14/01/2024
*Pola Rezeki 2.0*
Kami ingin memberikan tazkirah untuk diri kami sendiri dan juga mungkin boleh diambil manfaat oleh yang hadir. Ia berkaitan perkara yang asas dalam kehidupan kita, iaitu tentang rezeki ataupun dalam bahasa Arab disebut الرزق al-Rizq.
Perkataan al-Rizq atau dalam bahasa melayunya disebut rezeki, bermaksud pemberian ataupun kurniaan samada bersifat duniawi ataupun agama. Segala yang boleh dimanfaatkan, samada yang boleh dimakan ataupun tidak boleh dimakan maka itu rezeki. (lihat: Abu al-Baqa al-Kafawi, al-Kulliyyat, 472. Beirut: Muassasah al-Risalah).
Ertinya, segala yang kita miliki dari perkara yang bermanfaat ataupun memberikan kebaikan buat kita samada di sudut keperluan dunia semata ataupun untuk agama maka itu adalah kurniaan ataupun rezeki.
Rezeki bukan sahaja minuman, makanan, harta, kenderaan dan segala rupa bentuk kebendaan semata, rezeki juga termasuk ilmu pengetahuan, kasih sayang, kebahagiaan, anak, isteri, kesihatan, keselamatan, kegembiraan dan seumpamanya. Dalam hadis riwayat Muslim, Nabi S.A.W menyebut tentang Khadijah:
إِنِّي قَدْ رُزِقْتُ حُبَّهَا
“Aku telah direzekikan cintanya”.
From SCAVAI with ❤️
Bagi sesiapa yang minat berniaga namun
masih mengharungi berbagai dugaan ATAUPUN sesiapa sahaja yang ingin mendalami lebih tentang rezeki dari kacamata Islam, mari kita luangkan masa untuk menimba ilmu perjalanan tiga usahawan dari bidang F&B, Perundingan dan Pendidikan Agama.
Insya'Allah..
Bismillah...
Untuk penjelasan atau pendaftaran:-
http://wasap.my/60149806404/PolaRezeki2.0