27/09/2019
๐๐๐๐๐๐ MABUK LAUT ๐๐๐๐๐๐
Mabuk berkaitan dengan aktiviti memancing di laut terbahagi kepada dua jenis iaitu mabuk laut dan mabuk darat.
Mabuk laut dipecahkan kepada tiga kategori iaitu mabuk laut ringan, mabuk laut sederhana, dan mabuk laut berat.
Bagi mabuk laut ringan, ia tidak terlalu mengganggu aktiviti pemancing. Pemancing yang mabuk laut ringan akan merasa sedikit pening sahaja dan boleh diubati dengan hanya menyapu minyak angin atau apa-apa ubat sapuan.
Bagi mabuk laut sederhana, pemancing akan muntah tetapi masih boleh melakukan aktiviti memancing. Kes mabuk berat p**a akan menyebabkan pemancing termuntah beberapa kali dan tidak mampu untuk berdiri apalagi melakukan sebarang aktiviti memancing.
Sementara bagi kategori mabuk darat p**a, ia selalunya terjadi apabila kita sudah berada di darat. Kesannya boleh dirasai sehingga beberapa hari.
Mereka yang mabuk darat akan rasa terumbang-ambing semasa berdiri dan tidur. Mabuk darat juga boleh membahayakan jika mereka yang terlibat memandu kenderaan.
Gangguan kecil pada medula oblongata di otak akan menyebabkan individu terasa seakan dibuai-buai. Kesan mabuk darat ini akan hilang dengan sendiri.
Pelbagai cara boleh gunakan untuk mengelak dari mabuk laut. Semua kaedah ini diperoleh dari perbualan dengan nelayan-nelayan tempatan dan rakan-rakan pemancing yang lain. Walaupun anda biasa ke laut, risiko untuk mabuk laut tetap ada.
โ
Makanan berminyak
Sebaiknya kurangkan mengambil makanan yang banyak minyak (berlemak) sebelum turun ke laut. Lebih bagus sekadar mengalas perut dengan makanan yang kaya protein.
โ
Asam
Makan asam atau benda masam seperti asam masin ketika tekak mula terasa mual. Tapi jangan makan berlebih p**a kerana ia boleh menyebabkan rasa loya sekaligus percepatkan lagi pening dan mabuk.
โ
Jangan terlalu fokus
Jangan terlalu lama memandang lantai bot. Kerap mengikat perambut atau mata kail di atas bot boleh mengundang mabuk laut.
โ
Jangan tengok ombak
Jangan merenung atau melihat riak air laut dalam tempoh yang lama. Pergerakan naik turun bot dibawa alun akan percepatkan proses pening.
โ
Tengok benda pegun
Cuba beri tumpuan pada objek jauh seperti pantai, bot nelayan, bukit-bukau dan p**au-p**au. Dalam pada masa cuba atur pernafasan agar berasa tenang dan damai.
โ
Bau diesel
Pastikan anda tidak mencium bau minyak diesel dan asap bot. Bau petrol juga boleh menimbulkan masalah yang sama. Duduklah di mana arah angin bertentang dengan bau petrol.
โ
Jauhi bunyi enjin
Jangan duduk berdekatan enjin bot. Bunyi yang kuat boleh mengundang mabuk. Cubalah ambil angin segar dengan duduk di bahagian hadapan bot.
โ
Hanyir ikan
Jangan bermain dengan hasil tangkapan terlalu lama. Jangan terbuai dengan keseronokan sementara. Harus diingat, bau hanyir ikan boleh menerbitkan rasa loya.
โ
Terjun laut
Cara ini mungkin agak ekstrem dan jangan lakukan secara senyap tanpa diketahui oleh sesiapa. Caranya ialah terjun ke laut dan menyelam sekali kemudian naik semula. Jangan lakukan perkara ini jika kawasan tersebut terdapat ikan jerung.
โ
Makan ubat
Makan pil mabuk selalunya 20 hingga 30 minit sebelum bot bertolak. Namun lain orang lain jangka masa ubat mabuk memainkan peranannya. Anda perlu cuba sendiri untuk mengetahui masa yang tepat untuk memakan pil mabuk.
Perlu diingat, bukan semua panduan di atas mesti serasi dengan anda. Mencuba dahulu adalah lebih baik.