain itu, terdapat juga dalam kalangan ulamak yang berpendapat disunatkan untuk berqunut dalam solat witir sepanjang tahun yakni tidak dikhususkan hanya bulan Ramadhan".

perbahasan yang lain, Imam an-Nawawi menegaskan sekali lagi bahawa pendapat yang menyatakan disunatkan berqunut pada separuh akhir bulan Ramadhan secara khusus adalah pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafi‘i. (Lihat: al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab)

itu, perbuatan berqunut pada separuh akhir Ramadhan ini juga termasuk dalam usaha untuk mendapatkan lailatul qadar. Diriwayatkan oleh Abdullah bin Unais r.a, bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah saw berkenaan lailatul qadar. Maka, Baginda saw menjawab:

رَأَيْتُهَا فَأُنْسِيتُهَا، فَتَحَرَّهَا فِي النِّصْفِ الْآخِرِ

"Aku melihatnya (lailatul qadar) dan terlupa akannya. Maka carilah lailatul qadar pada separuh yang terakhir dalam bulan Ramadhan" (HR at-Tabarani)

sebab itulah, Sayidina Ubai bin Ka‘ab berqunut dalam solat witir pada malam-malam separuh akhir Ramadhan kerana mengharapkan lailatul qadar padanya (Lihat: Lathaif al-Ma'arif)

♡Malam ini bermula bacaan doa qunut dalam solat witir. Salam Pertengahan Ramadhan♡

🐊Ust naim
Klik link ini untuk
http://bit.ly/tadabburkalamullah

Facebook:
https://m.facebook.com/tadabburkalamullah

24/03/2024

084 of 365 🗓 AHAD 💕 13 RAMADHAN 1445H 24 MAC 2024

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

..😘
... 🇲🇾🌏

RAHSIA INFAQ DI BULAN RAMADHAN

Dalam hadis Ibnu Abbas disebutkan,:

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau bertambah kedermawanannya di bulan Ramadhan ketika bertemu dengan malaikat Jibril dan Jibril menemui beliau di setiap malam bulan Ramadlan untuk mudarasah (mempelajari) Al Qur’an” (HR. Al Bukhari)

Diantara faedah yang dapat kita petik dari hadis diatas, iaitu :

1️⃣ Bertepatan dengan waktu yang mulia dimana amalan dilipatkan gandakan pahalanya bila bertepatan dengan waktu yang mulia.

2️⃣ Membantu orang-orang yang berpuasa, solat malam, dan berzikir dalam ketaatan mereka, sehingga orang yang membantu itu mendapatkan pahala seperti pahala orang-orang yang dibantu.

3️⃣ Allah amat dermawan kepada hamba-hamba Nya di bulan Ramadhan dengan memberikan kepada mereka rahmat, ampunan dan kemerdekaan dari api Neraka, terutama di malam lailatul qadar.

4️⃣ Menggabungkan puasa dan sedekah adalah sebab yang memasukkan ke dalam syurga.

5️⃣ Menggabungkan antara puasa dan sedekah memberikan kekuatan yang lebih untuk menghapus dosa dan menjauhi api Neraka, terlebih bila ditambah solat malam.

6️⃣ Orang yang berpuasa tentunya tidak lepas dari kekurangan dan kesalahan, maka sadaqah dapat menutupi kekurangan dan kesalahan tersebut.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

🌸🌸🌸
46K810

23/03/2024

SIWAK ATAU KEKAL BAU MULUT KETIKA BERPUASA

👉🏻Terdapat persoalan samada kita bersiwak, atau mengekalkan bau mulut orang berpuasa ; yang mana lebih memberikan kebaikan ?

📍Al-Imam al-Syafie (204H) berpendapat, bahawa orang berpuasa yang mengekalkan bau mulutnya tanpa bersiwak itu adalah lebih baik berbanding amalan bersiwak ketika berpuasa, sebagaimana sabda baginda ﷺ :

والذي نفس محمد بيده لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
Maksudnya : “Demi Zat (Allah) yang jiwa Muhammad berada di Tangan-Nya, sungguh bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.” (Bukhari dan Muslim).

📝 Justifikasi (ta'lil) oleh al-Syafie adalah berdasarkan kaedah bahawa; jika sesuatu amalan yang disebut Syarak tentang kelebihan dan ganjarannya, maka ia menunjukkan bahawa perkara tersebut lebih memberikan kebaikan berbanding yang lainnya.

📍Al-Imam al-'Izz bin 'Abd al-Salam (660H) memberi komentar terhadap pendapat tersebut, dengan mengatakan bahawa amalan bersiwak lebih memberikan maslahah (kebaikan) berbanding mengekalkan bau mulut ketika berpuasa.

Antara hujjah oleh al-'Izz adalah :

1) Terdapat juga amalan yang diiringi dengan kelebihan dan ganjaran Syarak, namun ada amalan lain yang lebih memberi maslahah berbanding amalan tersebut. من باب تزاحم المصلحتين

2) Ukuran sesuatu amalan itu lebih memberikan kebaikan (maslahah) kepada mukallaf, adalah berdasarkan kadar menanggung masyaqqah ketika melakukannya.

يتفاوت أجر الفعل بتفاوة تحمّل مشقته

3) Ini sebagaimana sabda Nabi ﷺ :

لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي ، لَأَمَرْتُهُمْ بالسواك عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ
Maksudnya : " Kalaulah tidak menyusahkan umatku, nescaya aku akan perintahkan mereka bersiwak pada setiap (sebelum) solat " (Bukhari)

Hadith ini menunjukkan bahawa amalan siwak lebih mengandungi masyaqqah untuk pelakunya, sehingga baginda tidak mewajibkan ke atas umat kerana wujud masyaqqah tersebut.

4) Amalan bersiwak mengandungi unsur mengagungkan dan memuliakan Allah Taala التعظيم والإجلال apabila melakukan ibadat, sedangkan mengekalkan bau mulut الخلوف semata-mata, tidak ada unsur begitu.

Sebagaimana sesama manusia pun, bertemu dengan orang-orang kehormat dengan mulut yang suci dan tidak berbau, juga dianggap sebagai suatu penghormatan.

📍Adapun para Fuqaha Syafi'iyyah, mereka cuba untuk kompromi dengan menggabungkan antara kedua-dua maslahah berdasarkan dalil-dalil yang ada.

📖 Ringkasan dan ulasan dari kitab al-Qawaid al-Kubra, karangan al-'Izz.

-------------------------------------
Mursyid Al-Amien,
8 Ramadhan 1442H

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISMelewatkan Sahur Menyegerakan Berbuka  عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْ...
21/03/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Melewatkan Sahur Menyegerakan Berbuka

عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِبِلَالٍ أَنْتَ يَا بِلَالُ تُؤَذِّنُ إِذَا كَانَ الصُّبْحُ سَاطِعًا فِي السَّمَاءِ فَلَيْسَ ذَلِكَ بِالصُّبْحِ إِنَّمَا الصُّبْحُ هَكَذَا مُعْتَرِضًا ثُمَّ دَعَا بِسَحُورِهِ فَتَسَحَّرَ وَكَانَ يَقُولُ لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا أَخَّرُوا السَّحُورَ وَعَجَّلُوا الْفِطْرَ

Daripada Abu Dzar RA bahawa Nabi SAW bersabda pada Bilal: "Wahai Bilal, kalau subuh telah beranjak ke langit maka itu bukanlah subuh, subuh itu nampak seperti ini, "lalu baginda menyuruh untuk sahur dan baginda pun sahur seraya bersabda: "Umatku akan selalu dalam kebaikan selama mengakhirkan sahur dan mempercepat berbuka." (Musnad Ahmad No: 20996) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW adalah contoh dalam kita melakukan ibadat termasuk amalan berbuka dan bersahur ketika berpuasa.

2. Antara amalan yang perlu dicontohi ketika berpuasa ialah segera berbuka apabila masuk waktu berbuka.

3. Melewatkan bersahur juga merupakan amalan Rasulullah SAW dan para sahabat yang kita digalakkan mengikutinya.

4. Waktu sahur dilewatkan seperti yang diceritakan oleh Anas bin Malik RA dari Zaid bin Tsabit:

تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ قُلْتُ كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ قَالَ قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً

"Kami makan sahur bersama Nabi Muhammad SAW lalu kami solat (subuh) berjamaah", Anas berkata kepada Zaid: "berapa jarak waktu antara azan (subuh) dan sahur?" Zaid menjawab: "sekitar bacaan al-Quran 50 ayat" (HR Bukhari No: 550) Status: Hadis Sahih

Berdasarkan hadis ini, jarak waktu selesai sahur Nabi SAW dengan waktu subuh sangat dekat, hanya sekitar jangkaan waktu bacaan 50 ayat al-Quran yang dibaca dengan kadar sederhana, tidak cepat dan tidak lambat (sekitar 10 hingga 15 minit sebelum subuh) yang juga disebut waktu imsak (atas dasar berhati-hati).

Amr B. Maimun al-Audi menyatakan, “Para sahabat Muhammad SAW adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling terakhir (lewat) dalam bersahur.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 4/199)

Semoga kita dapat mengikuti sunah Nabi SAW dengan bersegera berbuka apabila masuk waktu dan melewatkan sahur.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera







22hb Mac 2024
11hb Ramadan 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :

*◈•┈┉━❀ ﷽ ❀━┉┈•◈**ULAMA YANG BERPRINSIP*Pada tahun 1961, Presiden Tunisia, Habib Bourguiba bersiaran di televisyen pada ...
21/03/2024

*◈•┈┉━❀ ﷽ ❀━┉┈•◈*

*ULAMA YANG BERPRINSIP*

Pada tahun 1961, Presiden Tunisia, Habib Bourguiba bersiaran di televisyen pada siang hari di bulan Ramadan sambil minum jus. Dia sedang melakukan kempen untuk tidak berpuasa di bulan Ramadan dengan dalih demi meningkatkan produktiviti kerja.

Untuk membungkus hal itu dengan label agama, dia meminta M***i Tunisia waktu itu, Imam Tahir Ibnu Asyur untuk mengeluarkan fatwa boleh berbuka di siang hari Ramadan.

Imam Tahir Ibnu Asyur pun muncul di layar televisyen. Masyarakat menunggu apa yang akan difatwakan oleh sang Imam. Beliau lalu membaca ayat 183 surah al-Baqarah tentang kewajipan berpuasa.

Kemudian beliau menutup ucapannya dengan berkata:

صدق الله وكذب بورقيبة.

_"Maha benar Allah dan bohong Bourguiba."_

Kata-kata itu diulang-ulangnya sebanyak tiga kali.

Semoga Allah merahmati almarhum Imam Tahir Ibnu Asyur dan menempatkannya pada darjat tertinggi di akhirat kelak.🤲








--------------------------------------

✨ _“Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.”_ (HR. Muslim, no. 1893)

📲 Dipersilakan untuk bergabung dalam group whatsapp Abu Faqih Centre.💪

https://chat.whatsapp.com/Lmj2KTF0LQc8gEljwfts8J

📎Jemput like dan follow Facebook serta Instagram Abu Faqih Centre untuk mendapatkan lebih banyak perkongsian menarik.😊

Facebook: https://www.facebook.com/Abu-Faqih-Centre-111603284534700/?ref=pages_you_manage

Instagram: https://www.instagram.com/abufaqihcentre/?hl=en

WhatsApp Group Invite

*◈•┈┉━❀ ﷽ ❀━┉┈•◈**ASAL USUL KATA KURMA*Salah satu makanan yang mashyur bagi umat Islam terutamanya di bulan Ramadan iala...
20/03/2024

*◈•┈┉━❀ ﷽ ❀━┉┈•◈*

*ASAL USUL KATA KURMA*

Salah satu makanan yang mashyur bagi umat Islam terutamanya di bulan Ramadan ialah "kurma". Buahnya manis dan berkhasiat serta banyak disebutkan dalam hadith akan keutamaannya.

Apabila digali, kata kurma sebenarnya berasal dari Bahasa Parsi yang digunakan di wilayah Iran, iaitu sebutan *خرما‎ (xormâ)*.

Kata ini lalu diserap menjadi "xurmá" di wilayah Belarus, Ukraine, Tajikistan, Azerbaijan dan India yang kemudiannya diserap menjadi "kurma" dalam Bahasa Melayu, Kazakhstan, Kyrgyzstan dll.

Kata ini juga diserap menjadi "hurma" dalam Bahasa Turki, Albania, Estonia, Latin, Poland dll.

Adapun dalam Bahasa Arab, kurma disebut dengan:

1️⃣. Tamar / تَمْرٌ (jamaknya تَمَرَاتٌ / تُمُورٌ / تُمْرَانٌ) yang sering disebut dengan "kurma kering".

2️⃣. Rutob / رُطَبٌ (jamaknya رُطَبَاتٌ / أَرْطَابٌ / رُطَابٌ) untuk menyebut buah kurma yang telah masak namun belum dikeringkan (kurma basah/kurma segar).

3️⃣. Busr / بُسْرٌ (jamaknya بِسَارٌ) sebagai sebutan buah kurma yang belum masak (kurma muda).

Sepertimana disebutkan di dalam 2 hadith berikut :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ عَلَى *رُطَبَاتٍ* قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتَمَرَاتٌ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ *تَمَرَاتٌ* حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ.

_"Nabi Muhammad ﷺ berbuka dengan beberapa biji kurma basah sebelum solat. Jika tiada kurma basah, maka baginda berbuka dengan kurma kering. Jika tiada kurma kering, maka baginda berbuka dengan beberapa teguk air."_ (HR. Ahmad, no. 12215)

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يُنْبَذَ *التَّمْرُ* *وَالْبُسْرُ* جَمِيعًا.

_"Bahawasanya Nabi ﷺ melarang mencampurkan di antara perahan kurma masak dan kurma muda."_ (HR. Ahmad, no. 13136)

Pokok kurma sendiri diyakini berasal dari sekitar Teluk Parsi dan telah dipelihara sejak zaman kuno dari Mesopotamia ke zaman pra sejarah Mesir (kemungkinan pada awal 4000 SM).

Sumber: Wiktionary & Kamus al-Ma'ani.








--------------------------------------

✨ _“Barangsiapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.”_ (HR. Muslim, no. 1893)

📲 Dipersilakan untuk bergabung dalam group whatsapp Abu Faqih Centre.💪

https://chat.whatsapp.com/Lmj2KTF0LQc8gEljwfts8J

📎Jemput like dan follow Facebook serta Instagram Abu Faqih Centre untuk mendapatkan lebih banyak perkongsian menarik.😊

Facebook: https://www.facebook.com/Abu-Faqih-Centre-111603284534700/?ref=pages_you_manage

Instagram: https://www.instagram.com/abufaqihcentre/?hl=en

WhatsApp Group Invite

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perwira Holidays Sdn Bhd - PU Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perwira Holidays Sdn Bhd - PU Klang:

Shortcuts

  • Address
  • Alerts
  • Contact The Business
  • Claim ownership or report listing
  • Want your business to be the top-listed Travel Agency?

Share